04 December 2011

Master's Journey -05122011-

Source: Google Image

Sekarang dah masuk minggu ke berapa semester ni? Entahlah. *Sendiri tanya sendiri yang jawab*. So, macam mana MSc? Best tak? Susah tak buat research? Soalan2 cliche yang selalu aku dapat dari kawan2 takpun dari kawan2 baru kenal. :)

Jawapannya lebih kurang macam ni, "Tak susah, tapi kalau nak buat research kena disiplin kan diri, kena selalu baca".

Bila cakap, memang mudah. Bila nak praktikkan disiplin tu, ambil masa. Ia tak susah, tapi ambil masa. Bila mood rajin tu datang, rasa macam seronok je. Tapi, bila dah malas, mulalah fikiran melayang-layang, perasaan berkecamuk, dan yang pasti hiburan itu lebih "attractive". Macam kau buat jahat, kan mudah dari kau buat benda baik. Nak salahkan siapa? Tiada siapa. Semua salah diri sendiri.

"Habis tu macam mana nak habiskan buat research kalau kau dah malas macam ni?" Ini antara soalan2 yang selalu bermain di benak fikiran. Apa aku buat kalau tak membaca? Apa nak buat kalau tak menulis? Haa, itulah. Aku pun tak pasti. Dulu bolehlah bagi alasan, nak bagi diri ini "adapt" dengan suasana baru. Tapi, rasanya takkan nak tunggu setahun baru nak "adapt". Kan? Make sense tak?

Okielah, tipu kalau aku cakap, "Best oh, buat research ni. Macam main sorok2". Tak best, tapi apa je activity yang korang define best? Study tak best ke? Habis tu, kerja best? Semuanya mungkin ada aim masing2. Kalau kau rasa tak best, okie fine. Tapi, kau tak payah judge buat ni tak best, haa kalau buat macam tu best. Sibuk je. Shuh! Shuh! Shuh!

Mungkinlah ada masa2 rasa lonely sangat. Huuuu.. Sebabnya buat MSc ni mana ada class, so tak ada istilah "classmate". Habis kalau tak ada "classmate" kau ada siapa?Ada kawan2 jugak ambil MSc ni. So, I don't fight this all by myself. Cumanya, tajuk mereka takkan sama dengan tajuk aku. Got it?

Hari ini rasa malas sebab tu menulis di blog. Yelah, kalau tulis yang merepek, melalut2, semua orang bisa melakukannya. It is not the same as you do an academic writing. Jalan penceritaannya mungkin agak membosankan dan mengelirukan, klimaksnya juga mungkin tak nampak di mata kasar atau terkesan di jiwa orang lain, tetapi pengakhirannya akan mampu membuat aku tersenyum suatu hari nanti. InsyaAllah.

p/s: Kalau ada perkataan yang macam ni "xxx" maksudnya aku malas nak translate. Lazy Monday.

26 October 2011

~Graduation BBA Finance~

After two years struggling, and on 24th October 2011, I'm officially graduated. Alhamdulillah. Rasa macam cepat, pantas kilat masa berlalu. Dah grad jugak. Syukur sangat. :)

Many thanks to abah ibu, my backbone for all the time and always be. Thanks to all my friends, yang baik, yang rapat, yang kawan bergosip ke, yang kawan jumpa dalam kelas ke, many thanks to all of you and congratulations to all of you. Dan tak lupa juga kepada adik2 yang sikit sebanyak membantu secara langsung dan tidak langsung. Kepada Mr.A juga. Orang yang selalu mendengar bebelan, keluhan, dan sewaktu dengannya. Thanks semua. Love you all.!!!

Dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada lecturer2 UiTM yang banyak membantu. Anda semua best.! Memberi inspirasi, mendorong kami semua untuk belajar dan cemerlang supaya menjadi insan yang berguna suatu hari nanti. InsyaAllah.

Bawah ni video taken by Abah. Heee.. <3<3




Nak upload gambar2 pon, cable camera ni mana pulak pergi dia. Adoi adoii. Takpe, once dah jumpa aku upload kan.

