10 May 2010

Kalau perasaan dah bersawang



Blog kesayangan seperti dah berusang sebab pemiliknya sibuk sampai tiada masa nak sapu2, kasi sembur minyak wangi bagi harum, letak AJAX kasi berkilat. Heeee.. Metafora sekali sekala. Bagi pembaca2 semua tak rasa bosan bila membaca apabila pemilik blog yang dah bersawang ni merepek sekali sekala. Huh, okie mari kembali ke jalan yang benar. Mari3x...

Satu perasaan lega yang amat sangat kepada Tuhan kerana aku dah berjaya untuk mengaharungi paper part 4. Secara keseluruhan, setiap paper rasa seperti ada je yang aku buat salah dan silap. Patutnya tak boleh ada, tapi disebabkan kelalaian dan juga kapasiti otak ini yang mungkin tak dapat nak upload segala info dalam waktu yang amat singkat, mungkin aku patut tambah RAM supaya dia dapat simpan macam2 kan? Agak takut menanti kemunculan result nanti. Walauapapun, ini yang aku dah cuba usahakan, sekarang adalah masa untuk menunggu dan mengharap keajaiban akan berlaku. Macam2 benda negatif yang muncul di benak fkiran, kalau kene repeat tu... Haihh.. Aku perlu redha. Tapi, bersediakah aku??

Tak mengapalah, biarkan aku saja yang melayari kepayahan memikirkan semua ini. Okie, letak ke tepi pasal result atau paper yang dah lepas. Sebenarnya aku terkenangkan sesuatu, sesuatu yang aku rasa dah lama aku cuba nak lupakan, tapi tak boleh. Dia yang banyak mengubah aku. Banyak memberikan aku erti hidup. Banyak yang aku tau dari dia. Sedih apabila berjauhan, benci apabila aku dekat dengan dia. Banyak rahsia2 aku dia tahu. Hampir semua aku rasa. Aku dan dia seperti kopi dan gula. Saling melengkapi. Ye, betullah kata orang. Kita akan lebih menghargai sesuatu apabila kita tak memilikinya atau sesuatu itu dah hilang di depan mata. Kini aku tahu sesuatu. Dulu aku angkuh dan tak dapat terima kehadiran kau, tapi apabila kau tiada, baru aku tau apa ertinya kehilangan. Yang pasti aku rasa sakit di dada. Aku menahan segalanya kerana aku tak mampu nak luahkan. Orang lain tak mungkin mengerti.

Kadang2 apabila emosi melanda diri, aku memang tak betul. Heeee.. Sesungguhnya dia di sini bukanlah seseorang yang aku cuba lupakan, jangan kau buat andaian yang bukan2. Cinta yang dah lepas, biarkan ia lepas. Mungkin cinta itu bukan milik aku, cinta yang baru akan datang. Seperti lagu Alyah, "Tak Mungkin Kerna Sayang". Ada satu rangkap yang amat sesuai dijadikan contoh. "Yang patah tumbuh, yang hilang berganti". Kalau kau rasa tade kaitan, gelakkanlah. Aku tak kisah. (Beranilah kau gelakkan, nak kena belasah?)

Dia di sini adalah tempat aku belajar dulu masa diploma. Segamatlah. Ingat tak?? Tapelah, tak ingat. Ini semua sebab Mr. A baru balik rumah hari ini, meninggalkan Segamat juga seperti aku dulu. Aku cuba nak jatuh cinta kat tempat baru, dah cuba. Tapi, kata orang cinta itu tak boleh dipaksa2, betul bukan? Ada je benda yang akan mengingatkan aku pasal Segamat. (Cuba kau kira berapa kali Segamat di sini?) Aku ingat lagi. Masa final tengah stress kepala dah pusing2, rambut dah kusut masai, mesti akan ada antara kawan aku yang cakap, "Kalau kat Segamat dulu, bosan2 boleh pergi bilik orang jalan2, takpun strolling petang2 tengok gelagat orang."
Nak lagi? "Kalau kat Segamat kan, time exam best dapat study kat library ramai2 pastu makan kat benteng ibu sama2, gelak2." Ada lagi. "Kan best kalau kat Segamat, nanti kalau tak tau macam mana nak jawab, boleh je pergi bilik dia, tak payah nak call sampai habis kredit." =_=

Haa, dah kira ada berapa perkataan Segamat?? Aku tipu je kan, bila aku kata aku dah bole terima suasana kat sini. Mana boleh nak dibandingkan 3 tahun aku kat sana dengan baru setahun aku kat Shah Alam ni? Mestilah tak boleh. Segamat dah jadi part of my history. Sama ada kau suka ke tak, Segamat tetap kan ada dalam ingatan aku.

Sudah, jangan dikenangkan benda yang dah berlalu. Lagi setahun aku nak tamatkan degree. Hopefully, Allah akan permudahkan semua rancangan dan perjalanan aku. Aminnnnn.. Kau pun tolonglah doakan untuk kejayaan aku di dunia dan di akhirat ye? Siapa dapat kira perkataan Segamat sebanyak 10 kali, nanti aku belanja gula2 mentos. Okie, cukup sampai di sini. Aku nak beradu seperti puteri raja. Putera raja rasanya dah tidur kepenatan. Hahaha.. Kesian, sampai basah2 kena hujan. Buat aku risau satu hari. Tapi, semua dah selamat bukan? Marilah tidur.

