19 June 2010

Al-kisahnya kerja part-time...

Cuti sem kali ni memang berbeza kalau nak dibandingkan dengan cuti-cuti yang selalu aku tempoh. Masih segar lagi dalam ingatan (macam lirik lagu pulak), abah cakap, "Kali ni, kene belajar berdikari pulak. Belajar cari pengalaman kerja." (o_O) Okie, itu rasa macam tak percaya sebab abah bagi green light untuk kerja part-time. Selama ni, memang dia agak konservatif sikit. Erm, mungkin dia abah kan, so dia berhaklah ke atas anak dara dia yang sulung ni.


Seminggu dah cuti aku macam dah malas nak pergi cari sorang-sorang. Huhuhu.. Tapi, pada suatu hari, Farah sms suruh join dia cari kerja sama-sama. Haa, then bermulah pencarian kitorang. Kalau nak tahu, kami masing-masing tak pernah pun kerja. So, this is our first time. Niat aku, cari kerja untuk cari pengalaman. Niat Farah, nak cari duit pergi Tioman dan pengalaman. Hehehe.. (Suka hati aku buat niat orang apa =p)


Mula-mula semangatlah, then dah seminggu aku rasa macam-macam. Hahaha.. Nak berhenti je rasanya, tapi aku tak nak lah bak kata pepatah, "Hangat-hangat tahi ayam". Ini dah lah pengalaman kerja aku yang pertama, so aku rasa aku nak buat yang terbaik dan beri komitmen sepenuhnya walaupun aku tahu kerja part-time je. Peribahasa ada mengatakan, "Genggam bara api, biar sampai jadi arang". Wahhh, tak sia-sia cikgu BM aku ajar kan??


Oh, lupa nak cakap aku kerja sebagai apa tadi kan? Aku dapat jadi pembantu juru jual. Yelah, jadi pembantu juru jual aku rasa macam boleh ke aku ni nak melayan orang-orang yang ragam mereka seribu satu rasa. Aku cubalah guna pengalaman aku sebagai customer kan? Kalau aku jadi customer, aku suka orang layan aku macam mana. Alhamdulillah, sepanjang tempoh kerja ni, aku boleh sabar, customer pun okie, tak adalah yang sampai nak marah-marah ke, nak jerit-jerit. Alhamdulillah. Yelah, aku senyum punyalah sweet siap pakej muka baik je, kalau dorang nak buat hal, apa masalah kan? Kadang-kadang aku tak faham customer yang memang fussy plus tahap sombong macam kau tu bagus. Farah pernah kena marah dengan customer sebab dia cakap dia tak tahu sama ada kedai yang atas BATA satu lagi tu, ada stok ke tak untuk kasut yang si customer cerewet ni nak. Excuse me, memanglah kitorang kerja kat sini, tapi we're not Miss Know It All. Haih...


Yelah, cuba korang di tempat aku. Okie, bayangkan ada customer datang kat korang. Lepas tu tanya, " Anak I umur dia 2 tahun, do u think dia boleh muat tak this shoe?" Wehhh, rambut anak dia pun aku tak tahu, apatah lagi saiz kaki anak dia. Nak beli kasut anak, bawaklah sekali. Kan senang tu. Aku rasa kalau tukang kasut yang handal pun boleh gagal nak jawab. Umur aku 21 tahun, so umur korang yang 21 ni sama tak saiz kasut dengan aku? Ada yang pakai saiz 4 tak? Ada? Kalau ada pun, entah berapa. So, kesimpulannya, umur bukanlah penentu atau measurement untuk awak, awak, ibu-ibu di luar sana tentukan saiz kasut anak-anak.


Kadang-kadang bila mood macam sedih, ada jugak customer yang boleh buat aku senyum sampai telinga. (T____T) Wehhh, aku bukan nak angkuh ke riak ke, cuma nak cerita je tau. Terpulanglah kat kamu-kamu sebagai pembaca nak evaluate, aku hanya cerita yang kisah benar.