Doakan kejayaan masing2 di dunia dan di akhirat. Sehingga bertemu lagi. ;)


19 October 2011

Master's Journey -20102011-

Bila baca2 journals, rasa macam tak paham2, baik tidur takpun buat benda lain. Dah 3 hari aku datang UiTM dengan harapan boleh baca dengan tenang tanpa gangguan. Yes,I did. Ada progress yang bolehlah nak dibanggakan. Kalau dapat baca satu pun kira bagus. Memang tak boleh nak duduk rumah, because too many distractions.

Kalau duduk sorang2, memang boleh focus and read. Cuma, when it comes to share ideas, anything that I want to talk about, and there's no one besides me, that time baru rasa lonely. Hahahha.. Pathetic me aite? Takpelah, redha. Rasanya lepas event International Islamic Finance & Business Symposium and Halal Carnival 2011 (IIBSC 2011) ada jugaklah dapat input sikit yang konon2 boleh ditambah dalam thesis. Hurm,kena korek notes balik. v(*.*)v

Dan sekarang bila dah ada Nurul temankan, bercakap pulak kerjanya. Hahaha.. Adoi adoi. Kerja tak jalan. Hurm,taboleh2 macam ni. Nak kena Hafizah ni.

Thanks to Mashi and Akid, semalam boleh jugak keluar pergi Sunway release tension. And double thanks to YOU sebab ada masa nak accompany me here when I have nobody to talk with. Peace.!! (~_^)
11 October 2011

Master's Journey -12102011-

Sekarang dah pukul 1.55 am. Mungkin aku dah patut tutup mata, rest kan diri dari terjaga sekarang. But I just can't. Nak kata sedih sangat tak jugak, tapi nak kata happy pun tak jugak. In the middle. Susahlah nak describe apa aku rasa. Bila dapat tahu Nurul dah dapat offer to be part of Tenaga Pengajar Muda (TPM), seriously I'm happy for her. I'm proud, sebab I know she deserves that. But then, bila dia kata dalam offer letter minta dia study SELAIN DARI UiTM, I was like, nak happy tak, nak sedih pun tak. Tapi rasanya kalau ikut percentage 30% is happy, and the others tu sedih kot. :(

She's the only friend yang ada sekarang, the one that I think I can share my story, my problem nak buat thesis ni, nak ajak buat tu, pergi sana sini, but why she is the one yang kena pergi?? Ya Allah, mungkinkah ada hikmah untuk apa KAU rancangkan ini? Sumpah aku sedih and I know dia pun sedih sebab kita dua dah sama2 janji nak take care each other, bagi semangat, nak sama advisor lah. Sekarang dia pun dalam dilema. I just praying that dia dapat buat keputusan yang terbaik. Ada sebab pihak atasan minta semua candidates sambung selain UiTM, to be a research university is not that easy. We need more researcher, so ni salah satu cara nak meramaikan lagi2 dari kalangan student sendiri dan bila dorang dah abis, dorang boleh share their knowledge their experiences to others.

Mata aku dah pedih2 ni. Tak ada mood langsung nak baca jurnal. Sebab tak masuk pun. Nurul, just want you to know that, kita sayang Nurul tau. Sayang sangat. Even Nurul nanti ditakdirkan pergi Universiti lain, kita harap sangat kita selalu dapat contact each other, share about your Mr.A to me, share what you get with new lecturer, new friends, new environment, new thinkers, new Prof, new Doctorate, and even small2 things that happen to you. Kita akan redha kalau2 friendship kita dua tak selama mana yang kita dua expect. Graduate sama2 kan? Kita doakan Nurul, and I want you to do the same. Doakan kita kuat kat sini. :(
03 October 2011

Master's Journey -03102011-

My journey just starts whether I realized it or not. It's almost a month I embarked on this semester. Never imagined that one day I'll take a course that I had promised to myself, never ever want this course since it's scarrryyyy. Next time, I should not promise anything with myself. Heeee..

Currently, I just gives myself some space, relaxing, not to burden myself so much since I want to end my journey at stipulated time. I'll try my very best to complete this journey. InsyaAllah. I never thought by doing MSc I can have much time for me since I'm not compulsory to attend any classes. But, seriously I said, I really need my own time to do my work then I will make sure library would be my 2nd home. Ngehngehngeh..

