Assalamualaikum :)
Hi! Sumpah lama aku busy sampai terpaksa mengabaikan penulisan kat blog *Euuwww geli macam lah ada ramai peminat* HAHAHAHA! Kau ingat kau keknis?!
Disebabkan lama sangat tak update, aku rasa ada sesuatu aku nak pesan kat diri sendiri. Yup, pesanan ini dituju khas buat insan comel bernama Hafizah. :) Korang nak baca boleh, nak exit dari blog ni pun boleh. *emo lah pulak :p*
Tahun ini tahun busy giler cadbury sampai aku rasa aku tak bernafas. Sesak yang amat! Apa susah benor nak habis buat masters by research ni Fiza ooooiiii?? Tapi aku sangattttttttttt sangattttttt bersyukur sebab insan2 sekeliling sumpah caring, pemberi semangat waja, semangat jitu, supaya aku tetap teruskan walau apa pun. Nangis tu perkara biasa. Yelah, kita nangis pastu kita jadi kuat esoknya. Amiklah masa nak layan rasa sedih, tapi pastu cepat2 keluar dari zon tu. Haa paham idok? Kau sakit camne sekalipun, kau cepat2 fikir solusi apa aku boleh buat supaya aku keluar dari sini. Bukannya kau duduk nangis tak bertindak. Kemonn man, Allah anugerahkan akal supaya manusia berfikir. Tak gitu? Hmm tapi pikir solusi yang positif dan berkesan. Aku banyak kali rasa cam nak quit, tapi bila nangis, pikir2 balik apa ke bodoh nak quit? Kannn? Orang kat luar sana, nak sambung study macam2 halangan, kau dah dapat peluang, kau sia-sia2kan gitu je? Sesungguhnya kau tergolong dalam orang2 yang rugi. *amik setepekk kat dahi*
Ada kakak ni kata, yang aku rasa kata2 dia buat aku jadi kuat. Haaa nak tahu tak?
Allah swt Maha Adil. DIA bagi kita susah yang ini, tapi bahagian lain dia bagi kita senang. Kalau senang buat masters research ini, dah melambak2 lah orang ada masters.
Tapi wehhh, lain giler cadbury challenge kali ini. Rasa small je aku depan Prof. Tapiiii tapi Allah dah bagi tahu dalam Quran surah Al-Mulk ayat 14 "Tidakkah Allah mengetahui apa yang dia ciptakan? Sedang ia Maha Halus urusan lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya". Nampak tak kat sini pengetahuan kita sangatlah limited edition. Hanya boleh di upgrade if Allah say so. Kita ini hanya perlu berusaha giler cadbury. Tips kalau rasa susah hati, banyak2 kan baca surah al-Insyiraah. Kalau paham maknanya sumpah best bro wa cakap sama lu, kau tak pandang lain dah.
Allah sebut DUA KALI okie! Ayat dia macam ni:
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan"
(94:5-6)
Jadi ada benarlah kan kata2 akak tu. Susah sekarang Fiza takpe, Insya Allah one day kita senang pulak. Doakan Hafizah berjaya dunia akhirat. Jadi solehah kepada Allah dan Rasul, ibu abah, adik2, kesemua kawan2 dan orang sekeliling. Insya Allah... Amin..
Alhamdulillah syukur, cadbury tiada unsur2 bukan halal. Bolehlah bagi saya choc hazelnut. :)
Showing posts with label Perasaan yang aneh melanda. Show all posts
Showing posts with label Perasaan yang aneh melanda. Show all posts
02 June 2014
11 July 2013
Master's Journey -12072013-
Assalamualaikum wbt. :)
Diharapkan semua sihat2 di bulan yang penuh barakah ini. Doakan supaya kita berpeluang berpuasa dengan kesihatan yang baik dan boleh beribadat sebanyak2nya untuk merebut ganjaran pahala dari Allah swt. Insya Allah..
Sebenarnya post ini untuk diri sendiri khususnya sebab tengah mental block pastu dok fikir what I want to achieve in my life. Apa purpose hidup? Apa purpose ambil this MSc yang sangatlah menyeronokkan menserabutkan kepala? Apa betol jalan yang di pilih? Supposedly, semua2 ini kita dah set dalam minda but somehow kalau dah dalam keadaan yang tak berapa motivated ni, semua fikiran jahat keep you away for being positive.
You know I've been thinking to quit not once but unaccountable times! Hahaha! Truly I'm at the bottom of pit hopeless. *cry* TAPI, bila dah solat, doa minta petunjuk, baca Quran, baca kesusahan orang lain yang sedang buat research, I know I've been chosen dan inilah jalannya yang I should go through by hook or by crook. I'm praying that Allah permudahkan jalan yang I pilih dan inilah yang terbaik. Banyak yang I lepaskan untuk satu tujuan iaitu I nak keredhaanNYA.
I may look calm and strong on the outside but I'm fighting with emotions in the insides. Aku bukanlah hipokrit to show yes I'm happy tapi I taknak people around me being affects for what I feel kan? It's not fair to them. How mad I am, macam mana sedih giler tahap dewa dewi, serabut sampai rasa nak tumbok2 muka sendiri, I'll keep it to myself. Allah kan ada? DIA sentiasa ada untuk beri jalan, untuk bagi I jumpa orang2 yang baik yang sudi tolong, bagi I ilham menulis, bagi I kefahaman untuk paham journals or whatsoever reading materials. Isn't that enough? Bersyukur. Alhamdulillah.
