Showing posts with label Feelings. Show all posts
Showing posts with label Feelings. Show all posts
07 October 2013

Aku Adalah Kapten

Assalamualaikum wbt. :)

Kalau nak berjaya memang perlukan pengorbanan. Nak senaraikan jenis2 pengorbanan aku rasa setiap orang akan lalui ujian2 yang berbeza. Kalau tak ada ujian, apalah ertinya untuk jadi hamba Allah atas muka bumi ini. Mengeluh? Menangis? Kecewa? Tipulah kalau tapernah rasa semua ni. Setiap kali tulah, aku rasa tiada siapa yang lebih memahami, lebih dekat dengan kita, kecuali Allah.

Aku bukan marah tapi sedih bila orang sekeliling tak cuba fahami tapi lebih suka buat judgment sendiri. :( Aku tahu perjuangan aku ni bukan biasa2, sejak masuk je, air mata ni macam dah selalu berdamping dengan aku. Sebab tulah aku kata aku tade siapa2 kecuali Allah. Takkan aku nak menjerit satu dunia nak bagi tahu apa aku buat? Takkan aku nak maki orang yang cakap2? Apa aku boleh buat adalah bagi tahu keadaan sebenar, dengan tenang, dengan senyuman, yakinkan mereka aku bukan main2 dalam perjuangan ni. Aku serious. Yes, I am. Cuma bagilah aku masa untuk aku kemudi kapal aku sendiri. Biarlah aku jadi kapten dalam perjuangan ni. Yang kata macam2 tu, aku anggap itu sebagai pemangkin semangat aku atau lanun2 yang cuba menakluk kapal aku. Harharharhar!!

Doakan aku kuat untuk terus berjuang supaya aku boleh senyum2 gelak2 depan korang. Biarlah aku menangis sensorang, sebab muka aku tak comel kalau nangis2 ni. Hahahaha!

Ku tahu ku adaMU.

aku tatau aku patut pegang apa aku rasa atau aku belum ready nak lepaskan sebab semuanya vague bagi aku sekarang. yang pasti aku belum ready.
11 July 2013

Master's Journey -12072013-

Assalamualaikum wbt. :)

Diharapkan semua sihat2 di bulan yang penuh barakah ini. Doakan supaya kita berpeluang berpuasa dengan kesihatan yang baik dan boleh beribadat sebanyak2nya untuk merebut ganjaran pahala dari Allah swt. Insya Allah..

Sebenarnya post ini untuk diri sendiri khususnya sebab tengah mental block pastu dok fikir what I want to achieve in my life. Apa purpose hidup? Apa purpose ambil this MSc yang sangatlah menyeronokkan menserabutkan  kepala? Apa betol jalan yang di pilih? Supposedly, semua2 ini kita dah set dalam minda but somehow kalau dah dalam keadaan yang tak berapa motivated ni, semua fikiran jahat keep you away for being positive. 

You know I've been thinking to quit not once but unaccountable times! Hahaha! Truly I'm at the bottom of pit hopeless. *cry* TAPI, bila dah solat, doa minta petunjuk, baca Quran, baca kesusahan orang lain yang sedang buat research, I know I've been chosen dan inilah jalannya yang I should go through by hook or by crook. I'm praying that Allah permudahkan jalan yang I pilih dan inilah yang terbaik. Banyak yang I lepaskan untuk satu tujuan iaitu I nak keredhaanNYA.

I may look calm and strong on the outside but I'm fighting with emotions in the insides. Aku bukanlah hipokrit to show yes I'm happy tapi I taknak people around me being affects for what I feel kan? It's not fair to them. How mad I am, macam mana sedih giler tahap dewa dewi, serabut sampai rasa nak tumbok2 muka sendiri, I'll keep it to myself. Allah kan ada? DIA sentiasa ada untuk beri jalan, untuk bagi I jumpa orang2 yang baik yang sudi tolong, bagi I ilham menulis, bagi I kefahaman untuk paham journals or whatsoever reading materials. Isn't that enough? Bersyukur. Alhamdulillah.

Memang banyak sebab I boleh buat untuk quit tapi apa I dapat if I quit? Ketenangan? Tak juga. Satisfaction? Hmm, macam tak juga sebab I taknak what I'm doing until now being wasted just like that. Siapa rugi? Diri sendiri. Siapa malu? Diri sendiri. Semuanya memang starts with nawaitu. I'm preparing myself for something good. Mungkinlah I don't see the hikmah now, but one day I akan rasa kepahitan   kemanisan dalam buat research or so called thesis. Hmmm.. now I know why most of the people tak banyak ambil MSc. Hahahahaha!! So, I ni macam species rare special yang korang semua taboleh atau jarang jumpa kat mana2. Muahahaha!! *ada kawan tegur tak manis perempuan gelak macam ni, but I'm doing this in certain cases je okie, not all the time. lalalala*

Okielah, note to myself be strong. Be strong! Be strong!


04 July 2013

Hati? Heart? Apa itu?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Hati? Heart? Dalam Bahasa Melayu kita labelkan sebagai hati, tapi bila diterjemahkan dalam English ia jadi "heart" yang selalu para doktor kaitkan dengan jantung dalam badan kita. Aku tataulah kenapa boleh terfikir sampai macam ni sekali. Hahaha! Layankannn je eh.. 

Paling mudah, "You're in my heart always". Kalau kau suruh aku tafsir seketul2, "Awak ada dalam jantung saya selalu". Erkkk! Macam kelakar kan? Hahahaha! Okie aku tahu tak kelakar pon. -____-'



Hati kita memang kecil, seketul daging kecil ini mampu beri kita 1001 rasa yang kadang2 kita sendiri tapaham apa kita rasa. Jadi, buatlah luahan dari hati ke hati. Heart to heart. Jantung ke jantung. Errrrr.. LOL!