Right now, I don't have to worry much on seminar that it's compulsory to new post graduate students in order to get a certificate to present our proposal as well as Viva Voce. Here, the term they use is Defense Research Proposal (DRP). If you don't have this certificate, you won't able to present your proposal to panels and continue your Viva Voce. *I like to repeat the word; Viva Voce*. Sounds creepy aite? I know I know. That's why I forgone my desire to go induction and having sooooo much fun with flying fox, paintball, and yadayadayada. But, Alhamdulillah, I guess my decision with Nurul is the best actions ever.

Oh yes, my friend Nurul, my best friend for this journey. Thanks being with me. We're now complementing each other, because I need you as much as you need me.

Many stories after this entry and hopefully, readers won't get bored with me. Hahahaha...


12 August 2011

~Empty~

Location: Home
Mood: Inexpressible
Music: My Heart Will Go On - Sungha Jung

It's been an ages kalau nak update blog kan? Luckily tomorrow is Saturday, dah boleh happy2 relax kat rumah. Taklah terbaring every minutes, tapi at least taklah kena terkejar2 nak bangun awal nak punch card before 8 a.m. Sanggup tunggu lif daripada nak naik tangga dua tingkat sebab nak punch card paling awal yang boleh. Hastening every day makes me whacked! Lagi2 bila musim sakit ni, dah seminggu lebih tak hilang2 lagi sakit. Dugaan betul. Lepas sorang2 berjangkit kena virus, then terkini Mr.A pulak. Ishhh.. Dia berjangkit macam mana pulak tu? +_+

Malam2 ni ada mood pulak nak menaip, sebab nak tengok tv pun tak ada yang menarik di hati. Dah nak masuk 4 bulan kerja, rasa macam "eh sekejap je dah 4 bulan?". Lepas ni nak sambung study lagi, gonna be tough tapi kenalah kuatkan diri jugak. Tak sabar nak cakap kat diri sendiri, "Eh dah habis study, good job girl!!". Register on Sunday (15/08/2011), almost 99% complete. Yuran, printed everything required, so hopefully tak ada masalah. First time register time puasa ni, lainlah pulak rasanya. Entahlah, tak ada perasaan sangat. My heart empty because I let it be like that. Tak nak kusutkan fikiran, trying to focus what to do apa yang patut dulu.

To those yang sakit2, take a good care of yourself okie? To my familia, friends and lovely bf get well soon. Tak nak sakit time raya, ohhh tak best!
09 June 2011

~ Dan Bila Esok ~

Bila kita tengok satu cerita yang best, lagu2 dalam cerita tu mesti kita nak ambil tahu. Sebab selalunya, cerita yang best akan letak lagu2 best dalam tu. Ada kaitan ke tak dengan diri sendiri, itu belakang punya cerita. Yang penting lagu tu best dan cerita itu best sampai kau boleh menangis lepas tu boleh senyum sorang2. Hahaha.. Dah macam hilang akal pun ada, tapi itulah penangan cerita Nora Elena. Sampai abah dengan ibu layan cerita tu wehh.. Sakit hati betul tengok Yvonne tu. Komen pasal tu lah ni lah. Masing2 emo. Eleh,cakap orang kau pun sama je. Hehehehe..

Tapi lagu Sofaz ni memang aku suka lagi2 part perempuan tu lah. Konon2nya aku yang nyanyi. Kalau dulu dengar lagu ni sebelum or lepas balik class dalam kereta Shamin, aku dah chop awal2 part perempuan tu. Tapi, bila time kena nyanyi terus terkunci mulut. Heheehhe.. Maluuuuu.. Kadang2 tak malu tu nyanyi je lah, sumbang ke pitching lari ke, kawan2 je dengar.

Nak nyanyi kat sini tak boleh, so aku letak lirik pun jadilah. Pandai2lah korang search lagu ni.

"Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatiku
Untuk cinta yang pernah engkau miliki
Untuk selama-lamanya"

Pencarian novel masih lagi giat dijalankan. Kalaulah ada sesiapa2 yang baik hati, tolonglah bagi tahu kat mana boleh beli. Bye.!
02 June 2011

Pilihan atau Takdir?

