20 May 2009

5 Tahun 5 Bulan

Yup. Lima tahun lima bulan. Tempoh yang sangat lama kan? Erm,tempoh apa? Tempoh belajar?Tempoh untuk kahwin? Owh,tidak. Bukan. Jangan buat spekulasi dan juga kesimpulan terlalu awal. Then what cik Hafizah? Ini adalah tempoh untuk menunggu saya. Hehehe.. Owh,bukan jugak. Haish.. Sepuluh tahun lagi. Kan?? Dah,stop playing around. Be serious.

Ini adalah tajuk novel yang saya tengah baca. Penulisnya ialah HLOVATE. Ye,begitulah ejaannya. Mula2 tengok novel ni (dipinjam oleh ibu kat jiran depan rumah), langsung di pandang sepi. Konon2 jual mahal. Tapi,semalam pendirian dah berubah. Tak tetap pendirian nih. Cuba membacanya, kemudian telah jatuh hati. Wah,bukan senang ye nak tengok aku jatuh cinta dengan penulis yang tak berapa dikenali. Tahniah3x HLOVATE. Anda telah mencuri hati saya dengan gaya penulisan anda. (Kononnya HLOVATE berada di depan mata).

Terus terang aku suka. Betul. Gaya penulisan dia sangat sempoi,best dan yang paling penting sangat kena dengan jiwa aku serta kepala otak ni. Dia ni student luar negara. Ceh,macam mem 'promote' dia pulak kan? Alah,bukan aku dapat apa2 komisen pun. I just wanna share. Wanna know more about this novelist? You may click here -> HLOVATE. Observe and evaluate by your own. All right?


Itu sahaja. Mahu menghabiskan pembacaan secepat yang boleh. Orang kata,kalau kita dah suka,tak leh buat apa dah. Mungkin frasa "Tak kenal maka tak cinta" sangat sesuai untuk aku sekarang ni. Dont judge a book by its cover la Hafizah. Haa.. Kan dah terkeluar semua bidalan,perumpamaan atau kata2 hikmat. Cepatlah berhenti. Okie2. Pergi dulu.


Cik Hafizah ingin meneruskan pembacaannya.
17 May 2009

~I Miss U~

I miss you
I miss your smile
And I still shed a tear
Every once in a while
And even though it's different now
You're still here somehow
My heart wont let you go
And I need you to know
I miss you
Sha la la la la
I miss you

*miley cyrus
*i miss you
1.11.9.4.25.7.2.21.19.8.21.11.
------------------------------
10 May 2009

~IBU KU~

Okie. I just want to make it short. Hehehe.. Semua mesti tahu kan,Mother's Day on 10 May. Mula2 memang tak ada apa2 plan langsung. (Giler jahat ini budak). But,suddenly someone asked me about what im gonna do to celebrate this special day?? Huh! Terus otak ini ligat mencari idea di kesempitan waktu. Hahaha.. Btw,i want to say thanks to that "someone". Aku cuma rasa,kenapa semua orang boleh sambut this day dengan mama,mummy,mak,ibu or umi mereka and why not me? Sambut hari ibu yang hanya datang setahun sekali je. Susah sangat ke nak spent time with your own family? Aku minta Hannan belikan kad. Suruh semua kat rumah tu tulis including abah. Hehehe.. Kena2. Tak kira. Cuma adik je yang tak tahu nak tulis,tapi tak apa,aku tuliskan bagi pihak dia. If he can talk,can write,alangkah bahagianya aku. Tapi takpe,aku redha semua ini dugaanNya. Okie,tak mau sedih2. Kitorang pergi makan kat Pizza Hut je. Dekat je dari rumah. Time tu giler sesak dengan manusia2,dengan pekerja2 Pizza Hut buat celebration for Mother's Day. Kitorang jadi tukang intai2 and dengar2 apa je aktiviti dorang. Ibu tak tahu tau kitorang nak celebrate dia. Wawawa.. Bila time dia nak pergi bayar,dia tanya kat abah,'Resit tadi mana?'. Then, dengan muka yang tak bersalah abah jawab,' Entah,tak tahu.' Aku gelakkan je. Sebenarnya,sebelum tu aku dengan adik yang no 2(Hamidah) dah pergi bayarkan kat kaunter. Konon2 nak pergi toilet. Giler skema. Nasib abah pun pandai berlakon. Hehehehe..(muka jahat). Pastu aku pun cakap lah,'Hari ini kan Mother's Day. So,kitorang dah bayarkan dah'. Then ibu pun cakap,'Alhamdulillah selamat,terima kasih bayarkan. Patutlah tak ada yang nak add on eh? Selalunya ada je nak tambah spageti lah,ini lah,bla bla'. Hahaha.. Ibu,ini saving untuk masa depan namanya.