Akan tetapi, hati kita ini kuat dan ada juga di antara kita mempunyai hati yang lemah. Kuat tu bukan setiap masa ia kuat, tapi paling2 tidak ia mampu menyimpan apa kita rasa. Tak kiralah apa kita rasa tu tentang orang2 yang kita sayang, benci, suka, atau perkara2 yang kita tak suka, suka dan sebagainya. Hati yang lemah tu macam mana pulak? Orang yang mempunyai hati ini dikatakan tidak punyai hati sebab ada istilah "hati kering". Seolah2, hati dia mesti betol, hati orang lain salah. Hati yang lemah juga mudah tergoda dengan benda atau perkara ke arah kejahatan atau keburukkan. Jadi, selalu2lah bersihkan hati kita. Hati manusia ni, Allah yang pegang. Allah yang tahu apa kita rasa. Sebab itulah kita disarankan berzikir selalu, supaya mendapat ketenangan dalam hati.

Memang susah nak jaga hati manusia2 yang lain, kita takkan mampu nak jaga semua. Even our hearts we can't handle it well. Hati orang lain apatah lagi. Kannn? Sebab itu ada frasa "patah hati" or in English "broken heart". Hehehe.. Kesimpulannya janganlah memainkan hati orang lain. Kalau betul yakin takpe, jangan sesekali ada rasa ragu2 atau cuba2. Takkan ada trial version in a relationship ye adik2.

Moga Ramadhan yang akan datang ni, mampu mendidik hati2 kita ke jalan yang lebih baik dan benar bukan sahaja di mata manusia tapi pada pandangan Allah yang utamanya. Insya Allah... :)
13 January 2013

~So long 2012~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum and salam cinta to everyone! Today I'm officially 24y13d older. Hehehhe.. What it feels like? Hmm.. Bersyukur sebab Allah masih berikan peluang to me untuk beribadat lagi, masih diberikan peluang untuk bermanja2 dengan abah ibu, family and kawan2 *manja sangat*, dan bersyukur sebab ada banyak benda yang I rasa I kena belajar tak kiralah ilmu dunia, ilmu akhirat, atau ilmu rumahtangga. Hahaha! Yup, Alhamdulillah atas kurniaanMu Ya Allah. What I'm trying to say here is, whatever happened in 2012, I'm grateful and thankful to Allah because I can't be what I'm now. Setiap ujian, cabaran, dugaan, tangisan, ketawa, kesedihanperpisahan yang I rasa, I try to take it positively and Alhamdulillah, I never thought I can be this strong. Sumpah! Bila mana Allah tarik satu nikmat, kita redha, tapi dengan izinNya, Allah berikan kita lebih lagi. Sebab bila I duduk sorang2, you know you will try to reminisce what did you do, apa yang you dah lalui, and apa yang you dapat. Orang kata kita hanya merancang, tapi sebaik2 perancang adalah perancangan dari Allah. :)

I bersyukur sebab masih ada yang menyayangi diri ini, tak kiralah I tahu ke tak, I nak ucapkan terima kasih sangat2. I doakan kejayaan you alls dunia akhirat. So, doakan jugak I bahagia, berjaya dunia akhirat ye readers. Cita2 I yang paling utama is to be solehah. Paling utama sekali kepada Allah, so I memang harap2 sangat yang I boleh istiqamah, even dulu2 I tau I kadang2 tersasar di jalanNya, I takut sangat kalau I tak sempat nak bertaubat. Memang berat kalau kita nak tiba2 berubah, tapi kalau kita yakin itu yang terbaik, bulatkan hati. Memang macam2 kita akan fikir, tapi yakin janji Allah itu pasti dan benar. Pegang itu baik2. Jangan pernah fikir kita ada banyak masa, sebab masa itu memang takkan pernah tunggu kita. 

I pelik sangat tau, sebab bila I fikir2 balik, I selalu questioned myself, kenapalah macam ni, kenapalah I buat macam tu. Banyak kali. Tapi, bila kita muhasabah diri sendiri, I sedar yang Allah nak tunjukkan sesuatu kepada hamba2Nya. Pastu mesti I akan cakap, "Ya Allah, terima kasih sebab berikan aku hidayah dan petunjukMu". We don't realized what will come to us. Tahun 2012 I kenal banyakkkkkk kawan. Kawan atas kawan lah. I pun tatau macam mana boleh berkawan tapi mesti ada sebab kenapa Allah temukan kami. :) Mesti ada. I percaya. Untuk kawan2 yang I kenal since diploma, Alhamdulillah, kami still contact each other lagi. This year dah nak masuk 7 years! Lama kan? Tapi orang kata, "Kalau kita rasakan yang kita dah kenal orang itu, sebenarnya kita tak kenal dia pun". Maksudnya, janganlah ingat yang kalau kita dah kenal dia 3, 4 tahun, kita dah tahu siapa dia. No, its not. Even yang dah suami isteri, married dah 7, 8 tahun pun sometimes tak tahu the true colors of their partners. Kita kena sentiasa compliment each other. Kan? :)

