31 December 2009

Two Oo One Oo

Sedar atau tak, masa berlalu tanpa aku sedar. Rasanya aku ingat lagi celebrate birthday kat Segamat. Okie, masa tu aku simpan lagi dalam memori. Sekarang aku tak payah nak pening-pening nak pack barang semua, beli barang ke, sebab memang tak akan ada dah. Perkara yang lepas tu bagus untuk kita belajar daripada kesilapan dan perkara yang akan datang tu adalah satu kayu ukuran untuk kita lakukan sesuatu sekarang, supaya suatu masa nanti kita akan capai apa yang kita inginkan. Cewahh! ;)

Tahun 2009 aku tinggalkan dengan seribu tambah sejuta kenangan. Nak kata semuanya manis tak juga, adalah yang pahit, tawar tu, but hey this is life. Sebagai hambaNya, kenalah bersedia untuk menghadapi dugaan dan aku harapkan hanya yang terbaik. Afterall, this was the year I graduated from my Diploma. I did! Terima kasih ya Allah. And this is the year I realised I met someone. I never had a chance to say this, but I want you to know that I adore your handwriting. Okie, keep others later, nanti kembang pulak.

Sepatutnya nak buat recap apa yang aku dah buat untuk tahun 2009, tapi malas pulak. Tengoklah, mungkin tahun akan datang ke, come on... a year is a year. Ohh, tak dilupa kepada blog ini. Menjadikan aku sebagai BLOGGER GIRL. Hehheeh..

Two Oo One Oo
If u remove the Oo
U'll get
Two One
and im
21

Happy New Year and Happy Birthday to ME.
17 December 2009

Promise? #3

Ok, aku rasa cukuplah ni post yang terakhir. Panjang-panjang sangat aku tak tahu dah nak cerita apa. Janji aku kat budak-budak tu berpanjangan sebab I need to think the best time nak bawa dorang since every day cuaca yang tak berapa nak elok, tak nak lah nanti tak pasal sakit pulak anak orang kan? And oh, opah pulak masuk hospital, so kenalah jaga rumah bila ibu dengan abah pergi hospital. You know, even aku duduk rumah, a lots of works yang aku kena buat. Senang cerita, kerja kat rumah tak kan pernah habis selagi ada orang dalam rumah. Hurm..

15 December...

Finally, aku rasa ini hari yang sesuai sangat. Wayang pun murah untuk ladies kan?

Aku: Auni.. Alya.. Along dengan angah nak pergi tengok cerita Santau. Kat Sunway.
Auni: Kitorang nak ikut.
Aku: Dengar ni, along nak pergi tengok cerita Santau. Jangan cakap nanti along tak cakap. Lepas tu, kalau nak ikut kena kuat. Taklah nanti balik kata penatlah, sakit kakilah macam awak ikut angah hari tu. Kalau tak, along tak nak bawa lagi. Paham? (Buat-buat garang)
Auni: Ok2x.


Nama: Auni Damia

Umur: 6 tahun

Pandai bercakap sampai aku dah tak tahu nak balas apa. Suka warna pink. Kuat makan sekarang ni. Tahun depan masuk sekolah integrasi. Nak belajar bahasa mandarin dan juga taekwando. Hiyak!! Haa,dah pergi sekolah tak dapatlah nak makan kari ibu Jat lagi. =p

Nama: Alya Batrisyia

Umur: 5 tahun

Sangat sukalah makanan dan makan. Pantang bila tengok orang lain makan. Takut tau tengok dia makan. Sekarang kena diet-diet sikit supaya kurus sikit. Ni pun pandai cakap, bolehlah aku ketawa bila ingat balik apa dia cakap. Haih =_='' Tahun depan masuk tadika ye. Asyik tengok Hi-5, Hagemaru, Dora, The Replacement dan semualah kartun kan. Tv kat rumah memang dia je yang punya. Nak tengok lain memang tak boleh.

Nama: Darwish Zahin
Umur: 2 tahun
Sangat suka rancangan Dora dan Ultraman. Tapi, sayangnya along takleh bawa Awish. Tuggu Awish besar ye sayang? Nanti along bawa jalan. Awish bushuk mashin! Muaah!



