30 March 2009

~RINDU~


Kepada kawan2ku yang sudah lama tidak aku bersama2 sekalian, sesungguhnya rindunya daku terhadap kalian. Sesungguhnya masa itu terlalu cemburu dengan kita kan? Walaupun sekarang diriku tidak sibuk lagi dengan Viva tetapi ada lagi perkara yang masih belum selesai serta kerja2 yang perlukan perhatian aku sebelum kita 'study week' nanti. Dan aku pasti kalian juga sedang sibuk dan sedang berjuang untuk semester akhir kita ini. Walaubagaimanapun,akan ada satu hari untuk kita. InsyaAllah,sesungguhnya aku mengharapkan Allah makbulkan doa ini.


Kawanku,

Ingatlah ini selalu,walau diriku ini jauh ingatan terhadap kalian tak pernah luput. Itu aku pasti.

Gambar ini telah di edit oleh ana. Dari depan kiri: Ana,Mirae,Ohya, Cik Ton, Chan. Dari belakang kiri: Piqa dan aku. Kenapa kami semua pakai baju warna putih macam budak sekolah? Huhu.. Gambar ini diambil semasa kami Part 4. Masa tu ada BTN, dan masa tu juga ibu jari kaki aku sedang mengalami kesakitan. Hahaha.. Bak kata korang,'overexcited' nak kuar outing nak celebrate habisnya muet. P/s: Kaki dah okie. Thanks to Junaidah sebab bawak aku pergi klinik. Walaupun terkilan time tu tak dapat makan Pizza. Huhuhu..

'Di sini jua memori tercipta,

walau seketika terjalin kasih kita,

mungkin di sini kita kan terpisah,

kenangan bersama tiadaku lupa.'

28 March 2009

ViVa

Alhamdulillah my presentation for Viva dah selesai semalam. Eventhough kene hentam tuk economic analysis,fundamental n risk n return,but overall aku rasa okie. Kesal pun benda dah lepas kan? We all dah wat yang terbaik. Ada yang keluar nak celebrate habisnya Viva dan ada yang kata dah grad. Hahaha.. Macam2 kan? Tapi bagi aku perjuangan masih belum selesai lagi. Belum lagi. Masih lagi ada subjek2 yang perlukan perhatian aku. Buat company analysis ni macam2 aku belajar dan dapat. Bukan sahaja ilmu yang aku dapat tapi dapat kenal kawan2 aku dengan lebih dekat. Cara mereka bekerja dan perkara yang mereka suka atau tak. Ataupun perkara2 yang kita tak sangka pun dia boleh buat macam tu. Hehehe.. Semua ni akan jadi kenangan bagi aku. Bak kata hazirah, 'Semua ini akan jadi akan kenagan terindah'. Lepas ini aku mesti rindu dengan korang semua. Huhuhu.. Dah tak ada lagi, bawa beg banyak2 sampai orang kata "nak balik rumah ke?', pergi blok atau LT atau kabin NR nak buat kerja. Duduk buat kerja sambil dengar lagu hindustan kadang2. Hahaha.. Nak hilangkan stress katakan. Balik apabila Pak Cik UK datang dan tanya bila nak balik. Memang pun patut dah balik sebab jam dah pun pukul satu kadang2, pukul 12 lebih dan macam2 waktu lah. Di sini, aku ingin mohon maaf sekiranya sepanjang kita bekerjasama ada yang aku dah buat salah atau tersakitkan hati korang secara direct or indirect. Kepada semua kawan2,aku doakan kita semua akan grad on time. GOOD LUCK FOR FINAL!! CHAIYOK!!

Inilah my team mates. Gambar ini diambil selepas present. Hehe. Dari depan of course me,hazirah,shamin,junaidah and belakang sekali naim. Terbaiklah korang!! Lepas ini kita berjuang siapkan report final Viva and report BD ea.