Cakap pasal kawan2 ni kantahun ni for my birthday I got lotsssss of surprised! Memang tak terkata and tak terkira the happiness. What I can say is, terima kasih semua. InsyaAllah, ukhuwah kita untuk selamanya. First surprised yang I dapat masa I kat Langkawi. Oh, hmm I went for 2nd vacations. This time I pergi dengan kawan2 I. Salihah, Shamin, Naim, Farid, Jack, Nunu and kawan baru sebab dia kawan Nunu, we called him Sin Chan, sampai sekarang I tatau apa nama dia yang sebenarnya. That time 31Dec almost midnight. Lepas dinner, semua setuju nak ke Pekan Kuah. Memang jauh lah kalau dari chalet kitorang. Tapi, sebab I nakkk sangat tengok bunga api, so dorang pun okie je. Hmm, unfortunately, sampai sana, tanampak pun crowd or even ramai2 berkumpul untuk countdown. So, kami pergilah ke Dataran Lang. At last, I nampak dengan mata sendiri, HELANG yang besar itu. Heee.. Sebab masa pergi dengan family, tak jejak pun ke sana. Tengok dari jauh je. Nak dijadikan cerita, nak hujan. So, kenalah balik. On the way back to the chalet, I dah sebak and sayu sebabnya I taboleh nak tengok bunga api. Tapi kat Segamat pun tadapat tengok, tapi entahlah I tiba2 je kan rasa macam tu. Min keep asking,"Pijot okie?" I angguk2 je. Masa tu dah bergenang je air mata. Hahaha! Nak dijadikan cerita lagi, sampai satu kawasan, gelapppp sangat, hutan kiri kanan, tade kereta langsung ni, Sin Chan cakap, "Weh2, kereta rosak ah". Dalam hati, no it can't be. Dah lah on my birthday. So, the guys keluar check the engines. Dalam few minutes jugak, while the girls waiting inside the car. And suddenly..... "Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Piiiijottt, Allah selamatkan kamu!". Arghhh! I terus cakap, "Korang jahat! Wwuwuwuw *menangis terus*. Takut tau tak? Habis je pranked I, kitorang nyanyi untuk Naim sebab his birthday on 18Dec, takklah jauh pun bezanya. I dapat present from Min and Chan! Weeee~ Suka beg tangan tu. Love! Naim pun dapat jugak. Heh! Dancing cat. Hahah! Comel je cat tu. Tapi apapun, memang I terkejut giler dengan pranked dorang. Huhuhu.. Thanks korang!! Love! Love! 2nd surprised masa I balik dari Langkawi. Masa tu Naim hantar balik rumah, dah nak dekat pukul 3 pagi jugaklah. Sebab bus kat LCCT lamaaa tunggu tau. Nak penuhkan sit. Haish.. Pastu kitorang naik ERL. Naik taxi kat KL Sentral sebab nak pergi rumah Min. Naim parked his car kat sana. Okie, balik je rumah, macam biasa nak masuk bilik. Dalam samar2, I nampak something hanging tau, I curious bukaklah lampu. I nampak balloons!!!! Bentuk LOVE pulak tu. Sumpah sweettttt sangat2!! I suka sangat. Then, nampak plastik and ada kad kecik atas katil. Bukaklah, nampak red beg! Perghhh!! My 2nd beg! Hahahha! I terkejut kot. Memang beg yang I selalu bawak p class dah nak putus, almost 2 tahun pakai. Tapi bagus sebab dia tahan lama. Memang itu beg kesayanganlah. I beli branded beg pun tak guna. Kulit sopak2 pastu dahlah mahal2 beli. Huh! So, senanglah tahun ni memang I pakailah beg 2 ni. Thanks Leha, Aina, Aien, Nisa. *speechless kejap kot bila balik penat2 macam tu, dapat surprised* Sayang korang!! 

Dan macam2 lagilah rezeki lepas tu. Panjang pulak kalau nak cerita setiap satu. Hehehhe.. Okie, so semoga tahun ni kita perbaiki diri lagi, mana yang nak one step ahead nak ke alam rumahtangga I doakan semoga Allah permudahkan urusan korang. InsyaAllah, I akan menyusul. Bulan dah ada, cuma tahun je tapasti bila. Hahaha! I kena habiskan study, then barulah nak focus benda2 lain ni. Research tak lepas2 lagi. Fuhhh! I dah redha kalau nak kena extend sem. Huhuhu.. Tapi apapun, I'll do my best. Erm, pasal nak post cite pasal vacation kat Langkawi nanti I tulis if berkesempatan. Hehehe.. See you when I see you! 
26 December 2012

Master's Journey -26122012-

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum dan salam cinta semua! Galak pulak kau update blog. Hahaha! Takpe, I think this is good to share to all of youuuu!! I letak sini sebab might be one day, I boleh baca, anak2 I boleh baca, cucu2 boleh baca, and cicit2 pun boleh google blog moyang dorang and read and kita sama2 boleh baca. This is what I'm going through okie. Betol, kejayaan takkan datang bergolek2, kejayaan takkan datang dengan mudah, you need to feel the pain, the tears, sakit sana sini, pressure and sakit sampai doktor kata jantung kau ada masalah. Huhuhu.. Seriously, I want to end this ASAP!! 

Okie, I got a friend. Her name is Anita. But I called her Kak Nita. She's a lecturer from Sarawak, teaching Finance, and currently doing her PhD. The common thing that we have is our Supervisor (SV). Weeeeee~ Cannot reveal who is she. Ehh, yeah yeah you only can detect what is her gender. Haahahahah!!

So, as masters student, especially research student, we don't have to sit an exam. BUT before the semesters end, our SV need to evaluate us. You know what? I had warning for my first semester. Kahkahkah!! It was so heartbreaking, yeah I cried, and I feel so bad for not seeing my SV frequently and most of all, I'm not doing any progress for my first semester.  That time, I read lots of journals, download lots of journal, writing and searching for variables, BUT tak start menulis satu hapak pun! So, yeah I think I'm deserved that warning. Oh okie, kenapa kena takut pasal warning? Let me tell you. Masters can have 2 times of warning then kena CAMPAK. Okie I mean, you kena expelled lah. For PhD, they only gives you 3 times. 

Penat I nanges2, then my 2nd semester, before end that semester I submit my proposal. Baru proposal okie, tu pun tah apa2. Naik je semester 3, jumpa lagi then I kena add new method. Haa, baru nak tambah baru?? Actually I had proposed nak guna method tu before, tapi my SV kata itu sesuai untuk PhD student, not masters. Tapi last2, I kena buat jugak. Happy lah sebab that thing memang nak buat cumanya yang sakitnya I lah. Kena dig out journal2 yang dah download. Baca and paham balik. Phewwww!! So, I'm half way I think. 

Eh, panjang mukadimahnya. Tujuan sebenar I tulis this time sebab I nak share kata2 Kak Nita. Entahlah, bila I baca I rasa sedih and bersyukur at the same time. I'm asking about how is she, research mana. Yelah, common questions kalau jumpa geng2 research. So, she replied my email:

"Saya rasa prof takde this week coz of the festive season christmas. Next week ada coz next week is exam week. Try next week fizah. Nanti saya text fizah bila saya dah jumpa prof k. Jaga kesihatan ok. You do apa yang termampu. Yang penting consistent and ada progress. Saya pun kekadang penat sangat saya rehat for a few days or more, see how my penat is, then saya sambung balik. Penat memang penat but kita dah commit kan, sayang kalau di lepaskan right. Peluang ni tak semua orang yang dapat fizah, so kita bersyukur seadanya. Ini jalan Allah dah beri pada kita. Kita terima, sabar, usaha, doa dan tawakal."

