20 July 2012

Cabaran, Dugaan atau Ujian?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, esok semua umat Islam di Malaysia akan menyambut bulan Ramadhan Kareem.  Bertemu lagi kita dengan bulan yang penuh mulia ini. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Moga2 segala aktiviti dan amal kita lakukan mendapat ganjarannya. InsyaAllah.. Amin. :)

Hari Jumaat ini, Allah berikan aku satu kesempatan untuk menyaksikan satu upacara pengislaman seorang lelaki yang berasal dari Sepanyol. Subhanallah, perasaan tika itu, rasa besar rahmat Allah itu dan bersyukur sangat2 kerana kita semua ni telah dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam. Alhamdulillah, lelaki tersebut memilih nama sebagai Alexender Ibrahim. Bertambah lagi seorang Muslim dikalangan kita dan mudah2an Allah permudahkan baginya untuk mendalami ajaran Islam. InsyaAllah. Dan peringatan untuk diri sendiri juga, supaya sentiasa perbaiki diri agar menjadi lebih baik. 

Dulu, dikala Allah ambil seseorang dalam hidup, terasa kehilangan yang amat sangat. Memang sedih. Tetapi, apabila kita lakukan sesuatu niat kerana Allah, InsyaAllah, Allah takkan pernah sesekali lupakan hambanNYA. Lalu, Allah hadirkan bukan satu tetapi lebih dari itu. Mereka hadir menjadi peneman, pendengar, dan penasihat yang cukup2 berharga. Subhanallah. Allah Maha Besar. Contoh yang paling indah, kalau dulu solat sorang2, sekarang boleh buat jemaah. Cukup indah. Tak boleh nak digambarkan dengan kata2. Kawan yang baik, adalah kawan yang selalu mengingatkan kita akan kebaikan. Bukannya yang akan merosakkan kita. Pahamkan perkara2 yang merosakkan itu? Perkara kebaikan contohnya,"Jom, kita pergi solat Jumaat nak? Lepas solat tu, nanti kita hantar awak balik faculty." Terus je reply,"Awak nak ambil kta pkol berapa?" Syukran Ya Allah. Syukran Ya Allah.

Hidup kita ni, memang kita perlukan kawan. Tapi kawan yang macam mana? Kawan untuk bergelak ketawa, pergi teman shopping, pergi teman minum coffee, pergi tengok movie, teman belajar, teman kita ke mana2 kita nak, memang banyak kawan2 yang macam ni. Keseronokkan yang dicari itu, saya pasti takkan kekal lama. Pastinya akan ada aktiviti2 yang sama berulang2 kali. Tetapi, di sebalik aktiviti2 kita lakukan bersama2, ada tak kita fikir sejenak, apa yang kita buat ni semua Allah suka tak? Lagi2 kalau yang campur antara bukan Muhrim. MasyaALLAH. Dan percayalah, kalau kawan2 yang macam ni, akan pergi dan datang. Lepas tu, anda akan cari lagi kawan2 yang lain. Sampai bila anda harus begini? Sampai ke tua kah? Sampai rambut sudah berubankah? Dipenghujungnya, anda yang akan harus berfikir, dengan cara yang bagaimana anda akan tamatkan perjalanan hidup anda? Mati dikala kejahilan? Mati dikala keseronokan? Pengakhiran kita mungkin berbeza2, walaupun permulaan kita adalah sama. 

Dengan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh mulia ini, penuh keberkatan di dalamnya, sahutlah cabaran saya. Sahutlah cabaran ini untuk berubah. Niatkan hanya kerana Allah. Bukan kerana ibu bapa, kawan2, bf/gf tetapi niatkan kerana Allah. Semata2 keranaNYA. Anda tidak tahu, sama ada anda akan di beri kesempatan untuk bulan Ramadhan yang akan datang. 

Marilah sama2 menjadi seorang Muslim dan Muslimah yang baik. Lakukan perubahan secara sikit2 tetapi istiqomah. Mudah2an Allah akan permudahkan segalanya. InsyaAllah. 


p/s: Jangan lupa niat berpuasa malam ni. 

Iklan : : Jangan lupa download waktu imsak dan berbuka bagi kat ibu tampal kat peti ais. Baik! ^_^
03 June 2012

Berubah

Bismillah.