Jangan dilupakan daku bila kita berjauhan nanti. ='(


25 March 2009

~I'm Just Truly Madly Deeply...~

I'll be your dream.
I'll be your wish,
I'll be your fantasy,
I'll be your hope,
I'll be your love,
Be everything that you need,
I love you more with every breath,
Truly madly deeply do..
P/S: U owe me. :x
18 March 2009

~I Think I'm in Love~ (^-^)

If you got an eerie feeling after hanging up the phone
sort of happy feeling but you're not sure what it's called

If you're haunted by his face whenever you're asleep at night
and think you hear his silly voice just calling out your name

Oh, no! I think I’m in love with you.
Oh, no! I’m hoping you'll want me too
so, please... Don’t let me down!

Just can't help but talk about him every conversation
till your friends are sick and tired of that same old crap

If you start wearing make up even when you go to bed
crying like a baby when you hear a mellow song

I'm dedicating this song to that 'special someone'.
17 March 2009

RE:PERMOHONAN DALAM PROSES

Merujuk kepada perkara di atas,pihak kami telah meneliti borang daripada pihak anda. Walaupun anda telah banyak menukar isi kandungan borang,tetapi pihak kami masih lagi mempunyai budi bicara untuk menimbangkan permohonan anda.
1. Walaupun pihak kami merasakan anda tidak mempunyai tujuan pada awalnya,kerana tidak menyatakan sebab tujuan,tetapi pada akhirnya anda sedar akan kesilapan itu.
2. Oleh yang demikian,pihak kami telah bersetuju untuk mengambil nama anda dan akan memprosesnya sekali lagi.
3. Pihak kami akan memaklumkan sekiranya anda telah berjaya dalam waktu yang terdekat ini.
Kerjasama anda amatlah dihargai.
Sekian,terima kasih.
HAFIZAH BINTI ABDUL RAHIM
16 March 2009

*AIR*

Hmm.. Air? Air? Air? Air tu penting. Betul tak? Pagi ini air di blok Nilam ni tiba2 tak ada air. Dan yang paling menyakitkan hati,mestilah aku dalam toilet. Haih.. Tapi,nasib baiklah sebelum tu sempat lagi basuh baju. Masalah ini bukan baru bagi aku. Dari part 1 lagi aku kena menghadapinya. Sampailah sekarang dah part 6 masalah ini tak selesai. Ingat lagi time tak ada air. Bangun pagi2,mencari air kat semua tingkat,orang ni kata' wing gemilang pun tak ada air'. Wing harapan,wing sinaran. Then,apa lagi.. Kitorang pergi lah mandi kat blok I. Sadis kan? Horror3x.. Tapi itu semua kenangan aku kat Segamat ini. Erm.. Mungkin akan ada entri yang bertajuk "Aku dan Segamat". Best tak? Macam2 nak cakap nanti. Eh salah. Nak tulis. Baiklah,tunggu entri yang seterusnya. Ada sesuatu nak diberitahu. (Winking).
14 March 2009

~A Week That Makes Me Weak~

Hohoho.. Ada macam title dalam novel tak? He. =p Well, it’s true. Bukan true pasal title ni, tapi true that I feel so tense this week. So,apa kata kita recap apa yang aku dah lalui and buat sepanjang minggu ni.

8hb – Time ni ada kenduri. Anak mak tiri mak long yang kahwin. Haa,panjang kan nak describe. Buat kat dewan je. So, we all satu family just datang and makan saje. Oh, should I say yang semalam baru sampai kampung sebab dah lama tak jumpa opah. Rindu opah. Then,after that balik lah kami sekeluarga ke Shah Alam. Petang baru sampai rumah. Malam ibu beli makanan kat luar je. Huhuhu..(Sedih sebab tak dapat menikmati masakan ibu lagi).

9hb- Masanya untuk pulang ke Segar Amat. Hahaha.. Saja2 nak taip nama lama Segamat. Pulang bersama adikku yang sekarang ini masih lagi belajar di Tangkak (KMJ). Tiket pagi kot pukul 9.30. (Kelam kabut kemas barang). Sangat cepat masa berlalu untuk aku berada di rumah. Hanya breakfast kuih2 yang dibeli sebelum naik bus. Dah la hujan sepanjang jalan,jadi membuatkan aku rasa lapar sepanjang jalan. Kesian2x. Tapi, sangat bersyukur sebab bus tu masuk kat UiTM (sampai post guard je), so tak lah kena pergi bus stand then tunggu bus kuning lagi. Lecehkan?? And rasa bersyukur juga sebab time tu tak hujan. Berat kot beg yang di bawak.

