20 July 2012

Cabaran, Dugaan atau Ujian?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, esok semua umat Islam di Malaysia akan menyambut bulan Ramadhan Kareem.  Bertemu lagi kita dengan bulan yang penuh mulia ini. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Moga2 segala aktiviti dan amal kita lakukan mendapat ganjarannya. InsyaAllah.. Amin. :)

Hari Jumaat ini, Allah berikan aku satu kesempatan untuk menyaksikan satu upacara pengislaman seorang lelaki yang berasal dari Sepanyol. Subhanallah, perasaan tika itu, rasa besar rahmat Allah itu dan bersyukur sangat2 kerana kita semua ni telah dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam. Alhamdulillah, lelaki tersebut memilih nama sebagai Alexender Ibrahim. Bertambah lagi seorang Muslim dikalangan kita dan mudah2an Allah permudahkan baginya untuk mendalami ajaran Islam. InsyaAllah. Dan peringatan untuk diri sendiri juga, supaya sentiasa perbaiki diri agar menjadi lebih baik. 

Dulu, dikala Allah ambil seseorang dalam hidup, terasa kehilangan yang amat sangat. Memang sedih. Tetapi, apabila kita lakukan sesuatu niat kerana Allah, InsyaAllah, Allah takkan pernah sesekali lupakan hambanNYA. Lalu, Allah hadirkan bukan satu tetapi lebih dari itu. Mereka hadir menjadi peneman, pendengar, dan penasihat yang cukup2 berharga. Subhanallah. Allah Maha Besar. Contoh yang paling indah, kalau dulu solat sorang2, sekarang boleh buat jemaah. Cukup indah. Tak boleh nak digambarkan dengan kata2. Kawan yang baik, adalah kawan yang selalu mengingatkan kita akan kebaikan. Bukannya yang akan merosakkan kita. Pahamkan perkara2 yang merosakkan itu? Perkara kebaikan contohnya,"Jom, kita pergi solat Jumaat nak? Lepas solat tu, nanti kita hantar awak balik faculty." Terus je reply,"Awak nak ambil kta pkol berapa?" Syukran Ya Allah. Syukran Ya Allah.

Hidup kita ni, memang kita perlukan kawan. Tapi kawan yang macam mana? Kawan untuk bergelak ketawa, pergi teman shopping, pergi teman minum coffee, pergi tengok movie, teman belajar, teman kita ke mana2 kita nak, memang banyak kawan2 yang macam ni. Keseronokkan yang dicari itu, saya pasti takkan kekal lama. Pastinya akan ada aktiviti2 yang sama berulang2 kali. Tetapi, di sebalik aktiviti2 kita lakukan bersama2, ada tak kita fikir sejenak, apa yang kita buat ni semua Allah suka tak? Lagi2 kalau yang campur antara bukan Muhrim. MasyaALLAH. Dan percayalah, kalau kawan2 yang macam ni, akan pergi dan datang. Lepas tu, anda akan cari lagi kawan2 yang lain. Sampai bila anda harus begini? Sampai ke tua kah? Sampai rambut sudah berubankah? Dipenghujungnya, anda yang akan harus berfikir, dengan cara yang bagaimana anda akan tamatkan perjalanan hidup anda? Mati dikala kejahilan? Mati dikala keseronokan? Pengakhiran kita mungkin berbeza2, walaupun permulaan kita adalah sama. 

Dengan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh mulia ini, penuh keberkatan di dalamnya, sahutlah cabaran saya. Sahutlah cabaran ini untuk berubah. Niatkan hanya kerana Allah. Bukan kerana ibu bapa, kawan2, bf/gf tetapi niatkan kerana Allah. Semata2 keranaNYA. Anda tidak tahu, sama ada anda akan di beri kesempatan untuk bulan Ramadhan yang akan datang. 

Marilah sama2 menjadi seorang Muslim dan Muslimah yang baik. Lakukan perubahan secara sikit2 tetapi istiqomah. Mudah2an Allah akan permudahkan segalanya. InsyaAllah. 


p/s: Jangan lupa niat berpuasa malam ni. 

Iklan : : Jangan lupa download waktu imsak dan berbuka bagi kat ibu tampal kat peti ais. Baik! ^_^