29 July 2010

Tinggal kenangan bersama awak si putih..!!


Rabu, 28hb Julai 2010- Hari ini dalam sejarah atau boleh dikatakan satu kenangan pahit, hitam, dan memang tak mungkin aku akan lupakan. Laptop kesayangan yang dah berusia hampir 2 tahun lebih aku guna, aku jaga, sentiasa di samping aku bila aku bosan waktu cuti, tolong aku buat kerja dah kena curi oleh orang-orang yang tak ada hati dan akal fikiran. Maybe mereka-mereka ini waras, tak gila, tapi dorang senang-senang je nak ambil harta benda orang lain dengan mudah. Arghhh... Sedih.. Aku sangat sedih plus geram. Korang, bukan aku dan kawan-kawan aku je yang dah kena, tapi kat Pusat Komersial tu dah ramai jadi mangsa-mangsa kejadian macam ni. Taktik dorang ni mudah. Mencuri time students pergi class. Dan the best part is, dorang boleh siap kunci balik pintu macam nothing happen inside. Mangga solex tu tak macam langsung kena potong ke, kena ketuk-ketuk ke, everything they do was like a pro. Yeah, there are. Pro-sak..!!!



Banyak kenangan aku dengan laptop tu. Kenangan sejak diploma lagi. Gambar-gambar yang tak mungkin aku boleh beli kat mana-mana. Kenangan dengan kawan-kawan, family, dalam NADIIA, dengan lecturers and dengan budak actuary sekarang ni dah tak ada. Semua ada dalam otak. Tapi sampai bila boleh aku simpan?? Aku harap dan berdoa semua ini akan stop one day. And one thing that I'm thankful, kitorang semua tak ada dalam rumah bila pro-sak tu masuk. Alhamdulillah, itu aku patut bersyukur. Kalau tak, mungkin aku akan alami fobia. Yang ni pun macam dah fobia.



Aku nak dedicate this lyric singing by Saleem to my lappy yang aku tahu still ada kat pro-sak tu.. If they read this, I want they know that I need my laptop back..!! Ingat aku dapat senang-senang ke? Petik jari terus zuppp ada depan mata? Aku tunggu sangat lama untuk abah belikan aku. Tapi korang tak akan baca. Itu aku tau.. Huuuuu.. :-(



Jauh kau pergi meninggalkan diriku

Di sini aku merindukan dirimu ohhhh

Kini ku coba mencari penggantimu

Namun tak lagi kan seperti dirimu

Oh laptopku.... :-(
Di manakah awak si putih????