10hb- Sangat suka hari Selasa sebab tak ada class pagi. (Bolehlah membasuh baju ke, meng ‘update’ blog ke, membuat kerja2, dan juga ‘melambat’ bangun*bahasa apakah ini? (P/S: tapi tak lah lambat mana pun). Anak dara mana boleh bangun lambat2x kan? Kan? Hish, tak manis nanti tak ada yang masuk meminang. (Ni pepatah ea,orang tua2 suka cakap so I just follow). Petang ada class tapi just attend it for attendance only. Rugi kot tak datang sebab kita datang then tengok kawan2 present, lepas tu boleh balik. Plus, class tu kat lab. Sambil2 tu boleh online. Suka2x.( Happy face). Petang tu cuaca yang tak berapa nak baik, pergi pasar ramai2. Malam ingat boleh buat kerja kat LT, tapi tiba2 Naim ada hal so just buat kerja kat bilik study kat kolej. Tapi,masalahnya data pula tak ada. Jadi,kena pergi library cari data kat datastream. (Sangat tak paham cara untuk guna). Jadi, pulang balik ke kolej sebab data tak memenuhi criteria yang diperlukan. Tidur pada pukul 2 lebih kot sebab buat chart untuk report technical. (Tak pe,berkorban for my last semester).

11hb- Ada class pada waktu pagi (LAW 374), sangat bersemangat untuk pergi kerana minggu lepas Puan tak ada. Tapi.. Rasa tense sebab petang En.Syam nak jumpa. Ingatkan nak tanya progress untuk report technical, tapi untuk wat evaluation untuk peers je. (Cuak sungguh). Mana tak nya,minggu ni report technical tak bergerak lagi. Kalau senang and mudah tak pe lah kan. Nak wat chart,then the hardest part is the interpretation. Kena refer buku FIN 334(TECHNICAL ANALYSIS) time part 5. Malam pulak buat multi-tasking. Besok ada presentation FIN 377 (PORTFOLIO). Madam nak report jugak. So,kena lah delegate tugas.

12hb- Class pada waktu pagi,ada presentation pula tu. But, Im not the presenter lah. Tapi,still risau jugak sebab tak semua my group yang ready and well prepared for this presentation. Dah tu,kena present dulu sebab kitorang first group. DAN.. Nak dijadikan cerita,Aiman pulak tak sampai2 lagi. Giler cuak. Dia NR, and plus pernah pulak datang awal. So, Junaidah present dulu her part, and thank God Aiman datang tepat pada masanya. Macam cerita Hindustan tu, yang hero akan datang selamatkan bila heroine dalam kesusahan. But,he is good. Dah la tak tengok slide macam mana, dia cakap je the point dengan eplaination lagi tu dalam keadaan yang tercungap2 sebab berlari datang ke class. I salute u lah AIMAN. Memang kelam kabut sikit hari ini sebab report TECNNICAL tak siap2. Memang tak tido sebab nak siapkan kerja. Huhuhu..

13hb- Rasa pening sebab tak cukup tidur tapi kena pergi juga class. Class pagi ni, class En. Syam. Boleh pulak nak datang lambat. Haram dapat masuk class nanti. Nasib class kat LT je, tak lah jauh sangat. Lepas tu class PORTFOLIO, tak macam kat class mata ni asyik terpejam je. Nasib duduk depan,duduk belakang tak tau lah gaya apa yang muncul. Lepas class aku outing. Kerja gila kan? Tapi inilah caranya nak lepaskan tension yang ada plus sebenarnya nak cari baju dinner,tapi tak ada yang berkenan. Dah satu Segamat berjalan dalam proses pencarian. Beli lah baju lain as a reward for me. Keluar dengan Shamin je, Hazirah tukang mengajak tak jadi keluar sebab dia nak tido. Lawak giler kuar ngan Shamin time hujan. I cant forget it. Dua2 penakut nak lintas jalan pulak tu. Nasib baik selamat lagi.

Malam tu memang penat, sebab balik je dari outing kena turun bawah sebab ada orang nak sembur asap nyamuk dari bilik ke bilik. Memang tido awal sebab tak larat dah. Pagi ini rasa badan macam nak demam. *Betul kata someone, ‘nanti demam baru tau’.* Tapi nasib baik demam tu tak kuat sangat. Kena lah lawan btol tak?

