Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dulu aku pernah tanya ibu. Soalannya lebih kurang macam ni lah.
Me: Ibu.. Cinta monyet tu apa?
Ibu: Macam monyet, dari satu pokok ke pokok yang lain. Dorang takkan kekal pada satu.
Me: Maksudnya?
Ibu: Lepas sorang, dia dengan orang lain pulak. Tak setia.
Me: Ohhh..
Ibu: Apasal? Dah ada bf?
Me: Eh taklah. Kawan along lah.
Ini perbualan masa aku sekolah menengah. Masa tu kan memang semuaaaa nak ada bf/gf lah kan. Aku pun tak semena terjebak, tapi nasiblah taklah lama pun. Sebulan je kitorang couple pastu aku dapat tahu rupanya dia dah ada gf. Kawan aku time sekolah rendah pulak tu kan? Patutlah bila aku tegur kawan aku tu, dia muka macam acuh tak acuh. Kawan aku ni sesi pagi, aku sesi petang, so kalau2 dia nak balik tu, kalau ternampak, memang aku tegur je lah kan. Haish. Kalau aku tahu, memang takkanlah kan aku nak amik bf orang. Sampai sekarang aku rasa macam bodoh gak lah, tapi disebabkan peristiwa itu aku jadi matang sikit. Sampai satu tahap aku cakap, aku nak focus pada PMR tunggulah nanti nak habis SPM or form 4 ke. Hewhewhew.. Poyo je lahkan, time sekolah dah fikir nak target bila nak bercinta. Ada satu peristiwa masa tu aku form 4, masa tu ingat lagi time perhimpunan hari pertama untuk form 4. Cikgu pesan macam ni, "Kepada pelajar2 tingkatan 5, ingat anda pada tahun ini mempunyai peperiksaan yang besar untuk menentukan masa depan anda. Dan bagi pelajar2 tingkatan 4 (termasuklah aku), tahun ini bukan tahun "honeymoon" kamu. Kamu perlu bersedia dari sekarang, supaya kamu tidak ketinggalan untuk SPM pada tahun depan". Perghhh! Masa tu rasa macam, cikgu ni dah bagi aku satu tamparan hebat, dan masa tu juga aku kata, "Okie, Fizah, tangguhkanlah hasrat bercinta ke apa. Focus pada study dulu".
Keimanan aku tak goyah apabila ada mamat2 konon usha baikkk punya termasuklah kawan dalam kelas aku sendiri. Hahahaha! Aku jadi kekok giler kalau aku dapat tahu orang tu suka aku. Heboh satu kelas, ada mamat kacak ni, suka masuk kelas aku, pastu datang meja kacau2 orang. Hehhh! Menyampah kot. Macam hebat je, tang muka lah memang lah hensem kan, tapi perangai tu, aku tak berapa nak berkenan sangat. Semua dok kata, dia syok kat kau lah. Ehhh not my taste lah, perangai cam monyet. Hahaha! Jahat kan? Tapi aku memang tak suka orang macam tu. Huhuhu.. Aku tetapkan pendirian takkan terima siapa2, biarlah orang nak cakap aku ni kejam ke, jual mahal ke. Lantak sana!! Yang penting nak focus study.
Sampailah cikgu sejarah aku, Puan Rohana kata, "Kamu tapayahlah nak bercinta2 zaman sekolah ni. Dah keluar sekolah, ramai lagi kamu jumpa". Yup! Cikgu betol! Untuk adik2 sekalian, dengarlah cakap kakak fizah ni ya, belajar dulu, target SPM biar semua A+. Dulu time aku, tade siapa nak bagi nasihat drawbacks bercinta ni. Time tu internet pon tak berapa nak terror sangat. So, exposure tu tak banyak. Hahaha! Sekarang adik2 ni, semua advance dari kakak fizah ni. Semua benda korang tahu kan? Akak kenal FB pon lepas diploma. Ni belom abis darjah 6 ada account FB. Hebat budak2 sekarang. Zaman anak2 aku nanti, aku tataulah camne kan.
Orang yang tahu bercinta tak semestinya tahu apa dia nak. Cuma orang yang tahu apa dia nak, tahu macam mana nak bercinta. :)
Semoga kita tahu apa kita inginkan, semoga kita tahu apa jalan kena pilih, semoga kita semua bahagia dunia akhirat. Bahagia yang macam mana? Tanyalah hati apa hati mahu.
Semoga Allah redha dan memberikan rahmatNYA ke atas aku, kamu dan semua orang.
0 comments:
Post a Comment