Yup, very true. Ini jalan yang Allah dah tetapkan. I need to be thankful for whatever HE puts me thru. InsyaAllah, I'll do my very best. Not for everyone, but for me, untuk abah ibu, dan untuk kejar cita2 I yang satu. 

And now I feel relieved. Thanks ALLAH. :) 


23 December 2012

Perjalanan Hidup

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum dan salam cinta semua. Mimpi eh malam2 ni tiba2 nak update blog? Rasa macam lamaaa dah tak merapu kat sini. ^^v Rupanya dah setahun aku belajar. Dulu ye kata tade hatilah, tade perasaan, haa amik kau setahun! Pejam celik pejam celik pastu tahu2 dah setahun. Skair-ee wehhh!! 

Bila kita manusia ni kata, tak sukalah, tak naklah, kiranya macam benda2 negatif je kita fikirkan, kita tatau sebenarnya Allah swt dah plan yang terbaik untuk kita pada masa hadapan. Cuma kita je tanampak. An? An? Sama juga masa aku time degree kata, subjek ni itu susah. Nak habis belajar cepat2. Tapi, at the end, subjek yang susah tu, aku boleh skor. Haa, macam "angkat bakul" sendiri kan? Tak, bukan nak berbangga diri, tapi kalau kita tak atasi rasa takut tu, kita tatau yang sebenarnya kita mampu. Takut nak ubah dari kebiasaan. Takut tak mampu nanti masa2 akan datang taboleh hidup. Takut nanti orang kata. Takut kalau kita buat sesuatu yang lain, kita akan ketinggalan. Takut kalau2 kita tak ada orang nak suka. Haa, dan bermacam2 perasaan TAKUT tu menghalang kita daripada berbuat sesuatu. Tapi, nak tau tak? :)

Takut tu memang satu perasaan yang perlu ada pada setiap manusia. Lagi2 kita sebagai hamba Allah. Takutkan azab seksa neraka, takutkan azab di alam barzakh, dengan takutkan Allah, lebih besarrrrr daripada takut atas perkara2 yang kita selalu takutkan di atas BUMI. Kalau kita selalu fikirkan apa orang fikir tapi bukan Allah fikir, kita takkan pernah puas dalam memuaskan orang2 di sekeliling. Selalu nak mengejar pujian2 dari manusia. Contoh bila kita post gambar, pastu letak caption tade kaitan pun dengan gambar, sebab mencari pujian dari manusia. Macam geliiii pun ada. Opsss, sorrylah kalau2 aku buat ada sesiapa pembaca terasa. Bagi aku, okielah ni pandangan je. Post gambar muka, letak caption yang sangat tah apa2, nak orang like, komen/puji, itu sangatlah tidak matang. Kemonnnlah, kecantikkan awak bukan untuk di jaja, seperti menjaja makanan ringan di tepi2 jalan, tetapi kecantikkan itu haruslah di jaja kepada yang halal. Ye,pada suamilah. Sebelum kahwin siapa yang tanggung dosa kalau bukan ayah/abah/papa/daddy/walid/bapak awak? Sekarang benda itu dah jadi perkara biasa kan? Takpelah, semoga awak2 diberikan petunjuk. Nanti ada orang akan kata," Eh sukalah nak post gambar apa. Muka aku cantik, muka kau tak! Kau jeles je sebenarnya tu." Jawapan dia senang je, "Hidup kita saling ingat mengingatkan satu sama lain. Terpulang kepada awak2 nak menilai kata2 atau kebenarannya." Ehh emo pulak kau tulis panjang2 pasal ni. Hahaha! 

Dalam hidup kita juga tak terlepas dari kena buat pilihan. Okie, bab ni memang susah sikit. Sebabnya, kita tapasti kadang2 betol idok pilihan kita ni yob? Ate komenya payah bebenor ler nak pikior. *Rosak bahasa aku buat* Simple, contoh macam nak sambung study lagi. Tengok kawan2 semua, deme2 semua dah kerja. Dah ada kereta, boleh beli macam2. Ate teman ni, income pun tade, nak beli apa? Macam sedih sangat. Hahahha! Rezeki itu Allah beri. Ye, betol. Sangatlah tepat! Kalau2 kita kata dalam hati, rasa nak makan/beli/tengok tutttttttt, tapiii duit ni tak cukup lagi. So, sabarrr dan sabarrr. Tut tup tup, one day dapattt apa kita nak. Dahlah ada orang nak belanja, duit jimat. Haaa, untung tak? Kalau kita yakin Allah akan berikan, dia akan berikan. Even kau doa sesuatu yang tidak baik. Huhuhu.. Sumpah menyesal doa macam tu. :( Kiranya, Allah tetap tunaikan apa yang kau minta. Cumanya, kalau yang benda buruk ni, DIA nak kita belajar sesuatu. Sebab tu orang selalu kata, "kata2 itu satu doa". Ada orang pernah pesan kat aku, katanya,"Awak taboleh doa yang buruk2 walaupun jahat mana orang tu. Yang pegang hati manusia itu Allah. Kalau dia berubah satu hari nanti, jadi baik, entah2 lagi baik dari awak. So, kenalah selalu doakan kebaikkan untuk dia." Jadi, marilah ramai2 doakan kebaikkan semua orang terutamanya untuk umat2 Islam di seluruh dunia. :)

