Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
07 October 2013

Aku Adalah Kapten

Assalamualaikum wbt. :)

Kalau nak berjaya memang perlukan pengorbanan. Nak senaraikan jenis2 pengorbanan aku rasa setiap orang akan lalui ujian2 yang berbeza. Kalau tak ada ujian, apalah ertinya untuk jadi hamba Allah atas muka bumi ini. Mengeluh? Menangis? Kecewa? Tipulah kalau tapernah rasa semua ni. Setiap kali tulah, aku rasa tiada siapa yang lebih memahami, lebih dekat dengan kita, kecuali Allah.

Aku bukan marah tapi sedih bila orang sekeliling tak cuba fahami tapi lebih suka buat judgment sendiri. :( Aku tahu perjuangan aku ni bukan biasa2, sejak masuk je, air mata ni macam dah selalu berdamping dengan aku. Sebab tulah aku kata aku tade siapa2 kecuali Allah. Takkan aku nak menjerit satu dunia nak bagi tahu apa aku buat? Takkan aku nak maki orang yang cakap2? Apa aku boleh buat adalah bagi tahu keadaan sebenar, dengan tenang, dengan senyuman, yakinkan mereka aku bukan main2 dalam perjuangan ni. Aku serious. Yes, I am. Cuma bagilah aku masa untuk aku kemudi kapal aku sendiri. Biarlah aku jadi kapten dalam perjuangan ni. Yang kata macam2 tu, aku anggap itu sebagai pemangkin semangat aku atau lanun2 yang cuba menakluk kapal aku. Harharharhar!!

Doakan aku kuat untuk terus berjuang supaya aku boleh senyum2 gelak2 depan korang. Biarlah aku menangis sensorang, sebab muka aku tak comel kalau nangis2 ni. Hahahaha!

Ku tahu ku adaMU.

aku tatau aku patut pegang apa aku rasa atau aku belum ready nak lepaskan sebab semuanya vague bagi aku sekarang. yang pasti aku belum ready.
05 September 2013

Siapa Kita?

Assalamualaikum wbt :)

Ini hal semalam. Berborak pasal cara kita kawal marah atau dalam bahasa mudah "anger management". Ye, memang aku bukan jenis yang suka kecoh2 atau nak mengamuk kalau marah. Paling tidak aku diam sampai aku dah cool. Bila marah aku rasa pedih je kat tekak, tangan gigil2, dan paling teruk aku boleh menangis sebab aku tatau nak lepaskan kepada apa dan siapa. Huhuhu..

Siapa yang tapernah marah dalam hidup dia? Macam2 boleh buat kita marah kan? Kena tipu. Kawan backstabbing. Kekasih dirampas orang lain. Ada orang janji pukul 1130 tapi pukul 1200 tak sampai2. Hahaha! And the list goes on...

Persoalannya macam mana kita kawal kemarahan itu?

Dari sudut yang negatif:

1) Adakah kita akan mengamuk? Hempas2 barang? *lelaki atau perempuan mesti pernah buat walau sekali*
2) Kita tumbok je muka orang yang buat kita marah. *kalau kita rasa kita ni Mike Tyson ah*
3) Kalau perempuan, dia akan bebel2 sampai orang tu sakit hati atau panas telinga. *nah amik cotton buds banyak2 sumbat dalam telinga*
4) Tak bertegur sampai beberapa hari. *aku selalu jugak buat ni*
5) Berapa banyak lagi negatif yang ada weh? CUKUPLAH TU KAN..

Dari sudut yang positif:

1) Istighfar
2) Istighfar
3) Ingat Allah
4) Ambil wudhu'
5) Baca Al-Quran
6) Ada orang kalau marah dia suka makan
7) Cuci toilet. Kemas rumah. *aku buat ni kalau aku rasa marah tu tak lepas*

Ada kawan kata, "awak ni cool je. kalau saya, saya dah lama #$%&*"

Aku bukanlah cool sebenarnya pun, cumanya aku ni malas nak memanjangkan issue tu. Memang marah, tapi apa boleh buat. Aku sabar sampai aku boleh sabar. Dah kita marah2, dah orang tu jenis minta maaf tapi dia buat lagi, minta maaf  then buat salah minta maaf. Sampai tak tahulah apa yang menyebabkan aku taboleh tahan, aku akan kata "Okie, this is more than enough". Aku selalu pesan kat diri sendiri, "Takpe, biar orang buat kita, tapi macam mana pun kita jangan buat yang sama" Sebabnya takde beza antara kita dengan dia kan?? Ingat pesan Prof Dr Muhaya, "Orang yang tenang sentiasa menang"

