03 June 2012

Berubah

Bismillah.

Aku tahu kadang2 aku ni naif nak pahamkan sesuatu perkara tu. Tapi itulah aku. Pada aku, kalau nak buat apa2 kena ikhlaskan hati. Lagi2 dalam hal persahabatan ni. Tapi aku kadang2 silap menilai orang. Ingat semuanya akan ikhlas bila bersahabat. Takpelah, biarlah mereka. Aku still dengan cara aku. Selalu pesan kat diri sendiri, "biarlah orang nak buat kita, tapi kita jangan balas apa dorang buat tu. Apa bezanya antara kau dan dia nanti?". Alhamdulillah, buat masa sekarang, aku belum pernah nak gaduh2 macam zaman sekolah dulu. Zaman jahil. Aku siap pakat dengan kawan2, nak attack kawan kitorang ni. Bila fikir2, "Ehh kenapa macam budak2 sangat time tu?" Alhamdulillah, Allah bagi aku petunjuk sikit demi sikit. Terima kasih Ya Rabb. 

Memang jauh bezanya antara aku yang 5 tahun dulu dengan sekarang. Tapayah cakap dari segi fizikal, sebab memang jauh berbeza. Aku nak kita semua nilai diri sendiri balik. Dari sudut yang berbeza. Mungkin dari segi kita berfikir. Sebab kita sendiri tahu sejauh mana keikhlasan kita dengan Allah, Rasulullah, ibu bapa, adik beradik, kawan2, cikgu atau pensyarah, jiran tetangga, majikan kita (pada yg telah bekerja), kepada haiwan dan tumbuhan, dan kepada yang dah berkahwin kepada suami/isteri. Kita sendiri boleh menilai sikap atau sejauh mana kematangan diri kita ni. Bukan sahaja dari segi kita berfikir tapi cara kita bawak diri kita. Macam mana nak bawak diri bila berdepan dengan orang yang kita baru kenal, dengan orang2 tua. Kan kena praktis sekarang. Nanti bakal mentua pun suka. *Eh eh* Tak dinafikan, aku memang kadang2 macam budak2 lagi. Tapi itulah aku. Cuba jadi serius, tapi tabolehlah. Mungkin gedik2 sikit tu biasalah, kalau terlebih2 tu aku rasa tadelah. Tapernah pulak lagi aku macam tu. Jauhkanlah. Nauzubillah.. Gedik2 dengan suami takpe kot. ^^v 

Wanita ini hebat ciptaanNya. Kalau tak percaya, masakan Nabi Adam masih lagi terasa sunyi apabila berada di syurga? Tiada peneman di sisi. Lalu Allah ciptakan Hawa dari rusuk Baginda. Hawa yang penuh kelembutan dan menjadi peneman Nabi Adam. Tapi kerana terhasut dengan godaan syaitan, Allah murka lalu mencampakkan ke bumi. Hanya dengan satu kesalahan. Kita? Berapa banyak kesalahan kita dah lakukan sepanjang kita hidup? Tak terkira kan? :(

Memang kita dah menutup aurat, tapi itu dah baik ke? Masih belum lagi. Pergaulan kita hari2, adakah kita menjaganya? Adab dengan bukan muhrim macam mana? Aku tahu aku bukan ustazah, bukan graduan Al-Azhar, bukanlah orang yang tutup litup. Tapi tak salahkan kita saling ingat mengingatkan? Sebagai seorang Muslimah, kita wajib sampai menyampaikan. Bagi kaum lelaki pula, anda sebagai bakal ketua keluarga, bakal imam kepada isteri dan keluarga anda, di manakah sifat2 anda sebagai seorang mukmin? Bagaimana anda nak pimpin sebuah keluarga andainya anda pun masih tercari2 dan hanyut di syurga dunia?  


 Malas nak jadi baik? Atau buat2 tak tahu dengan hidayah dah diberikan? Sampai bila kita nak ego dengan pencipta kita? Kalau kita sanggup buat kawan2 kita happy, kenapa kita tak sanggup happy2 kan pencipta kita? Aku cuba berubah sikit demi sikit. Memang susah dengan persekitaran sekarang ni, tapi kalau kita buat kerana Allah, aku pasti kita akan merasa tenang. Kuatkan semangat dan istiqamah. Carilah kawan2 yang boleh bawak kita ke arah kebaikan. Berkawan biar seribu mana pun, yang penting kita kutip yang mana baiknya. ^_^


 Nak jadi Muslimah yang solehah, anak yang solehah, isteri yang solehah dan ibu yang solehah. Wahh!! Semua nak solehah ni? ^^ Mestilah kan? Siapa tak nak jadi ahli syurga? Gambar atas tu konon2 aku kat tengah2. I'm teaching my daughters about Al-Quran. Wahh!! Suami mesti suka kan? Tapayah dia nak cari cikgu nak ajar anak2 dia baca Al-Quran. Sebab dia dan aku pun boleh ajar. *Eh eh eh*


I'm trying to be a good Muslimah. Not because of others, but for Allah. InsyaAllah, penghijrahan akan dilakukan sedikit demi sedikit. Hidup kita cuma sekali. Datang hari ni, esok tade dah. Ajal kita bukan kita boleh agak2. Mestilah jadi baik dari hari ke hari. InsyaAllah kita boleh! Sesungguhnya JANJI Allah itu PASTI. Kata2 ni aku ambil dari blog orang, tapi aku suka. Dia cakap,"I blog not for you, but to remind me of things I might do or I might forget."

Terima kasih di atas perubahan ini. Thanks to you. 

Gambar2 hiasan adalah ihsan Mr. Google. ^^v