Aku tahu kadang2 aku ni naif nak pahamkan sesuatu perkara tu. Tapi itulah aku. Pada aku, kalau nak buat apa2 kena ikhlaskan hati. Lagi2 dalam hal persahabatan ni. Tapi aku kadang2 silap menilai orang. Ingat semuanya akan ikhlas bila bersahabat. Takpelah, biarlah mereka. Aku still dengan cara aku. Selalu pesan kat diri sendiri, "biarlah orang nak buat kita, tapi kita jangan balas apa dorang buat tu. Apa bezanya antara kau dan dia nanti?". Alhamdulillah, buat masa sekarang, aku belum pernah nak gaduh2 macam zaman sekolah dulu. Zaman jahil. Aku siap pakat dengan kawan2, nak attack kawan kitorang ni. Bila fikir2, "Ehh kenapa macam budak2 sangat time tu?" Alhamdulillah, Allah bagi aku petunjuk sikit demi sikit. Terima kasih Ya Rabb. 

Memang jauh bezanya antara aku yang 5 tahun dulu dengan sekarang. Tapayah cakap dari segi fizikal, sebab memang jauh berbeza. Aku nak kita semua nilai diri sendiri balik. Dari sudut yang berbeza. Mungkin dari segi kita berfikir. Sebab kita sendiri tahu sejauh mana keikhlasan kita dengan Allah, Rasulullah, ibu bapa, adik beradik, kawan2, cikgu atau pensyarah, jiran tetangga, majikan kita (pada yg telah bekerja), kepada haiwan dan tumbuhan, dan kepada yang dah berkahwin kepada suami/isteri. Kita sendiri boleh menilai sikap atau sejauh mana kematangan diri kita ni. Bukan sahaja dari segi kita berfikir tapi cara kita bawak diri kita. Macam mana nak bawak diri bila berdepan dengan orang yang kita baru kenal, dengan orang2 tua. Kan kena praktis sekarang. Nanti bakal mentua pun suka. *Eh eh* Tak dinafikan, aku memang kadang2 macam budak2 lagi. Tapi itulah aku. Cuba jadi serius, tapi tabolehlah. Mungkin gedik2 sikit tu biasalah, kalau terlebih2 tu aku rasa tadelah. Tapernah pulak lagi aku macam tu. Jauhkanlah. Nauzubillah.. Gedik2 dengan suami takpe kot. ^^v 

Wanita ini hebat ciptaanNya. Kalau tak percaya, masakan Nabi Adam masih lagi terasa sunyi apabila berada di syurga? Tiada peneman di sisi. Lalu Allah ciptakan Hawa dari rusuk Baginda. Hawa yang penuh kelembutan dan menjadi peneman Nabi Adam. Tapi kerana terhasut dengan godaan syaitan, Allah murka lalu mencampakkan ke bumi. Hanya dengan satu kesalahan. Kita? Berapa banyak kesalahan kita dah lakukan sepanjang kita hidup? Tak terkira kan? :(

Memang kita dah menutup aurat, tapi itu dah baik ke? Masih belum lagi. Pergaulan kita hari2, adakah kita menjaganya? Adab dengan bukan muhrim macam mana? Aku tahu aku bukan ustazah, bukan graduan Al-Azhar, bukanlah orang yang tutup litup. Tapi tak salahkan kita saling ingat mengingatkan? Sebagai seorang Muslimah, kita wajib sampai menyampaikan. Bagi kaum lelaki pula, anda sebagai bakal ketua keluarga, bakal imam kepada isteri dan keluarga anda, di manakah sifat2 anda sebagai seorang mukmin? Bagaimana anda nak pimpin sebuah keluarga andainya anda pun masih tercari2 dan hanyut di syurga dunia?  