Sungguh panjang membebel dalam ini. Okielah, inilah sahaja cerita tuk kali ini. Jumpa lagi pada masa akan datang. Pada waktu yang tak tau lagi bila. Nak pergi study. I got test this coming Monday. Doakan ea. Assalamualaikum.. Bye!!
06 March 2009

~HAPPY~

Am I happy? Certainly, because now I at home!! One of my satisfactions is be with my family. It doesn’t mean I’m not pleased being at Segamat, but with all the assignments, my project paper and the schedule makes me feels so tense. So, I want to get new strength to tackle with problems and challenges that I need to face it after my holidays. Is it my holidays??? No, I don’t feel so. It’s just about doing my works at home. Yeah right!!!

One of the best thing that if I at home, I love to eat my mom’s cook. But I think, u all will be of the same mind with my statements right? Hehehe..(Agree with me please!!!). As I’m waiting my sis went back, (she’s studying at KMJ) I went to kitchen. Guess what? My favorite’s dishes!! I was like ‘dah lama mengidam kot nak makan’. Thanks ibu for cooked ‘ketam masak lemak cili padi’. For a moment I overlook my diet. Hahaha..

P/S: For someone that complaining that I’m too lazy to update my blog’s, so this is the new one. (I’m too busy plus there is no idea that I want to share with, so you need to understand that).
02 March 2009

~HUJAN~

Lokasi : Dalam bilik N145 (atas meja aku yang menghadap depan tingkap dan jalan dan juga boleh nampak Ledang Inn) Hahaha...

Waktu : Pagi.

Cuaca : Mestilah hujan kan? Hujan renyai2 je. Kalau tak,tajuk ni tak kan ada. Hehehe..

Mood : Penat sebab basuh baju dan merasakan membuat tindakan yang bijak sebab tak sidai kat bawah. Bagus2. (Tepuk2 bahu sendiri)


Hujan itu sungguh indah dan cantik bagi aku. Bila tengok hujan turun,aku bolah rasa tenang dan damai. (Hanya apabila hujan yang renyai2 je,yang lebat sangat tak lah). Semua perasaan akan datang dan mestilah lepas tu aku akan termenung memikirkan apa yang patut aku buat lepas tengok hujan. Hohoho.. Tiba2.... Aku rasa rindu. Huhuhu.. Rindu??? Hurm,apakah definisi rindu tu? Bagi aku, setiap manusia ini akan mempunyai pandangan yang berbeza untuk mentafsirkan rindu dan mungkin cara mereka meluahkan juga berbeza. Oleh sebab aku nak tau pandangan orang lain,jadi ini adalah beberapa pendapat yang aku dapat dengan meggunakan teknologi yang canggih sekarang. Apa lagi internet lah.


1) Rindu itu adalah kenangan yang tiba di pintu rasa, tapi tidak mampu dijemput masuk oleh tuan rumah . Mengapa? Kerana ia hanya bunyi yang tidak kelihatan dan sekadar sebuah 'jauh' yang jauh. Lantas apa natijahnya? Ia berakhir menjadi sebuah bahagia yang pedih. -Hasyuda Abadi, KEMSAS(Kelab Maya Sastera Sabah),20.1.2005-

2) Rindu adalah gema yang bisu di kalbu, dan hanya bisa dilunaskan dengan doa yang bersahutan yang dilaungkan ke langit tinggi. -Ony Latifah, KEMSAS(Kelab Maya Sastera Sabah),20.1.2005-

Tak kesah lah apa pun kan,tapi Allah sungguh hebat kerana meletakkan perasaan ini di antara perasaan2 yang lain dalam diri manusia.