Tiba-tiba rasa tergerak hati nak menulis,lepas tengok nora elena tadi rasa macam mood nak menulis tu membuak2. Hahahaha.. Hurm,sebagai manusia aku percaya,setiap dari kita diberi pilihan. Tak kiralah dari segi pasangan, harta benda, kerjaya atau bila-bila kita shopping. Heeeee.. Aku boleh dikira beruntung lah jugak, buat masa sekarang aku rasa pilihan aku betul dan aku rasa bersyukur sangat. Pernah juga dilanda dilema kan, nak pilih yang mana, betul ke patut ke. Apa yang boleh aku cakap sekarang, I'm blissful and blessed. Kalau di beri mesin masa nak patah balik masa, aku tak nak. Sebabnya, aku tak nak kehilangan apa yang aku ada sekarang. Tak kisah lah, family ke, kawan2 ke, study ke or Mr.A. I love all of them.!!

Dan macam sekarang aku dah apply master untuk buat research. Tak pernah langsung terfikir nak apply buat research. Dulu memang berkobar nak ambil coursework je, then ada master. Entahlah, what I can say is, it's everybody choice kan? I don't know how and what will happen in the future, tapi apa2 pun, inilah pilihan aku. Dulu memang nak sangat sambung master accountancy, but bila fikir2 basic akaun pun macam ABC lebih baik buat sesuatu yang tidak terlalu extreme sangat. Yelah,kalau aku study master tapi basic dia pon goyah, kira macam pembunuhan diri secara perlahan sedang berlaku. Haa,macam tu lahh. Tahu2 je dah mati. Hahahah..

Ok, kite serius pulak. Pernah tak korang lost something, then lamaaa macam tu tiba2 that something tu muncul balik? Pernah tak? Banyak kali jugaklah jadi kat aku. So,aku rasa ini takdir. Heeee.. Bukan apa, tadi aku dah jumpa kalkulator. Dah seminggu hilang, rupa2nya ada terselit kat fail. Nasib baiklah, masa nak ambil fail tu dia tak jatuh dan nasib baiklah aku yang jumpa balik. Suka sangat2 tadi. Rasa macam menang duit 2 juta. Kalkulator tu dah penah juga hilang, before ni time diploma part 5. Lama cari,lepas tu dah tak jumpa terpaksalah beli baru. Melayang lah 50 ringgit kan? Dah pakai beberapa hari, boleh pulak aku perasan kalkulator lama tu terselit kat buku text?? Ya Allah..!! Tak tahulah nak cakap apa. Rasa pelik + heran + tak paham sebab dah banyak kali kot cari. Buku tu ada je kat dalam box, angkat2 tak jumpa sebelum ni. Haa, bukankah itu takdir namanya? Heheheh.. Sama jugak bila aku hilang buku. Sedih macam hilang suami je. Hhahaha.. Beli baru, jumpa balik yang lama. Saja nak habiskan duit aku kan?

Aku memang sayang barang2 aku, so bila hilang pensil mechanical tu pon aku dah kalut tanya2 orang. Sebab tu setiap barang mesti ada nama Hafizah/Pjot takpun initial F. Kalau hilang orang tahu, dan aku tahu barang aku kat siapa. Heeeee.. Aku boleh terima kalau aku guna sampai rosak, dari hilang macam tu je. Memang aku sedih. Jangan tanya kenapa aku boleh sedih, sebab aku pun tak tahu. Jadi, bila laptop kena curi aku jadi murung. Aku sayang semua yang ada kaitan dengan aku.


24 April 2011

Tarikh Penting


Rasanya perasaan yang bercampur2 tu dah tak ada. Sebab at the end, kita sendiri yang kena fikir apa solutions nya. Cuma apabila dikongsi bersama, kita akan rasa lebih lega. Phewww.! Lupakan perasaan yang bercampur, sekarang kena tumpukan satu benda yang penting. Yup, this is my last semester as BBA Finance student. Hopefully, semuanya yang dirancang dipermudahkan oleh mu Ya Tuhan. Still working on my data and findings. Last time jumpa Dr.Catherine, kena tambah lagi data and there's also mistakes. Careless. -.- Tapi takpe, jadikan semua tu satu titik semangat supaya kita akan jadi lebih baik. Ini memang menguji kesabaran, fizikal, mental. Sebab sebelum ni, even ada class Research Methodology, aku tak pernah buat fully research. So, mungkin ilmu dan pengalaman yang ada ni boleh digunakan bila aku sambung Master and insyaAllah PhD nanti.