Memang banyak sebab I boleh buat untuk quit tapi apa I dapat if I quit? Ketenangan? Tak juga. Satisfaction? Hmm, macam tak juga sebab I taknak what I'm doing until now being wasted just like that. Siapa rugi? Diri sendiri. Siapa malu? Diri sendiri. Semuanya memang starts with nawaitu. I'm preparing myself for something good. Mungkinlah I don't see the hikmah now, but one day I akan rasa kepahitan kemanisan dalam buat research or so called thesis. Hmmm.. now I know why most of the people tak banyak ambil MSc. Hahahahaha!! So, I ni macam species rare special yang korang semua taboleh atau jarang jumpa kat mana2. Muahahaha!! *ada kawan tegur tak manis perempuan gelak macam ni, but I'm doing this in certain cases je okie, not all the time. lalalala*
Okielah, note to myself be strong. Be strong! Be strong!
Labels:
Feelings,
MSc,
Perasaan yang aneh melanda
31 May 2012
Angan-Angan Mat Jenin Nak Kurus
Entri kali ni aku nak lari jauh-jauh sebut pasal thesis ke
apa. Sebab bila aku buat blog ni dulu, aku bukannya nak focus kepada satu benda
saja. Apa-apa sajalah yang akan atau
telah terjadi kat diri aku, yang boleh bawa aku sampai ke satu tahap yang aku boleh
kata, aku PUAS!! *Masalahnya, manusia ni pernah ke puas?* That’s the reason why
Bridge to Zenith exists. Patutnya sekarang aku kena siapkan Literature Review
(LR), tapi bila otak dah asyik nak membebel, baik aku tulis kat blog kan? *eh
kata taknak cakap pasal thesis? Huh!* Sorry, dah jadi sebahagian daripada rutin
harian, mana mungkin aku kata, "hey thesis, pegi jauh2!". ^^v
Dah lama azam nak kurus ni, aku rasa sejak diploma lagi.
Hahaha! Apa kes sampai sekarang aku rasa tak jugak kurus2? =.=
Pernah kat Segamat aku tak makan nasi seminggu. Seminggu tau
aku tak jamah sebutir pun. Giler kentang time tu. Nekad! Tekad! Semata-mata,
aku nak pakai kebaya. Hahaha! Padahal, geli je nak pakai kebaya2 ni. Ingat aku
suka sangat?! Aku kan ala2 boyish dulu. Hahahha! Apa perempuan2 ni, geliii weh.
Tu sebab kolej Nilam ada buat dinner kolej. Temanya kebaya. Jenuh jugak aku minta
ibu cari/pinjam siapa2 yang ada kebaya. Last2, pinjamlah kat Cik Norpadiah. Aku
rasa, mula2 pakai, hodoh bebenor. Tak nak duduk rasanya, sebab nanti nampak
boncit. HAHAHA! Eeee, itulah part paling aku tak suka kalau ada orang nampak
dulu. Hurm, tapi sampai sekarang, tadelah lagi orang tegur pun. Pandai aku
tahan nafas kan? Hahahha! Okie2, cerita balik pasal kebaya ni, aku pegi dining
just amik lauk takpun sayur. Ratah2. Sampai kawan2 lain, tengok, pelik+heran+marah
sikit, tapi aku kan slumber je cakap, “ni sebab nak pakai kebaya je. Aku dah
gemuklah’’. Tapi yelah, kawan2 boleh nasihat je, yang sakit ke lapar ke, aku
kan? Tapi okielah, aku tadelah pengsan ke apa, pitam ke, Alhamdulillah. Aku
kuat! Yeah!
Tapi seminggu je aku tahan, time dinner hah kauuu! Tak ingat
makan! Hahaha! Makan nasi jugak. Ahhh tewass. Tumpas! Aku dah break perjanjian
untuk tak makan nasi. Giler ah, makan nasi tu, *okie bayangkan* aku makan satu
pinggan penuh, lauk pauk semua, kau tapayah cerita, dah rupanya macam perlarian
tak jumpa nasi sebulan. Hahaha! Kiranya nasi dengan aku, tabolehlah dipisahkan.
Sedih kan? Aku pun came out formula sendiri,
taboleh tak makan nasi, tapi boleh kurangkan pengambilan nasi. Kau nak kurus ke
apa, nasi at least sekali sehari. Pastu macam insaflah kan. Padan muka, sebab
dah naik balik berat. Diet yang salah, camnilah ghupenya. Aku belilah jugak
buku nak diet, tapi baca-baca macam susah pulak. Hahah!! *bila nak kuruskan?*
Itu cerita kat Segamat, duduk dengan kawan2, duduk kolej, so
aku bolehlah nak plan makan ke tak nak makan ke. Tapi bila dah habis diploma,
aku degree kat Shah Alam. Ate teman duduklah dengan family teman. Idokler boleh sesuka hati nak or tak nak makan.
Kesian ibu kalau aku taknak makan. Penat2 masak. So, sekali lagi, aku tewas!
Hahaha! Dah duduk rumah, makanan bukan biasa2, luar biasa wa cakap lu. Paling
aku lemah, nampak masak lemak ketam takpun tempe. Aku dah makan, boleh makan lagi.