Perubahan akan berlaku sekiranya kita tahu apa kita nak. So, set lah goal nak ke mana, nak buat apa dan dengan siapa. Kita kena betol2 tunjukkan kita nak. Macam cerita adam hawa. Eh? Sorry2, lencong jap. -.- Kalau kita give up, maksudnya kita taklah serius pun, kita main2, kita tapasti lagi. But, tulah lumrah kehidupan. Life must go on. Hari2 yang mendatang, jangan nak menyesal sesal kecewa. Peluang datang mungkin cuma sekali. Grab it or lose it. Tapi macam mana kalau kita rasa kita ni dah berubah? Cukuplah macam ni. Takkan nak jadi ustazah kot. Ehh, no no no. Selagi hidup, ilmu haruslah di kejar. Even kerja pun, kita belajar sesuatu. Hari ni kena buat akaun bank, esok kena belajar lain. Hari2 cabaran yang mendatang itu pelbagai. Dengan kerenah manusia lagi, dengan kerja yang aku rasa takkan pernah habis. Tapi, kita takkanlah nak stagnant kat situ like forever? Sampai 30 tahun kerja, kau buat benda sama?? Ohh tidakkk!! *face palm* That's why, aku kata hari2 kena kutip ilmu baru. Ilmu yang beri kau manfaat bukan ilmu yang tah apa2 buang karen je nak p cedok ilmu gitu. Ilmu yang available banyakkkk. Ilmu akhirat, ilmu duniawi, ilmu masakan, ilmu rumahtangga, ilmu keibubapaan, ilmu perubatan dan segalanyalah. Weh, tade kaitan dengan kerja pun ilmu rumahtangga dengan kerja aku? Siapa kata? Kalau kita jaga baik2 suami atau anak2, kita pergi kerja happy ke sedih? Haa, nampak tak kaitan kat situ. Ilmu di dada berkait rapat antara satu sama lain. 

Jadi, akhir kalam dari aku, setiap pilihan yang kita buat setiap saat akan di hitung di sana. Pilihan  sentiasa ada, tapi peluang bukan setiap masa. Peluang datang sekali mungkin, manfaatkanlah ia selagi boleh. Mungkinlah ada orang akan ambil tak endah, tapi kita pun ada pilihan untuk kisah atau tidak. Simple kan? Kalau dia taboleh nak respect apa kita kata tak suka, tapayah dah kisah. Sebabnya dia pun tak kisah. Hahaha! Pening tak nak pahamkan? Semoga anda2 semua berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Doakan kejayaan kita semua dunia dan akhirat. InsyaAllah.. Aamiin.. 
20 July 2012

Cabaran, Dugaan atau Ujian?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, esok semua umat Islam di Malaysia akan menyambut bulan Ramadhan Kareem.  Bertemu lagi kita dengan bulan yang penuh mulia ini. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Moga2 segala aktiviti dan amal kita lakukan mendapat ganjarannya. InsyaAllah.. Amin. :)

Hari Jumaat ini, Allah berikan aku satu kesempatan untuk menyaksikan satu upacara pengislaman seorang lelaki yang berasal dari Sepanyol. Subhanallah, perasaan tika itu, rasa besar rahmat Allah itu dan bersyukur sangat2 kerana kita semua ni telah dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam. Alhamdulillah, lelaki tersebut memilih nama sebagai Alexender Ibrahim. Bertambah lagi seorang Muslim dikalangan kita dan mudah2an Allah permudahkan baginya untuk mendalami ajaran Islam. InsyaAllah. Dan peringatan untuk diri sendiri juga, supaya sentiasa perbaiki diri agar menjadi lebih baik. 

Dulu, dikala Allah ambil seseorang dalam hidup, terasa kehilangan yang amat sangat. Memang sedih. Tetapi, apabila kita lakukan sesuatu niat kerana Allah, InsyaAllah, Allah takkan pernah sesekali lupakan hambanNYA. Lalu, Allah hadirkan bukan satu tetapi lebih dari itu. Mereka hadir menjadi peneman, pendengar, dan penasihat yang cukup2 berharga. Subhanallah. Allah Maha Besar. Contoh yang paling indah, kalau dulu solat sorang2, sekarang boleh buat jemaah. Cukup indah. Tak boleh nak digambarkan dengan kata2. Kawan yang baik, adalah kawan yang selalu mengingatkan kita akan kebaikan. Bukannya yang akan merosakkan kita. Pahamkan perkara2 yang merosakkan itu? Perkara kebaikan contohnya,"Jom, kita pergi solat Jumaat nak? Lepas solat tu, nanti kita hantar awak balik faculty." Terus je reply,"Awak nak ambil kta pkol berapa?" Syukran Ya Allah. Syukran Ya Allah.

Hidup kita ni, memang kita perlukan kawan. Tapi kawan yang macam mana? Kawan untuk bergelak ketawa, pergi teman shopping, pergi teman minum coffee, pergi tengok movie, teman belajar, teman kita ke mana2 kita nak, memang banyak kawan2 yang macam ni. Keseronokkan yang dicari itu, saya pasti takkan kekal lama. Pastinya akan ada aktiviti2 yang sama berulang2 kali. Tetapi, di sebalik aktiviti2 kita lakukan bersama2, ada tak kita fikir sejenak, apa yang kita buat ni semua Allah suka tak? Lagi2 kalau yang campur antara bukan Muhrim. MasyaALLAH. Dan percayalah, kalau kawan2 yang macam ni, akan pergi dan datang. Lepas tu, anda akan cari lagi kawan2 yang lain. Sampai bila anda harus begini? Sampai ke tua kah? Sampai rambut sudah berubankah? Dipenghujungnya, anda yang akan harus berfikir, dengan cara yang bagaimana anda akan tamatkan perjalanan hidup anda? Mati dikala kejahilan? Mati dikala keseronokan? Pengakhiran kita mungkin berbeza2, walaupun permulaan kita adalah sama. 

Dengan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh mulia ini, penuh keberkatan di dalamnya, sahutlah cabaran saya. Sahutlah cabaran ini untuk berubah. Niatkan hanya kerana Allah. Bukan kerana ibu bapa, kawan2, bf/gf tetapi niatkan kerana Allah. Semata2 keranaNYA. Anda tidak tahu, sama ada anda akan di beri kesempatan untuk bulan Ramadhan yang akan datang. 