Kisah yang pertama: Melibatkan pasangan suami isteri dan dua anak perempuan. Si suami ada uban-uban di kepala, masih kacak, tinggi sangat, dan bahasakan diri dia sebagai "abah". Si isteri pulak, rambut pendek warna merah-merah, ada stylelah, dan bahasakan diri dia sebagai "mama". Yang dua anak ni, yang sulung nak kasut tumit tinggi macam orang dewasa, padahal umur dia aku rasa belum 12 tahun lagi. Hahaha.. Yang adik pulak, banyak mulut jugak dan nak jugak kasut sebab kakak dia beli. Okie, aku pun layankan sahaja perangai budak-budak tu sebab aku memang tak kesah kalau layan budak pon. Sebab kasut dorang semua comel-comel. Haa, okielah kita jump to the best part. Time si abah ni nak bayar, tiba-tiba dia hulur kat aku duit Turki. Katanya, untuk buat kenangan. Yang si mama pulak kata, boleh letak dalam album buat collection. Wahh, nasib duit Turki, kalau duit US ke dah lama aku pergi tukar. Hahaha.. (Mulut je cakap, hati tak sampai nak buat macam tu). Benda tu aku akan simpan sampai bila-bila, sebab bila aku ada cucu cicit bolehlah aku cerita. Heeee.. InsyaAllah..

Kisah yang kedua: Korang layan hindustan tak?? Haa, sebab customer aku yang dalam cerita ini datang dari India. Aku sangat teruja dengar dorang cakap sambil tu kepala ke kiri ke kanan. Hindustan hey.. Rasa macam nak pergi India lah. Tengok Taj Mahal. Mana tau jumpa cinta sejati kat sana kan? Ada orang jumpa kat sana, lepas tu fall in love. Sooo sweetttt. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan kan. Ehh, back on track. Yang ni hanya ada seorang wanita bersama dua orang anak perempuan dia. Aku ada tanya jugak anak yang kedua, mana dorang tinggal sebenarnya kan? Lepas tu anak dia kata Lucknow. Betul ke apa aku dengar? Sebab search jugak, "lakna, lakhna" mana ada nama pelik tu kat sana. Mee lakna aku tau ahhh. Heee.. Okie, mari-mari dengar part paling besssstttttt sekali. Korang ready tak?? Time nak bayar tu kan, si anak yang kedua tu tiba-tiba malu-malu sorak belakang mak dia bisik-bisik. THEN, korang tau tak mak dia cakap apa kat aku?? Tutup telinga cepatt, tapi jangan tutup mata sebab nanti korangg tak leh tauu apa mak dia cakap. Mak dia kata, "She say that you are sweet". Tengok word lastttt sekali tu. Eja balik. Ssss. Double U. Eeee. Eeee. Tea. Bunyinya apa murid-murid?? Manis. Pandai. Hahahha.. Lepas tu aku pun dah blushing-blushing sambil kata dia pun sweet jugak. Thankksss sangat sebab customer tu dah buat aku ceria hari tu.

Itulah, al-kisahnya kerja part-time aku yang pertama. Ada lagi cerita sebenarnya sebab hari-hari jumpa orang yang macam-macam ragam kan? Tapi, yang ini paling melekat kat kepala aku. Lepas ni, mungkin aku akan consider untuk kerja part-time lagi tak. Maybe, tak kot untuk masa terdekat. Yelah, sem akan datang aku dah part 5. Then, part 6 aku dah kena buat praktikal. InsyaAllah, lepas tu aku fikir-fikir macam mana.

Time kerja kan, aku mengidam sangat nak makan Nandos. Tapi, bila dah habis kerja, keinginan tu macam dah hilang. Kenapa eh? Awak, awak, belanjalah saya makan Nandos. =)


P/S: Cuti yang hanya baki-baki ini akan digunakan sepenuhnya untuk berehatttt.