Macam raksasa makan. *ada aku kesah perot aku kecik ke besar*. Terbaiklah
nikmat makan tu. Sampai aku rasa, aku ni kesian sangat kat makanan, sayang
sangat kalau tak dapat habiskan. Sebab
tu aku cuba try habiskan. No matter what! Apa aku buat sekarang, aku makan nasi,
tapi aku kaut separuh senduk je. Haa, tadelah ibu sedih anak2 dia tak makan
kan? Makan jugak namanya, tapi aku suka meratah2 lauk tu. Kalau tanya family
aku, paling lama kat meja makan tu aku lah. Hahaha! Orang paling lasttt bangun. Tapi paling last jugak kena kemas. Okie, fine lah tade masalah pun kemas2 ni. Yang
penting, lauk aku nak tu, aku dapat. Habis! Licin! Senang basuh pinggan mangkuk
kan? Huhuhu! Kalau lauk, yang aku tak berapa suka tu, aku makan kejap je. Pastu
buka peti ais, cari kudapan2 lain ke aku boleh makan. Hahaha!! *bila nak
kuruskan?*
Al-kisahnya, kawan2 aku semua sekarang ada yang berbulan2
tak makan nasi. Aku memang tabik spring kot!! Payah nak tahan nafsu makan tu,
nak disiplin kan diri, nak jaga supaya tak makan karbohidrat lebih2, minyak
berlebihan or makanan paling nikmat di dunia iaitu coklat. Dorang ada yang dah nampak kurusnya atau susut jugaklah. Aku boleh
senyum je, dalam hati tercabar jugak. Aku ni tak cukup kuat ke nak kuruskan
badan ni? Hurm, ikut pegi jogging, main badminton, tapi tadelah selalu sangat.
Aku pun tak ada banyak masa lapang. *poyo ah, ni berblog masa apa pulak?* Tak,
maksud aku, masa nak bersukan beria2 tu, tade sangat. Bila ada kawan2 ajak, aku
boleh join aku join lah. Atlet sangatlah aku ni, lembik je kot. Main lasak2
sikit, tangan yang pernah patah ni, lenguh2, sengal2. Amik masa nak recover,
Nampak sangat tulang lemah lagi. Tak cukup kalsium kot. (O_o)
Sekarang ni, matlamat aku bukanlah nak kurus sekeping,
sekeding2nya. Gilerr tak cantik macam tu. Macam lidi berjalan2. Hahaha! Aku
pernah tunjuk kat ibu, sorang minah ni kat supermarket, jalan2 kan, pastu aku
cakap, “Ibu, badan dia kuruskan? Cantiklah macam tu”. Ibu tengok pastu, "Cantik apa? Dah macam rangka hidup je”. Hahahaha! Sabar je lah ibu ni. Grrrr!
Bila aku kata aku tak nak makan, dah malam dah, lewat sangat ni, ibu akan
cakap, "Tapayah tahan2 makan. Makan je”.
Aku balas lah, “Along dah gemuklah. Tengok ni. Tengok ni". *sambil tunjuk
part2 lemak jadi parasit kat badan*. Ibu kata,”Makan ke tak makan ke, ibu
tengok badan kau sama je gemuknya. Macam badan ibu je”. Arghhh! Ada ke patut??
Aku belum kawen dah di samakan dengan badan orang ada anak 4? Grrrr! Tapi baguslah jugak, ibu tak pernah suruh aku tahan makan. Supportive tau. Suruh anak dia montel2 lagi adalah. Hahahahah!
Senang je tak nak bagi aku makan, bila aku tidur. Hahahha!
Atau bila aku yang masak2. *poyo macam selalu masak*. Sebabnya bila kita masak2
ni, kita dah rasa2 sikit, penat kacau2, perut lapar pun kenyang dah jadinya. Lagi2 kalau kita masak dengan penuh kasih sayang. Hahahah! Eh betul. Tak tipu. Sebab tu, aku masak bila ibu ada hal or tade kat
umah je. Hahahaha! Bila lagi nak makan ibu masak? Nanti aku dah kawen, takkan
nak ibu masak lagi? Huhhuhu.. Aku pulak
ambil alih tugas dapur tu. Masak2 untuk suami dengan anak2. Cewahh! *harap2
anak aku besar, dorang tadelah malas nak ke dapur sangat* Doakanlah, supaya
anak2 aku tak macam aku kan? Hahahah! Lagi bagus, kalau suami aku tu tadelah
kekok kat dapur. So, boleh lah tolong2. InsyaAllah.. Tak tolong masak takpe,
tolong cuci2 pinggan periuk2 ke, tu pun dah kira orait jugak tu. Yelah, sebab abah aku pun tak reti masak. Tapi at least, dia balik kerja tengok sinki ada periuk kuali tak basuh, dia basuhkan. Dulu aku kecik2, dialah basuhkan pinggan. Dah besar anak2 dia, dia pass kat kitorang pulak. So, kalau boleh biarlah suami aku tu rajin macam tu. *eh, tiba2*
So, bilanya aku nak kurus pun aku tataulah. Sampaikan ada
orang ni cakap, “Kau apasal obses sangat nak kurus?” Aku diam je. Sebabnya aku
pun tade jawapan konkrit untuk soalan tu. Yang penting, aku jagalah makan. Pagi
kena makan sikit, kalau dah makan berat, aku skip lunch. So, balik petang kat
rumah, baru aku makan. Tapi, aku nak biasakan makan, before 8pm. Pernah
gak sekali sekala makan burger malam2, pastu cepat2 sapu lotion halia panas
giler tu kat perot. Hahahaha! Konon2 perot je lah yang akan boncit. =.=
Sebenarnya aku bersyukur je sekarang ni, tapi tade masalah
kan, kadang2 kita selective sikit untuk makan tu. Maksud aku kat sini, makan tu
berpada2lah. Makan boleh tapi janganlah over sangat. *ye je tak pernah over
kan?* Sekali sekala dalam sebulan tu takpe kot. Bagilah diri sendiri
kelonggaran tapi janganlah melebih2. Hidup kita ni kan, kena ada asas2nya. Mesti
ada aturannya. Yang mana baik tu, buatlah. Yang tabaik tu, kurang2kanlah
ataupun jangan langsung buat. InsyaAllah, selagi kita follow apa yang Allah
nak, selagi tu kita akan berada di jalan yang betul. Aku bukanlah ustazah
pilihan kat sini, cuma tubuh badan kita ni pun anugerah dariNya. So, kita
kenalah jaga dia elok2. Kalau Allah dah tarik nikmat sihat tu, barulah nak
menangis2, nak angkat tangan kata selama ni tak pernah ucap syukur kat DIA.