Gambar bersama ibu. Inilah ibu,even tak suka bergambar dia kena juga sebab anak dia ni kan suka bergambar. Hehehe.. Apa pun aku seronok. Sangat seronok! Thanks for everything that you had done to me. I love you, ibu!!

P/S: Ini rasanya dah panjang kan? Konon nak pendek je,dah type2 tak sedar terpanjang lah pulak. Takpe,pendek ke panjang ke janji ada yang akan baca. Lalala.. Ni dah wat entri baru,mana bahagian orang tu pulak ea?? (Waiting ni). Okie,dah ngantok.

Till next time.

Wo xiangnian ni.

07 May 2009

Aku dan Segamat

Tanggal 6hb Mei 2009,pada waktu erm dah tak pasti,yang aku ingat pagi lah,aku telah meninggalkan tempat yang dulunya tak sabar aku nak tinggalkan tapi bila tiba masa untuk meninggalkannya hati ini berat pula. Mengapa dan kenapa? Haa.. Itu yang kita tak tahu.

Ingat lagi bila pertama kali aku menjejakkan kaki di situ. 2hb Julai 2006. Masih mentah dengan ilmu2 (jangan ingat aku ni ikan yang mentah), macam budak2 lagi time tu (macam sekarang tak je??), still free hair (mesti ada yang tak caya), masih lagi tiada plan tuk masa depan,time tu yang aku cuma tahu habiskan diploma je. Tapi,aku rasa bersyukur dan bertuah sangat sebab dapat masuk universiti. Salah satu impian yang aku pasang sejak sekolah lagi. Nak merasa hidup kat universiti,yang orang selalu kata 'Belajar sehingga menara gading'. Alhamdulillah,dengan result SPM yang tak seberapa.

Sekarang aku dah tinggalkan tempat itu,mungkin tak akan kembali or mungkin akan kembali. Tempat yang banyak menyimpan segala rahsia aku,tempat itu juga yang ada semua memori2 yang indah termasuk juga yang pahit dan tawar, tempat di mana aku belajar untuk berdikari dengan ketiadaan ibu atau abah di sisi untuk membuat keputusan untuk aku, tempat di mana aku belajar erti hidup, sedikit sebanyak mematangkan aku, tempat di mana aku belajar erti persahabatan, berkawan dan berlawan dengan perasaan, tempat di mana yang telah merubah aku untuk bertudung di situ, mungkin hidayahNya tiba di situ dan tempat itu juga telah membuatkan aku menjadi seperti sekarang,tidaklah sehebat mana pun, tapi aku sorang je yang tahu apa yang dah berubah pada diri dan juga cara pemikiran aku.

Sesungguhnya,terima kasih Ya Allah atas semua ini. Terima kasih di atas pengalaman hidup yang masih jauh ini,terima kasih kerana aku di tempatkan di Segamat. Sesungguhnya Allah akan memberikan apa yang hambaNya perlukan,bukan apa yang hambaNya inginkan.

P/S: Kepada 145 Society, kepada ex-bilik 127, kepada ex-bilik 119, kepada semua kawan2,tak lupa juga kepada wing aku mula2 masuk kolej Nilam; wing Cemerlang,kepada pensyarah2,kepada mak cik dan pak cik cleaner yang bekerja di situ(sangat berterima kasih pada mereka),kepada pekerja di benteng(tak kesah benteng mana,semua aku pergi makan),kepada Pak Cik dan Mak Cik UK(aku pernah kena tahan sekali dan juga kena suruh balik(bila buat Viva kat LT,blok U, dan juga tempat NR). Sesungguhnya kalian semua akan aku rindukan. IMY~~