02 May 2013

Jelita Tanpa Mengira Usia


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Jelita tanpa mengira usia? Haa ni lah tagline untuk produk kesayangan aku iaitu Safi Rania Gold. Aku jatuh cinta dengan produk ni bila aku tengok majalah Wanita. Masa tu Rozita Che Wan belom lagi jadi duta, tak ingat siapa duta, sebab aku terpandang set produk kecantikan yang Safi Rania Gold ada, yang set produk lain tak ada. 

Inilah Krim Kontur Mata :)


Sebenarnya mata kita ni cepat kering dan kulit di sekitar mata akan turut terjejas lebih2 lagi kalau kita menghadap laptop/komputer 24/7. Satu lagi, kulit di sekitar mata ni adalah sensitif dan sangat nipis berbanding kulit yang lain. Jadi, terjadilah bebayang hitam (eye bag) atau kedutan2 halus di bawah mata. Bagi orang muda macam aku ni, eye bag adalah masalah utama yang kena di atasi sebelum ia jadi lebih teruk. Krim mata ni memang tekstur dia sangat halus dan cara penggunaan pun mudah. Picitkan sikit je bawah mata, ambil jari manis, sapukan dari arah dalam ke luar. Bila sapu tu, tekan secara lembut supaya dia absorb ke kulit. Jangan tekan ganas2 pulak sudah. Ini cara akulah, melalui pembacaan dalam majalah2.   Tips yang aku boleh beri, jangan gosok mata kita ni terlalu kuat sangat. Yelah kadang2 mata gatal atau pedih ke, cuba buat secara lemah lembut. Okie, apa bagusnya kalau pakai krim kontur mata Safi Rania Gold ni? Produk ni memang rawatan yang di khaskan untuk sekitar mata yang sensitif, menghalang kemunculan tanda awal penuaan di sekitar mata seperti garis2 halus dan bebayang gelap serta menganjal dan memberi kesegaran pada kulit sekitar mata. Haa, bagus kan krim kontur mata ni, sebab dulu2 aku suka letak timunlah, tomato, uncang teh sebelum tidur, tapi yang tak bestnya, bila aku pusing muka ke kiri atau ke kanan, semua2 atas mata jatuh kat tilam. Yelah, kan kena ikut sunnah Rasulullah tidur mengiring ke kanan. Last2, katil aku yang pakai timun, tomato, dengan uncang teh tu. Hahahaha!

Sememangnya aku memang peminat tegar produk2 Safi. Sejak sekolah dah cuba Safi Balqis, Q-10 Plus E, yang berasaskan mentimun, apa2 je lagi produk Safi yang available masa tu. Sememangnya aku tak suka kulit jadi gelap dan ton kulit tak sekata. Boleh kalau nak gelap, tapi biar gelap tu sekata. Hahaha! Apa lagi yang membuatkan aku suka sangat2 Safi Rania Gold adalah krim dia! Yeahhh! Tak glossy, cepat serap ke kulit, dan ia tahan lama sehinggalah kita cuci muka. Even dalam keadaan panas terik pun, kulit muka tak berminyak sebabkan peluh2 yang terbentuk, dan bila pakai krim ni kulit muka rasa secure dari pancaran UV kerana SPF20++. Pernah aku pakai satu krim ni, bila kita berpeluh, kulit muka jadi berminyak2, pastu asyik kena lap je. Tak bagus bila jadi macam tu. So, gadis2 kat luar sana yang ada masalah macam tu, sila cepat2 tukar produk. Huhuhu... Macam membazir duit je beli tapi produk tu tak membantu kita kan?

Inilah Krim Pelembap Siang :)

Macam biasa, semua produk kecantikkan akan ada krim pelembap. Haa, yang bestnya krim ni wangi dan macam aku kata tadi, tak glossy. Tips yang boleh aku bagi, oleskan sikit kat dagu, pipi kanan kiri, hidung dan 2 tempat di dahi. Sebabkan dahi luas, so kena letak dua tempatlah. Hahahah! Kemudian, kebiasaannya aku suka start dari dagu. Dengan pusingan jam or lawan jam, ikutlah mana korang suka tapi kena sapu dalam keadaan memusing, dari dagu naik ke kedua belah pipi. Tips lagi nak pipi gebu, time pakai krim ni lah kita massage2 pipi kan *ahaks* make sure dari bawah ke atas dalam keadaan jari tu memusing *paham ke idok* kemudian tarik jari2 ke arah hidung naik ke dahi sampailah kena dahi paling atas. Nak buat demo dalam video, aku tak reti. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh je pergi youtube or mana2 majalah kecantikkan. Okie, apa purpose nya aku buat dari bawah ke atas? Erm, cuba bayangkan jelly beg, amik jari pastu picit2 dia dari bawah ke atas. Apa yang terjadi? Semua jelly2 akan membulat ke atas kan? Tapi bayangkan kalau kita picit2 dia ke bawah? Kulit muka kita pon kalau kita sapu2 dari atas ke bawah, lama2 nanti dia kendur. Cehhhh, macam poyo je kan? Tapi itulah hakikatnya kenapa orang lebih suka suntik botox or vitamin kat kulit. Sebab nak menganjalkan kulit kan? Daripada pemerhatian dan pembacaan, aku belom lagi dapat identify the right way untuk sapu krim muka, cuma petua yang aku bagi ni memang aku guna since sekolah. Sangat berpuas hati bila pipi kita gebu molek. Hehehehe.. Tidak perlu botox atau vitamin okie.