 Malas nak jadi baik? Atau buat2 tak tahu dengan hidayah dah diberikan? Sampai bila kita nak ego dengan pencipta kita? Kalau kita sanggup buat kawan2 kita happy, kenapa kita tak sanggup happy2 kan pencipta kita? Aku cuba berubah sikit demi sikit. Memang susah dengan persekitaran sekarang ni, tapi kalau kita buat kerana Allah, aku pasti kita akan merasa tenang. Kuatkan semangat dan istiqamah. Carilah kawan2 yang boleh bawak kita ke arah kebaikan. Berkawan biar seribu mana pun, yang penting kita kutip yang mana baiknya. ^_^


 Nak jadi Muslimah yang solehah, anak yang solehah, isteri yang solehah dan ibu yang solehah. Wahh!! Semua nak solehah ni? ^^ Mestilah kan? Siapa tak nak jadi ahli syurga? Gambar atas tu konon2 aku kat tengah2. I'm teaching my daughters about Al-Quran. Wahh!! Suami mesti suka kan? Tapayah dia nak cari cikgu nak ajar anak2 dia baca Al-Quran. Sebab dia dan aku pun boleh ajar. *Eh eh eh*


I'm trying to be a good Muslimah. Not because of others, but for Allah. InsyaAllah, penghijrahan akan dilakukan sedikit demi sedikit. Hidup kita cuma sekali. Datang hari ni, esok tade dah. Ajal kita bukan kita boleh agak2. Mestilah jadi baik dari hari ke hari. InsyaAllah kita boleh! Sesungguhnya JANJI Allah itu PASTI. Kata2 ni aku ambil dari blog orang, tapi aku suka. Dia cakap,"I blog not for you, but to remind me of things I might do or I might forget."

Terima kasih di atas perubahan ini. Thanks to you. 

Gambar2 hiasan adalah ihsan Mr. Google. ^^v
31 May 2012

Angan-Angan Mat Jenin Nak Kurus


Entri kali ni aku nak lari jauh-jauh sebut pasal thesis ke apa. Sebab bila aku buat blog ni dulu, aku bukannya nak focus kepada satu benda saja.  Apa-apa sajalah yang akan atau telah terjadi kat diri aku, yang boleh bawa aku sampai ke satu tahap yang aku boleh kata, aku PUAS!! *Masalahnya, manusia ni pernah ke puas?* That’s the reason why Bridge to Zenith exists. Patutnya sekarang aku kena siapkan Literature Review (LR), tapi bila otak dah asyik nak membebel, baik aku tulis kat blog kan? *eh kata taknak cakap pasal thesis? Huh!* Sorry, dah jadi sebahagian daripada rutin harian, mana mungkin aku kata, "hey thesis, pegi jauh2!". ^^v

Dah lama azam nak kurus ni, aku rasa sejak diploma lagi. Hahaha! Apa kes sampai sekarang aku rasa tak jugak kurus2? =.=

Pernah kat Segamat aku tak makan nasi seminggu. Seminggu tau aku tak jamah sebutir pun. Giler kentang time tu. Nekad! Tekad! Semata-mata, aku nak pakai kebaya. Hahaha! Padahal, geli je nak pakai kebaya2 ni. Ingat aku suka sangat?! Aku kan ala2 boyish dulu. Hahahha! Apa perempuan2 ni, geliii weh. Tu sebab kolej Nilam ada buat dinner kolej. Temanya kebaya. Jenuh jugak aku minta ibu cari/pinjam siapa2 yang ada kebaya. Last2, pinjamlah kat Cik Norpadiah. Aku rasa, mula2 pakai, hodoh bebenor. Tak nak duduk rasanya, sebab nanti nampak boncit. HAHAHA! Eeee, itulah part paling aku tak suka kalau ada orang nampak dulu. Hurm, tapi sampai sekarang, tadelah lagi orang tegur pun. Pandai aku tahan nafas kan? Hahahha! Okie2, cerita balik pasal kebaya ni, aku pegi dining just amik lauk takpun sayur. Ratah2. Sampai kawan2 lain, tengok, pelik+heran+marah sikit, tapi aku kan slumber je cakap, “ni sebab nak pakai kebaya je. Aku dah gemuklah’’. Tapi yelah, kawan2 boleh nasihat je, yang sakit ke lapar ke, aku kan? Tapi okielah, aku tadelah pengsan ke apa, pitam ke, Alhamdulillah. Aku kuat! Yeah!  

