30 April 2009

~PGN~PART 2

Erm,macam mana nak start letak gambar ni?? Yang mana patut didulukan? Aku pun tak tau. Letak je eh. Minta maaf la ye,cerita ni mungkin dah lama,tapi suka lah nak letak apa pun kan?? Hahahaha... Okie,kita mulakan pengambaraan ini.


Dari kiri ke kanan ye: Raihan, Naim(melompat tu), Fiza(yang berbaju biru tu ehem2 aku lah), Salihah(yang berkebaya coklat), Shamin(berbaju hijau) dan Hazirah(berkebaya hitam). Nasib Arif ada kamera yang best tu. Apakah namanya? SLR? Haa.. Lebih kuranglah. Kalau salah ampunkan patik ea. Kami semua ni pantang nampak kamera. Jadi,macam2 gaya akan dibuat. Who will be The Malaysia Next Top Model?? Tekalah,kalau tekaan anda tepat anda akan dapat hadiah yang special dari mereka. (Jangan terpedaya ini semua adalah ITT je. Hahaha.. Tiba2 selit LAW kat sini.)


Gaya ada macam Charlie's Angel tak? Tapi versi Malaysia dan orang Melayu. Hahaha.. Berangan je kamu ni. Biarlah apa orang nak cakap. Asalkan aku bahagia. (Hidup di alam fantasi sememangnya indah,Fiza). Haish.. Lupa nak introduce kan beberapa muka2 baru. Yang jejaka bermata sepet tu namanya Irhan ye. Haa,yang jejaka tengah2 antara aku dengan Shamin pun sepet jugak kan? Namanya Arif. Konon James Bond la tu. Hehehe.. Erm,gadis yang duduk sopan dan ayu bertudung coklat kuning2 tu namanya Junaidah ye.


Sangat suka gambar ini. Cantik3x. Arif sememangnya ada bakat untuk ambil gambar. (Aku puji ni tau). Muka aku nampak bercahaya2 kan?? Model tiga orang ni pun cun2 kan? Lagi bertambah2 cantik gambar ni. Haish.. (Korang kena admit statement ni. Hahaha..) Btw,jangan ingat dalam gelas tu ada lilin tau. Hanyalah kelopak2 bunga di dalam gelas. Adalah sorang hamba Allah ni terkeliru dengan design tu. Hehehe..(P/S: Jangan marah ye kamu. Nanti muka kedot2).


Kami berempat bergaya dengan trofi dan hadiah2 Naim. Tak dapat anugerah,bergambar macam dapat pun jadilah ye. Tak pe,mungkin satu hari akan ada anugerah untuk kami juga. InsyaAllah. Yang terselit sorang jejaka tu namanya Amirul ye kawan2.


Is it just me or is it getting really hot in here?? Hahaha.. (Macam ayat kat YM pulak). Dengan Chan aka Maa aka Salihah. Tapi,tangan tu macam tangan Ohya. Suka sangat menyelit2 macam tu. Hehehe.. 'Ohya,jangan marah ye. Adik tak kesah pun. Gambar dengan Ohya tak terselitlah pulak. Jangan risau nanti adik akan masukkan gambar Ohya ye. Mata sepet2. Hehehe..'


Bergambar dengan Piqa aka Along. 'Cayang bangat sama kamu!'. Yang lain jangan jelus,adik sayang semua eh. Dia ni nampak je macam garang tapi tu semuanya hanyalah topeng di mukanya. Hatinya baik dan tulus. Kalau dah gelak,tak leh stop. Itulah dia yang aku kenal. Owh,betapa aku akan merindui korang semua. Haish...


Ini pula kawanku yang mempunyai nama ayah yang sama.Kami adik beradik yang tidak sama ayah dan ibu ye. Nama pendeknya Mirae tapi nama panjangnya Raizatul Amirah binti Rahim. Macam mak datin you!! Cantik2x. Semua kawan2 aku semua cantik2 belaka.


Bergambar dengan Ana ataupun Syazana. Hehehe.. Banyak sangat nama panggilannya,tapi tak pe. Orangnya tetap sama. Nasib Ana ada mama yang ada banyak baju. Sharing is caring right? Ana pakai kebaya,cantik. Sebab Ana ni tinggi. Bagi sikit ketinggian tu boleh??? Haish.. (Fiza,bersyukurlah dengan apa yang kau ada)



Bergambar dengan Acik aka Cik Ton. Well, aku suka kebaya tu. Cantik! Sebab, satu dia warna hitam then keduanya aku teringin sebenarnya nak pakai kebaya jugak. Hahaha..(gelak jahat). Tengoklah nanti2 macam mana. Kena jadi kurus. Huhuhu.. 'Acik,u look so gorgeous! Betul,adik tak tipu. Macam tak percaya acik leh pakai baju kebaya. Kan3x???'