Tapi bila Allah bagi sakit tu, tak semestinya DIA tak sayang, cumanya DIA nak
kita sebagai hamba2Nya, ingat pada DIA. Nak kita beringat selalu, bila kita
happy, sihat2, kita kena ingat DIA, bila kita sedih2, lagilah kena ingat DIA.
Bukanlah time sedih2 je nak cari Allah, setiap masa kena ingat Allah. Macam
orang bagi kita cd Maher Zain, kita jaga elok2. Tak nak cd tu calar2. Samalah
jugak bila Allah bagi badan ni, kita pun kenalah jaga elok2. *tak sama langsung
nak samakan cd dengan anugerah Allah* Alah, aku tataulah analogi apa lagi nak
bagi. Huhuhuhu.. Hah!! Macam orang bagi kau sesuatu yang kau rasa berharga
sangat2, kau sampai sayangg giler nak pakai/guna. Okie tak? Tapaham takpelah.
Aku memang suka cakap, orang tapaham. *sentap tiba2*
Okie, kita akhiri dengan lagu ni.
Jangan pandang aku
sebelah mata
Hanya kerna namaku wanita
Walau ada kelemahannya
Engkau pun apa tidaknya
Jangan pandang aku sebelah mata
Nanti kejantananmu tercabar
Takkan ku menyerah kalah
Kerana madah mu berat sebelah
Kelemahanmu akanku tepis
Selagi persis, tak terkikis seksis
*Lagu Anita Sarawak, Seksis*
Aku tahu lagu ni tade kaitan pun dengan aku nak kurus. Hahaha! Okie, sayonara. ^^v
14 May 2012
Master's Journey -15052012-
Hampir 9 bulan bergelumang dalam dunia penyelidikan. *Bajet macam dah jadi researcher betul-betul* Hihihi.. Kiranya dalam tempoh ni, macam-macam yang jadi yang mana aku rasakan ini semua dugaan yang mana Allah nak uji hambaNya. Apa pun, kalau tak ada ujian, kita takkan tahu kita mampu atau tak untuk hadapi. Betul tak? ^_^
Dah masuk semester kedua, rasanya buat masa sekarang life is so sweet sebab tak macam mula-mula dulu. Rasa lonely. Everything kena sorang-sorang. Allah hadirkan mereka yang sekarang ni memang pada waktu yang tepat. Syukur Alhamdulillah. Perkongsian ilmu jadi lebih meriah dan mudah. Even masing-masing dengan research masing-masing, bidang yang berbeza tapi MSc menyatukan kami semua. Indah kan?
Dulu rasa-rasa tapaham, simpan sorang-sorang, pastu nanges. Hahaha! Aku memang cepat nanges, tapi tak tunjuklah. Malooo. >_< Tapi lepas tu, dapat rasa macam ada satu kekuatan yang aku tatau mana puncanya. Seolah-olah ada semangat yang membuak-buak terbit dari dalam, yang buatkan aku rasa, ada sesuatu yang aku cari tapi jalan yang aku lalui tu salah. Sambil jogging tengok tasik tenang, buatkan aku terfikir bila lagi semua nak berubah? Sampai bila harus macam ni? Sampai bila nak menangis? Sampai bila nak harapkan ia akan berubah? Aku rasa kekuatan tu semakin kuat, mungkin kerana Allah masih sayangkan aku. Masih mahu melihat aku berubah ke arah jalan yang diredhaiNya. MasyaAllah, perasaan tu, bukan senang, tapi aku yakin, selagi cintaNya masih ada untuk aku, aku pasrah.
Alhamdulillah, boleh katakan sekarang aku tak macam dulu lagi. Menjadi seorang yang lebih kental di dalam walaupun pada zahir aku macam fragile. Menerima sesuatu dengan redha, belajar untuk menerima lebih berkesan dari menidakkan apa yang telah terjadi. Selagi kita ikut apa yang diperintahkanNya, selagi itu cintaNya kepada kita takkan pernah kurang. Malah,kita rasa lebih selamat dan tenang. InsyaALLAH.
