28 September 2009

Konvokesyen # 1

Okay, hari ini time class pukul 8 tadi saya ada ditanya pasal dapat tak surat pasal konvo. And I simply just, 'dapat!'. But then my face changed after my friend told me that the letter is in yellow color. Okay,okay saya sudah silap tafsir. Then, I turn to be excited because that letter is about your turn and of course your turn to be at stage. Boleh bayangkan?


Anda memakai jubah, dengan topi yang saya pun tak pasti apa nama dia lagi, tapi saya panggil topi empat segi senget dan ada benang juntai macam rambut korang jatuh kena muka dan setiap graduan akan pakai senget bukan? Owh, belum habis lagi imaginasi kita. Okay sambung lagi.

Kemudian menaiki tangga dengan penuh sopan lagi ayu bagi perempuan manakala lelaki berjalan seperti seorang yang sangat macho kerana semua orang akan memerhatikan anda tak kiralah di dalam dewan ataupun yang di luar dewan yang lihat anda di skrin. Jadi hendaklah berjalan dengan elok bukan? Sangat tidak manis berjalan berterabur. (-_-'')


Dan kemudian melemparkan senyuman kepada semua orang mungkin akan kelihatan seperti senyum kambing ataupun kerana ini kali pertama naik pentas dengan memakai jubah ataupun senyum untuk melegakan hati yang 'cuak' dan juga melindungkan tangan yang sejuk. Eh, tapi kalau pemberi tu perempuan bolehlah nak salam. (T_T)


Dan kemudian sampai kepada kemuncak apabila anda sudah memegang sijil atau sewaktu dengannya dan mungkin akan diberi ucapan tahniah dan anda harus membalas dengan senyuman dan terima kasih. Haih! Sangat ironik kan?

Tapi belum tamat di situ kerana anda harus berlalu pergi dari pentas itu dan mengharapkan akan berjumpa lagi dan menanam azam untuk naik sekali lagi. Dan jangan lupa untuk menjaga perjalanan anda sekali lagi. Ingat, berjalan seperti peragawati. Okay! Sudah boleh tutup awan-awan atas kepala. Pecahkan cepat awan itu kerana penulis sekarang sangat teruja. Kalau ye pun tunggulah raptai baru boleh nak imaginasi lebih-lebih flow istiadat itu.


Okay, mungkin boleh rasa macam nak tampar je muka penulis sebab menulis macam poyo yang teramat. Tapi, percayalah tamparan tu tak akan memberi sebarang kesan kerana penulis tidak dapat menyembunyikan keterujaan beliau. Hahahha.. STOP! SUDAH HAFIZAH JANGAN MEREPEK BAGAI LAGI! Maafkan jika ada kata-kata yang boleh buat korang yang baca muntah satu baldi penuh.



24 September 2009

Apa yang bestnya raya?

Setiap orang mungkin mempunyai persepsi yang berbeza pasal raya. Im sure that. Masa kecik dulu persepsi raya aku lain. Lainlah,contohnya happy sebab dapat balik kampung jumpa saudara semua terutamanya sepupu-sepupu lepas tu dapat main bunga api kat depan rumah, then lepas tu nanges sebab cuai cucuh mercun dan terkena jari. Walaupun tak putus ke apa,tapi sakit jugak. Terus fobia nak main tu semua lagi. Tapi,sekarang dah besar ni,eh mungkin lagi sesuai kalau aku cakap usia semakin meningkat pandangan terhadap raya makin lama dah makin berubah. Ye,itulah hipotesis yang boleh aku buat. Jadi,apa yang bestnya raya ni sebenarnya? Ok,kalau tajuk ini keluar karangan time PMR nanti adik-adik semua bolehlah ambil isi-isi ni buat karangan. Hehehe.. Mari lihat apa dia.

1) Menyambut kemenangan
Setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, mesti semua umat Islam nak meraikan Syawal kan? Aku juga di antara golongan itu. Korang pun kan? Dapat makan minum back to normal. Tak payah pening nak fikir nak berbuka nasi tomato ke lagi. Hehehe.. Betul kan? Jangan tipu. Tapi,ada juga perkara yang kalau kita dah biasa buat akan rasa macam rutin pulak. Means that, aku kan dah biasa kena bangun sahur kat rumah ni,so bila dah tak puasa ni pun mata ni boleh terjaga macam nak suruh aku sahur lagi. Jadual tidur pun kena restructure balik ni.