Ni gambar dengan Shamin. Even mood tak berapa nak okie time tu,tapi bila dah ambil gambar kena pretend macam tak ada apa2. Kan3X?? Kenapa aku buat gaya macam tu eh?? Mungkin sebab tak dapat makan sangat kot. Huhuhu..


Yeah!!! Ni gambar dengan En.Syamsyul bin Samsudin. Lecturer yang boleh dikatakan lecturer paling best yang pernah aku ada. En.Syam juga adalah MC pada malam itu. Hebat kan? Mana ada lagi lecturer yang sanggup offerkan diri nak jadi MC semata-mata nak tengok majlis berjalan dengan baik. Salute lah En.Syam!!! Btw,baju kami sedondon. Hahahaha..

Itulah sahaja gambar yang aku boleh share bersama2 ye. Kepada yang tidak ada di dalam gambar,minta maaf la sangat2. Baru aku tau betapa susah nak meng edit2 ni. Kalau tak,aku tak tau kan?? Baiklah,pengambaraan tamat di sini. =)

25 April 2009

~PGN~ PART 1

Well,tau kan PGN apa maknanya? If tak tau,tengok2lah my previous post ye. (Pemalas punya orang,nak cakap maknanya pun kedekut). Haish.. Ehem,sebenarnya dah lama nak post cerita pasal PGN ni. Tapi,al-maklumlahnya aku ni banyak sangat tugas2 yang lain,ditambah pula bahang peperiksaan ni,masa tu sangat terhad. Kalau buka internet karang, dari sejam jadi 2 jam dan berjam2. So,baik tak payah bukak. Betul tak?


Baiklah,sebenarnya nak cerita pasal PGN ni. Kami bertolak dari Segamat dah pukul 6 petang ye. Ini adalah kerana menunggu si Latif dan Arif yang outing. Janjinya lepas Asar,tapi biasalah memang begitu. Perjalanan ke Tangkak memeningkan kepala aku ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas sebab ada kemalangan. Haa.. Dahla kena jaga baju2 yang bersangkut2 kat kereta. Mana tak nya aku nak pening,pemandangan aku telah di blok oleh baju2. Tapi, tak pelah sebab baju aku pun ada juga. Hehehee.. Sesampainya kami di Melaka dah waktu tu dah pun Maghrib. Jadi,solat lah dulu sementara menunggu Raihan untuk bawa kami ke rumah sepupunya.

Nak dijadikan ceritalah kan,ada berlakunya insiden mengejut. Kereta Perodua Kembara yang Raihan bawa tu terkena palang(alah,palang yang tutup bukak tu,erm macam kat tol. Tak tahu lantaklah. Susah nak explain kat sini.). Agak tercalar jugak keretanya,tapi dia kata selalunya palang tu tak pernah nak tutup balik. Mungkin dah ditakdirkan. Haish... Nak tahu pukul berapa time tu? Dah pukul 8.15 malam. Naim sangat lah gelisah je. Boleh nampak Naim dari muka ko tu. Hohoho.. Aku pun takut jugak sebab nanti tak ada tempat nak duduk. Siap punya siap dah nak dekat pukul 9. Biasalah orang perempuan kan. Kenalah paham.

Kitorang cari tempat parking,tapi semua dah penuh. Last sekali,parking kat car park hotel. Naik2 je,hati ni dapat rasa yang mesti tak ada tempat. Lagi2,bila Naim cakap yang majlis dah start makan. Pergh,gila sadis. Dahlah tak makan satu hari,sebab nak tahan perut katakan nak makan kat hotel. Huhuhu.. Masuk ikut pintu belakang,kitorang masuk je semua macam pandang semacam, dua macam,tiga macam dan macam2. Giler malu weh!!!! Mana aku nak sorok muka. Bajet ko macam artis lah katakan. Padan muka sapa suro datang lambat. Tiba2 jadi famous sekejap. HAHAHAHA.. (gelak jahat)

Rupanya kerisauan yang aku alami terjadi betul. Kami semua terpaksa berpisah sebab tak ada tempat dah. Yang ni ke utara,sorang ke selatan,juga timur dan barat. Nak juga masukkan barat laut dan juga timur laut.(Apa ko merepek ni fiza???? Bajet geografi A lah). Paling aku sedih bila Amirul dan Junaidah tak da tempat. Haish.. Apasal lah tempat tak muat sedangkan kami kan bayar,mesti tahu kapasiti untuk ballroom tu. Marah betul. Mood untuk makan dan juga lapar aku dah pergi jauh. Tiada mood untuk happy2 langsung ye.