Cakap pasal sambung Master ni, aku belum lagi beli no.pin. Busy betul, nak keluar pun susah. Lepas beli kena buat essays. 700 words.! Apa je lah aku nak membebel dalam essay tu. So, mana kawan2 yang nak sambung, cepat2 beli no.pin, isi borang online, and kalau nak further MBA kena buat essay. Oh,lupa ada interview jugak nanti. Tarikh tutup hantar borang dan essay is on 31st of May. Hurry up.! Jangan delay2 ok? Dr.Catherine kata, kalau nak jadi lecturer kena ambil research instead of coursework. Hurm, she did offer me to be her research assistant, tapi masalahnya TPM pun dah close. Mungkin aku akan cuba alternative lain.

Ok, tarikh penting yang paling hampir adalah untuk Viva. In other words, my presentation for thesis. Dr.Catherine and my examiner Puan Zetty dah agree nak buat on 3rd of May. Ok, doa2 takde aral melintang aku boleh present on that day. Because on the 4th tu aku kena report duty kat UMW. They ask for me to report duty on 2nd of May, then bila aku cakap ada presentation on 3rd, aku hanya boleh masuk on 4th. Nampak tak kat sini? I don't have time to honeymoon pun. One after another but orang kata rezeki tu jangan ditolak. Lagipun, aku mungkin takkan rasa lonely sangat kat sana since Naim ada. Dialah kena jadi tourist guide aku nanti. Hahaha.. Memang kau lah aku buli.

Sementara ada masa ni, bagi student yang tak tahu nak spend cuti 4 bulan kat rumah, buat2lah cari kerja or benda2 yang berfaedah. Sebab masa muda ni lah, peluang yang ada untuk cari ilmu dan kumpul duit banyak2. You will be great in the future.! Jangan nak duduk rumah, lepak2, habiskan duit saja. Ok, bye.!

21 April 2011

Mixed Feelings..


I don't know how to express these feelings, how to start it or to story on this. It just maybe, I need someone to talk. But, they have their own problem and difficulties too. I'm not going to add mine.
07 April 2011

My First Interview.. I mean the real interview..



I never have any experience on this. Nil.! I do realized that how education and your grade can influence you and your interviewer. Fuhhh..!! There's something that maybe I can share. When you are not good enough or can't score any papers in your exam, please do realize that one day they will question you back. Trust me.

Your grades are important, so please don't take it lightly. That are the first stage they might want to see besides your commitment. But, let bygone be bygone if you are at my age now. It's not a big deal but you need to be more focus in the future time.This advise may be valuable to those who are still play around or do not take it seriously on their study. Guys, please do understand that education is the only factor that can ensure your future.


23 March 2011

Dan Apabila DIA Datang Menjemput Kita....

Hujan sejak pagi membuatkan semua manusia agak liat untuk bangun dari katil yang empuk, untuk sedar dari tidur yang lena dan keluar dari mimpi2 yang indah. Namun, apabila memikirkan tanggungjawab aku gagahkan juga diri untuk bangun. Sepanjang perjalanan, terasa hari ini kenderaan di jalan raya tidak seperti biasa. Agak lengang, tidak sesak seperti selalu. Oh, mungkin hari ini semua orang liat untuk bangun ke? (hati bermonolog)

Hari ini aku siap bawa glove supaya boleh kurangkan tahap kesejukkan yang maksima dalam ofis nanti. Sejuknya terasa sampai ke tulang. Tak boleh tahan macam tu, jari jemari terasa kebas. Macam mana nak buat kerja kan? Aku memang tak boleh tahan sejuk. Yelah, dah meja pun bawah air-cond. Mana boleh tahan kan?