Inilah Krim Pelembap Malam :)

Sebagai seorang pelajar, tak dinafikan kebanyakkan masa kita adalah membuat aktiviti di luar. Jadi, krim pelembap malam adalah salah satu daripada kenapa aku jatuh cinta dengan Safi Rania Gold ni. Okie nak tahu sebab apa? Bila kulit terdedah dengan sinaran UV, habuk, dan sebagainya pada siang hari, sebelum tidur molek sangatlah guna krim malam. Pentingnya krim malam adalah untuk menggalakkan pemulihan sel2 kulit yang aktif di waktu malam, mengahalang kemunculan tanda2 awal penuaan, menghidratkan kulit dari dalam supaya esok pagi wajah kita lebih segar dan berseri2! Kalau dah rasa aktiviti di siang hari tu terlalu expose dengan sinaran UV, malam tu rajin2kan diri pakai ye. Aku pun malas pon ada jugak, tapi bila dah kena pakai, kita kena disiplin lah. Rajin sikit jangan kata, kita muda lagi, tapayah jaga tau. Sebenarnya dari awal2 kena jaga supaya proses penuaan atau kedutan tu tadelah terlalu banyak menumpang kat kulit kita. Hehehhe..

Safi Rania Gold juga ada skrub muka. Bagusnya skrub ni, ia menanggalkan sel2 kulit mati di wajah. Tapi, taboleh pakai selalu ye. Dalam seminggu tu, 2 atau 3 kali je. Bagi aku, kalau kita cuci muka paling minima 2 kali sehari, pakai krim siang sebelum keluar rumah, dan malam pakai krim malam, itupun dah memadai. Andai kata kalau kita nak beli semua produk macam tak berapa nak cukup duit kan, *akulah tu* yang paling basic mesti kena buat dan sistematik. Haa, konsisten lah senang cite kan.

Inilah Krim BB :)
Baru2 ni Safi Rania Gold keluarkan krim BB SPF30PA++. Aku belom berkesempatan untuk cuba lagi, tapi memang dah usha2 nak dapatkan satu. Sebabnya, aku pinjam krim BB angah, jenama lain lah kan, tapi bila Safi Rania Gold pon dah ada krim BB sendiri aku memang suka yang amat! Sebab selain SPF dia 30++ tu, krim ni bertindak sebagai pelembap dan asas solekan, bukan hanya melembut, menghalus dan menganjalkan kulit, malah SPF dia tu lah protect kulit dari sinar UV yang merbahaya. Kalau dah pakai krim ni, macam kau pakai ni, dah cukup. Pastu terus keluar rumah, dan kalau nak letak dalam beg pon tak berat. Mudah kan? 

Inilah Pembersih Wajah :)

Haa, most important point, pencuci muka kita! Yup, ni lah segala2nya ia bermula. *Poyo pulak* Okie, bangun pagi memang kena cuci muka dulu. Pembersih wajah ni bila guna aku rasa fresh sangat2. Sebab tu akan selalu ada bila aku keluar rumah. Bila sebelum nak solat tu, cuci dulu muka, yelah kan dah pakai krim siang, air sahaja takkan cuci betol, jadi gunalah pembersih wajah ni. Safi Rania Gold ada juga lagi 2 produk pembersih satu berasaskan gel dan pembersih wajah lembapan mendalam. Aku dah cuba yang gel, tapi disebabkan aku suka penjimatan dan pengunaan yang lebih lama, aku prefer yang ini. Gel cepat sangat habis. Hahaha! Nanti ibu bising sebab asyik kena beli Safi Along je kan. -.-"  Sebenarnya aku boleh tahan dalam 2 bulan atau lebih kalau berjimat dan kalau Anan tak amik pakai cuci muka dia. Heh! Dia pon sibuk nak amik aku punya ni, gigih betol adik laki aku sorang tu. Tapi takpe, tak kata pon lelaki taboleh cuci muka kan? 

Lagi tips yang aku boleh bagi, JANGAN SEKALI-KALI USIK MUKA ANDA DENGAN KUKU! Macam mana pun elakkan dari selalu menyentuh wajah dengan jari sebab kita tatau kan, tadi kita pegang habuk, pegang kasut ke, pastu nak letak kat muka? Boleh nak sentuh, tapi jangan jari. Guna permukaan yang belakang tangan ni sebab kita jarang nak pegang guna belakang tangan. Yang ada jerawat ke bintik2 hitam/putih, tapayah mengada nak picit2. Ish! Sebenarnya memang kita sakit mata, tapi akibat dari kita buat macam tu adalah, tanda atau scar yang akan terbentuk. Plus susah nak hilangkan. Ambil masa sikitlah nak buang scars. Huhuhu.. *kan dah bebel2* 

Ramai jugak yang tanya kenapalah aku pakai Safi Rania Gold ni. Bukan untuk orang tua2 ke? Habis tu dah tua baru nak jaga? Dah terlambat sebenarnya. Seperti tagline Safi Rania Gold, "Jelita Tanpa Mengira Usia" jadi umur berapa nak pakai pon boleh. Aku percaya produk ni memang mendapat tempat di hati sampai bila2. Insya Allah.. 