Boleh nampak betapa hebat kalau kita tak lupakan DIA? Allah takkan biarkan aku keseorangan untuk tempuh segalanya. DIA hadirkan teman-teman yang sentiasa memberi nasihat yang baik, memberi kata-kata yang berkesan, mengajak ke arah kebaikan sehinggakan aku tak pernah rasa keseorangan sedetik pun. Subhanallah. Agung cintaMu padaku Ya Rabb.. Mudah-mudahan aku selalu berada di jalanMu, jalan yang Engkau redhai. Dan janganlah Engkau biarkan aku lalai dengan cinta duniawi. :(
Hari Ahad lepas, kami pergi bengkel di UKM. Seronoknya belajar! Apa yang kami perolehi tu memang takkan ada dalam course-course di Universiti. Bayangkanlah, selama beberapa bulan gunakan Microsoft Word, tak pernah tahu apa itu Doc Map. Sedih kan? Padahal, benda tu memang berguna, cuma kita semua tak di dedahkan dengan cara yang betul. Buat ikut sesedap rasa, yang mana rasa boleh, yang mana rasa okie, buat je lah. Huhuhu.. Bersyukur sangat sebab di beri peluang macam ni. InsyaALLAH, ilmu yang ada ni, dapat memberi manfaat bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi aku harap aku boleh kongsi kepada yang lain juga. Amin..
Kami berada dalam blog Dr OT! Happy sebab selama ni baca blog dia je, tapi hari tu dapat jumpa owner blog. MasyaALLAH, rasa macam mimpi jadi kenyataan. Serious Dr OT banyak reveal benda-benda yang takkan di ajar dalam class. Semua datang dari pengalaman dia. Dan aku amat-amatlah menggalakkan kepada sesiapa yang tengah stuck dalam tesis tu, buka blog dia. InsyaALLAH, dapat bantu dengan bahasa dia yang mudah dan sempoi tu. Again Thank You Dr Othman Talib. :)
Segala apa yang terjadi dan segala apa yang akan berlaku, hidup mesti diteruskan meskipun dengan tangisan. Biarlah orang nak kata apa, yang penting ALLAH tahu dan sentiasa dengan aku. InsyaALLAH.
Labels:
Kehidupan,
MSc,
Perasaan yang aneh melanda
09 February 2012
Master's Journey -10022012-

Source: Google Image
Bukanlah sesuatu yang susah, tapi bukan juga satu perkara yang senang. Bila kau nak buat sesuatu, tapi kau belum jumpa cara yang betul atau kau tak pasti sebenarnya kau buat benda yang betul atau tidak. Nak cari tajuk baru pun bukannya mudah sebab kali ini kau kena pastikan ia betul2 PASTI dan tak akan berulang lagi.
Lagi senang jadi budak darjah 1 sebab pasti dah ada orang akan bagi tahu apa yang patut dia lakukan atau tak patut buat. Tapi aku bukan budak darjah 1 lagi.
Somehow, I'm gonna miss this moment. Being demotivated and motivated at the same time.
Labels:
Feelings,
Kehidupan,
MSc,
Perasaan yang aneh melanda
18 January 2012
Master's Journey -19012012-
Its more than 2 weeks of the beginning for year 2012. And I would say I'm 23 years and 19 days old. Hehe.. Do your maths ya! Lama kan tak menaip kat sini? Alhamdulillah, I'm still alive. Allah masih memberi peluang untuk hidup, dan DIA juga berikan kesihatan yang baik untuk menempuh dugaan dan menjalani kehidupan. So, I'm thankful for that. Sekarang tengah musim final, even though MSc tiada final, I still have friends that struggling for their finals and I pray for their best. Termasuklah my Mr.A. :)
Lepas tu they all boleh holiday, tiada lagi stress2 melanda dalam masa sebulan lebih before new semester that may be open on March. I need to know since I target next semester dah kena defense proposal. Baru defense, belom present yang sebelum2 tu kena buat. Might be holiday is not holiday at all. Mana mungkin nak tinggalkan research ku ini. Progress? Sampai mana nak tahu? Semalam dah start writing for Chapter 2 (Literature Review). Baru nak start writing okie, and I need to admit memang susah nak buat satu paragraph pun. Kita memang tak boleh nak copy and altered sikit ayat orang lain. I'm afraid been accused as plagiarise other's work. :(
I've been inspired by En.Sukor Jaafar. Met him on 17012012. He's giving some tips, cara2 nak baca journals, cari related journals at main journal, import dalam EndNote, buat index in case terasa point2 tu berguna dalam study, pahamkan teori, and above all paling best, kalau rasa2 tension sangat reward yourself with something. Sebab dia cakap, ada student yang push diri sampai kadang2 jadi tak betul. Seriously, at first I'm laughed at him. "Ada ke En.Sukor macam tu sekali?" Then, looking at him with serious face he's said that,"Ada, apa pulak takde. Ada yang dah dapat PhD lepas tu mengajar, tengah duduk2 kat meja pun boleh cakap sorang2. Otak dia dah putus sikit2 kot''. Hahahaha *dalam hati, ini bukan main2, ni serious punya issue*
Nak kata I'm pushing myself, rasanya macam tak. Sebab I can have my own sweet times lagi. Entahlah, mungkin sebab tak nak stress or demotivated so I told myself "you can do what you want, but make sure you still on the track". Target nak habiskan Masters maybe one and half years je. If beyond that, maximum 2 years, beyond lagi, I rather kill myself. Tak nak lah stuck lama2 kat stage ni. Tell you what, rasa macam tekanan tu lain sangat. Tak sama macam belajar Degree and Diploma. I can't share my burdens to others. Nak tak nak, diri sendiri kena motivate diri sendiri.