Rutin harian macam biasa, pagi2 akan pergi kantin untuk beli sarapan. Ingat hari ini tak nak lunch, so belilah roti lebih. Lepas tu duduk lepan laptop, fikir2 kerja apa nak buat. Oh, nak bagi auditor list Misc Account Receivables. Semalam dah janji nak bagi early in the morning. Ok, buka SAP masukkan G/L account..... Dahhh,siap.! Lepas tu, nak buat apa ni? Fikir. Fikir. Oh, posting transfer of funds. Semalam Izal bagi, belum post lagi. Tengah syok2 buat, En.Umar pun sampai. "Assalamualaikum Fiza. How are you today?". Aku jawab salam dan kemudian "Erm, boleh. Eh, bagus2. Saya sihat". En.Umar, "Itulah, saya pelik apa yang boleh?". Tersasul pulak pagi2 ni. Hehehe.. (Mood bahagia hari ini)

En.Umar: Awak buat apa sekarang?

Me: Saya tengah nak post transfer of funds ni.

En.Umar: Ok, lepas tu awak datang meja saya. Eh, awak dah boleh ajar En.Rizal sikit2. Macam mana nak posting transfer of funds tu.

Me: Hurm, nanti saya ajar En.Rizal.

En.Umar; Ok. Lepas tu datang meja saya. Nak bagi kerja.

Me: Kerja apa??

En.Umar: Kenapa? Awak tak nak dah ke?

Me: Eh,tak2. Boleh2. Bagi je.


.............................................................................................................

Me: Dah siap! Ok,saya datang sana.

En.Umar: Ok. Saya nak awak tolong saya. Masuk SAP, enter T-Code FS10N (Balance Display) tekan number akaun 21111XXX. Then, awak tengok Total Balance. Klik situ, tengok untuk tahun 2010. Kita nak tengok director fees untuk tahun ni. Ok, semua director ada 6 saya rasa. Haa, yang ini awak click sini, then tekan matahari terbit tengok vendor dia. Awak bukak sheet baru, enter T-Code FK10N. Lepas tu, pilih Total Balance. Klik situ, then sort type.

Me: Eh,tapi kenapa En.Umar tekan tanda merah kuning?

En.Umar: Ish awak ni. Awak nak percaya cakap saya ke or nak percaya mata magic awak?

Me: Tapi...

En.Umar: Kan saya kata, click kat sini lepas tu sort. Haa, macam ni. (Sambil tunjuk demo semula). Eh, betullah. Bukan sort, tapi subtotal. Hehehehe.. Baguslah mata awak ni. Patutlah budak2 percaya apa yang dorang tengok, dari apa yang orang cakap.

Me: Hurm, ok. Heheehe.. Saya buat sekarang.

En.Umar: Thanks Fiza. :)

Bila nak duduk je, tiba2 terdengar phone vibrate. Eh,OKASAN (dalam bahasa Jepun yang bermasud IBU). Dalam hati, "Apa pulak tiba2 call ni?"

Me: Hello ibu?

Ibu: Along.. Along ikut abah balik.

Me: (Dah pelik). Kenapa?

Ibu: Ni sepupu abah KAYA, dah meninggal. Along balik jaga adik. Kalau ibu bawa adik pun tak guna ibu ikut pun.

Me: Innalillah.. (dalam hati). Ok bu.

Dalam kekalutan nak mengemas, minda ligat berfikir wajah KAYA (nama gelaran dia, nama sebenar tak pernah pulak selidik). Eh, yang macam mana eh? Lupa2 ingat. Eh,ingat2 lupa. Tak mampu minda berfungsi dengan baik kalau tiba2 suruh dia flashback wajah si arwah. Alamak kena inform bos dulu ni. Nantilah fikir macam mana rupa dia.

Me: En.Umar, saya kena balik sekarang sebab sepupu abah meninggal. Sorry kerja2 ni saya sambung esok.

En.Umar: Innalillah.. Ok2. Takpe, jumpa esok.

Me: Ok. Saya nak inform En.Azahar, En.Rizal pulak... Hurm... En.Rizal saya ajar esok ye. Sebab sepupu abah meninggal.

En.Rizal: Innalillah.. Ok2. Takpe. Dia duduk mana?

Me: Erm, entah. Rawang eh saya pun tak sure. Esok ya!

En.Rizal: Ok.

Me: En.Azahar, saya nak minta permission nak balik sebab sepupu abah meninggal.