Ini sahaja perkongsian kita pada hari ni. Ini adalah salah satu cara penjagaan kulit muka yang mudah dan paling menjimatkan. Ini baru penjagaan kulit dari luar, nantikan penjagaan tambahan kulit dari luar dan penjagaan dalaman untuk kulit pada post yang seterusnya. Tunggu aku rajin nak menaip okie. 

LOVE SAFI RANIA GOLD! 



p/s: Post ini bukanlah untuk promote produk tapi lebih kepada berkongsi produk yang dah lama aku pakai. Sharing is caring. 


24 April 2013

Monkey Love...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Dulu aku pernah tanya ibu. Soalannya lebih kurang macam ni lah.

Me: Ibu.. Cinta monyet tu apa?
Ibu: Macam monyet, dari satu pokok ke pokok yang lain. Dorang takkan kekal pada satu.
Me: Maksudnya?
Ibu: Lepas sorang, dia dengan orang lain pulak. Tak setia.
Me: Ohhh..
Ibu: Apasal? Dah ada bf?
Me: Eh taklah. Kawan along lah.

Ini perbualan masa aku sekolah menengah. Masa tu kan memang semuaaaa nak ada bf/gf lah kan. Aku pun tak semena terjebak, tapi nasiblah taklah lama pun. Sebulan je kitorang couple pastu aku dapat tahu rupanya dia dah ada gf. Kawan aku time sekolah rendah pulak tu kan? Patutlah bila aku tegur kawan aku tu, dia muka macam acuh tak acuh. Kawan aku ni sesi pagi, aku sesi petang, so kalau2 dia nak balik tu, kalau ternampak, memang aku tegur je lah kan. Haish. Kalau aku tahu, memang takkanlah kan aku nak amik bf orang. Sampai sekarang aku rasa macam bodoh gak lah, tapi disebabkan peristiwa itu aku jadi matang sikit. Sampai satu tahap aku cakap, aku nak focus pada PMR tunggulah nanti nak habis SPM or form 4 ke. Hewhewhew.. Poyo je lahkan, time sekolah dah fikir nak target bila nak bercinta. Ada satu peristiwa masa tu aku form 4, masa tu ingat lagi time perhimpunan hari pertama untuk form 4. Cikgu pesan macam ni, "Kepada pelajar2 tingkatan 5, ingat anda pada tahun ini mempunyai peperiksaan yang besar untuk menentukan masa depan anda. Dan bagi pelajar2 tingkatan 4 (termasuklah aku), tahun ini bukan tahun "honeymoon" kamu. Kamu perlu bersedia dari sekarang, supaya kamu tidak ketinggalan untuk SPM pada tahun depan". Perghhh! Masa tu rasa macam, cikgu ni dah bagi aku satu tamparan hebat, dan masa tu juga aku kata, "Okie, Fizah, tangguhkanlah hasrat bercinta ke apa. Focus pada study dulu". 

Keimanan aku tak goyah apabila ada mamat2 konon usha baikkk punya termasuklah kawan dalam kelas aku sendiri. Hahahaha! Aku jadi kekok giler kalau aku dapat tahu orang tu suka aku. Heboh satu kelas, ada mamat kacak ni, suka masuk kelas aku, pastu datang meja kacau2 orang. Hehhh! Menyampah kot. Macam hebat je, tang muka lah memang lah hensem kan, tapi perangai tu, aku tak berapa nak berkenan sangat. Semua dok kata, dia syok kat kau lah. Ehhh not my taste lah, perangai cam monyet. Hahaha! Jahat kan? Tapi aku memang tak suka orang macam tu. Huhuhu.. Aku tetapkan pendirian takkan terima siapa2, biarlah orang nak cakap aku ni kejam ke, jual mahal ke. Lantak sana!! Yang penting nak focus study.

Sampailah cikgu sejarah aku, Puan Rohana kata, "Kamu tapayahlah nak bercinta2 zaman sekolah ni. Dah keluar sekolah, ramai lagi kamu jumpa". Yup! Cikgu betol! Untuk adik2 sekalian, dengarlah cakap kakak fizah ni ya, belajar dulu, target SPM biar semua A+. Dulu time aku, tade siapa nak bagi nasihat drawbacks bercinta ni. Time tu internet pon tak berapa nak terror sangat. So, exposure tu tak banyak. Hahaha! Sekarang adik2 ni, semua advance dari kakak fizah ni. Semua benda korang tahu kan? Akak kenal FB pon lepas diploma. Ni belom abis darjah 6 ada account FB. Hebat budak2 sekarang. Zaman anak2 aku nanti, aku tataulah camne kan. 


