17 September 2009

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim



Mungkin entri ni dah basi kalau aku biarkan sahaja ia berlalu. Kesibukan yang melanda membuatkan aku telah mengenepikan engkau wahai blog. Hahaha.. Sudahlah!

Ok cerita kali ini mengenai lawatan aku untuk berjumpa dengan anak-anak yatim di Meru,Klang.



Untuk pengetahuan korang,ini first time aku hadiri acara macam ni. Kindly speaking ia sangat seronok dan pada masa yang sama membuatkan aku rasa thankful pada Allah sebab aku still ada abah dan ibu di sisi. Ada yang kecil-kecil lagi dah hilang one of their parents. So,you need to appreciate them when they are around. Ini nasihat untuk aku juga.

Tapi yang aku pergi ini bukan rumah mereka. Ia adalah pusat di mana kalau ada apa-apa event dorang akan datang. Yang selebihnya tempat ini juga menawarkan tempat dorang untuk belajar komputer. Gain some knowledge about IT i guess.

Dari segi temubual aku bersama dorang, (dah macam reporters pulak) mereka tinggal dengan mak dorang. Means that ayah dah passed away,so mak je ada. Rata-ratanya semua yang aku tanya cakap mak or mama. So,tak mahulah tanya lebih-lebih kan? Budak-budak kan sensitif,macam aku juga. Heeee...

Dan dalam banyak-banyak mereka di sana aku tersuka seorang budak ni. Nama dia Fatihah. Erm,tak sure betul or tak eja nama ni. She's 12 years old. Ada lagi 3 orang adik beradik. Bawah dia darjah 5, darjah 3 dan yang paling bongsu tadika. Semua comel-comel. Geram. Sebab aku suka budak-budak, jadi kena tahan diri daripada cubit pipi dorang. Hahaha..


Inilah dia Fatihah. Mungkin dia anak sulung jadi dia nampak matang apabila bercakap. Nice to know her actually. Before balik tu, dia sempat lagi salam aku. So,hopefully bila ada jodoh nak jumpa dia lagi. InsyaAllah.
p/s: gambar-gambar available di facebook.

0 comments:

Post a Comment