Ambil itu sebagai pengajaran, iktibar dan pengalaman kita supaya masa2 akan datang kita takkan lukakan orang lain. Orang buat salah, kita maafkanlah. Orang buat kita marah, kita maafkanlah. Tapi ingatlah, Allah ada. Kita buat salah, Allah masih boleh ampunkan. Siapalah kita nak berdendam? Siapalah kita nak kata "tiada maaf bagimu"? Siapalah kita nak kata "you go to hell!!"? Siapalah kita nak kawal semuanya dengar kata2 kita? Siapa kita?

Thanks Allah hadiahkan kawan2 yang baik dalam hidup. Memang betul, siapa2 yang kita kenal setiap satunya akan berikan kita pengajaran. Tak kiralah dari sudut yang negatif ataupun positif. Kita boleh menilai mana baik atau buruk.

Perbualan semalam "Kalau saya sedih, marah, saya akan baca surah Al-Baqarah ayat 286. Baca sekali dengan terjemahan, pastu saya akan nangis puas2"

MasyaAllah..


Maksudnya:

Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir"


Siapa kita untuk marah? Kepada semua yang mengenali atau tidak, maafkanlah andai ada salah silap. Syawal dah berlalu tapi boleh je kan nak minta maaf bila2. ^^v

Saya dah maafkan siapa2 yang ada buat silap. Kita manusia takkan pernah lari dari melakukan kesilapan. Kita belajar setiap hari. Salah orang jangan di cari unless kita ni auditor, cikgu yang semak kertas exam, lecturer yang semak assignments student dan sebagainya. Hahahaha!

Salam Jumuah Mubarakah!
04 July 2013

Hati? Heart? Apa itu?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Hati? Heart? Dalam Bahasa Melayu kita labelkan sebagai hati, tapi bila diterjemahkan dalam English ia jadi "heart" yang selalu para doktor kaitkan dengan jantung dalam badan kita. Aku tataulah kenapa boleh terfikir sampai macam ni sekali. Hahaha! Layankannn je eh.. 

Paling mudah, "You're in my heart always". Kalau kau suruh aku tafsir seketul2, "Awak ada dalam jantung saya selalu". Erkkk! Macam kelakar kan? Hahahaha! Okie aku tahu tak kelakar pon. -____-'



Hati kita memang kecil, seketul daging kecil ini mampu beri kita 1001 rasa yang kadang2 kita sendiri tapaham apa kita rasa. Jadi, buatlah luahan dari hati ke hati. Heart to heart. Jantung ke jantung. Errrrr.. LOL!

Akan tetapi, hati kita ini kuat dan ada juga di antara kita mempunyai hati yang lemah. Kuat tu bukan setiap masa ia kuat, tapi paling2 tidak ia mampu menyimpan apa kita rasa. Tak kiralah apa kita rasa tu tentang orang2 yang kita sayang, benci, suka, atau perkara2 yang kita tak suka, suka dan sebagainya. Hati yang lemah tu macam mana pulak? Orang yang mempunyai hati ini dikatakan tidak punyai hati sebab ada istilah "hati kering". Seolah2, hati dia mesti betol, hati orang lain salah. Hati yang lemah juga mudah tergoda dengan benda atau perkara ke arah kejahatan atau keburukkan. Jadi, selalu2lah bersihkan hati kita. Hati manusia ni, Allah yang pegang. Allah yang tahu apa kita rasa. Sebab itulah kita disarankan berzikir selalu, supaya mendapat ketenangan dalam hati.

Memang susah nak jaga hati manusia2 yang lain, kita takkan mampu nak jaga semua. Even our hearts we can't handle it well. Hati orang lain apatah lagi. Kannn? Sebab itu ada frasa "patah hati" or in English "broken heart". Hehehe.. Kesimpulannya janganlah memainkan hati orang lain. Kalau betul yakin takpe, jangan sesekali ada rasa ragu2 atau cuba2. Takkan ada trial version in a relationship ye adik2.