Orang yang tahu bercinta tak semestinya tahu apa dia nak. Cuma orang yang tahu apa dia nak, tahu macam mana nak bercinta. :)

Semoga kita tahu apa kita inginkan, semoga kita tahu apa jalan kena pilih, semoga kita semua bahagia dunia akhirat. Bahagia yang macam mana? Tanyalah hati apa hati mahu. 

Semoga Allah redha dan memberikan rahmatNYA ke atas aku, kamu dan semua orang. 


13 January 2013

~So long 2012~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum and salam cinta to everyone! Today I'm officially 24y13d older. Hehehhe.. What it feels like? Hmm.. Bersyukur sebab Allah masih berikan peluang to me untuk beribadat lagi, masih diberikan peluang untuk bermanja2 dengan abah ibu, family and kawan2 *manja sangat*, dan bersyukur sebab ada banyak benda yang I rasa I kena belajar tak kiralah ilmu dunia, ilmu akhirat, atau ilmu rumahtangga. Hahaha! Yup, Alhamdulillah atas kurniaanMu Ya Allah. What I'm trying to say here is, whatever happened in 2012, I'm grateful and thankful to Allah because I can't be what I'm now. Setiap ujian, cabaran, dugaan, tangisan, ketawa, kesedihan, perpisahan yang I rasa, I try to take it positively and Alhamdulillah, I never thought I can be this strong. Sumpah! Bila mana Allah tarik satu nikmat, kita redha, tapi dengan izinNya, Allah berikan kita lebih lagi. Sebab bila I duduk sorang2, you know you will try to reminisce what did you do, apa yang you dah lalui, and apa yang you dapat. Orang kata kita hanya merancang, tapi sebaik2 perancang adalah perancangan dari Allah. :)

I bersyukur sebab masih ada yang menyayangi diri ini, tak kiralah I tahu ke tak, I nak ucapkan terima kasih sangat2. I doakan kejayaan you alls dunia akhirat. So, doakan jugak I bahagia, berjaya dunia akhirat ye readers. Cita2 I yang paling utama is to be solehah. Paling utama sekali kepada Allah, so I memang harap2 sangat yang I boleh istiqamah, even dulu2 I tau I kadang2 tersasar di jalanNya, I takut sangat kalau I tak sempat nak bertaubat. Memang berat kalau kita nak tiba2 berubah, tapi kalau kita yakin itu yang terbaik, bulatkan hati. Memang macam2 kita akan fikir, tapi yakin janji Allah itu pasti dan benar. Pegang itu baik2. Jangan pernah fikir kita ada banyak masa, sebab masa itu memang takkan pernah tunggu kita. 

I pelik sangat tau, sebab bila I fikir2 balik, I selalu questioned myself, kenapalah macam ni, kenapalah I buat macam tu. Banyak kali. Tapi, bila kita muhasabah diri sendiri, I sedar yang Allah nak tunjukkan sesuatu kepada hamba2Nya. Pastu mesti I akan cakap, "Ya Allah, terima kasih sebab berikan aku hidayah dan petunjukMu". We don't realized what will come to us. Tahun 2012 I kenal banyakkkkkk kawan. Kawan atas kawan lah. I pun tatau macam mana boleh berkawan tapi mesti ada sebab kenapa Allah temukan kami. :) Mesti ada. I percaya. Untuk kawan2 yang I kenal since diploma, Alhamdulillah, kami still contact each other lagi. This year dah nak masuk 7 years! Lama kan? Tapi orang kata, "Kalau kita rasakan yang kita dah kenal orang itu, sebenarnya kita tak kenal dia pun". Maksudnya, janganlah ingat yang kalau kita dah kenal dia 3, 4 tahun, kita dah tahu siapa dia. No, its not. Even yang dah suami isteri, married dah 7, 8 tahun pun sometimes tak tahu the true colors of their partners. Kita kena sentiasa compliment each other. Kan? :)