En.Azahar: (Sambil tengok glove dengan muka pelik)

Me: Eh,ini pakai sebab nak tahan daripada sejuk. Hehehe..

En.Azahar: Ok, ada kerja ke tengah buat?

Me: Oh,saya tolong En.Umar buat untuk lembaga hasil Board of Director.

En.Azahar: Umar boleh buat kan?

Me: Erm,aah. Saya tolong2 je.

En.Azahar: Ok.

Me: Thanks. (Sambil berjalan terpandang kak Jehan). Akak, Fiza balik dulu eh.

Kak Jehan: Eh kenapa?

Me: Sepupu abah meninggal. Fiza kena balik jaga adik.

Kak Jehan: Innalillah.. Dia sakit apa?

Me: Entahlah. Tiba2 je. Bye kak.

Kak Jehan: Ok.
.....................................................................................................

Ibu call lagi.

Me: Hello bu?

Ibu: Call abah bagi tahu Along ikut sekali balik.

Me: Aik, abah tak tahu ke?

Ibu: Tak. Tadi tak cakap bawa Along sekali.

Me: Ok. Nanti along call abah.

Dial OTOSAN (dalam bahasa Jepun yang bermaksud Ayah/Abah). Ish, tak angkat pulak. Sebelah tangan pegang handphone, sebelah lagi call extension ofis. Mana pulak abah ni? Kemas2 sambil call. Tak dapat jugak. Eh, message lah macam ni.

"Abah.. Ibu suruh bawa along sekali. Tunggu abah dekat guard."

Dalam kepala, eh macam mana KAYA tu. Yang tak kahwin2 lagi ke? Eh mana eh? Apasallah lembab sangat minda ni. Cepat2 kemas. Nak tunggu abah.

Me: Abah, KAYA tu yang tak kahwin lagi ke?

Abah: Tak. Yang ada anak dua tu.

Me: Yang kawan dengan Cik Mas tu ke?

Abah: Aah, yang itulah.

Me: Rumah dia kat Rawang tu kan?

Abah: Tak. Ni abah nak balik Kampar lah ni. Dia kat sana dah.

Me: Ohhh.. huhuhu.. (apasal semua aku teka salah?)

Dalam kereta...

Me: Abah, dia meninggal sebab apa?

Abah: Kan dia ada kanser.

Me: Kanser apa?

Abah: Kanser.. erm breast dengan kanser tulang. Kanser dia dah merebak sampai tulang dah.

Me: Yeke? Mesti terseksa. (Dalam hati, Ya Allah.. Betapa beratnya cabaran dia. Dugaan family dia. Anak2 dia, suami dia. Kesian anak2 dia, mak dia pergi sewaktu mereka kecil2 lagi)

Me: Tapikan abah, macam mana boleh dapat kanser? Ada family's history ke?

Abah: Tak adalah. Abah pun tak tahu macam mana dia ada.

Me: (Monolog lagi) Sedihnya. Perginya dia meninggalkan suami, dua anak dan family2 lain. Tinggalkan orang2 yang dia sayang. Rasa2 macam manalah orang yang aku sayang pergi nanti? Bersediakah?

Memang yang hidup pasti akan mati. Semua orang tahu. Doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di golongan orang2 yang beriman. Al-Fatihah....

Random Update..

Pejam celik, hitung hari dalam kalendar rupanya lagi 3 minggu practical training akan melabuhkan tirai dan lepas tu kena struggling untuk thesis. Hoye.!!! Semester akhir untuk BBA Finance akan tamat jua. Dalam diam dah 2 tahun jugaklah kan? Sedar tak sedar dah nak habis belajar. Kalau tengok balik post2 lama, ingat lagi first day nak masuk daftar sini. Pengalaman naik bus masa kali pertama dalam kampus, ohh tak boleh lupa. Macam biasa, dah habis satu plan, masuk plan baru pula. Orang kata, fasa baru kehidupan sebagai manusia. Haa,jangan tak tahu, hidup manusia ni pun berfasa2.

