22 November 2012

Thank You Allah ^^v


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, masih di beri kesempatan olehNYA untuk bernafas pada hari ini. Rasa masa tu pantas berlari, dia singgah kemudian tidak akan kembali dah. Begitu mahalnya masa. Terdapat beberapa hadis mengenai masa yang mungkin ada di antara kita dah tahu atau ada juga yang belum tahu. Okie, takpe2. Saya kongsi di sini, kita sama2 boleh baca. :)

Hadis yang pertama, "Manfaatkanlah lima kesempatan sebelum datang kesempitan. Manfaatkan usia mudamu sebelum kamu tua, manfaatkan sihatmu sebelum sakit, gunakan kekayaanmu sebelum kamu miskin, gunakan waktu lapangmu sebelum kamu sibuk dan manfaatkan hidupmu sebelum kamu mati." 
(HR al-Hakim)

Ada di antara kita di uji dengan kesakitan, ada juga yang di uji dari kekayaan (ye, kekayaan itu pun ujian) kerana setiap dari kita pasti di uji. Tapi, apabila kita di uji, janganlah mengeluh, janganlah berterusan bersedih, dan janganlah sesekali menyalahkan Allah. Kalau kita ingin lepas dari setiap ujian Allah, cuba kita pandang dari sudut yang positif, jadikan diri lebih sabar, fikirkan macam mana cara yang sesuai untuk kita tangani atau atasi dan paling PENTING mintalah pertolongan daripada Allah. Bukanlah manusia tidak mampu menolong, tetapi manusia hanya boleh mendengar, memberi cadangan, sedangkan yang akan memberikan kita rasa ketenangan dan pertolongan hanyalah Allah s.w.t. InsyaAllah, pada masa2 yang kita tanpa sedar, Allah akan memberikan pertolongan. Yakinlah, bahawa pertolongan Allah itu datang dengan pelbagai cara. Adulah segalanya padaNYA, hanya padaNYA kita bergantung, hanya padaNYA terdapat kelapangan hidup. Bukankah Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Pelapang Hidup, Maha Adil dan segalanya ada pada Allah. Subhanallah..

Hadis yang kedua,"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, di tanyalah tentang usianya, di habiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk apa." (HR Tirmidzi)

Sebagai khalifah ataupun dalam bahasa yang lebih mudah, kita semua manusia. Betul atau tidak? Dalam diri setiap individu ini, ada satu sifat iaitu untuk berbuat baik. Tetapi, kenapa ada segelintir di antara kita, ada yang berbuat jahat? Mungkinkah cara dia di besarkan dalam suasana yang sangat naif tentang agama? Mungkinkah Allah meletakkan mereka2 ini sebagai peringatan kepada golongan yang baik2? Bagi saya tidak mustahil yang jahat itu boleh berubah ke arah kebaikkan. Manakala yang baik  tu teruskanlah istiqomah dan sentiasalah mendoakan agar Allah melembutkan hati2 mereka ke arah kebaikkan dan kebenaran. Ingat, selagi bernyawa Allah akan sentiasa menerima taubat kita. Ingatlah bahawasanya Allah itu Maha Penerima Taubat. *Peringatan kepada diri saya juga*

Hadis yang terakhir,"Laksanakan segera amal soleh kerana tujuh hal: sebelum datang kemiskinan yang membuatmu lupa, kekayaan yang menyesatkan, penyakit yang membinasakan, ketuaan yang melumpuhkan, kematian yang mendadak, dajjal sebagai makhluk terjahat yang sentiasa mengintip atau datangnya kiamat yang sangat pahit dan amat mengngerikan." (HR Tirmidzi)

Seperti saya cakap di atas tadi, kekayaan juga adalah satu ujian. Allah akan memberi kesenangan, kekayaan, tetapi adakah penerima nikmat Allah akan bersyukur? Adakah penerima nikmat Allah akan memberi pertolongan kepada yang memerlukan? Adakah penerima nikmat Allah bongkak atau sombong dengan apa yang dia miliki? Satu perkara yang saya selalu pesan pada diri sendiri, "Dunia bukan keutamaan, tetapi akhirat jua lah penentunya. Tetapi, apa yang aku buat atas dunia ni, segalanya akan di persoalkan. Tidak akan ada satu perkara sekecil2 mana pun, akan terlepas pada pandangan Allah, kerana Allah Maha Menentukan dan Maha Adil."

Entri kali ini bukanlah nak menunjukkan saya baik, tidak. Saya juga tidak sempurna, kerana tiada siapa sempurna. Saya cuba untuk menjadi yang terbaik pada pandangan Allah, saya cuba buang segala sifat/perangai/tabiat/aktiviti yang tidak patut saya ada atau tidak patut saya buat. Saya masih haus akan ilmu. Masih mahu belajar dan dalam masa yang sama, cuba perbaiki diri. Saya ingin menjadi hambaNYA yang solehah, anak yang solehah dan isteri yang solehah. InsyaAllah, doakan semoga saya boleh capai cita2 saya yang tiga2 itu. :)

Sentiasalah tanya pada diri sendiri. "Apakah matlamat hidup kita di dunia dan di akhirat?" Fokus kita ada dua, tetapi beratkanlah pada akhirat. Kerana kehidupan di sana yang kekal abadi. Moga2 kita semua mendapat tempat di syurga Allah yang paling tinggi. Ye, perlu specific arah tuju kita nanti. Matlamat kita bukan hanya nak mencapai Dean Lists setiap semester, bukanlah nak beli rumah besar atau kereta besar, kita perlu juga letakkan matlamat atau dalam english "AIM" kepada kehidupan di sana. InsyaAllah, setiap perkara yang kita lakukan akan berada di jalan yang benar. Seperti mana anda tetapkan destinasi anda di dalam GPS, tetapkanlah juga matlamat anda dalam GPS Allah yang indah, iaitu "SYURGA". Subhanallah.. 

. Ya Allah, permudahkanlah perancangan kami, berikanlah petunjuk kepada kami ketika kami buntu, berikanlah kami kekuatan dalam menjalani kehidupan ini, sekirannya kami tersasar dari jalanMU kau tariklah diri kami ke arah jalan kebenaran, kau matikanlah kami dalam agamaMU, ujilah kami dengan ujian yang mampu kami tangani. Sesungguhnya Ya Allah, kami hanyalah hambaMU yang lemah dan sentiasa perlukanMU di sisi. Aamiin.. Sehingga bertemu lagi di entri yang lain. InsyaAllah..

P/s: Saya akan menganjak 24 tahun tidak lama lagi. Hehehe.. 

0 comments:

Post a Comment