Cakap pasal kawan2 ni kan, tahun ni for my birthday I got lotsssss of surprised! Memang tak terkata and tak terkira the happiness. What I can say is, terima kasih semua. InsyaAllah, ukhuwah kita untuk selamanya. First surprised yang I dapat masa I kat Langkawi. Oh, hmm I went for 2nd vacations. This time I pergi dengan kawan2 I. Salihah, Shamin, Naim, Farid, Jack, Nunu and kawan baru sebab dia kawan Nunu, we called him Sin Chan, sampai sekarang I tatau apa nama dia yang sebenarnya. That time 31Dec almost midnight. Lepas dinner, semua setuju nak ke Pekan Kuah. Memang jauh lah kalau dari chalet kitorang. Tapi, sebab I nakkk sangat tengok bunga api, so dorang pun okie je. Hmm, unfortunately, sampai sana, tanampak pun crowd or even ramai2 berkumpul untuk countdown. So, kami pergilah ke Dataran Lang. At last, I nampak dengan mata sendiri, HELANG yang besar itu. Heee.. Sebab masa pergi dengan family, tak jejak pun ke sana. Tengok dari jauh je. Nak dijadikan cerita, nak hujan. So, kenalah balik. On the way back to the chalet, I dah sebak and sayu sebabnya I taboleh nak tengok bunga api. Tapi kat Segamat pun tadapat tengok, tapi entahlah I tiba2 je kan rasa macam tu. Min keep asking,"Pijot okie?" I angguk2 je. Masa tu dah bergenang je air mata. Hahaha! Nak dijadikan cerita lagi, sampai satu kawasan, gelapppp sangat, hutan kiri kanan, tade kereta langsung ni, Sin Chan cakap, "Weh2, kereta rosak ah". Dalam hati, no it can't be. Dah lah on my birthday. So, the guys keluar check the engines. Dalam few minutes jugak, while the girls waiting inside the car. And suddenly..... "Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Piiiijottt, Allah selamatkan kamu!". Arghhh! I terus cakap, "Korang jahat! Wwuwuwuw *menangis terus*. Takut tau tak? Habis je pranked I, kitorang nyanyi untuk Naim sebab his birthday on 18Dec, takklah jauh pun bezanya. I dapat present from Min and Chan! Weeee~ Suka beg tangan tu. Love! Naim pun dapat jugak. Heh! Dancing cat. Hahah! Comel je cat tu. Tapi apapun, memang I terkejut giler dengan pranked dorang. Huhuhu.. Thanks korang!! Love! Love! 2nd surprised masa I balik dari Langkawi. Masa tu Naim hantar balik rumah, dah nak dekat pukul 3 pagi jugaklah. Sebab bus kat LCCT lamaaa tunggu tau. Nak penuhkan sit. Haish.. Pastu kitorang naik ERL. Naik taxi kat KL Sentral sebab nak pergi rumah Min. Naim parked his car kat sana. Okie, balik je rumah, macam biasa nak masuk bilik. Dalam samar2, I nampak something hanging tau, I curious bukaklah lampu. I nampak balloons!!!! Bentuk LOVE pulak tu. Sumpah sweettttt sangat2!! I suka sangat. Then, nampak plastik and ada kad kecik atas katil. Bukaklah, nampak red beg! Perghhh!! My 2nd beg! Hahahha! I terkejut kot. Memang beg yang I selalu bawak p class dah nak putus, almost 2 tahun pakai. Tapi bagus sebab dia tahan lama. Memang itu beg kesayanganlah. I beli branded beg pun tak guna. Kulit sopak2 pastu dahlah mahal2 beli. Huh! So, senanglah tahun ni memang I pakailah beg 2 ni. Thanks Leha, Aina, Aien, Nisa. *speechless kejap kot bila balik penat2 macam tu, dapat surprised* Sayang korang!! 

Dan macam2 lagilah rezeki lepas tu. Panjang pulak kalau nak cerita setiap satu. Hehehhe.. Okie, so semoga tahun ni kita perbaiki diri lagi, mana yang nak one step ahead nak ke alam rumahtangga I doakan semoga Allah permudahkan urusan korang. InsyaAllah, I akan menyusul. Bulan dah ada, cuma tahun je tapasti bila. Hahaha! I kena habiskan study, then barulah nak focus benda2 lain ni. Research tak lepas2 lagi. Fuhhh! I dah redha kalau nak kena extend sem. Huhuhu.. Tapi apapun, I'll do my best. Erm, pasal nak post cite pasal vacation kat Langkawi nanti I tulis if berkesempatan. Hehehe.. See you when I see you! 
26 December 2012

Master's Journey -26122012-

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum dan salam cinta semua! Galak pulak kau update blog. Hahaha! Takpe, I think this is good to share to all of youuuu!! I letak sini sebab might be one day, I boleh baca, anak2 I boleh baca, cucu2 boleh baca, and cicit2 pun boleh google blog moyang dorang and read and kita sama2 boleh baca. This is what I'm going through okie. Betol, kejayaan takkan datang bergolek2, kejayaan takkan datang dengan mudah, you need to feel the pain, the tears, sakit sana sini, pressure and sakit sampai doktor kata jantung kau ada masalah. Huhuhu.. Seriously, I want to end this ASAP!! 

Okie, I got a friend. Her name is Anita. But I called her Kak Nita. She's a lecturer from Sarawak, teaching Finance, and currently doing her PhD. The common thing that we have is our Supervisor (SV). Weeeeee~ Cannot reveal who is she. Ehh, yeah yeah you only can detect what is her gender. Haahahahah!!

So, as masters student, especially research student, we don't have to sit an exam. BUT before the semesters end, our SV need to evaluate us. You know what? I had warning for my first semester. Kahkahkah!! It was so heartbreaking, yeah I cried, and I feel so bad for not seeing my SV frequently and most of all, I'm not doing any progress for my first semester.  That time, I read lots of journals, download lots of journal, writing and searching for variables, BUT tak start menulis satu hapak pun! So, yeah I think I'm deserved that warning. Oh okie, kenapa kena takut pasal warning? Let me tell you. Masters can have 2 times of warning then kena CAMPAK. Okie I mean, you kena expelled lah. For PhD, they only gives you 3 times. 

