31 May 2012

Angan-Angan Mat Jenin Nak Kurus


Entri kali ni aku nak lari jauh-jauh sebut pasal thesis ke apa. Sebab bila aku buat blog ni dulu, aku bukannya nak focus kepada satu benda saja.  Apa-apa sajalah yang akan atau telah terjadi kat diri aku, yang boleh bawa aku sampai ke satu tahap yang aku boleh kata, aku PUAS!! *Masalahnya, manusia ni pernah ke puas?* That’s the reason why Bridge to Zenith exists. Patutnya sekarang aku kena siapkan Literature Review (LR), tapi bila otak dah asyik nak membebel, baik aku tulis kat blog kan? *eh kata taknak cakap pasal thesis? Huh!* Sorry, dah jadi sebahagian daripada rutin harian, mana mungkin aku kata, "hey thesis, pegi jauh2!". ^^v

Dah lama azam nak kurus ni, aku rasa sejak diploma lagi. Hahaha! Apa kes sampai sekarang aku rasa tak jugak kurus2? =.=

Pernah kat Segamat aku tak makan nasi seminggu. Seminggu tau aku tak jamah sebutir pun. Giler kentang time tu. Nekad! Tekad! Semata-mata, aku nak pakai kebaya. Hahaha! Padahal, geli je nak pakai kebaya2 ni. Ingat aku suka sangat?! Aku kan ala2 boyish dulu. Hahahha! Apa perempuan2 ni, geliii weh. Tu sebab kolej Nilam ada buat dinner kolej. Temanya kebaya. Jenuh jugak aku minta ibu cari/pinjam siapa2 yang ada kebaya. Last2, pinjamlah kat Cik Norpadiah. Aku rasa, mula2 pakai, hodoh bebenor. Tak nak duduk rasanya, sebab nanti nampak boncit. HAHAHA! Eeee, itulah part paling aku tak suka kalau ada orang nampak dulu. Hurm, tapi sampai sekarang, tadelah lagi orang tegur pun. Pandai aku tahan nafas kan? Hahahha! Okie2, cerita balik pasal kebaya ni, aku pegi dining just amik lauk takpun sayur. Ratah2. Sampai kawan2 lain, tengok, pelik+heran+marah sikit, tapi aku kan slumber je cakap, “ni sebab nak pakai kebaya je. Aku dah gemuklah’’. Tapi yelah, kawan2 boleh nasihat je, yang sakit ke lapar ke, aku kan? Tapi okielah, aku tadelah pengsan ke apa, pitam ke, Alhamdulillah. Aku kuat! Yeah!  

Tapi seminggu je aku tahan, time dinner hah kauuu! Tak ingat makan! Hahaha! Makan nasi jugak. Ahhh tewass. Tumpas! Aku dah break perjanjian untuk tak makan nasi. Giler ah, makan nasi tu, *okie bayangkan* aku makan satu pinggan penuh, lauk pauk semua, kau tapayah cerita, dah rupanya macam perlarian tak jumpa nasi sebulan. Hahaha! Kiranya nasi dengan aku, tabolehlah dipisahkan. Sedih kan?  Aku pun came out formula sendiri, taboleh tak makan nasi, tapi boleh kurangkan pengambilan nasi. Kau nak kurus ke apa, nasi at least sekali sehari. Pastu macam insaflah kan. Padan muka, sebab dah naik balik berat. Diet yang salah, camnilah ghupenya. Aku belilah jugak buku nak diet, tapi baca-baca macam susah pulak. Hahah!! *bila nak kuruskan?*