Sebelum masuk wayang makan dulu sebab tak sempat nak breakfast pun time keluar. Ok, girl yang besar tu pekerja kat situ. Hahaha.. Taklah,adik saya. Nampak tak siapa lagi muda kan? (Muka jahat)


Ok, chicken wing ni sedap. Sangat sedap. Sila makan dengan perut kosong sebab mesti korang akan gigit sampai tulang.


Sebelum balik tu, ibu call. Nanti makan dulu, sebab ibu tak masak. Tak pe, memang dah plan awal nak makan pun. Disebabkan aku mengidam sangat nak makan Kenny Rogers jadi untuk tak hampakan perut, kitorang belanja dorang makan kat sini.

Senyuman yang palsu. Sebab lapar.

Haa, sup ni Alya je makan habiskan. Tak termasuk makanan angah Hamidah.




Angah baik hari tu belikanlah Alya ni pencil box sebab dia nak masuk tadika. Lepas tu, Auni nak jam. Punyalah belek-belek jam sampai orang kedai tu pun semacam je dengan kitorang. Bila aku suka, angah tak suka pulak. Angah suka, aku tak suka. Bila kitorang dua-dua suka, Auni pulak tak suka. Hehehhe... Biasalah girls. ~_~ Jam tuk Alya, aku dah janji bila dia nak masuk darjah satu nanti. Hope aku tak lupa ni. Erm! Aku dengan angah shopping sikit-sikit. Hurm,sikit je lah. Budak-budak takleh duduk diam. Pasal kat dalam wayang, memang best. Tak ramai orang pun. Walaupun aku ni penakut, tapi pura-pura berani. Hehehe.. Dah nasihat, kalau Alya takut tutup mata sambil makan pop corn, aku pon tiru jugak sebenarnya. Come on, at least aku berani jugak kan nak tengok cerita Santau tu.

On the way ke rumah...

Ada satu moment yang aku gelak sangat.

Aku: Alya, cepat kejar angah Hamidah dengan kakak.
Alya: Dorang dah jauh. (Konon nak lari kejar)
Aku: Cepat kuruskan kaki. Yeah!
Alya: (Takde respons)
Aku: Cepat kuruskan perut awak tu.
Alya: Nak buat macam mana, Tuhan dah jadikan macam ni.

Ok, I never expect that will be the answer by 5 years old kid. But, hey I'm enjoyed and had great fun with them. Sekali sekala belikan something untuk dorang, aku tak kesah. Angah kau pun tak kesah kan? Hehehe.. (Wink)

Holiday for a week need to be postponed. Nevermind.



16 December 2009

Promise? #2

One day, first week of December...

Auni: Along, ayah kata nanti pergi tengok wayang hari Sabtu.
Aku: What? Sabtu? Tak nak lah. Sabtu kan ramai orang.
Auni: Nanti ayah hantarkan akak pergi tengok wayang.
Ibu: Along Hafizah tak nak pergi hari Sabtu. Lagipun, along nak pergi naik ktm. Lagi best.
Aku: A'ah. Tak nak lah ayah awak hantar. Kalau ayah awak hantar, baik along mintak abah je. Lagi best.
Auni: Along nak pergi naik ktm ke? Akak nak ikut jugak.
Aku: Suka hatilah. Tapi, ayah dah nak bawa, pergilah dengan ayah awak tu. Kita nak shopping2 dengan angah Hamidah. Bestnya!! (Menjeleskan lagi budak tu)
Auni: Ayah tak de. Ayah kena pergi JB. Ayah balik nanti bolehlah akak pergi.
Aku: Pergilah dengan ayah awak tu. Along tak nak ikut.

Suatu petang...

Ayah dorang: Along, esok nak ikut sekali? Wayang cerita 3.20. Kat Sunway. Tiket dah book.
Aku: Err,takpelah.
Alya: Along2x.. Angah nak ikut along tau.
Ayah dorang: Eh, awak tu yang patut ajak alonglah.
Alya: Hehehehe..
Aku: (Senyum2x)

Keesokannya...

Ibu dorang: Akak, nanti ayah dorang jemput pukul 2.
Ibu aku: Ok,pukul 2.

Sementara nak tunggu pukul 2...