Marilah sama2 menjadi seorang Muslim dan Muslimah yang baik. Lakukan perubahan secara sikit2 tetapi istiqomah. Mudah2an Allah akan permudahkan segalanya. InsyaAllah. 


p/s: Jangan lupa niat berpuasa malam ni. 

Iklan : : Jangan lupa download waktu imsak dan berbuka bagi kat ibu tampal kat peti ais. Baik! ^_^
03 June 2012

Berubah

Bismillah.

Aku tahu kadang2 aku ni naif nak pahamkan sesuatu perkara tu. Tapi itulah aku. Pada aku, kalau nak buat apa2 kena ikhlaskan hati. Lagi2 dalam hal persahabatan ni. Tapi aku kadang2 silap menilai orang. Ingat semuanya akan ikhlas bila bersahabat. Takpelah, biarlah mereka. Aku still dengan cara aku. Selalu pesan kat diri sendiri, "biarlah orang nak buat kita, tapi kita jangan balas apa dorang buat tu. Apa bezanya antara kau dan dia nanti?". Alhamdulillah, buat masa sekarang, aku belum pernah nak gaduh2 macam zaman sekolah dulu. Zaman jahil. Aku siap pakat dengan kawan2, nak attack kawan kitorang ni. Bila fikir2, "Ehh kenapa macam budak2 sangat time tu?" Alhamdulillah, Allah bagi aku petunjuk sikit demi sikit. Terima kasih Ya Rabb. 

Memang jauh bezanya antara aku yang 5 tahun dulu dengan sekarang. Tapayah cakap dari segi fizikal, sebab memang jauh berbeza. Aku nak kita semua nilai diri sendiri balik. Dari sudut yang berbeza. Mungkin dari segi kita berfikir. Sebab kita sendiri tahu sejauh mana keikhlasan kita dengan Allah, Rasulullah, ibu bapa, adik beradik, kawan2, cikgu atau pensyarah, jiran tetangga, majikan kita (pada yg telah bekerja), kepada haiwan dan tumbuhan, dan kepada yang dah berkahwin kepada suami/isteri. Kita sendiri boleh menilai sikap atau sejauh mana kematangan diri kita ni. Bukan sahaja dari segi kita berfikir tapi cara kita bawak diri kita. Macam mana nak bawak diri bila berdepan dengan orang yang kita baru kenal, dengan orang2 tua. Kan kena praktis sekarang. Nanti bakal mentua pun suka. *Eh eh* Tak dinafikan, aku memang kadang2 macam budak2 lagi. Tapi itulah aku. Cuba jadi serius, tapi tabolehlah. Mungkin gedik2 sikit tu biasalah, kalau terlebih2 tu aku rasa tadelah. Tapernah pulak lagi aku macam tu. Jauhkanlah. Nauzubillah.. Gedik2 dengan suami takpe kot. ^^v 

Wanita ini hebat ciptaanNya. Kalau tak percaya, masakan Nabi Adam masih lagi terasa sunyi apabila berada di syurga? Tiada peneman di sisi. Lalu Allah ciptakan Hawa dari rusuk Baginda. Hawa yang penuh kelembutan dan menjadi peneman Nabi Adam. Tapi kerana terhasut dengan godaan syaitan, Allah murka lalu mencampakkan ke bumi. Hanya dengan satu kesalahan. Kita? Berapa banyak kesalahan kita dah lakukan sepanjang kita hidup? Tak terkira kan? :(

Memang kita dah menutup aurat, tapi itu dah baik ke? Masih belum lagi. Pergaulan kita hari2, adakah kita menjaganya? Adab dengan bukan muhrim macam mana? Aku tahu aku bukan ustazah, bukan graduan Al-Azhar, bukanlah orang yang tutup litup. Tapi tak salahkan kita saling ingat mengingatkan? Sebagai seorang Muslimah, kita wajib sampai menyampaikan. Bagi kaum lelaki pula, anda sebagai bakal ketua keluarga, bakal imam kepada isteri dan keluarga anda, di manakah sifat2 anda sebagai seorang mukmin? Bagaimana anda nak pimpin sebuah keluarga andainya anda pun masih tercari2 dan hanyut di syurga dunia?  


 Malas nak jadi baik? Atau buat2 tak tahu dengan hidayah dah diberikan? Sampai bila kita nak ego dengan pencipta kita? Kalau kita sanggup buat kawan2 kita happy, kenapa kita tak sanggup happy2 kan pencipta kita? Aku cuba berubah sikit demi sikit. Memang susah dengan persekitaran sekarang ni, tapi kalau kita buat kerana Allah, aku pasti kita akan merasa tenang. Kuatkan semangat dan istiqamah. Carilah kawan2 yang boleh bawak kita ke arah kebaikan. Berkawan biar seribu mana pun, yang penting kita kutip yang mana baiknya. ^_^


 Nak jadi Muslimah yang solehah, anak yang solehah, isteri yang solehah dan ibu yang solehah. Wahh!! Semua nak solehah ni? ^^ Mestilah kan? Siapa tak nak jadi ahli syurga? Gambar atas tu konon2 aku kat tengah2. I'm teaching my daughters about Al-Quran. Wahh!! Suami mesti suka kan? Tapayah dia nak cari cikgu nak ajar anak2 dia baca Al-Quran. Sebab dia dan aku pun boleh ajar. *Eh eh eh*


I'm trying to be a good Muslimah. Not because of others, but for Allah. InsyaAllah, penghijrahan akan dilakukan sedikit demi sedikit. Hidup kita cuma sekali. Datang hari ni, esok tade dah. Ajal kita bukan kita boleh agak2. Mestilah jadi baik dari hari ke hari. InsyaAllah kita boleh! Sesungguhnya JANJI Allah itu PASTI. Kata2 ni aku ambil dari blog orang, tapi aku suka. Dia cakap,"I blog not for you, but to remind me of things I might do or I might forget."

Terima kasih di atas perubahan ini. Thanks to you. 