Aku bukan apa,sebenarnya i miss my familia a lot. Aku rindu abah, ibu, angah, Hannan, and also my ke'ai brother, Hanif. Kadang2 bila tak tahan sangat, aku call lah ibu. Aku akan cakap 'Saje, tak ada ada pape pun, bu..' Hehe.. Bukannya aku tak nak cakap,'ibu rindulah' tapi dalam diri manusia ni kan ada satu perasaan yang dinamakan 'ego', so paham2 je lah ye. Erm.. Rasa tak sabar nak balik minggu ini. 'Tunggulah kedatangan along ye!".
Untuk kawan2 aku yang ku panggil piqa,ain, syazana, ohya, chan, mirae, aku rindu korang sangat2. Sorry sangat,aku terlalu busy dalam menyiapkan Viva dan juga subjek2 yang lain. Kita dah tak macam dulu, boleh borak2 lama2, ketawa2, buat 'projek' kita,hehehe.. (rahsia kita2 je). But, i promise after all of this i'll spend my time with you all. Yeah!! Can't wait for that.
Hurm, dalam hujan ada rindu.... Huhuhu..


01 March 2009

TAKUT!!!!

I'm so afraid. Sangat takut. Alkisahnya bermula pada petang yang mulia dan nak dekat waktu maghrib,aku di atas meja bersama laptop di depan (dengan niat konon2 nak siapkan viva's report untuk chapter yang second last which is RISK AND RETURN). Tetapi,niat tu dah terpesong tiba2 bila aku dah online. Hehe.. Ni perbualan bersama roomate ku yang ku panggil mak ety and ct.
Me: Korang tau tak tajuk lagu yang lirik dia, 'The smile
in your face, lets me know,that u need me,bla,bla'. Kita nak download
lah.
Mak ety n ct: 'Nothing at all'. Eh,bukan 'When you say
nothing at all'. (Lebih kurang mcm ni lah)
Me: Haa.. Okie.
Aku pun tekan lah untuk search lagu tu. Bukan apa,tiba2 rasa dah lama tak dengar lagu tu coz i loves that lyrics but guess what? Aku tak ingat tajuk lagu and nama penyanyi erm lagilah. Hohoho. Tapi,sekarang dah tau. Hurm,but this is not the main story that i want to tell u all. Okie2,kita sambung lagi. Teruskan pembacaan anda and hayati betul2.
Me: Yeah,kita dah dapat lagu tu. ( Apa lagi, nyanyi2 lah)
P/S: Mak ety pun join sekaki. Hehehe.. (Jangan mara ea mak ety)
Lalalalalalala..... (Dua orang menyanyi2, tp ct dah tak ada. Turun pegi dataran with her friends)
Tiba2.............
Me: Eh,apesal pulak ni??? Mak ety.........
Mak ety: Nape pijot? (P/S: Pijot is my nickname)
Me: Mak ety... Nape ngan laptop kita ni????? (Almost 20
windows internet explorer terbukak dengan sendirinya)
Mak ety: Eh pijot, tu virus tu. Kita pernah jugak kene dulu.
Cepat2 tutup or pangkah.
Me: Hah? Virus?!!! Tapi tak leh nak tutup mak ety. Nape dia
asyik kuar je ni???? (Geram)
Mak ety: Tu cuba tekan close tabs. Pastu shut down
cepat.
Me: Hah?? Eee.. (Sambil tangan tekan2 symbol pangkah nak
close) Monolog: Dah macam main tembak2 je.
Mak ety: Cepat pijot. Try kuar dulu. Terminate.
Me: Tak boleh dah. (Dengan pantas,tangan aku tekan button off
terus) Hah.. Macam mane ni mak ety? Kita risaulah.
Mak ety: Erm, cbe try ON balik.
Aku pun ON lah laptop. Tapi,dengan perasaan yang sangat
geram bercampur perasaan takut.
Me: Mak ety!!! Still ada lagi lah. Eee,geramnya...
Mak ety: Shut down kan.
Setelah aku shut down,laptop aku mengambil masa beberapa minit tuk bukak balik. Terus aku message shamin bagi tau problem aku. (P/S: Shamin is my ex-roomate)
Haa.. Inilah kejadian yang terjadi petang tadi. Aku tak paham ape masalah laptop ini,tapi yang paling utama sekarang i need to buy anti-virus for my beloved laptop. This is for its protection dari virus2 yang tidak mempunyai hati perut. Hati dan perasaan aku? Mestilah risau sebab takut report2 yang dah buat akan hilang. Terus amek pendrve save kan. Huhuhu.. Pengajarannya,jagalah laptop anda dan sayanglah ia.