Cara yang paling best nak motivate diri sendiri, baca kisah2 orang lain yang sekarang tengah buat PhD. Susahlah sebenarnya nak cari budak MSc complaining (except me), so I've been inspired from a group page called "Doctorate Support Group (DSG)". Rasa insaf sangat, ada yang kena diuji macam2. Antaranya, anak meninggal tiba2, suami meninggal bila anak 2 bulan lahir, jatuh sakit sampai nak lumpuh and ada yang buat PhD bukan dalam bidang yang pernah dia belajar. Macam2 lah ujian Allah bagi, tapi kat situ semua support and doakan yang baik2. Bagi tips sekali pun ada. Situlah tempat orang/student luahkan perasaan mereka. Sharing something to others yang berada dalam situasi yang sama mungkin boleh kurangkan perasaan nak give up tu.
I believe one day, bila dah habis my journey ni, I would smile and masa tu rasanya worth it dengan segala pengorbanan yang dibuat sekarang. InsyaAllah. Kepada sesiapa yang membaca ni, I just have one request. Please pray for me ya. Doakan saya kuat, jangan give up easily and pray for my success in the future. Thanks. :)
Labels:
Feelings,
Kehidupan,
MSc,
Perasaan yang aneh melanda
11 October 2011
Master's Journey -12102011-
Sekarang dah pukul 1.55 am. Mungkin aku dah patut tutup mata, rest kan diri dari terjaga sekarang. But I just can't. Nak kata sedih sangat tak jugak, tapi nak kata happy pun tak jugak. In the middle. Susahlah nak describe apa aku rasa. Bila dapat tahu Nurul dah dapat offer to be part of Tenaga Pengajar Muda (TPM), seriously I'm happy for her. I'm proud, sebab I know she deserves that. But then, bila dia kata dalam offer letter minta dia study SELAIN DARI UiTM, I was like, nak happy tak, nak sedih pun tak. Tapi rasanya kalau ikut percentage 30% is happy, and the others tu sedih kot. :(
She's the only friend yang ada sekarang, the one that I think I can share my story, my problem nak buat thesis ni, nak ajak buat tu, pergi sana sini, but why she is the one yang kena pergi?? Ya Allah, mungkinkah ada hikmah untuk apa KAU rancangkan ini? Sumpah aku sedih and I know dia pun sedih sebab kita dua dah sama2 janji nak take care each other, bagi semangat, nak sama advisor lah. Sekarang dia pun dalam dilema. I just praying that dia dapat buat keputusan yang terbaik. Ada sebab pihak atasan minta semua candidates sambung selain UiTM, to be a research university is not that easy. We need more researcher, so ni salah satu cara nak meramaikan lagi2 dari kalangan student sendiri dan bila dorang dah abis, dorang boleh share their knowledge their experiences to others.
Mata aku dah pedih2 ni. Tak ada mood langsung nak baca jurnal. Sebab tak masuk pun. Nurul, just want you to know that, kita sayang Nurul tau. Sayang sangat. Even Nurul nanti ditakdirkan pergi Universiti lain, kita harap sangat kita selalu dapat contact each other, share about your Mr.A to me, share what you get with new lecturer, new friends, new environment, new thinkers, new Prof, new Doctorate, and even small2 things that happen to you. Kita akan redha kalau2 friendship kita dua tak selama mana yang kita dua expect. Graduate sama2 kan? Kita doakan Nurul, and I want you to do the same. Doakan kita kuat kat sini. :(
Labels:
Feelings,
Kehidupan,
MSc,
Perasaan yang aneh melanda
21 April 2011
Mixed Feelings..

I don't know how to express these feelings, how to start it or to story on this. It just maybe, I need someone to talk. But, they have their own problem and difficulties too. I'm not going to add mine.
Labels:
Feelings,
Kehidupan,
Perasaan yang aneh melanda
24 November 2010
Dilema~
Dah seminggu rasanya start pratikal, dan seminggu tu jugaklah rasa macam-macam ada. Badan sakit-sakit mengalahkan orang kerja sawah. Hehehehe... Bukan apa,dah berjam-jam atas meja tengok laptop sampai mata merah, dengan sejuk sampai tangan kebas. Masuk kerja awal kot. Pukul 7.15 pagi dah duduk atas meja, lepas tu pukul 7.15 petang kadang-kadang check out. Workaholic sungguh. Abah pon boleh kalah dengan aku. Hehehehe.. Macam-macam alasan kau bagi kan? Ewah3x...
Environment kerja okie, I think semua best. (Kalaulah Puan Norain baca ni, agak-agak dapat extra marks tak?) Hehehehehe.. Tapi betullah, it comes from my pure heart ni. Tak ada masalah lagi, itu dari segi relationship with workmates. Haa, tapi kalau cakap pasal kerja, memang ada. Tapi apalah sangatkan nak diharap dari seorang pelajar yang background dia finance, tapi nak buat akaun. But, I'm willing to learn okie. How complicated it is, how hard it is, I'll do my best.