Gambar2 hiasan adalah ihsan Mr. Google. ^^v
31 May 2012

Angan-Angan Mat Jenin Nak Kurus


Entri kali ni aku nak lari jauh-jauh sebut pasal thesis ke apa. Sebab bila aku buat blog ni dulu, aku bukannya nak focus kepada satu benda saja.  Apa-apa sajalah yang akan atau telah terjadi kat diri aku, yang boleh bawa aku sampai ke satu tahap yang aku boleh kata, aku PUAS!! *Masalahnya, manusia ni pernah ke puas?* That’s the reason why Bridge to Zenith exists. Patutnya sekarang aku kena siapkan Literature Review (LR), tapi bila otak dah asyik nak membebel, baik aku tulis kat blog kan? *eh kata taknak cakap pasal thesis? Huh!* Sorry, dah jadi sebahagian daripada rutin harian, mana mungkin aku kata, "hey thesis, pegi jauh2!". ^^v

Dah lama azam nak kurus ni, aku rasa sejak diploma lagi. Hahaha! Apa kes sampai sekarang aku rasa tak jugak kurus2? =.=

Pernah kat Segamat aku tak makan nasi seminggu. Seminggu tau aku tak jamah sebutir pun. Giler kentang time tu. Nekad! Tekad! Semata-mata, aku nak pakai kebaya. Hahaha! Padahal, geli je nak pakai kebaya2 ni. Ingat aku suka sangat?! Aku kan ala2 boyish dulu. Hahahha! Apa perempuan2 ni, geliii weh. Tu sebab kolej Nilam ada buat dinner kolej. Temanya kebaya. Jenuh jugak aku minta ibu cari/pinjam siapa2 yang ada kebaya. Last2, pinjamlah kat Cik Norpadiah. Aku rasa, mula2 pakai, hodoh bebenor. Tak nak duduk rasanya, sebab nanti nampak boncit. HAHAHA! Eeee, itulah part paling aku tak suka kalau ada orang nampak dulu. Hurm, tapi sampai sekarang, tadelah lagi orang tegur pun. Pandai aku tahan nafas kan? Hahahha! Okie2, cerita balik pasal kebaya ni, aku pegi dining just amik lauk takpun sayur. Ratah2. Sampai kawan2 lain, tengok, pelik+heran+marah sikit, tapi aku kan slumber je cakap, “ni sebab nak pakai kebaya je. Aku dah gemuklah’’. Tapi yelah, kawan2 boleh nasihat je, yang sakit ke lapar ke, aku kan? Tapi okielah, aku tadelah pengsan ke apa, pitam ke, Alhamdulillah. Aku kuat! Yeah!  

Tapi seminggu je aku tahan, time dinner hah kauuu! Tak ingat makan! Hahaha! Makan nasi jugak. Ahhh tewass. Tumpas! Aku dah break perjanjian untuk tak makan nasi. Giler ah, makan nasi tu, *okie bayangkan* aku makan satu pinggan penuh, lauk pauk semua, kau tapayah cerita, dah rupanya macam perlarian tak jumpa nasi sebulan. Hahaha! Kiranya nasi dengan aku, tabolehlah dipisahkan. Sedih kan?  Aku pun came out formula sendiri, taboleh tak makan nasi, tapi boleh kurangkan pengambilan nasi. Kau nak kurus ke apa, nasi at least sekali sehari. Pastu macam insaflah kan. Padan muka, sebab dah naik balik berat. Diet yang salah, camnilah ghupenya. Aku belilah jugak buku nak diet, tapi baca-baca macam susah pulak. Hahah!! *bila nak kuruskan?*

Itu cerita kat Segamat, duduk dengan kawan2, duduk kolej, so aku bolehlah nak plan makan ke tak nak makan ke. Tapi bila dah habis diploma, aku degree kat Shah Alam. Ate teman duduklah dengan family teman. Idokler  boleh sesuka hati nak or tak nak makan. Kesian ibu kalau aku taknak makan. Penat2 masak. So, sekali lagi, aku tewas! Hahaha! Dah duduk rumah, makanan bukan biasa2, luar biasa wa cakap lu. Paling aku lemah, nampak masak lemak ketam takpun tempe. Aku dah makan, boleh makan lagi. Macam raksasa makan. *ada aku kesah perot aku kecik ke besar*. Terbaiklah nikmat makan tu. Sampai aku rasa, aku ni kesian sangat kat makanan, sayang sangat kalau tak dapat habiskan.  Sebab tu aku cuba try habiskan. No matter what! Apa aku buat sekarang, aku makan nasi, tapi aku kaut separuh senduk je. Haa, tadelah ibu sedih anak2 dia tak makan kan? Makan jugak namanya, tapi aku suka meratah2 lauk tu. Kalau tanya family aku, paling lama kat meja makan tu aku lah. Hahaha! Orang paling lasttt bangun. Tapi paling last jugak kena kemas. Okie, fine lah tade masalah pun kemas2 ni. Yang penting, lauk aku nak tu, aku dapat. Habis! Licin! Senang basuh pinggan mangkuk kan? Huhuhu! Kalau lauk, yang aku tak berapa suka tu, aku makan kejap je. Pastu buka peti ais, cari kudapan2 lain ke aku boleh makan. Hahaha!! *bila nak kuruskan?*

Al-kisahnya, kawan2 aku semua sekarang ada yang berbulan2 tak makan nasi. Aku memang tabik spring kot!! Payah nak tahan nafsu makan tu, nak disiplin kan diri, nak jaga supaya tak makan karbohidrat lebih2, minyak berlebihan or makanan paling nikmat di dunia iaitu coklat. Dorang ada yang dah nampak kurusnya atau susut jugaklah. Aku boleh senyum je, dalam hati tercabar jugak. Aku ni tak cukup kuat ke nak kuruskan badan ni? Hurm, ikut pegi jogging, main badminton, tapi tadelah selalu sangat. Aku pun tak ada banyak masa lapang. *poyo ah, ni berblog masa apa pulak?* Tak, maksud aku, masa nak bersukan beria2 tu, tade sangat. Bila ada kawan2 ajak, aku boleh join aku join lah. Atlet sangatlah aku ni, lembik je kot. Main lasak2 sikit, tangan yang pernah patah ni, lenguh2, sengal2. Amik masa nak recover, Nampak sangat tulang lemah lagi. Tak cukup kalsium kot. (O_o)