Tapi seminggu je aku tahan, time dinner hah kauuu! Tak ingat makan! Hahaha! Makan nasi jugak. Ahhh tewass. Tumpas! Aku dah break perjanjian untuk tak makan nasi. Giler ah, makan nasi tu, *okie bayangkan* aku makan satu pinggan penuh, lauk pauk semua, kau tapayah cerita, dah rupanya macam perlarian tak jumpa nasi sebulan. Hahaha! Kiranya nasi dengan aku, tabolehlah dipisahkan. Sedih kan?  Aku pun came out formula sendiri, taboleh tak makan nasi, tapi boleh kurangkan pengambilan nasi. Kau nak kurus ke apa, nasi at least sekali sehari. Pastu macam insaflah kan. Padan muka, sebab dah naik balik berat. Diet yang salah, camnilah ghupenya. Aku belilah jugak buku nak diet, tapi baca-baca macam susah pulak. Hahah!! *bila nak kuruskan?*

Itu cerita kat Segamat, duduk dengan kawan2, duduk kolej, so aku bolehlah nak plan makan ke tak nak makan ke. Tapi bila dah habis diploma, aku degree kat Shah Alam. Ate teman duduklah dengan family teman. Idokler  boleh sesuka hati nak or tak nak makan. Kesian ibu kalau aku taknak makan. Penat2 masak. So, sekali lagi, aku tewas! Hahaha! Dah duduk rumah, makanan bukan biasa2, luar biasa wa cakap lu. Paling aku lemah, nampak masak lemak ketam takpun tempe. Aku dah makan, boleh makan lagi. Macam raksasa makan. *ada aku kesah perot aku kecik ke besar*. Terbaiklah nikmat makan tu. Sampai aku rasa, aku ni kesian sangat kat makanan, sayang sangat kalau tak dapat habiskan.  Sebab tu aku cuba try habiskan. No matter what! Apa aku buat sekarang, aku makan nasi, tapi aku kaut separuh senduk je. Haa, tadelah ibu sedih anak2 dia tak makan kan? Makan jugak namanya, tapi aku suka meratah2 lauk tu. Kalau tanya family aku, paling lama kat meja makan tu aku lah. Hahaha! Orang paling lasttt bangun. Tapi paling last jugak kena kemas. Okie, fine lah tade masalah pun kemas2 ni. Yang penting, lauk aku nak tu, aku dapat. Habis! Licin! Senang basuh pinggan mangkuk kan? Huhuhu! Kalau lauk, yang aku tak berapa suka tu, aku makan kejap je. Pastu buka peti ais, cari kudapan2 lain ke aku boleh makan. Hahaha!! *bila nak kuruskan?*

Al-kisahnya, kawan2 aku semua sekarang ada yang berbulan2 tak makan nasi. Aku memang tabik spring kot!! Payah nak tahan nafsu makan tu, nak disiplin kan diri, nak jaga supaya tak makan karbohidrat lebih2, minyak berlebihan or makanan paling nikmat di dunia iaitu coklat. Dorang ada yang dah nampak kurusnya atau susut jugaklah. Aku boleh senyum je, dalam hati tercabar jugak. Aku ni tak cukup kuat ke nak kuruskan badan ni? Hurm, ikut pegi jogging, main badminton, tapi tadelah selalu sangat. Aku pun tak ada banyak masa lapang. *poyo ah, ni berblog masa apa pulak?* Tak, maksud aku, masa nak bersukan beria2 tu, tade sangat. Bila ada kawan2 ajak, aku boleh join aku join lah. Atlet sangatlah aku ni, lembik je kot. Main lasak2 sikit, tangan yang pernah patah ni, lenguh2, sengal2. Amik masa nak recover, Nampak sangat tulang lemah lagi. Tak cukup kalsium kot. (O_o)

Sekarang ni, matlamat aku bukanlah nak kurus sekeping, sekeding2nya. Gilerr tak cantik macam tu. Macam lidi berjalan2. Hahaha! Aku pernah tunjuk kat ibu, sorang minah ni kat supermarket, jalan2 kan, pastu aku cakap, “Ibu, badan dia kuruskan? Cantiklah macam tu”. Ibu tengok pastu, "Cantik apa? Dah macam rangka hidup je”. Hahahaha! Sabar je lah ibu ni. Grrrr! Bila aku kata aku tak nak makan, dah malam dah, lewat sangat ni, ibu akan cakap, "Tapayah tahan2 makan. Makan je”.  Aku balas lah, “Along dah gemuklah. Tengok ni. Tengok ni". *sambil tunjuk part2 lemak jadi parasit kat badan*. Ibu kata,”Makan ke tak makan ke, ibu tengok badan kau sama je gemuknya. Macam badan ibu je”. Arghhh! Ada ke patut?? Aku belum kawen dah di samakan dengan badan orang ada anak 4? Grrrr! Tapi baguslah jugak, ibu tak pernah suruh aku tahan makan. Supportive tau. Suruh anak dia montel2 lagi adalah. Hahahahah!

