24 September 2009

Apa yang bestnya raya?

Setiap orang mungkin mempunyai persepsi yang berbeza pasal raya. Im sure that. Masa kecik dulu persepsi raya aku lain. Lainlah,contohnya happy sebab dapat balik kampung jumpa saudara semua terutamanya sepupu-sepupu lepas tu dapat main bunga api kat depan rumah, then lepas tu nanges sebab cuai cucuh mercun dan terkena jari. Walaupun tak putus ke apa,tapi sakit jugak. Terus fobia nak main tu semua lagi. Tapi,sekarang dah besar ni,eh mungkin lagi sesuai kalau aku cakap usia semakin meningkat pandangan terhadap raya makin lama dah makin berubah. Ye,itulah hipotesis yang boleh aku buat. Jadi,apa yang bestnya raya ni sebenarnya? Ok,kalau tajuk ini keluar karangan time PMR nanti adik-adik semua bolehlah ambil isi-isi ni buat karangan. Hehehe.. Mari lihat apa dia.

1) Menyambut kemenangan
Setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, mesti semua umat Islam nak meraikan Syawal kan? Aku juga di antara golongan itu. Korang pun kan? Dapat makan minum back to normal. Tak payah pening nak fikir nak berbuka nasi tomato ke lagi. Hehehe.. Betul kan? Jangan tipu. Tapi,ada juga perkara yang kalau kita dah biasa buat akan rasa macam rutin pulak. Means that, aku kan dah biasa kena bangun sahur kat rumah ni,so bila dah tak puasa ni pun mata ni boleh terjaga macam nak suruh aku sahur lagi. Jadual tidur pun kena restructure balik ni.

2)Mengeratkan silaturahim
Time ni lah saudara jauh mahupun dekat berkumpul ramai-ramai mohon kemaafan sesama. Riuh satu rumah macam ada pesta, lepas tu tidur bersepah sebab time raya ni semua balik sampai ada yang bagi cadangan nak renovate je rumah. Hahaha.. Aku lah tu. (T_T) Dan paling best sangat bila korang jumpa pak cik ke mak cik lepas tu cakap,"Eh,dah besar anak dara kamu ni. Cantiknya anak kamu. (hahaha.. ni tambahan penulis sahaja),tahun depan dah dapat menantu lah ye". Haish.. Rasa nak pengsan kat situ jugak. Macam signifikan sangat ke, ok kalau kau dah besar semua ni, dah kena kahwin. Mesti ke? Tak kan? Boleh je cakap, dah besar nanti kerja bagus-bagus, cari duit dulu, simpan satu juta dalam akaun, lepas tu pergi sekeliling dunia cari pengalaman, pergi buat haji dulu, buat rumah besar untuk family dan diri sendiri, lepas tu buat bisnes sampai maju,lepas tu kahwinlah. Tak boleh ke wahai mak cik dan pak cik?? Aku doa-doa bila aku dah jadi aunty nanti, aku akan cakap seperti ini. Hahaha.. Hepp! Lambat lagi ok.

3)Makanan
Haa,yang ini memang tak boleh dipisahkan daripada perut manusia. Time raya ni lah, ketupat, lemang, rendang nenek, rendang tok, nasi himpit (taukan yang macam mana?), kuih raya semua ada. Macam-macam ada. Makanlah sampai perut korang sempit nak sumbat air pun tak boleh dah. Time raya je kan dapat jumpa pelbagai jenis makanan yang aku rasa dah jadi tradisi setiap tahun. Lepas tu, jerit-jerit depan cermin sambil cakap,"Aku dah gemok weh!". Jadi, pengajarannya, berhenti makan sebelum kenyang ye kawan-kawan. Ehem, pengajaran untuk aku juga. (T_T)

4)Baju raya
Ini sangat sinonim dengan hari raya kan? Hari raya = baju raya. Dah macam benda wajib,korang kena ada baju baru bila raya ni. Nanti bila orang tanya," Baju raya kau berapa helai?" Dan dengan sedih aku akan cakap,"Aku tak shopping lagi weh! Bila nak shopping raya ni?" Huhuhu.. Ok,ni betul. Tak tipu pun.='( Dulu time kecik bolehlah ibu dengan abah bawa aku pergi mall lepas tu beli kan baju ini,seluar tu,dress yang ni,kasut yang itu. Tapi, ini dah besarkan, so kenalah pilih sendiri semua dan guna duit raya sendiri. (-_-'')

5)Ang pau
Mesti mata korang dah terbayang-bayang simbol ni '$' tak pun terbayang warna merah, hijau dan duit syiling pun boleh. Time ni lah korang boleh 'pau' pak cik mak cik bagi duit raya banyak-banyak. Dulu aku siap catit lagi, raya tahun ni dapat kumpul berapa lepas tu nak compare dengan adik-adik siapa lagi banyak. Lepas tu bertekak tak puas hati kenapa korang punya paling sikit. Hahahaha.. I miss that. Akulah yang paling sedikit sebab malas nak jalan-jalan pergi rumah orang. So dont blame others. (T_T) Dan paling best bila duit raya diberi sama banyak dengan umur korang. Yang besar ni dapat MYR 10 takpun MYR 5. Kalau kecil lagi,dapatlah MYR 2 takpun MYR 1. Bersyukurlah. Aminnn. Kira dah duit korang dapat berapa? Banyak?

Dan akhir sekali...
6)Rancangan raya
Mesti korang tengok tv kan? Macam-macam cerita yang aku rasa ada yang best dan ada yang dah bosan nak tengok sebabnya sama ada aku dah tangok ataupun aku memang tak suka cerita tu. Tahun ni, aku suka akustik raya. Best kan? Ada Faizal Tahir and Aizat tu. Mereka nyanyi best. Bila mata kat tv, kerja apa semua dah tak ada dah. Sedangkan kerja berlambak nak kena buat. Chill lah kerja. Raya setahun sekali je pun.

Ok,dah cukup tak nak buat isi karangan nanti? Aku rasa dah panjang sangat sampai korang mesti scroll je ke bawah. Takpe, aku tak kesah pun nak baca or tak. Sebab yang ini aku nak simpan supaya cucu cicit aku boleh baca nak buat karangan dorang nanti. Ahahaha..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

0 comments:

Post a Comment