Penat I nanges2, then my 2nd semester, before end that semester I submit my proposal. Baru proposal okie, tu pun tah apa2. Naik je semester 3, jumpa lagi then I kena add new method. Haa, baru nak tambah baru?? Actually I had proposed nak guna method tu before, tapi my SV kata itu sesuai untuk PhD student, not masters. Tapi last2, I kena buat jugak. Happy lah sebab that thing memang nak buat cumanya yang sakitnya I lah. Kena dig out journal2 yang dah download. Baca and paham balik. Phewwww!! So, I'm half way I think. 

Eh, panjang mukadimahnya. Tujuan sebenar I tulis this time sebab I nak share kata2 Kak Nita. Entahlah, bila I baca I rasa sedih and bersyukur at the same time. I'm asking about how is she, research mana. Yelah, common questions kalau jumpa geng2 research. So, she replied my email:

"Saya rasa prof takde this week coz of the festive season christmas. Next week ada coz next week is exam week. Try next week fizah. Nanti saya text fizah bila saya dah jumpa prof k. Jaga kesihatan ok. You do apa yang termampu. Yang penting consistent and ada progress. Saya pun kekadang penat sangat saya rehat for a few days or more, see how my penat is, then saya sambung balik. Penat memang penat but kita dah commit kan, sayang kalau di lepaskan right. Peluang ni tak semua orang yang dapat fizah, so kita bersyukur seadanya. Ini jalan Allah dah beri pada kita. Kita terima, sabar, usaha, doa dan tawakal."

Yup, very true. Ini jalan yang Allah dah tetapkan. I need to be thankful for whatever HE puts me thru. InsyaAllah, I'll do my very best. Not for everyone, but for me, untuk abah ibu, dan untuk kejar cita2 I yang satu. 

And now I feel relieved. Thanks ALLAH. :) 


25 December 2012

Percutian 2012 - Bahagian 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum dan salam cinta semua! At first, I want to hold this post because after went back from vacation I exhausted tahap dewa dewi. So, sementara mood menulis RESEARCH ni tak sampai2 even dah bagi masa dia relax, I decided to story about my vacation. Wink3x! ;)

I think the last vacations we had is in year 2009. We went to Pulau Pangkor and year before that  2008 we went to Sabah. Tu pun angah can't join since she at matriculation. This time anan pulak can't join because he just started his new semester and will be his last. I lah person yang beruntung sebab every places I ada. Hahahaha! How lucky I was. Lalalala~ So, after 3 years barulah nak pergi bercuti. Hmm, bila fikir2 balik, I enter degree 2009 until 2011 memang tak ke mana2. Plus abah kerja, month end closing, weekend pun kerja, bila I start practical pun sama. Month end was hectic, closing accounts, I was practical student, but weekend I datang jugak sebab nak siapkan report. Kalau tak, dalam meeting kena fire!! Habis je practical, busy prepared for VIVA. After VIVA, I terus kerja kontrak. Mana nak apply cuti2 ni. Entitlement pun dapat few days and I need to use it wisely. Habis, kerja kontrak, I continue study lagi. So, it is hard to gather all members in family at one time, since everyone dah ada commitment kan? That's why draggggg until this year kita semua curi2 masa for HOLIDAYS! Yipeeee!! ^_^

Alhamdulillah, Allah berikan kesempatan for my family. I couldn't ask for more. Research put aside. Bawak jugak laptop, in case I want to write or read journals. Heh! Poyos! -.- This year we went to Johor Bahru (JB) and Air Papan, Mersing. Abah kata, "Alang2 kita sampai Johor, terlajaklah ke Mersing. Kalau nak datang ke sini semata2, fikir 2 3 kali jugak". Seriously, it was a longgggggggg journey. 

At Grand Blue Wave Hotel, Johor Bahru

Lucky, I printed map to hotel. Tak susah cari hotel ni, masuk je JB, nampak signboard JB kiri, Woodland kanan, so turn left and straight until you see traffic light. Then, turn right. You can see the hotel at your right. *I tulis ni manalah tahu, one day I nak turun JB lagi, so boleh tengok ni balik. Hahaha!* We arrived at 1030am so masih awal nak check-in. Abah decided untuk ronda2 dulu. Kononnya nak tahu jalan sana. I pulak boleh sedap tido dalam kereta, terjaga pun after abah kata, "Bangun2, dah sampai JB. It is time to search the hotel". Mata mamai2, bukak tengok sekeliling. Hahaha! Siapa suruh tido lambat? I finished packed my things at 3am. Then, I woke up at 6am. Sebab abah nak keluar pukul 7am. Mengantuklah. Lambat packing sebab tatau baju apa nak bawak. Hahahah! Ahh, girls kan fussy. :p

Stop tengok pantai dulu. That time I dah membebel nak cari toilet. Huhuhu..