Moga Ramadhan yang akan datang ni, mampu mendidik hati2 kita ke jalan yang lebih baik dan benar bukan sahaja di mata manusia tapi pada pandangan Allah yang utamanya. Insya Allah... :)
24 April 2013

Monkey Love...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Dulu aku pernah tanya ibu. Soalannya lebih kurang macam ni lah.

Me: Ibu.. Cinta monyet tu apa?
Ibu: Macam monyet, dari satu pokok ke pokok yang lain. Dorang takkan kekal pada satu.
Me: Maksudnya?
Ibu: Lepas sorang, dia dengan orang lain pulak. Tak setia.
Me: Ohhh..
Ibu: Apasal? Dah ada bf?
Me: Eh taklah. Kawan along lah.

Ini perbualan masa aku sekolah menengah. Masa tu kan memang semuaaaa nak ada bf/gf lah kan. Aku pun tak semena terjebak, tapi nasiblah taklah lama pun. Sebulan je kitorang couple pastu aku dapat tahu rupanya dia dah ada gf. Kawan aku time sekolah rendah pulak tu kan? Patutlah bila aku tegur kawan aku tu, dia muka macam acuh tak acuh. Kawan aku ni sesi pagi, aku sesi petang, so kalau2 dia nak balik tu, kalau ternampak, memang aku tegur je lah kan. Haish. Kalau aku tahu, memang takkanlah kan aku nak amik bf orang. Sampai sekarang aku rasa macam bodoh gak lah, tapi disebabkan peristiwa itu aku jadi matang sikit. Sampai satu tahap aku cakap, aku nak focus pada PMR tunggulah nanti nak habis SPM or form 4 ke. Hewhewhew.. Poyo je lahkan, time sekolah dah fikir nak target bila nak bercinta. Ada satu peristiwa masa tu aku form 4, masa tu ingat lagi time perhimpunan hari pertama untuk form 4. Cikgu pesan macam ni, "Kepada pelajar2 tingkatan 5, ingat anda pada tahun ini mempunyai peperiksaan yang besar untuk menentukan masa depan anda. Dan bagi pelajar2 tingkatan 4 (termasuklah aku), tahun ini bukan tahun "honeymoon" kamu. Kamu perlu bersedia dari sekarang, supaya kamu tidak ketinggalan untuk SPM pada tahun depan". Perghhh! Masa tu rasa macam, cikgu ni dah bagi aku satu tamparan hebat, dan masa tu juga aku kata, "Okie, Fizah, tangguhkanlah hasrat bercinta ke apa. Focus pada study dulu". 

Keimanan aku tak goyah apabila ada mamat2 konon usha baikkk punya termasuklah kawan dalam kelas aku sendiri. Hahahaha! Aku jadi kekok giler kalau aku dapat tahu orang tu suka aku. Heboh satu kelas, ada mamat kacak ni, suka masuk kelas aku, pastu datang meja kacau2 orang. Hehhh! Menyampah kot. Macam hebat je, tang muka lah memang lah hensem kan, tapi perangai tu, aku tak berapa nak berkenan sangat. Semua dok kata, dia syok kat kau lah. Ehhh not my taste lahperangai cam monyet. Hahaha! Jahat kan? Tapi aku memang tak suka orang macam tu. Huhuhu.. Aku tetapkan pendirian takkan terima siapa2, biarlah orang nak cakap aku ni kejam ke, jual mahal ke. Lantak sana!! Yang penting nak focus study.

Sampailah cikgu sejarah aku, Puan Rohana kata, "Kamu tapayahlah nak bercinta2 zaman sekolah ni. Dah keluar sekolah, ramai lagi kamu jumpa". Yup! Cikgu betol! Untuk adik2 sekalian, dengarlah cakap kakak fizah ni ya, belajar dulu, target SPM biar semua A+. Dulu time aku, tade siapa nak bagi nasihat drawbacks bercinta ni. Time tu internet pon tak berapa nak terror sangat. So, exposure tu tak banyak. Hahaha! Sekarang adik2 ni, semua advance dari kakak fizah ni. Semua benda korang tahu kan? Akak kenal FB pon lepas diploma. Ni belom abis darjah 6 ada account FB. Hebat budak2 sekarang. Zaman anak2 aku nanti, aku tataulah camne kan. 