SELAMAT MENGIRA BINTANG SEMUA!
03 March 2010

Setelah sekian lamanya...

Setelah sekian lamanya aku malas dan juga tiada masa nak update kan kamu wahai blog, hari ini aku baik hati nak menaip even sebenarnya ada laporan yang aku kena hantar kat fakulti esok. Sebenarnya aku ada masalah dan sekarang baru aku sedar sesuatu. Ok, kalau kau dah lama tak mengarang sesuatu dalam bahasa Melayu sebab dah 5 tahun tinggalkan sekolah, yelah kat menara gading mana ada subjek khas untuk bahasa Melayu macam kat sekolah2 dulu, dan bila kau kena buat laporan dalam bahasa ini, kau akan rasa macam "stupid" sangat. Cakap kat diri sendiri, baik tak payah jadi orang Melayu. (+_+)

Adakah aku ni salah sebab tak dapat nak mengarang bahasa kebangsaan ini dengan baik? Almost all the time, aku memang seperti lebihkan English, sebabnya yelah semua subjek yang aku ambil in English. Hanya komunikasi harian dengan family dan kawan2 guna bahasa Melayu, tapi ayat memang tak tersusun betullah. Haish ~~

Semester ni aku dah boleh biasakan diri dengan cara dan suasana pembelajaran di sini. Tiada lagi rungutan macam2, tiada lagi. Semester ni bagi aku sangat bahagia. Hahahaha.. Mungkin sebabnya aku rasa kelas sekarang sangatlah syok. Kawan pun dah bertambah-tambah. Tak macam dulu, kalau buat apa mesti bertiga. Susah dan senang hanya kami bertiga. Salihah dan Shamin, I love u both! Isk.. Isk.. Sem ni kita banyak sangat gelak dan banyak sangat cerita2 yang bahagia. Haa, ada penambahan orang baru dalam group kami. Farah namanya. Kawan sekolah aku dulu, sekarang dah jadi kawan untuk kami semua. Dunia memang kecil sangat.

Tak lama lagi dah nak final exam. Cepat je kan? Kalau aku cakap aku tak sabar nak habiskan degree ni, mesti ada je yang kata, "nak kahwin lah tu". Eh, tak tau. Bagi aku, aku belum sedia lagi untuk menggalas tangunggjawab yang agak berat tu. Buat masa sekarang pelajaran harus diutamakan. Walaupun nanti, mungkin ada putera raja yang sangat kacak, sangat bergaya, sangat kaya, sangatlah semuanya, datang masuk meminang, maaf aku kena tolak. Bahahaha.. (T_T)

Biarlah masa menentukan semuannya. Sekarang nak enjoy dulu menjadi seorang anak yang baik, seorang pelajar yang cemerlang, dan seorang kawan yang comey kepada semua orang. =)
31 December 2009

Two Oo One Oo

Sedar atau tak, masa berlalu tanpa aku sedar. Rasanya aku ingat lagi celebrate birthday kat Segamat. Okie, masa tu aku simpan lagi dalam memori. Sekarang aku tak payah nak pening-pening nak pack barang semua, beli barang ke, sebab memang tak akan ada dah. Perkara yang lepas tu bagus untuk kita belajar daripada kesilapan dan perkara yang akan datang tu adalah satu kayu ukuran untuk kita lakukan sesuatu sekarang, supaya suatu masa nanti kita akan capai apa yang kita inginkan. Cewahh! ;)

Tahun 2009 aku tinggalkan dengan seribu tambah sejuta kenangan. Nak kata semuanya manis tak juga, adalah yang pahit, tawar tu, but hey this is life. Sebagai hambaNya, kenalah bersedia untuk menghadapi dugaan dan aku harapkan hanya yang terbaik. Afterall, this was the year I graduated from my Diploma. I did! Terima kasih ya Allah. And this is the year I realised I met someone. I never had a chance to say this, but I want you to know that I adore your handwriting. Okie, keep others later, nanti kembang pulak.

Sepatutnya nak buat recap apa yang aku dah buat untuk tahun 2009, tapi malas pulak. Tengoklah, mungkin tahun akan datang ke, come on... a year is a year. Ohh, tak dilupa kepada blog ini. Menjadikan aku sebagai BLOGGER GIRL. Hehheeh..

Two Oo One Oo
If u remove the Oo
U'll get
Two One
and im
21

Happy New Year and Happy Birthday to ME.
17 December 2009

Promise? #3

Ok, aku rasa cukuplah ni post yang terakhir. Panjang-panjang sangat aku tak tahu dah nak cerita apa. Janji aku kat budak-budak tu berpanjangan sebab I need to think the best time nak bawa dorang since every day cuaca yang tak berapa nak elok, tak nak lah nanti tak pasal sakit pulak anak orang kan? And oh, opah pulak masuk hospital, so kenalah jaga rumah bila ibu dengan abah pergi hospital. You know, even aku duduk rumah, a lots of works yang aku kena buat. Senang cerita, kerja kat rumah tak kan pernah habis selagi ada orang dalam rumah. Hurm..