Malam tu,Naim dapat anugerah untuk siswa keseluruhan dan juga untuk kos kitorang,Analisis Pelaburan. Tahniah3x. Tiba2 mengaku tu kawan aku. Hahaha.. Tak dapat anugerah tumpang gembira pun jadilah. Patutlah risau semacam,rupa2nya nak naik pentas kan. Haish.. I wish that one day,it happens to me too. InsyaAllah.. Kena usaha kuat fiza!! Jelus nih.

Tapi,nasib baiklah perjalanan balik aku rasa happy. Nak tau tak,En.Syamsyul pun ada. Lepak2 ngan kitorang. Haa.. Makan kat McD pulak tu. En.Syam best!! (P/S: Ini bukan membodek ye. Ini hakikat. Korang kena paham.) Pagi2 aku makan burger,makan banyak pulak tu. Satu set spicy chicken mcdeluxe. Ish2x.. Takpe,kan aku tak makan sangat tadi. En.Syam pun suro aku makan tau. Nasib baik En.Syam paham. Hee.. Kitorang gelak2,paling best part "Pengarah". Sakit perut sebab ketawa. Latif2,ko memang terbaik lah!! Boleh jadi artis komedi,dapat duit tau.

Erm,sampai Segamat dah pagi. Pukul 4. Ish2x.. Dalam kepala,paper Law,paper Law,paper Law. Risau ada juga,tapi aku kenalah kuat. Bukan hidup namanya kalau tak ada cabaran dan juga halangan. Hidup ni mesti bosan kalau semuanya tak ada kesusahan. Sampai bila kita nak senang je? Sememangnya hidup ini memang begitu. Semua yang terjadi,ada hikmahnya. I believe that. Kiranya,aku tak rasa menyesal sebab pergi PGN.

Mahu tengok gambar2 PGN??? Kalau mahu,tunggu entri yang seterusnya. Saya akan menyajikan anda semua dengan gambar yang saya rasa best untuk kita kongsi bersama2. Till next time.

SEGALANYA yang terjadi ini,akan menjadi memori indah yang tak kan aku lupa SELAMANYA.
15 April 2009

FINALE

Pagi yang indah ini belum lagi nak membuatkan aku ada mood nak baca buku LAW. Haish.. Apa pasal entah. Tadi Hazirah dah belikan aku makanan kat dining. Bihun dengan nugget 2 ketul dengan sedikit sambal. Thanks kawanku. Hehehe.. Esok 17 April 2009 akan ada MALAM PRA GRADUAN di Hotel Equatorial Melaka,tapi hati aku tak ada pun untuk pergi. Memanglah ini event untuk aku,tapi bila fikir2 banyak lagi yang aku belum cover lagi untuk menempuh paper pada hari Isnin. Tapi..... Dalam masa yang sama aku dah bayar duit and dah ada baju pun untuk pergi. Erm,entahlah. Tanya hati kata jangan,tapi tanya diri kata mahu. Hahaha.. Gila sastera ayat beta. Sekali sekala ikut jejak A.Samad Said apa salahnya. Lalala... Semester akhir ini aku ada 3 paper je. Best kan? Best ke? Haish.. Yang di bawah ini adalah paper2 yang aku kena berperang nanti. Yeah!!!


20/4-LAW 374 ~membaca undang2 ye dan juga akta2 erm dan juga section2~
23/4-FIN 376 aka BONDCIT
05/5-FIN 377 aka PORT bukan buat port tapi PORTFOLIO ye


Dan kepada semua,aku doakan selamat berjaya untuk exam kali ni. Ayat2 aku pada hari ini sungguh skema adalah kerana aku hendak membaca buku undang2 ye. Tapi ini adalah aku,suka atau tidak aku kesah ke? Pergh,gila membangga diri. Oh,tidak2 aku kesah tapi aku tidak susahkan sesiapa kan? Macam nak gaduh je. Haish.. Sudah lah fiza,pergi baca buku tu.