Dan apabila seminggu kau berada dalam kelompok orang-orang yang bekerja, pasti akan ada awan-awan putih muncul kat kepala. "Aku nanti nak jadi apa eh?" "Nak kerja macam dorang jugak ke?" "Ke nak buat kerja lain?" For sure, bagi orang-orang yang macam kompius or dalam dilema macam aku ni akan ada soalan-soalan macam tu. Tak percaya? Bila nanti awak dah rasa, baru awak tahu kot.
Haa,dan sekarang saya dalam dilemalah awak. Macam mana ni??
Labels:
Feelings,
Kehidupan,
Kerja,
Perasaan yang aneh melanda
25 August 2010
Sempena 15 hari...

Pejam celik pejam celik, rupanya dah 15 hari kita semua berpuasa. Sekejap pulak rasanya, sebab dah separuh jalan and then dah nak raya. Boleh faham tak masa tu berlalu tanpa sikit pun nak tunggu sesiapa. Puasa tahun ini, aku sebagai pelajar degree yang akan tamatkan pelajaran lagi satu semester. InsyaAllah, semester depan praktikal. Cakap pasal praktikal ni, aku risau sebab tak ada lagi apa-apa respons. Kalau ikutkan minggu ni last nak tau result. So,kalau tak dapat melalui fakulti, kenalah hantar sendiri. Resume dengan application letter dah lesap sebab virus bodoh yang dah menjadikan semua file shortcut. Rasa betul-betul diuji. Dugaan betul semester ni. Bersabarlah Hafizah..
Bila fikir-fikir, nak je cepat-cepat masuk industri, kerja cari duit then boleh beli kereta dengan rumah semua. Bagi duit kat ibu dengan abah. Hohoho.. Tapi, sebagai anak yang baik, aku kena patuh dengan permintaan abah yang dia nak semua anak dia kalau boleh ada master. Sekarang semua compete nak dapat kerja bagus-bagus. Takkanlah nak belajar tinggi then goyang kaki je kat rumah. Memang taklah. Tapi, manalah tau one day nanti aku duduk rumah tapi sambil bekerja ke. Sekarang kan zaman moden. Boleh jaga family but at the same time, cari duit banyak-banyak. Hehehe..
Terus terang, dah nak habis belajar ni, aku macam belum nampak masa depan aku nak jadi sebagai apa. Macam kanvas yang tanpa apa-apa lukisan atau corak. Ada seorang kawan, nama dia Nurul. One day dia cakap macam ni kat aku,'Nurul rasakan one day nanti Pijot jadi lecturer. Pijot ni sopan santun'. Yang part sopan santun tu, aku gelaklah kan, sebab tak rasa pun kesopanannya. Aku memang dulu ada simpan angan-angan Mat Jenin nak jadi lecturer. Tapi, apasal hati ini macam ada sesuatu yang aku cari. Berilah petunjuk kepada hambaMu ni. =_=''
Mood raya macam tak ada sangat sebab aku dah besarkan. Dah nak masuk 22 tahun depan. Dulu time kecik-kecik ibu dah sibuk bawa ke hulu hilir shopping baju-baju, dress semua. Sekarang, bila cakap pasal nak shopping raya dengan ibu, dia cakap nak beli apa lagi, tiap-tiap bulan dah shopping. Hurm... Takpelah, tunggu mega sales nanti ye.
Kenapalah aku mengarut semua ini dalam blog kan? Mood study ni jalan-jalan sampai tak nak balik. Tengah tunggu dia datang ni. Tadi test FSA, sangatlah macam disaster. Aku pun tak tau apa aku mengarut dalam tu. Hahaha.. Macam manalah nak jadi analyst kan? Reject3x!!
Sebelum tu, kalau boleh aku nak minta maaf kat semua yang aku kenal. Kalau-kalau ada silap, terkasar bahasa semua ke, minta ampun ye. Kadang-kadang aku tak sedar aku cakap dah sakitkan hati korang-korang. Huhuhu.. Minta maaf. Aku tahu, raya lambat lagi, tapi disebabkan sibuk nanti tak sempat nak tulis kat sini. Hehehe...
Labels:
Feelings,
Kehidupan,
Perasaan yang aneh melanda
30 November 2009
Kenapa mesti macam tu?
Love is any of a number of emotions related to a sense of strong affection and attachment. The word love can refer to a variety of different feelings, states, and attitudes, ranging from generic pleasure to intense interpersonal attraction. (Retrieved from Wikipedia, 1st November 2009)
Kenapa tiba-tiba aku define word love ni? Sebab aku rasa korang semua mesti ada pendapat masing-masing. Pendapat aku? Biarlah rahsia. Bukan apa, kadang-kadang bila ada orang minat kat boy/girl ni, dorang akan bersungguh-sungguh buat apa saja untuk dapatkan boy/girl dia suka. Tapi,once boy/girl ni dah dapat, dorang macam dah lupa betapa susahnya nak ubah relationship dari friend kepada bf/gf. I mean here special relationship lah kan.
