25 August 2010

Sempena 15 hari...


Pejam celik pejam celik, rupanya dah 15 hari kita semua berpuasa. Sekejap pulak rasanya, sebab dah separuh jalan and then dah nak raya. Boleh faham tak masa tu berlalu tanpa sikit pun nak tunggu sesiapa. Puasa tahun ini, aku sebagai pelajar degree yang akan tamatkan pelajaran lagi satu semester. InsyaAllah, semester depan praktikal. Cakap pasal praktikal ni, aku risau sebab tak ada lagi apa-apa respons. Kalau ikutkan minggu ni last nak tau result. So,kalau tak dapat melalui fakulti, kenalah hantar sendiri. Resume dengan application letter dah lesap sebab virus bodoh yang dah menjadikan semua file shortcut. Rasa betul-betul diuji. Dugaan betul semester ni. Bersabarlah Hafizah..



Bila fikir-fikir, nak je cepat-cepat masuk industri, kerja cari duit then boleh beli kereta dengan rumah semua. Bagi duit kat ibu dengan abah. Hohoho.. Tapi, sebagai anak yang baik, aku kena patuh dengan permintaan abah yang dia nak semua anak dia kalau boleh ada master. Sekarang semua compete nak dapat kerja bagus-bagus. Takkanlah nak belajar tinggi then goyang kaki je kat rumah. Memang taklah. Tapi, manalah tau one day nanti aku duduk rumah tapi sambil bekerja ke. Sekarang kan zaman moden. Boleh jaga family but at the same time, cari duit banyak-banyak. Hehehe..



Terus terang, dah nak habis belajar ni, aku macam belum nampak masa depan aku nak jadi sebagai apa. Macam kanvas yang tanpa apa-apa lukisan atau corak. Ada seorang kawan, nama dia Nurul. One day dia cakap macam ni kat aku,'Nurul rasakan one day nanti Pijot jadi lecturer. Pijot ni sopan santun'. Yang part sopan santun tu, aku gelaklah kan, sebab tak rasa pun kesopanannya. Aku memang dulu ada simpan angan-angan Mat Jenin nak jadi lecturer. Tapi, apasal hati ini macam ada sesuatu yang aku cari. Berilah petunjuk kepada hambaMu ni. =_=''



Mood raya macam tak ada sangat sebab aku dah besarkan. Dah nak masuk 22 tahun depan. Dulu time kecik-kecik ibu dah sibuk bawa ke hulu hilir shopping baju-baju, dress semua. Sekarang, bila cakap pasal nak shopping raya dengan ibu, dia cakap nak beli apa lagi, tiap-tiap bulan dah shopping. Hurm... Takpelah, tunggu mega sales nanti ye.



Kenapalah aku mengarut semua ini dalam blog kan? Mood study ni jalan-jalan sampai tak nak balik. Tengah tunggu dia datang ni. Tadi test FSA, sangatlah macam disaster. Aku pun tak tau apa aku mengarut dalam tu. Hahaha.. Macam manalah nak jadi analyst kan? Reject3x!!



Sebelum tu, kalau boleh aku nak minta maaf kat semua yang aku kenal. Kalau-kalau ada silap, terkasar bahasa semua ke, minta ampun ye. Kadang-kadang aku tak sedar aku cakap dah sakitkan hati korang-korang. Huhuhu.. Minta maaf. Aku tahu, raya lambat lagi, tapi disebabkan sibuk nanti tak sempat nak tulis kat sini. Hehehe...

02 August 2010

Breathing slowly~



Dah nak hampir seminggu putih pergi tanpa kerelaan aku, selama tu jugaklah aku macam tak boleh tengok laptop sapa-sapa yang warna dia putih. Sedih sangat. Tapi aku akan cuba pretend macam aku boleh accept kehilangan dia. Hurm... Ibu dengan abah pun perasan muka aku monyok je bila putih tak de. Dorang dah berkorban belikan aku adaptor dengan bateri baru supaya aku boleh guna laptop angah. Bukanlah bererti aku dapat guna laptop angah ni, aku happy. Tak pun. Cuma ia memudahkan bila aku nak buat kerja dan nak online. Nasiblah ada kerja-kerja yang aku ada save kat email. Entahlah, kadang-kadang kita manusia ni susah nak terima perkara yang terjadi. Untuk aku, aku akan cuba untuk melalui semua ini dengan tabah. Sesunguhnya, KAU ujilah aku dengan ujian yang aku boleh tangani Ya ALLAH.


Tak lama lagi bulan Ramadhan. =)