Pusing2 habiskan waktu, tengok mall mana nak pergi, pastu nampak JB Sentral. Besar and sangat cantik. I was thinking that might be one day I akan datang sini meet up my only Caca. Love! Love! That time she was   in hospital with mama. So, I can't ask her to meet up. Bagi tau lambat, siapa suruh kan? Huhuhu.. Tapelah, maybe one fine days. Who knows? :)

The thing about JB which has common things with Shah Alam or KL is congestion. From my room, kereta sesak nak masuk/keluar ke Singapore. Pencemaran bunyi tu jangan cakaplah. Sampai bilik I at level 18, I can hear "PONNNNNNN! PONNNNN!" and it is non-stop until night! I kan orang duduk kat bandar, so JB bukanlah tempat I kot. I mean for vacation. After abah settled with his work, he asked, "Petang nanti nak pergi mana?" Jeng3x..

Before ni, I ada suarakan nak pergi Legoland. Hmm, tetapi abah said I was too old to play plus kalau adik sihat boleh jugak nak pergi. Tatau ke anak dia still a child? Hahaha! Angah pulak added, "Takde apa best pun sebab banyak tak siap lagi". How frustrated I was. Nasib I tak boleh hentak2 kaki tanda protes. Hahaha! No, I didn't do that. Oh no, I'm not immature. O_o 

So, after google-ing what are places that need to be visits when you at JB, one of it are JPO! Again, lucky I bring my laptop. I can use it to search maps to JPO. Abah sangat depending kat kitorang kay. Tahu anak2 dia besar dah, so dia tapayah pening2 nak cari jalan. Rupanya, while kitorang tertido sedap lentok dalam kereta, ibu ada baca, "Oh ni Johor Premium Outlets". Then, abah buat tatau je lah. Both of them, tatau itu tempat shopping. Hahaha!! Kitorang dok penat mention, "JPO! JPO!" Rupanya dah nampak before ni? Kan bagus I tak tertido. Tapayah susah nak google maps bagai. Hahahaha! -.-

After Maghrib, baru keluar dari JPO. I tak berapa into shopping sebabnya, kat Shah Alam pun ada. KL ada. Angah je lah, beli kasut!!! Hish, nasib tade size 4. >_< Kitorang sometimes macam twins. Apa dia suka, I suka. Tapi ada je I suka, dia tak suka. Ada jugak apa dia suka, I tak berapa nak suka. Haaa, peninggggg! Malam tu, ronda2 JB. Tengoklah kereta parking kat tepi2 jalan. Mula2 sikit je, so buat tatau sebab nak cari Angsana Mall. Malam2 dia macam hilang dari pandangan mata. Adoii.. Pusing2 cari. Angah pulak tak charge phone dia. Sesat2 jugak mencari. Bila tak cari nampak pulak. Geram betol. Macam tak bagi pergi je. Hahaha! Sampai Mall dah nak dekat pkol 10pm. Kedai pun nak tutup dah. Sabar je lah jah oiii.. Abah dah penat nak driving, so pastu balik hotel je. Esoknya nak drive jauh lagi, so he need a good rest. Masa otw balik hotel tu, tengok kereta2 parking kat tepi2 jalan penuhhhhhh! Rupanya kat situ macam ada night markets. Sebab I can see satu kedai ni "Bundle". Ahh, ruginya tatau ada jual2 ni. Nak tak nak redha je lah. Masing2 dah penat. (~.~)

2nd day! Perjalanan ke Mersing. Masing2 tatau. Hahaha! Again, again, I google maps lagi. Cari manalah Air Papan ni. Nak exit highway mana. Abag keep asking, "Abah nak tahu exit mana je. Nak keluar dari hotel ni ke mana?"  I was like, "Mana pulak nak exit? Adoii.. *garu2 kepala* Gigih ni baca map, pahamkan, ibu siap pesan salin jalan apa nanti nak lalu. Lamalah jugak kami dok membelek maps before check-out. Macam amazing race pulak rasanya. :[ Last2, masa abah isi minyak, I said, "Why don't abah ask people? Mana tau dorang lagi tahu the short-cut ways to go there. Macam kita duduk Shah Alam, kita tahu mana jalan dekat". Nasiblah abah tanya, kalau tak ke mana2 lah perginya. Hahaha! Pakcik tu kata, ikut jalan dalam. Dari JB nak ke Mersing adalah dalam 2 jam. Errrkkkk :[[ Ibu dah pesan, jangan nak tido dalam kereta. Tapi, I terlelap jugak dalam few minutes. Hahahaha!

I dengan angah pasang lah GPS dengan maps. Berbaloilah ada handphone connect with internet. Tapi angah, again, tak charge phone. Hish! -.- But, alhamdulillah, signboard ada plus I on je maps dalam phone. Manalah tahu in case tatau directions. Basically, dari JB ke Mersing ikut jalan dalam ni, straight je jalannya. Ada jugak jalan dia macam nak ke Segamat. I that time tahan je nak vomit. Nak tido taboleh, sebab kena alert kan abah which direction nak kena pergi. Sampai Mersing dalam 11am, then start searching Air Papan. Actually, abah asked me to search any beaches yang cantik2 kat Mersing. I told him I pernah sampai Mersing dulu time diploma. It was when I in part 2, compulsory for Badan Pertolongan Cemas (BPC) to join camping. But I can't recall nama tempat tu. Gambar tade, catatan apatah lagi. Plus, it was longggg time ago. Mana nak ingat. Naik bus, dah gelap, turun2 je sampai. >_< So, I baca reviewed kat internet, semua dok kata pasal Air Papan. I kata, "Okie abah, kita pergi Air Papan!"

