02 June 2014

FIZA! BACA INI KALAU GIVE UP!

Assalamualaikum :)

Hi! Sumpah lama aku busy sampai terpaksa mengabaikan penulisan kat blog *Euuwww geli macam lah ada ramai peminat* HAHAHAHA! Kau ingat kau keknis?!

Disebabkan lama sangat tak update, aku rasa ada sesuatu aku nak pesan kat diri sendiri. Yup, pesanan ini dituju khas buat insan comel bernama Hafizah. :) Korang nak baca boleh, nak exit dari blog ni pun boleh. *emo lah pulak :p*

Tahun ini tahun busy giler cadbury sampai aku rasa aku tak bernafas. Sesak yang amat! Apa susah benor nak habis buat masters by research ni Fiza ooooiiii?? Tapi aku sangattttttttttt sangattttttt bersyukur sebab insan2 sekeliling sumpah caring, pemberi semangat waja, semangat jitu, supaya aku tetap teruskan walau apa pun. Nangis tu perkara biasa. Yelah, kita nangis pastu kita jadi kuat esoknya. Amiklah masa nak layan rasa sedih, tapi pastu cepat2 keluar dari zon tu. Haa paham idok? Kau sakit camne sekalipun, kau cepat2 fikir solusi apa aku boleh buat supaya aku keluar dari sini. Bukannya kau duduk nangis tak bertindak. Kemonn man, Allah anugerahkan akal supaya manusia berfikir. Tak gitu? Hmm tapi pikir solusi yang positif dan berkesan. Aku banyak kali rasa cam nak quit, tapi bila nangis, pikir2 balik apa ke bodoh nak quit? Kannn? Orang kat luar sana, nak sambung study macam2 halangan, kau dah dapat peluang, kau sia-sia2kan gitu je? Sesungguhnya kau tergolong dalam orang2 yang rugi. *amik setepekk kat dahi*

Ada kakak ni kata, yang aku rasa kata2 dia buat aku jadi kuat. Haaa nak tahu tak?

Allah swt Maha Adil. DIA bagi kita susah yang ini, tapi bahagian lain dia bagi kita senang. Kalau senang buat masters research ini, dah melambak2 lah orang ada masters.

Tapi wehhh, lain giler cadbury challenge kali ini. Rasa small je aku depan Prof. Tapiiii tapi Allah dah bagi tahu dalam Quran surah Al-Mulk ayat 14 "Tidakkah Allah mengetahui apa yang dia ciptakan? Sedang ia Maha Halus urusan lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya". Nampak tak kat sini pengetahuan kita sangatlah limited edition. Hanya boleh di upgrade if Allah say so. Kita ini hanya perlu berusaha giler cadbury. Tips kalau rasa susah hati, banyak2 kan baca surah al-Insyiraah. Kalau paham maknanya sumpah best bro wa cakap sama lu, kau tak pandang lain dah.

Allah sebut DUA KALI okie! Ayat dia macam ni:

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan"
(94:5-6)

Jadi ada benarlah kan kata2 akak tu. Susah sekarang Fiza takpe, Insya Allah one day kita senang pulak. Doakan Hafizah berjaya dunia akhirat. Jadi solehah kepada Allah dan Rasul, ibu abah, adik2, kesemua kawan2 dan orang sekeliling. Insya Allah... Amin..

Alhamdulillah syukur, cadbury tiada unsur2 bukan halal. Bolehlah bagi saya choc hazelnut. :)