Orang yang tahu bercinta tak semestinya tahu apa dia nak. Cuma orang yang tahu apa dia nak, tahu macam mana nak bercinta. :)

Semoga kita tahu apa kita inginkan, semoga kita tahu apa jalan kena pilih, semoga kita semua bahagia dunia akhirat. Bahagia yang macam mana? Tanyalah hati apa hati mahu. 

Semoga Allah redha dan memberikan rahmatNYA ke atas aku, kamu dan semua orang. 


13 January 2013

~So long 2012~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum and salam cinta to everyone! Today I'm officially 24y13d older. Hehehhe.. What it feels like? Hmm.. Bersyukur sebab Allah masih berikan peluang to me untuk beribadat lagi, masih diberikan peluang untuk bermanja2 dengan abah ibu, family and kawan2 *manja sangat*, dan bersyukur sebab ada banyak benda yang I rasa I kena belajar tak kiralah ilmu dunia, ilmu akhirat, atau ilmu rumahtangga. Hahaha! Yup, Alhamdulillah atas kurniaanMu Ya Allah. What I'm trying to say here is, whatever happened in 2012, I'm grateful and thankful to Allah because I can't be what I'm now. Setiap ujian, cabaran, dugaan, tangisan, ketawa, kesedihanperpisahan yang I rasa, I try to take it positively and Alhamdulillah, I never thought I can be this strong. Sumpah! Bila mana Allah tarik satu nikmat, kita redha, tapi dengan izinNya, Allah berikan kita lebih lagi. Sebab bila I duduk sorang2, you know you will try to reminisce what did you do, apa yang you dah lalui, and apa yang you dapat. Orang kata kita hanya merancang, tapi sebaik2 perancang adalah perancangan dari Allah. :)

I bersyukur sebab masih ada yang menyayangi diri ini, tak kiralah I tahu ke tak, I nak ucapkan terima kasih sangat2. I doakan kejayaan you alls dunia akhirat. So, doakan jugak I bahagia, berjaya dunia akhirat ye readers. Cita2 I yang paling utama is to be solehah. Paling utama sekali kepada Allah, so I memang harap2 sangat yang I boleh istiqamah, even dulu2 I tau I kadang2 tersasar di jalanNya, I takut sangat kalau I tak sempat nak bertaubat. Memang berat kalau kita nak tiba2 berubah, tapi kalau kita yakin itu yang terbaik, bulatkan hati. Memang macam2 kita akan fikir, tapi yakin janji Allah itu pasti dan benar. Pegang itu baik2. Jangan pernah fikir kita ada banyak masa, sebab masa itu memang takkan pernah tunggu kita. 

I pelik sangat tau, sebab bila I fikir2 balik, I selalu questioned myself, kenapalah macam ni, kenapalah I buat macam tu. Banyak kali. Tapi, bila kita muhasabah diri sendiri, I sedar yang Allah nak tunjukkan sesuatu kepada hamba2Nya. Pastu mesti I akan cakap, "Ya Allah, terima kasih sebab berikan aku hidayah dan petunjukMu". We don't realized what will come to us. Tahun 2012 I kenal banyakkkkkk kawan. Kawan atas kawan lah. I pun tatau macam mana boleh berkawan tapi mesti ada sebab kenapa Allah temukan kami. :) Mesti ada. I percaya. Untuk kawan2 yang I kenal since diploma, Alhamdulillah, kami still contact each other lagi. This year dah nak masuk 7 years! Lama kan? Tapi orang kata, "Kalau kita rasakan yang kita dah kenal orang itu, sebenarnya kita tak kenal dia pun". Maksudnya, janganlah ingat yang kalau kita dah kenal dia 3, 4 tahun, kita dah tahu siapa dia. No, its not. Even yang dah suami isteri, married dah 7, 8 tahun pun sometimes tak tahu the true colors of their partners. Kita kena sentiasa compliment each other. Kan? :)

