19 August 2013

Ana's Wedding and Chennai Express :)

Assalamualaikum wbt. :)

Hujan mencurah2 pagi ni, alhamdulillah nikmat Allah untuk semua makhluk di muka bumi. Idea nak menulis pun mencurah2 dalam blog. Apa khabar semua? Moga2 sentiasa berada dalam rahmat Allah dan sihat2 ya. Rindu nak menulis, tapi terlalu banyak untuk dikongsi sampai tak tahu dah mana patut dan tapatut di tulis. Hiks ^^v

Kali ni topiknya one of my best friend get married. To Syazana Sayang, this post adik dedicated special for you. Aku panggil dia Ana, kadang2 kalau saja nak sakat dia panggil nenek Ana, pastu mulalah dia start bebel2. Hahahaha.. Siapa sangkakan, perkenalan melalui pakcik Ana dengan Shidi (nama suami Syazana) membuka pintu hati si nenek menerima Shidi. Kenal dalam 2 minggu si Shidi ambil keputusan untuk berjumpa dengan Mama dan Papa Ana. Wahhh!! Very brave and betul2 serious dia nak pikat kawan aku ni. Dah kena soal siasat baikkkk punya dengan Mama Ana, Shidi ni boleh dikategorikan sebagai lelaki yang PALING SESUAI dengan anak kesayangan Mama. HAHAHAHA! *kalau Ana baca ni mati aku kena bebel2 lagi*

Jodoh itu sungguh rahsia Allah. Dalam pada kita merancang untuk kahwin lambat lagi, tup tup tup haa dia datang terus berdesutttt laju tahu2 dah kawen pastu dah jadi isteri orang. Magic Allah. Kunfayakun. Kiranya doa Mama Ana untuk Ana kawen tahun ni juga termakbul. Doa seorang ibu kan mustajab. Jadi, kenalah dengar kata2 orang tua kita. :)

Aku antara orang yang terawal juga tahu ada orang nak meminang dia ni. First sekali aku mestilah nak menyibuk tahu siapa, kerja apa, muka dia macam mana, ana suka ke tak dan etc. Paling penting peribadi dia lah kan, depan orang2 tua kita tu, boleh ke idok nak jadi suami, boleh tak blend dengan family, family type ke idok, semua2nya kena tengok dari cara dia approach kita dari awal. Kalau macam kes Ana ni, Shidi tu memang sangat gentleman. Siapa berani macam dia? Angkat tangan?!! Kenal 2 tahun pun tak pasti lagi nak jumpa parents kita kan? Ni 2 minggu je? Orang kata, kalau kita ikhlas, jujur dan betul2 serius nak jadikan dia pasangan hidup, kita akan cuba sehabis baik dan berazam ikut cara yang betul. 

Kitorang suka share benda2 yang melibatkan pasal hati perasaan ni. Dia pernah terluka aku pun sama. Kitorang sama2 cakap, lepas ni no BF/GF dah. Siapa yang berani masuk meminang, bertunang dan nikah. Kalau boleh taknak bertunang, tapi ibu abah dah pesan kena bertunang jugak walaupun 3 bulan. Dalam Islam pun digalakkan untuk bertunang sebab tu proses ta'aruf. Bak kata abah, kenal family dia, dia kerja apa, macam mana dia punya perangai, tak suka putus takpe. Sebab itu yang sebaiknya. Bukan couple2 BF/GF zaman dulu2 ye. Sekarang bukan masanya nak salam perkenalan dah. Not at this stage I think.So, maaflah sebab aku kena memilih. Kalau awak serious, awak tahu cara yang betol. Tulah, apa yang kitorang pernah share. Sama2 muhasabah untuk jadi yang solehah supaya dapat suami yang soleh. Bukankah Allah telah sebut bahawa wanita yang baik2 hanya untuk lelaki yang baik2 dan sebaliknya? Janganlah kita dok pulun solehah sebab pasal suami je, tak ye, jangan begitu niatnya. Nanti ada orang twist pulak "oh nak solehah sebab nak dapat suami soleh. kalau tak dapat macam mana?" Untuk tahu jawapannya, Allah itu Maha Mengetahui. Kita sebagai hambanya berusahalah ke arah kebaikkan, yang perempuan nak jadi solehah yang lelaki nak jadi soleh. Allah nak pasangkan kita dengan orang yang tak berapa soleh tu, Allah lebih mengetahui. Mungkin dari situ Allah akan menguji kekuatan iman kita macam mana, kita sabar ke tak dapat suami macam tu, kita berusaha tak untuk dekatkan diri lagi kepada Allah, kita berdoa tak supaya suami jadi baik?? Sila pandang dengan sudut yang lebih positif dari berfikiran yang negatif2 je.  