Assalamualaikum semua manusia di muka bumi Allah ini.....
09 April 2009

Tagged by Akid Uzair ...

1. Adakah anda rasa anda hot?
- Hot? Tak pernah terlintas pun,tapi akan 'hot' bila cuaca panas dan tengah geram. Hahaha..

2. Upload gambar kegemaran anda


3. Kenapa anda suka gambar ini?
- Sebab rasa macam mak datin pulak. Hehehe..(Ada orang cakap eh,ni bukan perasan tau)

4. Bila kali terakhir makan pizza?
- Semalam (9 April 2009). Celebrate birthday with *someone special* to me. Banyak betul order sampai tak habis. Kenyang sangat. Membazirkan? Hehehe..

5. Lagu terakhir yang anda dengar
- HO JAI HO SLUM DOG MILLIONARE AR REHMAN

6. Apa yang sedang anda buat selain buat tag ini?
- Transfer gambar dari handphone ke laptop.

7 .Selain nama anda sendiri, apakah nama lain yang anda suka orang panggil anda
- Pijot/Adik/Yang sewaktu dengannya..

8. Tag lagi 5 orang
Mak ety
Siti
----
----
----

9. Siapa no 1?
- My roommate.. Dia pun offer diri untuk tag dia. Hehehe..

10. Siapa orang no 2?
- My roommate jugak..

11. Orang ketiga ada hubungan dengan siapa?
- ---- Maksudnya tak ada sapa. Tak ramai lagi pun kawan dalam blog ni. (Sad face)

12. Bagaimana dengan no 4?
- Nanti dah ada aku tulis boleh tak? Huhuhu

13. Kata sesuatu tentang no 5
- Nothing to say lah..
04 April 2009

Terhantuk

Jam: 1.46 am (waktu jam di laptop)

Perasaan: Mengantuk tambah pening sebab tak cukup tido tambahan lagi nak siapkan report final Viva ni. Boleh tak tambah perkataan 'lapar'? Tadi makan tengahari je tak campur kene suap sikit burger Mcd Jun tadi.

Suasana: Sunyi, sepi dan hanya kedengaran bunyi air sebab tadi hujan.

Sebenarnya saja2 je buat title macam tu. Taklah terhantuk kat mana2 pun. Masih waras lagi ni. Hehehe. Erm,untuk pengetahuan korang yang sedang membaca ni,minggu ni adalah minggu terakhir untuk diri ini pergi ke kelas untuk pengajian Diploma Analisis Pelaburan. Kelakar tambah dengan perasaan tak percaya, rupa2nya sekejap je 3 tahun tu. Dah nak habis pun ni. Alhamdulillah,sampai juga aku di sini dan masih lagi berjuang ni. Perjuangan belum selesai Fieza!! Antara perkara2 yang kena dilakukan sebelum study week ni, 7hb ada test BD, malam tu ada dinner NADIIA(i cant wait actually,ni my last sem kot nak pegi dinner lagi2 i diraikan. Kan3x? Betul tak u? Be strong and never give up), and important date sekali ialah tarikh ini 8hb April, bukan sebab Hari Keputeraan Sultan Johor, tapi kena hantar report final Viva. Macam2 kena settlekan. Nak binding,nak edit lah, nak masukkan dalan CD, dan segala nak lah.

Every night in my dreams
I see you, I feel you,
That is how I know you go on
Far across the distance
And spaces between us
You have come to show you go on
Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on
Once more you open the door
And you're here in my heart
And my heart will go on and on
Love can touch us one time
And last for a lifetime
And never let go till we're one
Love was when I loved you
One true time I hold to
In my life we'll always go on
Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on
Once more you open the door
And you're here in my heart
And my heart will go on and on
There is some love that will not go away
You're here, there's nothing I fear,
And I know that my heart will go on
We'll stay forever this way
You are safe in my heart
And my heart will go on and on


P/S: Lagu ni maybe tak ada kaitan dengan cerita ni,tapi ada kaitan dengan title kot. Hahaha.. Tak salah kan? Monolog dalaman--(Tak pe,selagi polis tak tangkap, tak salah Fieza.) Lalalala... Kejap, selain kena hantar report Viva, 8hb pun special date juga kan? Yeke? Hurm.... Ada sesiapa tahu????