14 May 2012

Master's Journey -15052012-

Hampir 9 bulan bergelumang dalam dunia penyelidikan. *Bajet macam dah jadi researcher betul-betul* Hihihi.. Kiranya dalam tempoh ni, macam-macam yang jadi yang mana aku rasakan ini semua dugaan yang mana Allah nak uji hambaNya. Apa pun, kalau tak ada ujian, kita takkan tahu kita mampu atau tak untuk hadapi. Betul tak? ^_^

Dah masuk semester kedua, rasanya buat masa sekarang life is so sweet sebab tak macam mula-mula dulu. Rasa lonely. Everything kena sorang-sorang. Allah hadirkan mereka yang sekarang ni memang pada waktu yang tepat. Syukur Alhamdulillah. Perkongsian ilmu jadi lebih meriah dan mudah. Even masing-masing dengan research masing-masing, bidang yang berbeza tapi MSc menyatukan kami semua. Indah kan? 

Dulu rasa-rasa tapaham, simpan sorang-sorang, pastu nanges. Hahaha! Aku memang cepat nanges, tapi tak tunjuklah. Malooo. >_< Tapi lepas tu, dapat rasa macam ada satu kekuatan yang aku tatau mana puncanya. Seolah-olah ada semangat yang membuak-buak terbit dari dalam, yang buatkan aku rasa, ada sesuatu yang aku cari tapi jalan yang aku lalui tu salah. Sambil jogging tengok tasik tenang, buatkan aku terfikir bila lagi semua nak berubah? Sampai bila harus macam ni? Sampai bila nak menangis? Sampai bila nak harapkan ia akan berubah? Aku rasa kekuatan tu semakin kuat, mungkin kerana Allah masih sayangkan aku. Masih mahu melihat aku berubah ke arah jalan yang diredhaiNya. MasyaAllah, perasaan tu, bukan senang, tapi aku yakin, selagi cintaNya masih ada untuk aku, aku pasrah. 

Alhamdulillah, boleh katakan sekarang aku tak macam dulu lagi. Menjadi seorang yang lebih kental di dalam walaupun pada zahir aku macam fragile. Menerima sesuatu dengan redha, belajar untuk menerima lebih berkesan dari menidakkan apa yang telah terjadi. Selagi kita ikut apa yang diperintahkanNya, selagi itu cintaNya kepada kita takkan pernah kurang. Malah,kita rasa lebih selamat dan tenang. InsyaALLAH. 

Boleh nampak betapa hebat kalau kita tak lupakan DIA? Allah takkan biarkan aku keseorangan untuk tempuh segalanya. DIA hadirkan teman-teman yang sentiasa memberi nasihat yang baik, memberi kata-kata yang berkesan, mengajak ke arah kebaikan sehinggakan aku tak pernah rasa keseorangan sedetik pun. Subhanallah. Agung cintaMu padaku Ya Rabb.. Mudah-mudahan aku selalu berada di jalanMu, jalan yang Engkau redhai. Dan janganlah Engkau biarkan aku lalai dengan cinta duniawi. :(

Hari Ahad lepas, kami pergi bengkel di UKM. Seronoknya belajar! Apa yang kami perolehi tu memang takkan ada dalam course-course di Universiti. Bayangkanlah, selama beberapa bulan gunakan Microsoft Word, tak pernah tahu apa itu Doc Map. Sedih kan? Padahal, benda tu memang berguna, cuma kita semua tak di dedahkan dengan cara yang betul. Buat ikut sesedap rasa, yang mana rasa boleh, yang mana rasa okie, buat je lah. Huhuhu.. Bersyukur sangat sebab di beri peluang macam ni. InsyaALLAH, ilmu yang ada ni, dapat memberi manfaat bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi aku harap aku boleh kongsi kepada yang lain juga. Amin..



Kami berada dalam blog Dr OT! Happy sebab selama ni baca blog dia je, tapi hari tu dapat jumpa owner blog. MasyaALLAH, rasa macam mimpi jadi kenyataan. Serious Dr OT banyak reveal benda-benda yang takkan di ajar dalam class. Semua datang dari pengalaman dia. Dan aku amat-amatlah menggalakkan kepada sesiapa yang tengah stuck dalam tesis tu, buka blog dia. InsyaALLAH, dapat bantu dengan bahasa dia yang mudah dan sempoi tu. Again Thank You Dr Othman Talib. :)

Segala apa yang terjadi dan segala apa yang akan berlaku, hidup mesti diteruskan meskipun dengan tangisan. Biarlah orang nak kata apa, yang penting ALLAH tahu dan sentiasa dengan aku. InsyaALLAH. 

0 comments:

Post a Comment