Alhamdulillah, Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Suami Ana itu ustaz sekolah rupanya. See, kalau kita nak yang terbaik, kita sendiri kena ubah diri jadi yang terbaik di sisi Allah. Pasni bolehlah baca novel yang "Suami Aku Ustaz" tu. Hehehehe.. Tapi, Shidi kena posting kat Johor, so Ana pun kenalah ikut. Tempat isteri di sisi suami kan.. Walaupun awak jauh, kitorang kat sini akan sentiasa doakan kebahagian awak dengan Shidi. Jadi isteri solehah ye. I'm gonna miss you Ana. Adik nak request baby comel2 kat awak boleh? Hahaha

Okie, penat dah nak bebel2 jom tengok gambar. Aku baru belajar edit ni sebenarnya. Huhuhu..


Lepas nikah, dorang solat sunat dulu berjemaah. So sweet okie! Aku tak sempat nak tengok upacara akad nikah tu, datang2 dorang tengah solat sunat. Huuu.. Takpe2, tade rezeki. Upacara pembatalan air sembahyang, sarung cincin dan bergambar! 




Simple je. Tayah kompang2 bagai. Tengoklah dia dok menjeling. Apatah yang tapuas hati tu agaknya? Hahahah!! 


Gambar yang tade dalam ni Ciki je. Dia ada kenduri sepupu kat Perak. So, ni semua available lagi kecuali yang baju ungu. Siapalah kawen pasni? Jeng jeng jeng.. Hahahaha!! Makin lama makin sikit orang nak share beli hadiah best2. Aku kata, "Siapa paling last dia kena beli sensorang hadiah. Hahaha"

Lepas kenduri kawen Ana, aku dengan Chan pergi tengok Chennai Express. Asyik tengok Shah Rukh Khan duk tweet pasal Chennai Express. Aku pun set je ah. Hero tu SRK kot. Eh tapi apa kaitan Chennai Express dengan wedding Ana? Haaaa tengok bawah aku kasi explain sikit moral cite ni.

** image has been removed**

Yang baju oren tu excited sebab cite tu sumpah best bro! Aku gelak non-stop part SRK bila kena lawan dengan sepupu2 Meenamma. Hahahah! Cite ni pasal Rahul yang kena pergi Rameswaram sebab nak tabur abu atok dia, dalam masa yang sama dia nak p enjoy sebenarnya ke Goa dengan kawan2 dia. Tapi ditakdirkan jumpa Meenamma. Part paling lawak kena tengok time dia kat train tu. Sorang2 dia tarik. Rupa2nya, lelaki2 yang kejar Meenamma tu penculik sebab nak bawak Meenamma balik kampung Komban. Ayah Meenamma ni Don kat situ. Haa macam2 Rahul kena lalui sebelum dia dapat tabur abu atok dia. Yang paling terharu sekali dia sanggup berkorban demi Meenamma. Itu memang aku rasa nak nanges jap. Huhuhu..

**image has been removed**

Kawan baik aka kesayangan sampai mati. Kami peminat Bollywood tegar. Dari Segamat sampai sekarang. Sweet dak?? 

Sebenarnya cinta itu tanggungjawab. Macam Rahul sanggup berdepan dengan seluruh kampung lawan2 dorang, tapi macam terlalu extreme aku nak suruh korang berlawan sampai berdarah2. Hahahah! Ustaz Pahrol Mohd Juoi ada tulis dalam blog dia "Genta Rasa", "Cinta itu tanggungjawab. Tangunggjawablah yang menjaga cinta apabila cinta diuji. Cinta dan tanggungjawab tidak akan terpisah oleh kematian salah seorang daripada dua orang yang bercinta." Semoga kasih sayang dan cinta kita kepada pasangan kita kerana Allah. Kalau betol sayangkan dia, jagalah dia kerana Allah. Kalau kita paham kita pasti bahagia. Bak kata Prof Dr Muhaya, orang yang bahagia, membahagiakan orang lain. 

Kepada Ana, adik love you so strong. Semoga ukhuwah kita tak terpisah kerana jarak dan waktu. Awak dah jadi Puan Syazana sekarang. Saya macam tak percaya lagi. HAHAHA! Ingat zaman2 kat Segamat dulu, sekarang semua dah nak bertukar title. Doakan yang terbaik untuk adik ya. Love love love! 

P/s to Shah Rukh Khan, I'm your big fan and what I wanna say is Chennai Express is superb and I enjoyed watching it. Do your best for your next movies. I'll always support you. Love SRK! *if only SRK read this*