Senang je tak nak bagi aku makan, bila aku tidur. Hahahha! Atau bila aku yang masak2. *poyo macam selalu masak*. Sebabnya bila kita masak2 ni, kita dah rasa2 sikit, penat kacau2, perut lapar pun kenyang dah jadinya. Lagi2 kalau kita masak dengan penuh kasih sayang. Hahahah! Eh betul. Tak tipu. Sebab tu, aku masak bila ibu ada hal or tade kat umah je. Hahahaha! Bila lagi nak makan ibu masak? Nanti aku dah kawen, takkan nak ibu masak lagi? Huhhuhu..  Aku pulak ambil alih tugas dapur tu. Masak2 untuk suami dengan anak2. Cewahh! *harap2 anak aku besar, dorang tadelah malas nak ke dapur sangat* Doakanlah, supaya anak2 aku tak macam aku kan? Hahahah! Lagi bagus, kalau suami aku tu tadelah kekok kat dapur. So, boleh lah tolong2. InsyaAllah.. Tak tolong masak takpe, tolong cuci2 pinggan periuk2 ke, tu pun dah kira orait jugak tu. Yelah, sebab abah aku pun tak reti masak. Tapi at least, dia balik kerja tengok sinki ada periuk kuali tak basuh, dia basuhkan. Dulu aku kecik2, dialah basuhkan pinggan. Dah besar anak2 dia, dia pass kat kitorang pulak. So, kalau boleh biarlah suami aku tu rajin macam tu. *eh, tiba2*

So, bilanya aku nak kurus pun aku tataulah. Sampaikan ada orang ni cakap, “Kau apasal obses sangat nak kurus?” Aku diam je. Sebabnya aku pun tade jawapan konkrit untuk soalan tu. Yang penting, aku jagalah makan. Pagi kena makan sikit, kalau dah makan berat, aku skip lunch. So, balik petang kat rumah, baru aku makan. Tapi, aku nak biasakan makan, before 8pm. Pernah gak sekali sekala makan burger malam2, pastu cepat2 sapu lotion halia panas giler tu kat perot. Hahahaha! Konon2 perot je lah yang akan boncit. =.=

Sebenarnya aku bersyukur je sekarang ni, tapi tade masalah kan, kadang2 kita selective sikit untuk makan tu. Maksud aku kat sini, makan tu berpada2lah. Makan boleh tapi janganlah over sangat. *ye je tak pernah over kan?* Sekali sekala dalam sebulan tu takpe kot. Bagilah diri sendiri kelonggaran tapi janganlah melebih2. Hidup kita ni kan, kena ada asas2nya. Mesti ada aturannya. Yang mana baik tu, buatlah. Yang tabaik tu, kurang2kanlah ataupun jangan langsung buat. InsyaAllah, selagi kita follow apa yang Allah nak, selagi tu kita akan berada di jalan yang betul. Aku bukanlah ustazah pilihan kat sini, cuma tubuh badan kita ni pun anugerah dariNya. So, kita kenalah jaga dia elok2. Kalau Allah dah tarik nikmat sihat tu, barulah nak menangis2, nak angkat tangan kata selama ni tak pernah ucap syukur kat DIA. Tapi bila Allah bagi sakit tu, tak semestinya DIA tak sayang, cumanya DIA nak kita sebagai hamba2Nya, ingat pada DIA. Nak kita beringat selalu, bila kita happy, sihat2, kita kena ingat DIA, bila kita sedih2, lagilah kena ingat DIA. Bukanlah time sedih2 je nak cari Allah, setiap masa kena ingat Allah. Macam orang bagi kita cd Maher Zain, kita jaga elok2. Tak nak cd tu calar2. Samalah jugak bila Allah bagi badan ni, kita pun kenalah jaga elok2. *tak sama langsung nak samakan cd dengan anugerah Allah* Alah, aku tataulah analogi apa lagi nak bagi. Huhuhuhu.. Hah!! Macam orang bagi kau sesuatu yang kau rasa berharga sangat2, kau sampai sayangg giler nak pakai/guna. Okie tak? Tapaham takpelah. Aku memang suka cakap, orang tapaham. *sentap tiba2*

Okie, kita akhiri dengan lagu ni.