Alya: Eeee, bila ayah ni nak sampai? Dah pukul 2 dah.
Aku: Yang awak ni tak sabar kenapa? Baru pukul 11. Ish...
Alya: Yelah, kita rasa macam pukul 2 dah. Hehehhe..
Auni: Awak ni, tengok jam pun tak tau.
Aku: Memanglah. Adik awak tu baru 5 tahun.
Auni: Akak, dah pandai dah tengok jam.
Aku: Yelah tu.

Bila aku tengah tolong ibu kat dapur...

Auni: Along..(Bisik2x)
Aku: Asal?
Auni: Akak nak mandilah.
Aku: Ibu, Auni nak mandi bu.
Ibu: Yang awak nak mandi awal sangat ni kenapa? Baru pukul 12. Makan pun belum lagi. Nak mandi dah.
Aku: Hhahahahha.. Padan muka! Kena marah dengan ibu Jat. Tadi, kutuk2 Alya.
Auni: (Buat muka sedih)
Aku: Ayah kan nak ambil pukul 2. Sabarlah sikit.
Auni: Kitorang tak yah tidur kan along?
Aku: Tak yah.
Alya: Awish tak ikut kan along?
Aku: Tak. Tapi, kalau awak nak bawak Awish bagus jugak. Rilex along kat rumah ni.
Alya: Awish budak kecik lagi. Mana boleh masuk. Nanti dia tak reti duduk diam.
Aku: Macam awak tu duduk diam kan?
Alya: Kita tak pe. Dah besar.

Memang budak-budak tak boleh nak sabar kan? Excited dorang macam nak menang satu juta. Pening dibuatnya nak melayan dorang kalau dah excited sangat, agaknya aku pun macam tu dulu. Hehehhe...

Okie, aku suruh dorang mandi2 dalam pukul 1.30. Lepas makan nasi, lepas tu minum susu baru boleh mandi pakai baju cantik. Dan, dorang punyalah tunggu dan tunggu dan tunggu pukul 3.15 baru ayah dorang sampai. Haih.. Kesian betol. Punyalah siap awal. Aku pun rasa sedih sebab wayang nak mula kot. Memanglah dorang kene kutuk-kutuk dengan kitorang sementara tunggu ayah dorang tu. Nasiblah si kecik Darwish dah tidur. Takleh cakap kuat2. Hahahha...

Petang tu ayah dorang datang nak ambil Darwish..

Ayah dorang: Alya tidur kak.
Ibu aku: Apelah awak ni? Tidur pulak. Bukan tengok wayang. Wayang yang tengok awak.
Aku: Hahahhaha.. Along dah agak dah. Mesti Alya tidur punya. (Memang time tidur dorang dari pukul 2 sampai pukul 5)

Esoknya, memang kene kutuk habislah dengan kakak dan abang rumah ni. Hahhaha.. Best oh lawan2 dengan budak kecik. Padahal dalam hati, aku ni belum lagi tunai janji nak bawa dorang. Dah janji nak bawa tengok princess tu, dah tu nak tengok cerita apa lagi ni?? Haih..

Promise? #1

Al-kisahnya bermula pada suatu hari yang aku dah tak ingat...

Ibu: Along nak bawa budak-budak pergi tengok wayang ke?
Aku: Hu? Mana ada. Tak cakap apa-apa pun.

Dan kemudian budak-budak datang rumah, ye lepas tu datang kat aku...

Auni: Along...
Aku: Apa?
Auni: Along nak pergi tengok wayang ke?
Aku: A'ah. Kenapa?
Auni: Along nak pergi tengok cerita apa?
Aku: Ermm, pisau cukur.
Auni: Akak nak ikut.
Aku: Budak-budak mana boleh tengok.
Auni: Bolehlah. Hari tu akak pergi tengok wayang dengan ayah dengan ibu boleh masuk.
Aku: Itu cerita lain.
Auni: Along, nantikan akak dah cuti sekolah, akak nak ikut along tau.

Kemudian si bulat yang dengar dari tadi menyampuk,

Alya: Angah pun nak ikut.

