02 May 2013

Jelita Tanpa Mengira Usia


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Jelita tanpa mengira usia? Haa ni lah tagline untuk produk kesayangan aku iaitu Safi Rania Gold. Aku jatuh cinta dengan produk ni bila aku tengok majalah Wanita. Masa tu Rozita Che Wan belom lagi jadi duta, tak ingat siapa duta, sebab aku terpandang set produk kecantikan yang Safi Rania Gold ada, yang set produk lain tak ada. 

Inilah Krim Kontur Mata :)


Sebenarnya mata kita ni cepat kering dan kulit di sekitar mata akan turut terjejas lebih2 lagi kalau kita menghadap laptop/komputer 24/7. Satu lagi, kulit di sekitar mata ni adalah sensitif dan sangat nipis berbanding kulit yang lain. Jadi, terjadilah bebayang hitam (eye bag) atau kedutan2 halus di bawah mata. Bagi orang muda macam aku ni, eye bag adalah masalah utama yang kena di atasi sebelum ia jadi lebih teruk. Krim mata ni memang tekstur dia sangat halus dan cara penggunaan pun mudah. Picitkan sikit je bawah mata, ambil jari manis, sapukan dari arah dalam ke luar. Bila sapu tu, tekan secara lembut supaya dia absorb ke kulit. Jangan tekan ganas2 pulak sudah. Ini cara akulah, melalui pembacaan dalam majalah2.   Tips yang aku boleh beri, jangan gosok mata kita ni terlalu kuat sangat. Yelah kadang2 mata gatal atau pedih ke, cuba buat secara lemah lembut. Okie, apa bagusnya kalau pakai krim kontur mata Safi Rania Gold ni? Produk ni memang rawatan yang di khaskan untuk sekitar mata yang sensitif, menghalang kemunculan tanda awal penuaan di sekitar mata seperti garis2 halus dan bebayang gelap serta menganjal dan memberi kesegaran pada kulit sekitar mata. Haa, bagus kan krim kontur mata ni, sebab dulu2 aku suka letak timunlah, tomato, uncang teh sebelum tidur, tapi yang tak bestnya, bila aku pusing muka ke kiri atau ke kanan, semua2 atas mata jatuh kat tilam. Yelah, kan kena ikut sunnah Rasulullah tidur mengiring ke kanan. Last2, katil aku yang pakai timun, tomato, dengan uncang teh tu. Hahahaha!

Sememangnya aku memang peminat tegar produk2 Safi. Sejak sekolah dah cuba Safi Balqis, Q-10 Plus E, yang berasaskan mentimun, apa2 je lagi produk Safi yang available masa tu. Sememangnya aku tak suka kulit jadi gelap dan ton kulit tak sekata. Boleh kalau nak gelap, tapi biar gelap tu sekata. Hahaha! Apa lagi yang membuatkan aku suka sangat2 Safi Rania Gold adalah krim dia! Yeahhh! Tak glossy, cepat serap ke kulit, dan ia tahan lama sehinggalah kita cuci muka. Even dalam keadaan panas terik pun, kulit muka tak berminyak sebabkan peluh2 yang terbentuk, dan bila pakai krim ni kulit muka rasa secure dari pancaran UV kerana SPF20++. Pernah aku pakai satu krim ni, bila kita berpeluh, kulit muka jadi berminyak2, pastu asyik kena lap je. Tak bagus bila jadi macam tu. So, gadis2 kat luar sana yang ada masalah macam tu, sila cepat2 tukar produk. Huhuhu... Macam membazir duit je beli tapi produk tu tak membantu kita kan?

Inilah Krim Pelembap Siang :)

Macam biasa, semua produk kecantikkan akan ada krim pelembap. Haa, yang bestnya krim ni wangi dan macam aku kata tadi, tak glossy. Tips yang boleh aku bagi, oleskan sikit kat dagu, pipi kanan kiri, hidung dan 2 tempat di dahi. Sebabkan dahi luas, so kena letak dua tempatlah. Hahahah! Kemudian, kebiasaannya aku suka start dari dagu. Dengan pusingan jam or lawan jam, ikutlah mana korang suka tapi kena sapu dalam keadaan memusing, dari dagu naik ke kedua belah pipi. Tips lagi nak pipi gebu, time pakai krim ni lah kita massage2 pipi kan *ahaks* make sure dari bawah ke atas dalam keadaan jari tu memusing *paham ke idok* kemudian tarik jari2 ke arah hidung naik ke dahi sampailah kena dahi paling atas. Nak buat demo dalam video, aku tak reti. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh je pergi youtube or mana2 majalah kecantikkan. Okie, apa purpose nya aku buat dari bawah ke atas? Erm, cuba bayangkan jelly beg, amik jari pastu picit2 dia dari bawah ke atas. Apa yang terjadi? Semua jelly2 akan membulat ke atas kan? Tapi bayangkan kalau kita picit2 dia ke bawah? Kulit muka kita pon kalau kita sapu2 dari atas ke bawah, lama2 nanti dia kendur. Cehhhh, macam poyo je kan? Tapi itulah hakikatnya kenapa orang lebih suka suntik botox or vitamin kat kulit. Sebab nak menganjalkan kulit kan? Daripada pemerhatian dan pembacaan, aku belom lagi dapat identify the right way untuk sapu krim muka, cuma petua yang aku bagi ni memang aku guna since sekolah. Sangat berpuas hati bila pipi kita gebu molek. Hehehehe.. Tidak perlu botox atau vitamin okie.