Tempat tu kalau nak ke pekan Mersing dalam 15 minit je sampai dah. Ia agak terpencil, sampai internet connection pun takdo. Cacing kepanasan jugak mula2. Haish, ni lah budak2 zaman IT. Tade internet rasa macam tak complete hidup. Hahaha! But then, I think it was good to cut off any outside connections while I'm having my precious time with beloved ones. Means, I appreciate whats happening around me and think positive. Mesti ada hikmahnya semua ni. Well, pasal tempat to stay, I read lots of review. Sebabkan abah nak yang betol2 depan pantai, ibu pulak nak yang budgetary monetary policy, so I kata, kita pilih Sri Tanjung Chalet. Even the room quite small to fill up 5 people in it, again I tried not to "membebel" sebab this is vacation. Bila lagi nak rasa kan?

 This picture I captured before balik. Memang I stand depan chalet ni. Dekat betol lah kalau nak ke pantai tu. Subhanallah, cantik kan? Kamera tak berapa canggih tapi cukuplah ni. I tunggu orang nak bagi kamera Samsung yang connect with 3G tu. :)

Lepas subuh terus keluar bilik sebab nak tengok sun rise! Subhanallah, cantik sangat. Tenang je sini. Ombak dia besar. Sini kan Laut Cina Selatan, orang kat kampung cakap, angin dia kadang2 boleh sampai 60km/j.

Ibu kata,"Takde kerja eh? Duk tulis2 nama orang atas pasir pantai" Chillex lah ibu, tulis pastu padam balik. Huhuhu..

Haa, siapa tahu ni apa??? Ini ikan buntal yang real okie, still berbisa. Cumanya orang tu kata, dia dah buang isinya. Abah beli satu tapi modify letak lampu kat dalam ikan. Cantiklah. Harga kat tempat lain katanya taboleh nak nego2, sebab dia buat sendiri semua ni. Dari keluar kan isi ikan, jahit balik, masukkan belon dalam perot supaya dia mengembung, pastu pecahkan belon, keluarkan balik sisa2 belon, dan itu semua bukan senang. Bisa dia still ada. Orang tak biasa ni, memang boleh mati kalau kena bisanya. Bisa dia sama macam kena patuk ular tau. Tapi sebabkan pakcik tu minat, ia menjana pendapatan dia. Hasil dia dah sampai ke Central Market, kat Putrajaya, bahkan dah masuk paper. Lupa pulak nak amik gambar dia. Huhuhu.. Cubalah cari kat mana2 pantai, jumpa tak? Pastu tanya, yang harga ikan besar ni berapa agak2?

Apa yang best pasal vacations sebab I will learn something new. Benda2 pelik yang I tatau, tempat2 orang, besides ia mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Not to mention foodssss! Oh, pagi breakfast, jalan2 pastu lunch. Jalan2 then tea break. Jalan2 then dinner. Mana I tak buntal macam ikan? Hahahaha! Makan tu best especially dengan orang2 yang anda sayang. That's why I loveeee vacations.

Tips that I can give:
1) Before having a vacation, read a lot about places that you want to go. Etc: Hotels, Foods, Price, Interesting Places
2) Prepare yourself with maps/GPS/infos about time to prayer at places you want to go. Sebabnya, I taboleh dapat internet connection, so I kena budget2 waktu solat. Solat awal sangat kang ragu2. Huhuhu
3) Malu bertanya sesat jalan. Yes, that's so true! It is good for you to ask, not only depending on your gadget 100%.
4) Prepare baju yang tapayah iron. Oh, for ladies, kalau boleh pakai tudung yang tapayah nak iron. This is holiday, so you can save your time to do something else rather than ironing bajus/tudungs. I pinjam tudung2 ibu yang instant sebab I malas nak menggosok. Nasiblah ibu. I bawak je iron sebab taknak pinjam iron hotel/chalet. Hahaha! Again, I fussy. ;p
5) Mingle with local people. ASK, TALK, ASK, TALK about their places. You should get some infos that you might don't even know.
6) Don't complaint or you might ruin everyone else. What you give, you get back. Hahahah! Mula2 je, pastu I dah boleh accept.
7) Try to look and focus at your loved ones ONLY. Yelah, maybe lepas ni kita busy so tade masa nak 100% concentrate to each others. This is the time. Kan? :)

Tu je I boleh fikir sekarang. InsyaAllah, there will be Bahagian 2. I will update as soonest as possible. This time different location with different peoples. Heheheh.. Hoyeahhh!! How I wish I can be so determined when I'm writing my research. Apa2 pun, appreciate people who cares about you. Family is our priority. Right? Cintai Allah, Rasul, and Family. After I kahwin nanti, I kena add Suami after Rasul tapi kalau lelaki, Isteri after Family. Sebabnya, syurga kita bergantung kepada redhanya mereka dan redhanya Allah. Oh dah midnite, so I guess this is it. See you when I see you! :)