Itu cerita kat Segamat, duduk dengan kawan2, duduk kolej, so aku bolehlah nak plan makan ke tak nak makan ke. Tapi bila dah habis diploma, aku degree kat Shah Alam. Ate teman duduklah dengan family teman. Idokler  boleh sesuka hati nak or tak nak makan. Kesian ibu kalau aku taknak makan. Penat2 masak. So, sekali lagi, aku tewas! Hahaha! Dah duduk rumah, makanan bukan biasa2, luar biasa wa cakap lu. Paling aku lemah, nampak masak lemak ketam takpun tempe. Aku dah makan, boleh makan lagi. Macam raksasa makan. *ada aku kesah perot aku kecik ke besar*. Terbaiklah nikmat makan tu. Sampai aku rasa, aku ni kesian sangat kat makanan, sayang sangat kalau tak dapat habiskan.  Sebab tu aku cuba try habiskan. No matter what! Apa aku buat sekarang, aku makan nasi, tapi aku kaut separuh senduk je. Haa, tadelah ibu sedih anak2 dia tak makan kan? Makan jugak namanya, tapi aku suka meratah2 lauk tu. Kalau tanya family aku, paling lama kat meja makan tu aku lah. Hahaha! Orang paling lasttt bangun. Tapi paling last jugak kena kemas. Okie, fine lah tade masalah pun kemas2 ni. Yang penting, lauk aku nak tu, aku dapat. Habis! Licin! Senang basuh pinggan mangkuk kan? Huhuhu! Kalau lauk, yang aku tak berapa suka tu, aku makan kejap je. Pastu buka peti ais, cari kudapan2 lain ke aku boleh makan. Hahaha!! *bila nak kuruskan?*

Al-kisahnya, kawan2 aku semua sekarang ada yang berbulan2 tak makan nasi. Aku memang tabik spring kot!! Payah nak tahan nafsu makan tu, nak disiplin kan diri, nak jaga supaya tak makan karbohidrat lebih2, minyak berlebihan or makanan paling nikmat di dunia iaitu coklat. Dorang ada yang dah nampak kurusnya atau susut jugaklah. Aku boleh senyum je, dalam hati tercabar jugak. Aku ni tak cukup kuat ke nak kuruskan badan ni? Hurm, ikut pegi jogging, main badminton, tapi tadelah selalu sangat. Aku pun tak ada banyak masa lapang. *poyo ah, ni berblog masa apa pulak?* Tak, maksud aku, masa nak bersukan beria2 tu, tade sangat. Bila ada kawan2 ajak, aku boleh join aku join lah. Atlet sangatlah aku ni, lembik je kot. Main lasak2 sikit, tangan yang pernah patah ni, lenguh2, sengal2. Amik masa nak recover, Nampak sangat tulang lemah lagi. Tak cukup kalsium kot. (O_o)

Sekarang ni, matlamat aku bukanlah nak kurus sekeping, sekeding2nya. Gilerr tak cantik macam tu. Macam lidi berjalan2. Hahaha! Aku pernah tunjuk kat ibu, sorang minah ni kat supermarket, jalan2 kan, pastu aku cakap, “Ibu, badan dia kuruskan? Cantiklah macam tu”. Ibu tengok pastu, "Cantik apa? Dah macam rangka hidup je”. Hahahaha! Sabar je lah ibu ni. Grrrr! Bila aku kata aku tak nak makan, dah malam dah, lewat sangat ni, ibu akan cakap, "Tapayah tahan2 makan. Makan je”.  Aku balas lah, “Along dah gemuklah. Tengok ni. Tengok ni". *sambil tunjuk part2 lemak jadi parasit kat badan*. Ibu kata,”Makan ke tak makan ke, ibu tengok badan kau sama je gemuknya. Macam badan ibu je”. Arghhh! Ada ke patut?? Aku belum kawen dah di samakan dengan badan orang ada anak 4? Grrrr! Tapi baguslah jugak, ibu tak pernah suruh aku tahan makan. Supportive tau. Suruh anak dia montel2 lagi adalah. Hahahahah!

