31 August 2009

Apabila 31 0gos, aku....

Sempena menyambut kemerdekaan yang ke-52 tahun ini, aku tiba-tiba teringat balik kisah masa muda2 dulu. Heh! Sekarang pun muda lagi. Baru 20 tahun okie. Yelah, zaman persekolahan. Macam mana aku sambut dan meraikan 31 Ogos.

Aku rasa zaman sekolah rendah aku banyak melibatkan diri dalam aktiviti2 sekolah. Semangat namanya. Mungkin juga dari ajakan kawan ataupun aku sendiri nak cuba masuk. Bagus kan?? Hehehe.. Masuk bakul angkat sendiri. T_T

Yang aku ingat sejak darjah 4 lagi aku dah cuba masuk pertandingan menyanyi lagu patriotik. Tapi, bukan sorang2lah. Aku tahu suara tak sedap mana pun, tapi bila dah ramai2 rasa semangat sangat. Ingat muka kawan2 yang comel nyanyi lagu patriotik. Aku tak tahu kenapa, tapi aku suka buat semua tu. Darjah 5 dan darjah 6 pun aku still terlibat lagi. Orang lama beb! Kalau masuk mesti nak menang kan? Aku tak berapa nak ingat sangat time bila dapat title JOHAN. Hehehe.. Mak cik lupa pulak. But, menang ke tak itu tak penting, yang penting adalah semangat untuk kami mencuba dan juga semangat untuk menghafal lagu2 tu dan juga membuat gaya. Ingat senang?

Masuk sekolah menengah aku dah tak ada sangat nak masuk apa2 aktiviti. Kenapa? Aku pun tak pasti. Mungkin mak cik pemalu kot. Hehehe... Aku lebih senang tengok acara atau persembahan orang lain. Yang best puji2 dan tepuk2, tapi yang sebaliknya haa korang paham2 je lah kan. Mungkin aktiviti kat sekolah yang best yang boleh aku involve, adalah kelas ceria dan terbersih. Haa, so pagi2 lagi disebabkan aku paling awal datang sekolah, kalau aku rajinlah kan, aku tolong sapu satu kelas sampai koridor2. Kalah mak cik cleaner. Aku suka lagi kalau aku disuruh sapu sampah dari lap tingkap. Kan aku rendah sikit, malas nak panjat2 kerusi. Tapi, lagi best bila dapat susun2 meja je. Ingat kerja susun meja senang? Aku akan pastikan meja tersusun tak ada senget2 sampai habis class. Kalau tak aku sound lah dorang. Sound cara yang baiklah, tapi lagi senang aku sendiri pergi betulkan. Huh! Apa dah merepek ni??


Okie2, berbalik kepada cerita yang asal. Zaman persekolahan sudah, then masuk zaman aku kat Segamat pulak. 1st merdeka rasa best sangat2 sebab aku kan part 1. Best ke? Bestlah, sebab time tu je dapat nak berarak pegang bendera gergasi yang besar sangat. Senior2 kolej buat, cantum2 so jadilah besar. And jadi khazanah turun temurun. Sekarang, tak nampak dah lagi. Nak tunjuk gambar, tapi mana entah pergi. Kalau tak, boleh tengok muka2 kami yang comel2. Ngee.. Haa, time ni kolej NILAM jadi johan antara semua kolej. Oh NILAM.

Dan last sambutan merdeka yang aku tengok adalah tahun lepas. Kami pergi dataran Segamat. Yeah, walaupun panas2 tapi sebab nak tengok apa yang ada, redah je lah.

Ohya is missing here. Huhu. Ni gambar terakhir time celebrate merdeka last year. Best jugak lah. Ana! Ingat lagi tak?? Balik tu kita pergi McD makan2. Hehehe..

Okielah, sampai sini sahaja. Lain kali mak cik cerita lagi okie? Kenapa panggil diri sendiri mak cik?? Haa.. Itu yang korang tak tau.

Apabila 31 Ogos, aku akan ingat apa perasaan orang zaman dulu bila kena jajah.

0 comments:

Post a Comment