Cakap pasal kawan2 ni kantahun ni for my birthday I got lotsssss of surprised! Memang tak terkata and tak terkira the happiness. What I can say is, terima kasih semua. InsyaAllah, ukhuwah kita untuk selamanya. First surprised yang I dapat masa I kat Langkawi. Oh, hmm I went for 2nd vacations. This time I pergi dengan kawan2 I. Salihah, Shamin, Naim, Farid, Jack, Nunu and kawan baru sebab dia kawan Nunu, we called him Sin Chan, sampai sekarang I tatau apa nama dia yang sebenarnya. That time 31Dec almost midnight. Lepas dinner, semua setuju nak ke Pekan Kuah. Memang jauh lah kalau dari chalet kitorang. Tapi, sebab I nakkk sangat tengok bunga api, so dorang pun okie je. Hmm, unfortunately, sampai sana, tanampak pun crowd or even ramai2 berkumpul untuk countdown. So, kami pergilah ke Dataran Lang. At last, I nampak dengan mata sendiri, HELANG yang besar itu. Heee.. Sebab masa pergi dengan family, tak jejak pun ke sana. Tengok dari jauh je. Nak dijadikan cerita, nak hujan. So, kenalah balik. On the way back to the chalet, I dah sebak and sayu sebabnya I taboleh nak tengok bunga api. Tapi kat Segamat pun tadapat tengok, tapi entahlah I tiba2 je kan rasa macam tu. Min keep asking,"Pijot okie?" I angguk2 je. Masa tu dah bergenang je air mata. Hahaha! Nak dijadikan cerita lagi, sampai satu kawasan, gelapppp sangat, hutan kiri kanan, tade kereta langsung ni, Sin Chan cakap, "Weh2, kereta rosak ah". Dalam hati, no it can't be. Dah lah on my birthday. So, the guys keluar check the engines. Dalam few minutes jugak, while the girls waiting inside the car. And suddenly..... "Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Piiiijottt, Allah selamatkan kamu!". Arghhh! I terus cakap, "Korang jahat! Wwuwuwuw *menangis terus*. Takut tau tak? Habis je pranked I, kitorang nyanyi untuk Naim sebab his birthday on 18Dec, takklah jauh pun bezanya. I dapat present from Min and Chan! Weeee~ Suka beg tangan tu. Love! Naim pun dapat jugak. Heh! Dancing cat. Hahah! Comel je cat tu. Tapi apapun, memang I terkejut giler dengan pranked dorang. Huhuhu.. Thanks korang!! Love! Love! 2nd surprised masa I balik dari Langkawi. Masa tu Naim hantar balik rumah, dah nak dekat pukul 3 pagi jugaklah. Sebab bus kat LCCT lamaaa tunggu tau. Nak penuhkan sit. Haish.. Pastu kitorang naik ERL. Naik taxi kat KL Sentral sebab nak pergi rumah Min. Naim parked his car kat sana. Okie, balik je rumah, macam biasa nak masuk bilik. Dalam samar2, I nampak something hanging tau, I curious bukaklah lampu. I nampak balloons!!!! Bentuk LOVE pulak tu. Sumpah sweettttt sangat2!! I suka sangat. Then, nampak plastik and ada kad kecik atas katil. Bukaklah, nampak red beg! Perghhh!! My 2nd beg! Hahahha! I terkejut kot. Memang beg yang I selalu bawak p class dah nak putus, almost 2 tahun pakai. Tapi bagus sebab dia tahan lama. Memang itu beg kesayanganlah. I beli branded beg pun tak guna. Kulit sopak2 pastu dahlah mahal2 beli. Huh! So, senanglah tahun ni memang I pakailah beg 2 ni. Thanks Leha, Aina, Aien, Nisa. *speechless kejap kot bila balik penat2 macam tu, dapat surprised* Sayang korang!! 

Dan macam2 lagilah rezeki lepas tu. Panjang pulak kalau nak cerita setiap satu. Hehehhe.. Okie, so semoga tahun ni kita perbaiki diri lagi, mana yang nak one step ahead nak ke alam rumahtangga I doakan semoga Allah permudahkan urusan korang. InsyaAllah, I akan menyusul. Bulan dah ada, cuma tahun je tapasti bila. Hahaha! I kena habiskan study, then barulah nak focus benda2 lain ni. Research tak lepas2 lagi. Fuhhh! I dah redha kalau nak kena extend sem. Huhuhu.. Tapi apapun, I'll do my best. Erm, pasal nak post cite pasal vacation kat Langkawi nanti I tulis if berkesempatan. Hehehe.. See you when I see you!