InsyaAllah, lepas ni harapkan Tuhan bagi lagi pintu hati ni nak study lagi. Belum ready nak berkerja, so bila ada peluang sambung belajar, sambung. Nanti dah malas2, susah pulak. Banyak lagi komitmen, banyak lagi benda yang nak dicapai, cuma sekarang belajar one step at a time. Berkerja pun boleh, jadi part time timba pengalaman selain side-income, sementara nak masuk belajar balik bulan September ni. Senang cerita, dunia ni macam2 benda korang boleh belajar, dan macam2 pengalaman korang boleh dapat, asalkan korang rajin mencari. Bukan nak kata semua manusia rajin, tak jugak kadang2 malas juga. Tapi, janganlah sepanjang masa nak malas je. Memang sampai bila2 tak akan berubah.

Kalau tengok keadaan ekonomi sekarang ni, jangan ingat lagi sepuluh tahun akan sama macam ni jugak. Bangunlah, sedarkan diri sikit. (Peringatan untuk diri sendiri jugak) Kita kena bersedia hadapi apa2 rintangan di depan mata, dan sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada. Tak susah, lepas solat, angkat tangan ucapkan Alhamdulillah. Tak susahkan? Kadang2 sifat alpa manusia membuatkan kita jadi lupa diri, apa niat kita sebenarnya. Betul, setiap apa kita buat perlu ada niat. Nak keluar rumah, pun kena niat.

Niat dalam sesuatu hubungan pun perlu. Aku tak cari wajah sekacak2nya, tak cari orang yang sekaya2nya, cuma cukuplah dia berbudi bahasa, ada agamanya, seorang yang sangat memahami. Yang lain2 kita boleh slow talk kemudian. Hehehehe.. Wahai cinta segamatku, terima kasih sangat2. Peace.!! (Tunjuk dua jari)

Dah boleh aku tertelelap masa menaip, memang mengantuk sangat ke apa ni? Kepada semua kawan2, aku doakan yang terbaik. Semoga apa yang kita buat nanti akan ada ganjarannya pada masa depan. Perpisahan kali ini suatu realiti, yang pasti kita semua tak mungkin macam dulu2 lagi. Masing2 akan lalui jalan masing2, dan jangan salah pilih jalan. Fikir dulu ye. Jangan dilupakan daku. Huuuuuuu.. (Sedih pulak macam ni)



P/s: Mood tengah rajin nak update blog. Till next time. Ilytoo!! :))



24 January 2011

Kahwin Awal?


Tadi time nak dinner ibu cakap cousin nak bertunang dah bulan February ni. Dalam hati, "Wahhh,cepatnya nak tunang ni". Ok,basically cousin tu baru 21 tahun sebaya dengan angah. And the future fiancĂ© pula ibu kata dalam 24 tahun macam tu. So,no wonder lah kenapa nak bertunang awal. Hurm.. Apa kaitan dengan aku? Hahahaha.. Tak ada apa pun, saja je. For me, everyone will deserve someone better and suitable for him/her. Jodoh awal atau lambat tu kita tak tahu kan? Cuma sekarang my priority bukanlah to get married early as aku pun baru je 22 tahun this year. Muda lagi kan? Memasak pun terkial2 lagi, macam mana tu? Hehehe..


Kalau suruh bertunang pun memang tak nak sekarang ni (ececece macam abah setuju je nak bagi tunang bagai). Abah kata," achieve your objective and ambition first, because that will lead you to a good future". Kahwin bukanlah tak bagus, cuma sekarang kahwin itu bukanlah jalan yang boleh di ambil mudah. You dont want to get married for a month or for a year, but of course "Till Death Do Us Part" macam lagu by White Lion.

So, sekarang ni jadilah seorang anak yang baik, observe apa itu kehidupan macam mana. Makin lama, cost of living makin tinggi, takkan hari-hari nak makan maggi? Lain orang lain pendapat, lain citarasa dia, berbeza prinsip hidup. Tapi, apa pun buatlah keputusan yang terbaik bukan untuk masa sekarang tapi untuk masa akan datang juga. Jangan jadi orang yang pentingkan diri sendiri. Dan contoh macam sekarang ni, janganlah membazirkan masa yang sepatutnya cari journals untuk proposal lepas tu tulis blog pulak. Hehehehe..

Till next time. ;)