2)Mengeratkan silaturahim
Time ni lah saudara jauh mahupun dekat berkumpul ramai-ramai mohon kemaafan sesama. Riuh satu rumah macam ada pesta, lepas tu tidur bersepah sebab time raya ni semua balik sampai ada yang bagi cadangan nak renovate je rumah. Hahaha.. Aku lah tu. (T_T) Dan paling best sangat bila korang jumpa pak cik ke mak cik lepas tu cakap,"Eh,dah besar anak dara kamu ni. Cantiknya anak kamu. (hahaha.. ni tambahan penulis sahaja),tahun depan dah dapat menantu lah ye". Haish.. Rasa nak pengsan kat situ jugak. Macam signifikan sangat ke, ok kalau kau dah besar semua ni, dah kena kahwin. Mesti ke? Tak kan? Boleh je cakap, dah besar nanti kerja bagus-bagus, cari duit dulu, simpan satu juta dalam akaun, lepas tu pergi sekeliling dunia cari pengalaman, pergi buat haji dulu, buat rumah besar untuk family dan diri sendiri, lepas tu buat bisnes sampai maju,lepas tu kahwinlah. Tak boleh ke wahai mak cik dan pak cik?? Aku doa-doa bila aku dah jadi aunty nanti, aku akan cakap seperti ini. Hahaha.. Hepp! Lambat lagi ok.

3)Makanan
Haa,yang ini memang tak boleh dipisahkan daripada perut manusia. Time raya ni lah, ketupat, lemang, rendang nenek, rendang tok, nasi himpit (taukan yang macam mana?), kuih raya semua ada. Macam-macam ada. Makanlah sampai perut korang sempit nak sumbat air pun tak boleh dah. Time raya je kan dapat jumpa pelbagai jenis makanan yang aku rasa dah jadi tradisi setiap tahun. Lepas tu, jerit-jerit depan cermin sambil cakap,"Aku dah gemok weh!". Jadi, pengajarannya, berhenti makan sebelum kenyang ye kawan-kawan. Ehem, pengajaran untuk aku juga. (T_T)

4)Baju raya
Ini sangat sinonim dengan hari raya kan? Hari raya = baju raya. Dah macam benda wajib,korang kena ada baju baru bila raya ni. Nanti bila orang tanya," Baju raya kau berapa helai?" Dan dengan sedih aku akan cakap,"Aku tak shopping lagi weh! Bila nak shopping raya ni?" Huhuhu.. Ok,ni betul. Tak tipu pun.='( Dulu time kecik bolehlah ibu dengan abah bawa aku pergi mall lepas tu beli kan baju ini,seluar tu,dress yang ni,kasut yang itu. Tapi, ini dah besarkan, so kenalah pilih sendiri semua dan guna duit raya sendiri. (-_-'')

5)Ang pau
Mesti mata korang dah terbayang-bayang simbol ni '$' tak pun terbayang warna merah, hijau dan duit syiling pun boleh. Time ni lah korang boleh 'pau' pak cik mak cik bagi duit raya banyak-banyak. Dulu aku siap catit lagi, raya tahun ni dapat kumpul berapa lepas tu nak compare dengan adik-adik siapa lagi banyak. Lepas tu bertekak tak puas hati kenapa korang punya paling sikit. Hahahaha.. I miss that. Akulah yang paling sedikit sebab malas nak jalan-jalan pergi rumah orang. So dont blame others. (T_T) Dan paling best bila duit raya diberi sama banyak dengan umur korang. Yang besar ni dapat MYR 10 takpun MYR 5. Kalau kecil lagi,dapatlah MYR 2 takpun MYR 1. Bersyukurlah. Aminnn. Kira dah duit korang dapat berapa? Banyak?

Dan akhir sekali...
6)Rancangan raya
Mesti korang tengok tv kan? Macam-macam cerita yang aku rasa ada yang best dan ada yang dah bosan nak tengok sebabnya sama ada aku dah tangok ataupun aku memang tak suka cerita tu. Tahun ni, aku suka akustik raya. Best kan? Ada Faizal Tahir and Aizat tu. Mereka nyanyi best. Bila mata kat tv, kerja apa semua dah tak ada dah. Sedangkan kerja berlambak nak kena buat. Chill lah kerja. Raya setahun sekali je pun.

