Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum dan salam cinta semua. Mimpi eh malam2 ni tiba2 nak update blog? Rasa macam lamaaa dah tak merapu kat sini. ^^v Rupanya dah setahun aku belajar. Dulu ye kata tade hatilah, tade perasaan, haa amik kau setahun! Pejam celik pejam celik pastu tahu2 dah setahun. Skair-ee wehhh!!
Bila kita manusia ni kata, tak sukalah, tak naklah, kiranya macam benda2 negatif je kita fikirkan, kita tatau sebenarnya Allah swt dah plan yang terbaik untuk kita pada masa hadapan. Cuma kita je tanampak. An? An? Sama juga masa aku time degree kata, subjek ni itu susah. Nak habis belajar cepat2. Tapi, at the end, subjek yang susah tu, aku boleh skor. Haa, macam "angkat bakul" sendiri kan? Tak, bukan nak berbangga diri, tapi kalau kita tak atasi rasa takut tu, kita tatau yang sebenarnya kita mampu. Takut nak ubah dari kebiasaan. Takut tak mampu nanti masa2 akan datang taboleh hidup. Takut nanti orang kata. Takut kalau kita buat sesuatu yang lain, kita akan ketinggalan. Takut kalau2 kita tak ada orang nak suka. Haa, dan bermacam2 perasaan TAKUT tu menghalang kita daripada berbuat sesuatu. Tapi, nak tau tak? :)
Takut tu memang satu perasaan yang perlu ada pada setiap manusia. Lagi2 kita sebagai hamba Allah. Takutkan azab seksa neraka, takutkan azab di alam barzakh, dengan takutkan Allah, lebih besarrrrr daripada takut atas perkara2 yang kita selalu takutkan di atas BUMI. Kalau kita selalu fikirkan apa orang fikir tapi bukan Allah fikir, kita takkan pernah puas dalam memuaskan orang2 di sekeliling. Selalu nak mengejar pujian2 dari manusia. Contoh bila kita post gambar, pastu letak caption tade kaitan pun dengan gambar, sebab mencari pujian dari manusia. Macam geliiii pun ada. Opsss, sorrylah kalau2 aku buat ada sesiapa pembaca terasa. Bagi aku, okielah ni pandangan je. Post gambar muka, letak caption yang sangat tah apa2, nak orang like, komen/puji, itu sangatlah tidak matang. Kemonnnlah, kecantikkan awak bukan untuk di jaja, seperti menjaja makanan ringan di tepi2 jalan, tetapi kecantikkan itu haruslah di jaja kepada yang halal. Ye,pada suamilah. Sebelum kahwin siapa yang tanggung dosa kalau bukan ayah/abah/papa/daddy/walid/bapak awak? Sekarang benda itu dah jadi perkara biasa kan? Takpelah, semoga awak2 diberikan petunjuk. Nanti ada orang akan kata," Eh sukalah nak post gambar apa. Muka aku cantik, muka kau tak! Kau jeles je sebenarnya tu." Jawapan dia senang je, "Hidup kita saling ingat mengingatkan satu sama lain. Terpulang kepada awak2 nak menilai kata2 atau kebenarannya." Ehh emo pulak kau tulis panjang2 pasal ni. Hahaha!
Dalam hidup kita juga tak terlepas dari kena buat pilihan. Okie, bab ni memang susah sikit. Sebabnya, kita tapasti kadang2 betol idok pilihan kita ni yob? Ate komenya payah bebenor ler nak pikior. *Rosak bahasa aku buat* Simple, contoh macam nak sambung study lagi. Tengok kawan2 semua, deme2 semua dah kerja. Dah ada kereta, boleh beli macam2. Ate teman ni, income pun tade, nak beli apa? Macam sedih sangat. Hahahha! Rezeki itu Allah beri. Ye, betol. Sangatlah tepat! Kalau2 kita kata dalam hati, rasa nak makan/beli/tengok tutttttttt, tapiii duit ni tak cukup lagi. So, sabarrr dan sabarrr. Tut tup tup, one day dapattt apa kita nak. Dahlah ada orang nak belanja, duit jimat. Haaa, untung tak? Kalau kita yakin Allah akan berikan, dia akan berikan. Even kau doa sesuatu yang tidak baik. Huhuhu.. Sumpah menyesal doa macam tu. :( Kiranya, Allah tetap tunaikan apa yang kau minta. Cumanya, kalau yang benda buruk ni, DIA nak kita belajar sesuatu. Sebab tu orang selalu kata, "kata2 itu satu doa". Ada orang pernah pesan kat aku, katanya,"Awak taboleh doa yang buruk2 walaupun jahat mana orang tu. Yang pegang hati manusia itu Allah. Kalau dia berubah satu hari nanti, jadi baik, entah2 lagi baik dari awak. So, kenalah selalu doakan kebaikkan untuk dia." Jadi, marilah ramai2 doakan kebaikkan semua orang terutamanya untuk umat2 Islam di seluruh dunia. :)
Perubahan akan berlaku sekiranya kita tahu apa kita nak. So, set lah goal nak ke mana, nak buat apa dan dengan siapa. Kita kena betol2 tunjukkan kita nak. Macam cerita adam hawa. Eh? Sorry2, lencong jap. -.- Kalau kita give up, maksudnya kita taklah serius pun, kita main2, kita tapasti lagi. But, tulah lumrah kehidupan. Life must go on. Hari2 yang mendatang, jangan nak menyesal sesal kecewa. Peluang datang mungkin cuma sekali. Grab it or lose it. Tapi macam mana kalau kita rasa kita ni dah berubah? Cukuplah macam ni. Takkan nak jadi ustazah kot. Ehh, no no no. Selagi hidup, ilmu haruslah di kejar. Even kerja pun, kita belajar sesuatu. Hari ni kena buat akaun bank, esok kena belajar lain. Hari2 cabaran yang mendatang itu pelbagai. Dengan kerenah manusia lagi, dengan kerja yang aku rasa takkan pernah habis. Tapi, kita takkanlah nak stagnant kat situ like forever? Sampai 30 tahun kerja, kau buat benda sama?? Ohh tidakkk!! *face palm* That's why, aku kata hari2 kena kutip ilmu baru. Ilmu yang beri kau manfaat bukan ilmu yang tah apa2 buang karen je nak p cedok ilmu gitu. Ilmu yang available banyakkkk. Ilmu akhirat, ilmu duniawi, ilmu masakan, ilmu rumahtangga, ilmu keibubapaan, ilmu perubatan dan segalanyalah. Weh, tade kaitan dengan kerja pun ilmu rumahtangga dengan kerja aku? Siapa kata? Kalau kita jaga baik2 suami atau anak2, kita pergi kerja happy ke sedih? Haa, nampak tak kaitan kat situ. Ilmu di dada berkait rapat antara satu sama lain.
Jadi, akhir kalam dari aku, setiap pilihan yang kita buat setiap saat akan di hitung di sana. Pilihan sentiasa ada, tapi peluang bukan setiap masa. Peluang datang sekali mungkin, manfaatkanlah ia selagi boleh. Mungkinlah ada orang akan ambil tak endah, tapi kita pun ada pilihan untuk kisah atau tidak. Simple kan? Kalau dia taboleh nak respect apa kita kata tak suka, tapayah dah kisah. Sebabnya dia pun tak kisah. Hahaha! Pening tak nak pahamkan? Semoga anda2 semua berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Doakan kejayaan kita semua dunia dan akhirat. InsyaAllah.. Aamiin..
0 comments:
Post a Comment