Si bushuk mashin datang jugak,

Darwish: Awish2x.. Awish pon itot.
Aku: Okie, nanti along bawa tengok wayang. Cerita pisau cukur lah nak? Tapi, angah Hamidah dah tengok. Takkan dia nak tengok lagi.
Auni: Alah,takpelah. Along je lah bawa kitorang.
Aku: Mana boleh. Matilah along kena jaga dua-dua sekali.
Alya: Kitorang tak kesah.
Aku: Memanglah korang tak kesah. Haih... =_=''

Dan hari berganti hari...

Alya: Along, bila kita nak pergi tengok princess?
Auni: Ada ke princess awak ni. Pisau cukurlah. Kan along?
Aku: A'ah. Nantilah. Bila along free sikit.
Auni & Alya: Ok!

25th November...

Auni: Along semalam along keluar tu along tengok pisau cukur ke?
Aku: (Mesti ibu yang bagi tau ni. Nak cakap ke tak) Err, aah.
Auni: Along tengok dengan siapa?
Aku: Kawan along lah.
Alya: Kata nak bawa kitorang tengok pisau cukur?
Aku: Kita tengok cerita lainlah. Haa, nanti ada cerita princess and frog tu. Tapi, lambat lagilah. Bulan 12 nanti keluar. Okie?
Auni: Haa, nak2!! Nak tengok princess and frog tu long.
Alya: Angah pun nak tengok princess.
Aku: Okie, tunggu abang Hannan abes SPM dulu. Senang sikit nak keluar. Nanti ibu Jat(panggilan dorang kat ibu aku) sorang-sorang.

30th November...

Auni: Along... Along...
Aku: Ape kak?
Auni: Semalam along pergi tengok wayang ke?
Aku: (Mesti ibu kantoikan ni. Haih. Nak cakap benar ke tak) Errr... A'ah. Dengan abang Hannan.
Auni: Along tengok cerita apa?
Aku: Haa, cerita New Moon.
Auni: Pasal apa cerita tu long?
Aku: Pasal vampire.
Auni: Cerita hantu ke?
Aku: A'ah. Pontianak.
Auni: Tu cerita english ke long?
Aku: A'ah. Akak bukan paham pun.
Auni: Akak boleh bacalah.
Alya: Kenapa budak-budak takleh masuk?
Aku: Sebab umur tak cukup. So, korang tak leh la masuk. Understand?
Auni: Along kata nak bawa kitorang tengok wayang, tapi semalam pergi tengok tak ajak pun.
Aku: Korang kan takde. Lagipun, memang budak-budak takleh tengok. (Cari jawapan yang selamat Hafizah)

Haaa, nampak tak. Kalau korang cakap kat budak-budak terutamanya, dorang akan ingat sampai bila-bila. Serba salah dibuatnya aku ni. Takpe, sabar Hafizah. Nanti aku bawaklah korang tengok wayang. Dah aku janji, takkanlah aku tak nak buat. Cuma lambat dengan cepat je.
05 December 2009

~Have u ever really loved a woman~

To really love a woman
to understand her
you’ve got to know what deep inside
hear every thought see every dream
and give her wings when she wants to fly
and when you find yourself lying helpless in her arms
You know you really love a woman

When you love a woman
you tell her that she’s really woman
When you love a woman
you tell her that she’s the one
She needs somebody
to tell her that it’s gonna last forever
So tell me have you ever really
really, reallly
ever loved a woman?

To really love a woman
to let her hold you
till you know how she needs to be touched
you’ve gotta breath her
and really taste her
until you can feel her in your blood
when you can see your unborn children in her eyes
You know you really love a woman

When you love a woman
you tell her that she’s really woman
When you love a woman
you tell that she’s the one
She needs somebody
to tell her that you’ll always be together
so tell me have you’ve ever really,
really, really ever loved a woman?

You’ve got to give her some faith
hold her tight
a little tenderness
you’ve gotta treat her right
she will be there for you
taking good care of you
(you’ve really gotta love your woman) (yeah)
and when you find yourself lying helpless in her arms
you know you really love a woman

When you love a woman
you tell her that she’s really woman
When you love a woman
you tell her that she’s the one
She needs somebody
to tell her that it’s gonna last forever
So tell me have you ever, really
really, really, ever loved a woman?
Just tell me have you ever really,
really, really, ever loved a woman?
Just tell me have you ever really,
really, really, ever loved a woman?


-Brian Adams-