Inilah Krim Pelembap Malam :)

Sebagai seorang pelajar, tak dinafikan kebanyakkan masa kita adalah membuat aktiviti di luar. Jadi, krim pelembap malam adalah salah satu daripada kenapa aku jatuh cinta dengan Safi Rania Gold ni. Okie nak tahu sebab apa? Bila kulit terdedah dengan sinaran UV, habuk, dan sebagainya pada siang hari, sebelum tidur molek sangatlah guna krim malam. Pentingnya krim malam adalah untuk menggalakkan pemulihan sel2 kulit yang aktif di waktu malam, mengahalang kemunculan tanda2 awal penuaan, menghidratkan kulit dari dalam supaya esok pagi wajah kita lebih segar dan berseri2! Kalau dah rasa aktiviti di siang hari tu terlalu expose dengan sinaran UV, malam tu rajin2kan diri pakai ye. Aku pun malas pon ada jugak, tapi bila dah kena pakai, kita kena disiplin lah. Rajin sikit jangan kata, kita muda lagi, tapayah jaga tau. Sebenarnya dari awal2 kena jaga supaya proses penuaan atau kedutan tu tadelah terlalu banyak menumpang kat kulit kita. Hehehhe..

Safi Rania Gold juga ada skrub muka. Bagusnya skrub ni, ia menanggalkan sel2 kulit mati di wajah. Tapi, taboleh pakai selalu ye. Dalam seminggu tu, 2 atau 3 kali je. Bagi aku, kalau kita cuci muka paling minima 2 kali sehari, pakai krim siang sebelum keluar rumah, dan malam pakai krim malam, itupun dah memadai. Andai kata kalau kita nak beli semua produk macam tak berapa nak cukup duit kan, *akulah tu* yang paling basic mesti kena buat dan sistematik. Haa, konsisten lah senang cite kan.

Inilah Krim BB :)
Baru2 ni Safi Rania Gold keluarkan krim BB SPF30PA++. Aku belom berkesempatan untuk cuba lagi, tapi memang dah usha2 nak dapatkan satu. Sebabnya, aku pinjam krim BB angah, jenama lain lah kan, tapi bila Safi Rania Gold pon dah ada krim BB sendiri aku memang suka yang amat! Sebab selain SPF dia 30++ tu, krim ni bertindak sebagai pelembap dan asas solekan, bukan hanya melembut, menghalus dan menganjalkan kulit, malah SPF dia tu lah protect kulit dari sinar UV yang merbahaya. Kalau dah pakai krim ni, macam kau pakai ni, dah cukup. Pastu terus keluar rumah, dan kalau nak letak dalam beg pon tak berat. Mudah kan? 

Inilah Pembersih Wajah :)

Haa, most important point, pencuci muka kita! Yup, ni lah segala2nya ia bermula. *Poyo pulak* Okie, bangun pagi memang kena cuci muka dulu. Pembersih wajah ni bila guna aku rasa fresh sangat2. Sebab tu akan selalu ada bila aku keluar rumah. Bila sebelum nak solat tu, cuci dulu muka, yelah kan dah pakai krim siang, air sahaja takkan cuci betol, jadi gunalah pembersih wajah ni. Safi Rania Gold ada juga lagi 2 produk pembersih satu berasaskan gel dan pembersih wajah lembapan mendalam. Aku dah cuba yang gel, tapi disebabkan aku suka penjimatan dan pengunaan yang lebih lama, aku prefer yang ini. Gel cepat sangat habis. Hahaha! Nanti ibu bising sebab asyik kena beli Safi Along je kan. -.-"  Sebenarnya aku boleh tahan dalam 2 bulan atau lebih kalau berjimat dan kalau Anan tak amik pakai cuci muka dia. Heh! Dia pon sibuk nak amik aku punya ni, gigih betol adik laki aku sorang tu. Tapi takpe, tak kata pon lelaki taboleh cuci muka kan? 

Lagi tips yang aku boleh bagi, JANGAN SEKALI-KALI USIK MUKA ANDA DENGAN KUKU! Macam mana pun elakkan dari selalu menyentuh wajah dengan jari sebab kita tatau kan, tadi kita pegang habuk, pegang kasut ke, pastu nak letak kat muka? Boleh nak sentuh, tapi jangan jari. Guna permukaan yang belakang tangan ni sebab kita jarang nak pegang guna belakang tangan. Yang ada jerawat ke bintik2 hitam/putih, tapayah mengada nak picit2. Ish! Sebenarnya memang kita sakit mata, tapi akibat dari kita buat macam tu adalah, tanda atau scar yang akan terbentuk. Plus susah nak hilangkan. Ambil masa sikitlah nak buang scars. Huhuhu.. *kan dah bebel2* 

Ramai jugak yang tanya kenapalah aku pakai Safi Rania Gold ni. Bukan untuk orang tua2 ke? Habis tu dah tua baru nak jaga? Dah terlambat sebenarnya. Seperti tagline Safi Rania Gold, "Jelita Tanpa Mengira Usia" jadi umur berapa nak pakai pon boleh. Aku percaya produk ni memang mendapat tempat di hati sampai bila2. Insya Allah.. 

Ini sahaja perkongsian kita pada hari ni. Ini adalah salah satu cara penjagaan kulit muka yang mudah dan paling menjimatkan. Ini baru penjagaan kulit dari luar, nantikan penjagaan tambahan kulit dari luar dan penjagaan dalaman untuk kulit pada post yang seterusnya. Tunggu aku rajin nak menaip okie. 

LOVE SAFI RANIA GOLD! 



p/s: Post ini bukanlah untuk promote produk tapi lebih kepada berkongsi produk yang dah lama aku pakai. Sharing is caring.