Jangan pandang aku sebelah mata 
Hanya kerna namaku wanita
Walau ada kelemahannya
Engkau pun apa tidaknya
Jangan pandang aku sebelah mata 
Nanti kejantananmu tercabar
Takkan ku menyerah kalah
Kerana madah mu berat sebelah
Kelemahanmu akanku tepis
Selagi persis, tak terkikis seksis

*Lagu Anita Sarawak, Seksis*

Aku tahu lagu ni tade kaitan pun dengan aku nak kurus. Hahaha! Okie, sayonara. ^^v







14 May 2012

Master's Journey -15052012-

Hampir 9 bulan bergelumang dalam dunia penyelidikan. *Bajet macam dah jadi researcher betul-betul* Hihihi.. Kiranya dalam tempoh ni, macam-macam yang jadi yang mana aku rasakan ini semua dugaan yang mana Allah nak uji hambaNya. Apa pun, kalau tak ada ujian, kita takkan tahu kita mampu atau tak untuk hadapi. Betul tak? ^_^

Dah masuk semester kedua, rasanya buat masa sekarang life is so sweet sebab tak macam mula-mula dulu. Rasa lonely. Everything kena sorang-sorang. Allah hadirkan mereka yang sekarang ni memang pada waktu yang tepat. Syukur Alhamdulillah. Perkongsian ilmu jadi lebih meriah dan mudah. Even masing-masing dengan research masing-masing, bidang yang berbeza tapi MSc menyatukan kami semua. Indah kan? 

Dulu rasa-rasa tapaham, simpan sorang-sorang, pastu nanges. Hahaha! Aku memang cepat nanges, tapi tak tunjuklah. Malooo. >_< Tapi lepas tu, dapat rasa macam ada satu kekuatan yang aku tatau mana puncanya. Seolah-olah ada semangat yang membuak-buak terbit dari dalam, yang buatkan aku rasa, ada sesuatu yang aku cari tapi jalan yang aku lalui tu salah. Sambil jogging tengok tasik tenang, buatkan aku terfikir bila lagi semua nak berubah? Sampai bila harus macam ni? Sampai bila nak menangis? Sampai bila nak harapkan ia akan berubah? Aku rasa kekuatan tu semakin kuat, mungkin kerana Allah masih sayangkan aku. Masih mahu melihat aku berubah ke arah jalan yang diredhaiNya. MasyaAllah, perasaan tu, bukan senang, tapi aku yakin, selagi cintaNya masih ada untuk aku, aku pasrah. 

Alhamdulillah, boleh katakan sekarang aku tak macam dulu lagi. Menjadi seorang yang lebih kental di dalam walaupun pada zahir aku macam fragile. Menerima sesuatu dengan redha, belajar untuk menerima lebih berkesan dari menidakkan apa yang telah terjadi. Selagi kita ikut apa yang diperintahkanNya, selagi itu cintaNya kepada kita takkan pernah kurang. Malah,kita rasa lebih selamat dan tenang. InsyaALLAH. 

Boleh nampak betapa hebat kalau kita tak lupakan DIA? Allah takkan biarkan aku keseorangan untuk tempuh segalanya. DIA hadirkan teman-teman yang sentiasa memberi nasihat yang baik, memberi kata-kata yang berkesan, mengajak ke arah kebaikan sehinggakan aku tak pernah rasa keseorangan sedetik pun. Subhanallah. Agung cintaMu padaku Ya Rabb.. Mudah-mudahan aku selalu berada di jalanMu, jalan yang Engkau redhai. Dan janganlah Engkau biarkan aku lalai dengan cinta duniawi. :(

Hari Ahad lepas, kami pergi bengkel di UKM. Seronoknya belajar! Apa yang kami perolehi tu memang takkan ada dalam course-course di Universiti. Bayangkanlah, selama beberapa bulan gunakan Microsoft Word, tak pernah tahu apa itu Doc Map. Sedih kan? Padahal, benda tu memang berguna, cuma kita semua tak di dedahkan dengan cara yang betul. Buat ikut sesedap rasa, yang mana rasa boleh, yang mana rasa okie, buat je lah. Huhuhu.. Bersyukur sangat sebab di beri peluang macam ni. InsyaALLAH, ilmu yang ada ni, dapat memberi manfaat bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi aku harap aku boleh kongsi kepada yang lain juga. Amin..



