25 April 2009

~PGN~ PART 1

Well,tau kan PGN apa maknanya? If tak tau,tengok2lah my previous post ye. (Pemalas punya orang,nak cakap maknanya pun kedekut). Haish.. Ehem,sebenarnya dah lama nak post cerita pasal PGN ni. Tapi,al-maklumlahnya aku ni banyak sangat tugas2 yang lain,ditambah pula bahang peperiksaan ni,masa tu sangat terhad. Kalau buka internet karang, dari sejam jadi 2 jam dan berjam2. So,baik tak payah bukak. Betul tak?


Baiklah,sebenarnya nak cerita pasal PGN ni. Kami bertolak dari Segamat dah pukul 6 petang ye. Ini adalah kerana menunggu si Latif dan Arif yang outing. Janjinya lepas Asar,tapi biasalah memang begitu. Perjalanan ke Tangkak memeningkan kepala aku ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas sebab ada kemalangan. Haa.. Dahla kena jaga baju2 yang bersangkut2 kat kereta. Mana tak nya aku nak pening,pemandangan aku telah di blok oleh baju2. Tapi, tak pelah sebab baju aku pun ada juga. Hehehee.. Sesampainya kami di Melaka dah waktu tu dah pun Maghrib. Jadi,solat lah dulu sementara menunggu Raihan untuk bawa kami ke rumah sepupunya.

Nak dijadikan ceritalah kan,ada berlakunya insiden mengejut. Kereta Perodua Kembara yang Raihan bawa tu terkena palang(alah,palang yang tutup bukak tu,erm macam kat tol. Tak tahu lantaklah. Susah nak explain kat sini.). Agak tercalar jugak keretanya,tapi dia kata selalunya palang tu tak pernah nak tutup balik. Mungkin dah ditakdirkan. Haish... Nak tahu pukul berapa time tu? Dah pukul 8.15 malam. Naim sangat lah gelisah je. Boleh nampak Naim dari muka ko tu. Hohoho.. Aku pun takut jugak sebab nanti tak ada tempat nak duduk. Siap punya siap dah nak dekat pukul 9. Biasalah orang perempuan kan. Kenalah paham.

Kitorang cari tempat parking,tapi semua dah penuh. Last sekali,parking kat car park hotel. Naik2 je,hati ni dapat rasa yang mesti tak ada tempat. Lagi2,bila Naim cakap yang majlis dah start makan. Pergh,gila sadis. Dahlah tak makan satu hari,sebab nak tahan perut katakan nak makan kat hotel. Huhuhu.. Masuk ikut pintu belakang,kitorang masuk je semua macam pandang semacam, dua macam,tiga macam dan macam2. Giler malu weh!!!! Mana aku nak sorok muka. Bajet ko macam artis lah katakan. Padan muka sapa suro datang lambat. Tiba2 jadi famous sekejap. HAHAHAHA.. (gelak jahat)

Rupanya kerisauan yang aku alami terjadi betul. Kami semua terpaksa berpisah sebab tak ada tempat dah. Yang ni ke utara,sorang ke selatan,juga timur dan barat. Nak juga masukkan barat laut dan juga timur laut.(Apa ko merepek ni fiza???? Bajet geografi A lah). Paling aku sedih bila Amirul dan Junaidah tak da tempat. Haish.. Apasal lah tempat tak muat sedangkan kami kan bayar,mesti tahu kapasiti untuk ballroom tu. Marah betul. Mood untuk makan dan juga lapar aku dah pergi jauh. Tiada mood untuk happy2 langsung ye.

Malam tu,Naim dapat anugerah untuk siswa keseluruhan dan juga untuk kos kitorang,Analisis Pelaburan. Tahniah3x. Tiba2 mengaku tu kawan aku. Hahaha.. Tak dapat anugerah tumpang gembira pun jadilah. Patutlah risau semacam,rupa2nya nak naik pentas kan. Haish.. I wish that one day,it happens to me too. InsyaAllah.. Kena usaha kuat fiza!! Jelus nih.

Tapi,nasib baiklah perjalanan balik aku rasa happy. Nak tau tak,En.Syamsyul pun ada. Lepak2 ngan kitorang. Haa.. Makan kat McD pulak tu. En.Syam best!! (P/S: Ini bukan membodek ye. Ini hakikat. Korang kena paham.) Pagi2 aku makan burger,makan banyak pulak tu. Satu set spicy chicken mcdeluxe. Ish2x.. Takpe,kan aku tak makan sangat tadi. En.Syam pun suro aku makan tau. Nasib baik En.Syam paham. Hee.. Kitorang gelak2,paling best part "Pengarah". Sakit perut sebab ketawa. Latif2,ko memang terbaik lah!! Boleh jadi artis komedi,dapat duit tau.

Erm,sampai Segamat dah pagi. Pukul 4. Ish2x.. Dalam kepala,paper Law,paper Law,paper Law. Risau ada juga,tapi aku kenalah kuat. Bukan hidup namanya kalau tak ada cabaran dan juga halangan. Hidup ni mesti bosan kalau semuanya tak ada kesusahan. Sampai bila kita nak senang je? Sememangnya hidup ini memang begitu. Semua yang terjadi,ada hikmahnya. I believe that. Kiranya,aku tak rasa menyesal sebab pergi PGN.

Mahu tengok gambar2 PGN??? Kalau mahu,tunggu entri yang seterusnya. Saya akan menyajikan anda semua dengan gambar yang saya rasa best untuk kita kongsi bersama2. Till next time.

SEGALANYA yang terjadi ini,akan menjadi memori indah yang tak kan aku lupa SELAMANYA.

7 comments:

Aizat said...

em, saje nak tanye, susah tak analisis pelaburan nih?
subjek ape yg kene strong kalau nak anik course nih?
tq..

Aizat said...

saje nak tanye..
susah tak analisis pelaburan?
subjek ape yang kene strong kalau nak amik course ni?

hafizahabdulrahim said...

aizat: btw,thanks coz read my blog. aizat ni still study kat sekolah menengah ke? for ur information,analisis pelaburan tak lah susah pun. its interesting lagi2 bila kita akan belajar pasal finance,stock market and yang berkaitan dengan bursa malaysia. kalau berminat,cubalah tgk2 requirement yg universiti tetapkan if nak apply this course.

Anonymous said...

ohh.. cik hafizah dah tukar profession jadi counsellor ke? hahaha..

by the way aizat,
u met a right person. hafizah ni scorer dalam course investment...

hafizahabdulrahim said...

akid: im nothing right now,masih menggangur lagi.. owh,please, statement yg bawah tu not suitable for me actually.its for u. YDP COURSE INVESTMENT!!!! Sekarang,sapa lagi scorer? Lalala...

lafciko said...

oh jahat gile kenekan aku..
pastu nak amek ati konon aku bleh jadi artis komedi r..
haha ingat aku tak tau..

hafizahabdulrahim said...

laf cikolat: hahaha...mana ada.
ikhlas ni tau.
kalo latif jd kaya,
aku leh tumpang kekayaan itu.
ni org doakan.
aminkan cepat!!!
hahahaha..
good luck nayid nanti..

Post a Comment