Sekarang ni, matlamat aku bukanlah nak kurus sekeping, sekeding2nya. Gilerr tak cantik macam tu. Macam lidi berjalan2. Hahaha! Aku pernah tunjuk kat ibu, sorang minah ni kat supermarket, jalan2 kan, pastu aku cakap, “Ibu, badan dia kuruskan? Cantiklah macam tu”. Ibu tengok pastu, "Cantik apa? Dah macam rangka hidup je”. Hahahaha! Sabar je lah ibu ni. Grrrr! Bila aku kata aku tak nak makan, dah malam dah, lewat sangat ni, ibu akan cakap, "Tapayah tahan2 makan. Makan je”.  Aku balas lah, “Along dah gemuklah. Tengok ni. Tengok ni". *sambil tunjuk part2 lemak jadi parasit kat badan*. Ibu kata,”Makan ke tak makan ke, ibu tengok badan kau sama je gemuknya. Macam badan ibu je”. Arghhh! Ada ke patut?? Aku belum kawen dah di samakan dengan badan orang ada anak 4? Grrrr! Tapi baguslah jugak, ibu tak pernah suruh aku tahan makan. Supportive tau. Suruh anak dia montel2 lagi adalah. Hahahahah!

Senang je tak nak bagi aku makan, bila aku tidur. Hahahha! Atau bila aku yang masak2. *poyo macam selalu masak*. Sebabnya bila kita masak2 ni, kita dah rasa2 sikit, penat kacau2, perut lapar pun kenyang dah jadinya. Lagi2 kalau kita masak dengan penuh kasih sayang. Hahahah! Eh betul. Tak tipu. Sebab tu, aku masak bila ibu ada hal or tade kat umah je. Hahahaha! Bila lagi nak makan ibu masak? Nanti aku dah kawen, takkan nak ibu masak lagi? Huhhuhu..  Aku pulak ambil alih tugas dapur tu. Masak2 untuk suami dengan anak2. Cewahh! *harap2 anak aku besar, dorang tadelah malas nak ke dapur sangat* Doakanlah, supaya anak2 aku tak macam aku kan? Hahahah! Lagi bagus, kalau suami aku tu tadelah kekok kat dapur. So, boleh lah tolong2. InsyaAllah.. Tak tolong masak takpe, tolong cuci2 pinggan periuk2 ke, tu pun dah kira orait jugak tu. Yelah, sebab abah aku pun tak reti masak. Tapi at least, dia balik kerja tengok sinki ada periuk kuali tak basuh, dia basuhkan. Dulu aku kecik2, dialah basuhkan pinggan. Dah besar anak2 dia, dia pass kat kitorang pulak. So, kalau boleh biarlah suami aku tu rajin macam tu. *eh, tiba2*

So, bilanya aku nak kurus pun aku tataulah. Sampaikan ada orang ni cakap, “Kau apasal obses sangat nak kurus?” Aku diam je. Sebabnya aku pun tade jawapan konkrit untuk soalan tu. Yang penting, aku jagalah makan. Pagi kena makan sikit, kalau dah makan berat, aku skip lunch. So, balik petang kat rumah, baru aku makan. Tapi, aku nak biasakan makan, before 8pm. Pernah gak sekali sekala makan burger malam2, pastu cepat2 sapu lotion halia panas giler tu kat perot. Hahahaha! Konon2 perot je lah yang akan boncit. =.=

Sebenarnya aku bersyukur je sekarang ni, tapi tade masalah kan, kadang2 kita selective sikit untuk makan tu. Maksud aku kat sini, makan tu berpada2lah. Makan boleh tapi janganlah over sangat. *ye je tak pernah over kan?* Sekali sekala dalam sebulan tu takpe kot. Bagilah diri sendiri kelonggaran tapi janganlah melebih2. Hidup kita ni kan, kena ada asas2nya. Mesti ada aturannya. Yang mana baik tu, buatlah. Yang tabaik tu, kurang2kanlah ataupun jangan langsung buat. InsyaAllah, selagi kita follow apa yang Allah nak, selagi tu kita akan berada di jalan yang betul. Aku bukanlah ustazah pilihan kat sini, cuma tubuh badan kita ni pun anugerah dariNya. So, kita kenalah jaga dia elok2. Kalau Allah dah tarik nikmat sihat tu, barulah nak menangis2, nak angkat tangan kata selama ni tak pernah ucap syukur kat DIA. Tapi bila Allah bagi sakit tu, tak semestinya DIA tak sayang, cumanya DIA nak kita sebagai hamba2Nya, ingat pada DIA. Nak kita beringat selalu, bila kita happy, sihat2, kita kena ingat DIA, bila kita sedih2, lagilah kena ingat DIA. Bukanlah time sedih2 je nak cari Allah, setiap masa kena ingat Allah. Macam orang bagi kita cd Maher Zain, kita jaga elok2. Tak nak cd tu calar2. Samalah jugak bila Allah bagi badan ni, kita pun kenalah jaga elok2. *tak sama langsung nak samakan cd dengan anugerah Allah* Alah, aku tataulah analogi apa lagi nak bagi. Huhuhuhu.. Hah!! Macam orang bagi kau sesuatu yang kau rasa berharga sangat2, kau sampai sayangg giler nak pakai/guna. Okie tak? Tapaham takpelah. Aku memang suka cakap, orang tapaham. *sentap tiba2*

Okie, kita akhiri dengan lagu ni.

Jangan pandang aku sebelah mata 
Hanya kerna namaku wanita
Walau ada kelemahannya
Engkau pun apa tidaknya
Jangan pandang aku sebelah mata 
Nanti kejantananmu tercabar
Takkan ku menyerah kalah
Kerana madah mu berat sebelah
Kelemahanmu akanku tepis
Selagi persis, tak terkikis seksis

*Lagu Anita Sarawak, Seksis*

Aku tahu lagu ni tade kaitan pun dengan aku nak kurus. Hahaha! Okie, sayonara. ^^v