Senang je tak nak bagi aku makan, bila aku tidur. Hahahha! Atau bila aku yang masak2. *poyo macam selalu masak*. Sebabnya bila kita masak2 ni, kita dah rasa2 sikit, penat kacau2, perut lapar pun kenyang dah jadinya. Lagi2 kalau kita masak dengan penuh kasih sayang. Hahahah! Eh betul. Tak tipu. Sebab tu, aku masak bila ibu ada hal or tade kat umah je. Hahahaha! Bila lagi nak makan ibu masak? Nanti aku dah kawen, takkan nak ibu masak lagi? Huhhuhu..  Aku pulak ambil alih tugas dapur tu. Masak2 untuk suami dengan anak2. Cewahh! *harap2 anak aku besar, dorang tadelah malas nak ke dapur sangat* Doakanlah, supaya anak2 aku tak macam aku kan? Hahahah! Lagi bagus, kalau suami aku tu tadelah kekok kat dapur. So, boleh lah tolong2. InsyaAllah.. Tak tolong masak takpe, tolong cuci2 pinggan periuk2 ke, tu pun dah kira orait jugak tu. Yelah, sebab abah aku pun tak reti masak. Tapi at least, dia balik kerja tengok sinki ada periuk kuali tak basuh, dia basuhkan. Dulu aku kecik2, dialah basuhkan pinggan. Dah besar anak2 dia, dia pass kat kitorang pulak. So, kalau boleh biarlah suami aku tu rajin macam tu. *eh, tiba2*

So, bilanya aku nak kurus pun aku tataulah. Sampaikan ada orang ni cakap, “Kau apasal obses sangat nak kurus?” Aku diam je. Sebabnya aku pun tade jawapan konkrit untuk soalan tu. Yang penting, aku jagalah makan. Pagi kena makan sikit, kalau dah makan berat, aku skip lunch. So, balik petang kat rumah, baru aku makan. Tapi, aku nak biasakan makan, before 8pm. Pernah gak sekali sekala makan burger malam2, pastu cepat2 sapu lotion halia panas giler tu kat perot. Hahahaha! Konon2 perot je lah yang akan boncit. =.=

Sebenarnya aku bersyukur je sekarang ni, tapi tade masalah kan, kadang2 kita selective sikit untuk makan tu. Maksud aku kat sini, makan tu berpada2lah. Makan boleh tapi janganlah over sangat. *ye je tak pernah over kan?* Sekali sekala dalam sebulan tu takpe kot. Bagilah diri sendiri kelonggaran tapi janganlah melebih2. Hidup kita ni kan, kena ada asas2nya. Mesti ada aturannya. Yang mana baik tu, buatlah. Yang tabaik tu, kurang2kanlah ataupun jangan langsung buat. InsyaAllah, selagi kita follow apa yang Allah nak, selagi tu kita akan berada di jalan yang betul. Aku bukanlah ustazah pilihan kat sini, cuma tubuh badan kita ni pun anugerah dariNya. So, kita kenalah jaga dia elok2. Kalau Allah dah tarik nikmat sihat tu, barulah nak menangis2, nak angkat tangan kata selama ni tak pernah ucap syukur kat DIA. Tapi bila Allah bagi sakit tu, tak semestinya DIA tak sayang, cumanya DIA nak kita sebagai hamba2Nya, ingat pada DIA. Nak kita beringat selalu, bila kita happy, sihat2, kita kena ingat DIA, bila kita sedih2, lagilah kena ingat DIA. Bukanlah time sedih2 je nak cari Allah, setiap masa kena ingat Allah. Macam orang bagi kita cd Maher Zain, kita jaga elok2. Tak nak cd tu calar2. Samalah jugak bila Allah bagi badan ni, kita pun kenalah jaga elok2. *tak sama langsung nak samakan cd dengan anugerah Allah* Alah, aku tataulah analogi apa lagi nak bagi. Huhuhuhu.. Hah!! Macam orang bagi kau sesuatu yang kau rasa berharga sangat2, kau sampai sayangg giler nak pakai/guna. Okie tak? Tapaham takpelah. Aku memang suka cakap, orang tapaham. *sentap tiba2*

Okie, kita akhiri dengan lagu ni.

Jangan pandang aku sebelah mata 
Hanya kerna namaku wanita
Walau ada kelemahannya
Engkau pun apa tidaknya
Jangan pandang aku sebelah mata 
Nanti kejantananmu tercabar
Takkan ku menyerah kalah
Kerana madah mu berat sebelah
Kelemahanmu akanku tepis
Selagi persis, tak terkikis seksis

*Lagu Anita Sarawak, Seksis*

Aku tahu lagu ni tade kaitan pun dengan aku nak kurus. Hahaha! Okie, sayonara. ^^v







0 comments:

Post a Comment