Kami berada dalam blog Dr OT! Happy sebab selama ni baca blog dia je, tapi hari tu dapat jumpa owner blog. MasyaALLAH, rasa macam mimpi jadi kenyataan. Serious Dr OT banyak reveal benda-benda yang takkan di ajar dalam class. Semua datang dari pengalaman dia. Dan aku amat-amatlah menggalakkan kepada sesiapa yang tengah stuck dalam tesis tu, buka blog dia. InsyaALLAH, dapat bantu dengan bahasa dia yang mudah dan sempoi tu. Again Thank You Dr Othman Talib. :)

Segala apa yang terjadi dan segala apa yang akan berlaku, hidup mesti diteruskan meskipun dengan tangisan. Biarlah orang nak kata apa, yang penting ALLAH tahu dan sentiasa dengan aku. InsyaALLAH. 

09 February 2012

Master's Journey -10022012-

Source: Google Image


Bukanlah sesuatu yang susah, tapi bukan juga satu perkara yang senang. Bila kau nak buat sesuatu, tapi kau belum jumpa cara yang betul atau kau tak pasti sebenarnya kau buat benda yang betul atau tidak. Nak cari tajuk baru pun bukannya mudah sebab kali ini kau kena pastikan ia betul2 PASTI dan tak akan berulang lagi.

Lagi senang jadi budak darjah 1 sebab pasti dah ada orang akan bagi tahu apa yang patut dia lakukan atau tak patut buat. Tapi aku bukan budak darjah 1 lagi.

Somehow, I'm gonna miss this moment. Being demotivated and motivated at the same time.
18 January 2012

Master's Journey -19012012-

Its more than 2 weeks of the beginning for year 2012. And I would say I'm 23 years and 19 days old. Hehe.. Do your maths ya! Lama kan tak menaip kat sini? Alhamdulillah, I'm still alive. Allah masih memberi peluang untuk hidup, dan DIA juga berikan kesihatan yang baik untuk menempuh dugaan dan menjalani kehidupan. So, I'm thankful for that. Sekarang tengah musim final, even though MSc tiada final, I still have friends that struggling for their finals and I pray for their best. Termasuklah my Mr.A. :)

Lepas tu they all boleh holiday, tiada lagi stress2 melanda dalam masa sebulan lebih before new semester that may be open on March. I need to know since I target next semester dah kena defense proposal. Baru defense, belom present yang sebelum2 tu kena buat. Might be holiday is not holiday at all. Mana mungkin nak tinggalkan research ku ini. Progress? Sampai mana nak tahu? Semalam dah start writing for Chapter 2 (Literature Review). Baru nak start writing okie, and I need to admit memang susah nak buat satu paragraph pun. Kita memang tak boleh nak copy and altered sikit ayat orang lain. I'm afraid been accused as plagiarise other's work. :(

I've been inspired by En.Sukor Jaafar. Met him on 17012012. He's giving some tips, cara2 nak baca journals, cari related journals at main journal, import dalam EndNote, buat index in case terasa point2 tu berguna dalam study, pahamkan teori, and above all paling best, kalau rasa2 tension sangat reward yourself with something. Sebab dia cakap, ada student yang push diri sampai kadang2 jadi tak betul. Seriously, at first I'm laughed at him. "Ada ke En.Sukor macam tu sekali?" Then, looking at him with serious face he's said that,"Ada, apa pulak takde. Ada yang dah dapat PhD lepas tu mengajar, tengah duduk2 kat meja pun boleh cakap sorang2. Otak dia dah putus sikit2 kot''. Hahahaha *dalam hati, ini bukan main2, ni serious punya issue*

Nak kata I'm pushing myself, rasanya macam tak. Sebab I can have my own sweet times lagi. Entahlah, mungkin sebab tak nak stress or demotivated so I told myself "you can do what you want, but make sure you still on the track". Target nak habiskan Masters maybe one and half years je. If beyond that, maximum 2 years, beyond lagi, I rather kill myself. Tak nak lah stuck lama2 kat stage ni. Tell you what, rasa macam tekanan tu lain sangat. Tak sama macam belajar Degree and Diploma. I can't share my burdens to others. Nak tak nak, diri sendiri kena motivate diri sendiri.