Ok,dah cukup tak nak buat isi karangan nanti? Aku rasa dah panjang sangat sampai korang mesti scroll je ke bawah. Takpe, aku tak kesah pun nak baca or tak. Sebab yang ini aku nak simpan supaya cucu cicit aku boleh baca nak buat karangan dorang nanti. Ahahaha..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
17 September 2009

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim



Mungkin entri ni dah basi kalau aku biarkan sahaja ia berlalu. Kesibukan yang melanda membuatkan aku telah mengenepikan engkau wahai blog. Hahaha.. Sudahlah!

Ok cerita kali ini mengenai lawatan aku untuk berjumpa dengan anak-anak yatim di Meru,Klang.



Untuk pengetahuan korang,ini first time aku hadiri acara macam ni. Kindly speaking ia sangat seronok dan pada masa yang sama membuatkan aku rasa thankful pada Allah sebab aku still ada abah dan ibu di sisi. Ada yang kecil-kecil lagi dah hilang one of their parents. So,you need to appreciate them when they are around. Ini nasihat untuk aku juga.

Tapi yang aku pergi ini bukan rumah mereka. Ia adalah pusat di mana kalau ada apa-apa event dorang akan datang. Yang selebihnya tempat ini juga menawarkan tempat dorang untuk belajar komputer. Gain some knowledge about IT i guess.

Dari segi temubual aku bersama dorang, (dah macam reporters pulak) mereka tinggal dengan mak dorang. Means that ayah dah passed away,so mak je ada. Rata-ratanya semua yang aku tanya cakap mak or mama. So,tak mahulah tanya lebih-lebih kan? Budak-budak kan sensitif,macam aku juga. Heeee...

Dan dalam banyak-banyak mereka di sana aku tersuka seorang budak ni. Nama dia Fatihah. Erm,tak sure betul or tak eja nama ni. She's 12 years old. Ada lagi 3 orang adik beradik. Bawah dia darjah 5, darjah 3 dan yang paling bongsu tadika. Semua comel-comel. Geram. Sebab aku suka budak-budak, jadi kena tahan diri daripada cubit pipi dorang. Hahaha..


Inilah dia Fatihah. Mungkin dia anak sulung jadi dia nampak matang apabila bercakap. Nice to know her actually. Before balik tu, dia sempat lagi salam aku. So,hopefully bila ada jodoh nak jumpa dia lagi. InsyaAllah.
p/s: gambar-gambar available di facebook.
05 September 2009

PAR Excellence

Kamilah penjaga makanan. Hee..

Sebahagian AJK program ni.

Dalam Dewan Kuliah B. Seat yang selesa macam nak tengok wayang dan makan pop corn.

Masih menanti speaker untuk datang.

*More photos at buku muka (Facebook)*





PAR Excellence
4hb September 2009
di Dewan Kuliah B, Fakulti Pengurusan Perniagaan,
dianjurkan oleh kelas aku iaitu BM222 3E.

Ini sebahagian dari continuous assessment dalam subjek Personal Development. Kelas kami kena handle seminar. Lagi 2 kelas kena buat community activities. Maybe minggu depan ada lawatan ke rumah anak-anak yatim. Teruja!

Tak banyak yang aku boleh ngomel sebab sebagai ajk tak dapatlah nak tengok speaker yang kedua bagi talk sebab aku dah kena keluar jaga makanan. Yang bestnya, kitorang tengah letak-letak makanan atas meja ni and suddenly one man came and asked," Ni makanan nak jual ke? Aku dah lapar ni". And we smiled and said, "Ni makanan untuk seminar,not for sale". Dan, dengan muka yang agak kecewa dia berlalu dari sana. Ahahaha.. Kesian rasanya, dah besar pun macam budak kecil. Kalaulah aku boleh rakam muka dia, and cara dia bertanya kalah adik-adik angkat aku. Haish.. Belum lagi pukul 5 petang rasanya.

Dalam pukul 6.15 macam tu, seminar tu dah selesai. Well, sesuatu yang aku rasa boleh dibanggakan. Well done semua! Lepas ni fikir nak buat report pulak. Huhuhu.. Owh,dengan donation untuk charity lagi. Sesiapa yang sangat big-hearted, kind-hearted and nak dapat pahala lebih?

Buatlah amalan mulia dengan bersedekah kepada saya. =)
Duit itu akan disumbangkan kepada anak-anak yatim nanti. Sekurang-kurangnya dapat berikan mereka sesuatu untuk Aidilfitri nanti. Hulurkan tangan,ringankan beban.