Mungkin lain orang, lain cara dia. Lain prinsip dia dalam sesuatu hubungan. Try to understand each other, but sometimes if one part je yang mainkan peranan pun ia tak akan jadi. Then, how to try to understand each other macam tu? You tell me then. Mungkin bila bf/gf korang hantar status relationship kat laman sosial, then their bf/gf tak pernah nak approve. Could you ask your bf/gf why? There must be a reason. Must be. It doesn't mean your bf/gf embarrass to let people know, maybe it's because they afraid with that status. People will know if you change your status, and of course their mouth can't shut up eventhough with gum gajah pun kan. Haish~~
Next, ego vs prinsip. Which come first? I know some people ego dorang sangatlah tinggi, lebih tinggi dari awan dan langit. Prinsip pulak macam korang pertahankan sesuatu sebab korang percaya dan benda tu dah sebati dengan jiwa korang. Contohnya macam korang minat sorang boy/girl ni, then korang try approach dia. But, so many times korang try, jawapannya still sama. NO! Kenapa? Mungkin korang tak tahu ada lack or something yang korang tak perasan. Mungkin, cara korang approach tu salah. Tak kena dengan prinsip dia. Mungkin dia nak korang confess or try approach dengan cara yang sangat romantik dan gentleman dengan face to face. Takkan lah dia nak cakap,'Eh awak, boleh tak kalau awak approach saya macam ni macam ni.' Chisi! Figure it out lah cara yang betul and proper. Oh, mungkin sebab korang takut ditolak bukan? Sebab korang akan rasa down dan malu. Hey, please don't if korang rasa tak bertepuk sebelah tangan. Atau mungkin ada reason lain dia tak terima. Hurm...
Oh, and mungkin bila bf/gf korang tag gambar bf/gf dia. Then, after few days bf/gf ni removekan tag tu. Why? Ok, there must be a reason. So, as bf/gf kena paham kenapa dia buat macam tu kan? Even, korang akan rasa sangat sedih and rasa nak backhand je tapi try to understand your bf/gf. Again, try to understand. If you ada prinsip sendiri, kenapa dia tak boleh ada prinsip dia juga?
Ok then, jump to worst part which is break up. Hah! Benda yang sangat sakit dari sakit kepala or sakit korang jatuh basikal. Apa yang aku nampak, people will hate their partner once dia dah tak ada apa-apa. Plus, dia akan hasut orang lain supaya benci partner dia tu jugak. Kenapa mesti macam tu ye? It just between you with him/her. Don't drag others to hate him/her. Lainlah kalau yang lain tu memang dah benci kan, tapi tak payah nak curahkan minyak kat api yang marak. Did you get what I'm trying to say? If kita berpisah, please berpisah dengan cara yang elok. Jangan ada benci dan kalau boleh stay as a friend and lagi elok best friend. Tak salahkan buat macam tu? Pray for their happiness and their success in the future. That's much much better.
-----------------------------------------------------------------
Don't worry. You're human- your memory is no more than a sieve.Time heals all wounds for your kind.
Edward Cullen, New Moon, Chapter 3, p.71
p/s: 'If you love somebody, let them go. If they return, they were always yours. If they don't, they never were.'
22 August 2009
Perjalanan yang panjang,tapi perasaan yang pendek
Semalam aku pergi Segamat. Buat clearence. Memang perjalanan aku rasa tu panjang sangat, tapi sebenarnya tak puas lagi. So,mungkin akan pergi lagi. InsyaAllah. Aku tak leh nak buat janji2 manis seperti madu yang ditambah gula.
Dapat pergi rumah sewa Juney dengan Mirae and Along. Happy sangat! Lama tak jumpa dorang semua. Rindu Segamat. Betul! Walaupun dah ada banyak yang berubah kat situ, tapi aku still tak leh lupa. Tempat NR, dulu buat Viva lah kat sana sampai 3 pagi semua, makan2, nyanyi2, dan ada yang menari hindustan lah. Sekarang, tempat tu dah tak sunyi macam dulu.
Pergi bandar pula, aku sempat beli burger Segamat. Hehehe.. Apa yang aku mengidam sangat pun tak tau. Tapi, semalam objektif tercapailah semua. Lepas tu, aku pergi beli icecream kat McD. Salihah dengan Shamin nak makan, aku pun join jugak. Masuk McD ingat time lepak2 ramai2 kat situ. Berdua ke bertiga or ramai2. Sedih. ='(
Dah masuk bulan Ramadhan ni. Dah tak ada puasa2 kat Segamat lagi. Walaupun tiga kali je puasa kat sana, tapi saat2 dapat berbuka ramai2 tu adalah sangat seronok dan indah. Pergi bazar ramai2, borong banyak2, kenyang sampai tak larat nak bangun, pergi terawikh kat PI, bangun sahur kalau larat makan lah jugak tapi aku selalunya minum air je. Semua2 ni rasa sangat kasihan pada waktu2 dulu bila berjauhan dengan family, tapi sekarang ni rasa nak buat macam dulu2 balik. Sedih lagi. ='(
Sebelum aku meleleh biar aku ucapkan Selamat Bersahur, Selamat Berpuasa, dan juga Selamat Berbuka. Kalau dapat pergi terawikh kat PI tu, pergilah. Bukan selalu buat kan??
Kata2> Sangat2 rindu itu semua.
02 August 2009
In a twinkling of an eye
Today is Sunday. Tomorrow is Monday. Class baby. Class. Yearning of the heart, please stop the time. Sighhhhhhhh.
Kenapa tiba-tiba ada cuti ni?? Kan aku dah malas. Kena start from A balik nampaknya.
p/s: go through thick and thin. looking forward.
Subscribe to:
Posts (Atom)