Cara yang paling best nak motivate diri sendiri, baca kisah2 orang lain yang sekarang tengah buat PhD. Susahlah sebenarnya nak cari budak MSc complaining (except me), so I've been inspired from a group page called "Doctorate Support Group (DSG)". Rasa insaf sangat, ada yang kena diuji macam2. Antaranya, anak meninggal tiba2, suami meninggal bila anak 2 bulan lahir, jatuh sakit sampai nak lumpuh and ada yang buat PhD bukan dalam bidang yang pernah dia belajar. Macam2 lah ujian Allah bagi, tapi kat situ semua support and doakan yang baik2. Bagi tips sekali pun ada. Situlah tempat orang/student luahkan perasaan mereka. Sharing something to others yang berada dalam situasi yang sama mungkin boleh kurangkan perasaan nak give up tu.

I believe one day, bila dah habis my journey ni, I would smile and masa tu rasanya worth it dengan segala pengorbanan yang dibuat sekarang. InsyaAllah. Kepada sesiapa yang membaca ni, I just have one request. Please pray for me ya. Doakan saya kuat, jangan give up easily and pray for my success in the future. Thanks. :)
04 December 2011

Master's Journey -05122011-

Source: Google Image

Sekarang dah masuk minggu ke berapa semester ni? Entahlah. *Sendiri tanya sendiri yang jawab*. So, macam mana MSc? Best tak? Susah tak buat research? Soalan2 cliche yang selalu aku dapat dari kawan2 takpun dari kawan2 baru kenal. :)

Jawapannya lebih kurang macam ni, "Tak susah, tapi kalau nak buat research kena disiplin kan diri, kena selalu baca".

Bila cakap, memang mudah. Bila nak praktikkan disiplin tu, ambil masa. Ia tak susah, tapi ambil masa. Bila mood rajin tu datang, rasa macam seronok je. Tapi, bila dah malas, mulalah fikiran melayang-layang, perasaan berkecamuk, dan yang pasti hiburan itu lebih "attractive". Macam kau buat jahat, kan mudah dari kau buat benda baik. Nak salahkan siapa? Tiada siapa. Semua salah diri sendiri.

"Habis tu macam mana nak habiskan buat research kalau kau dah malas macam ni?" Ini antara soalan2 yang selalu bermain di benak fikiran. Apa aku buat kalau tak membaca? Apa nak buat kalau tak menulis? Haa, itulah. Aku pun tak pasti. Dulu bolehlah bagi alasan, nak bagi diri ini "adapt" dengan suasana baru. Tapi, rasanya takkan nak tunggu setahun baru nak "adapt". Kan? Make sense tak?

Okielah, tipu kalau aku cakap, "Best oh, buat research ni. Macam main sorok2". Tak best, tapi apa je activity yang korang define best? Study tak best ke? Habis tu, kerja best? Semuanya mungkin ada aim masing2. Kalau kau rasa tak best, okie fine. Tapi, kau tak payah judge buat ni tak best, haa kalau buat macam tu best. Sibuk je. Shuh! Shuh! Shuh!

Mungkinlah ada masa2 rasa lonely sangat. Huuuu.. Sebabnya buat MSc ni mana ada class, so tak ada istilah "classmate". Habis kalau tak ada "classmate" kau ada siapa?Ada kawan2 jugak ambil MSc ni. So, I don't fight this all by myself. Cumanya, tajuk mereka takkan sama dengan tajuk aku. Got it?

Hari ini rasa malas sebab tu menulis di blog. Yelah, kalau tulis yang merepek, melalut2, semua orang bisa melakukannya. It is not the same as you do an academic writing. Jalan penceritaannya mungkin agak membosankan dan mengelirukan, klimaksnya juga mungkin tak nampak di mata kasar atau terkesan di jiwa orang lain, tetapi pengakhirannya akan mampu membuat aku tersenyum suatu hari nanti. InsyaAllah.

p/s: Kalau ada perkataan yang macam ni "xxx" maksudnya aku malas nak translate. Lazy Monday.