15 December...

Finally, aku rasa ini hari yang sesuai sangat. Wayang pun murah untuk ladies kan?

Aku: Auni.. Alya.. Along dengan angah nak pergi tengok cerita Santau. Kat Sunway.
Auni: Kitorang nak ikut.
Aku: Dengar ni, along nak pergi tengok cerita Santau. Jangan cakap nanti along tak cakap. Lepas tu, kalau nak ikut kena kuat. Taklah nanti balik kata penatlah, sakit kakilah macam awak ikut angah hari tu. Kalau tak, along tak nak bawa lagi. Paham? (Buat-buat garang)
Auni: Ok2x.


Nama: Auni Damia

Umur: 6 tahun

Pandai bercakap sampai aku dah tak tahu nak balas apa. Suka warna pink. Kuat makan sekarang ni. Tahun depan masuk sekolah integrasi. Nak belajar bahasa mandarin dan juga taekwando. Hiyak!! Haa,dah pergi sekolah tak dapatlah nak makan kari ibu Jat lagi. =p

Nama: Alya Batrisyia

Umur: 5 tahun

Sangat sukalah makanan dan makan. Pantang bila tengok orang lain makan. Takut tau tengok dia makan. Sekarang kena diet-diet sikit supaya kurus sikit. Ni pun pandai cakap, bolehlah aku ketawa bila ingat balik apa dia cakap. Haih =_='' Tahun depan masuk tadika ye. Asyik tengok Hi-5, Hagemaru, Dora, The Replacement dan semualah kartun kan. Tv kat rumah memang dia je yang punya. Nak tengok lain memang tak boleh.

Nama: Darwish Zahin
Umur: 2 tahun
Sangat suka rancangan Dora dan Ultraman. Tapi, sayangnya along takleh bawa Awish. Tuggu Awish besar ye sayang? Nanti along bawa jalan. Awish bushuk mashin! Muaah!



Sebelum masuk wayang makan dulu sebab tak sempat nak breakfast pun time keluar. Ok, girl yang besar tu pekerja kat situ. Hahaha.. Taklah,adik saya. Nampak tak siapa lagi muda kan? (Muka jahat)


Ok, chicken wing ni sedap. Sangat sedap. Sila makan dengan perut kosong sebab mesti korang akan gigit sampai tulang.


Sebelum balik tu, ibu call. Nanti makan dulu, sebab ibu tak masak. Tak pe, memang dah plan awal nak makan pun. Disebabkan aku mengidam sangat nak makan Kenny Rogers jadi untuk tak hampakan perut, kitorang belanja dorang makan kat sini.

Senyuman yang palsu. Sebab lapar.

Haa, sup ni Alya je makan habiskan. Tak termasuk makanan angah Hamidah.




Angah baik hari tu belikanlah Alya ni pencil box sebab dia nak masuk tadika. Lepas tu, Auni nak jam. Punyalah belek-belek jam sampai orang kedai tu pun semacam je dengan kitorang. Bila aku suka, angah tak suka pulak. Angah suka, aku tak suka. Bila kitorang dua-dua suka, Auni pulak tak suka. Hehehhe... Biasalah girls. ~_~ Jam tuk Alya, aku dah janji bila dia nak masuk darjah satu nanti. Hope aku tak lupa ni. Erm! Aku dengan angah shopping sikit-sikit. Hurm,sikit je lah. Budak-budak takleh duduk diam. Pasal kat dalam wayang, memang best. Tak ramai orang pun. Walaupun aku ni penakut, tapi pura-pura berani. Hehehe.. Dah nasihat, kalau Alya takut tutup mata sambil makan pop corn, aku pon tiru jugak sebenarnya. Come on, at least aku berani jugak kan nak tengok cerita Santau tu.

On the way ke rumah...

Ada satu moment yang aku gelak sangat.

Aku: Alya, cepat kejar angah Hamidah dengan kakak.
Alya: Dorang dah jauh. (Konon nak lari kejar)
Aku: Cepat kuruskan kaki. Yeah!
Alya: (Takde respons)
Aku: Cepat kuruskan perut awak tu.
Alya: Nak buat macam mana, Tuhan dah jadikan macam ni.

Ok, I never expect that will be the answer by 5 years old kid. But, hey I'm enjoyed and had great fun with them. Sekali sekala belikan something untuk dorang, aku tak kesah. Angah kau pun tak kesah kan? Hehehe.. (Wink)

Holiday for a week need to be postponed. Nevermind.



16 December 2009

Promise? #2

One day, first week of December...

Auni: Along, ayah kata nanti pergi tengok wayang hari Sabtu.
Aku: What? Sabtu? Tak nak lah. Sabtu kan ramai orang.
Auni: Nanti ayah hantarkan akak pergi tengok wayang.
Ibu: Along Hafizah tak nak pergi hari Sabtu. Lagipun, along nak pergi naik ktm. Lagi best.
Aku: A'ah. Tak nak lah ayah awak hantar. Kalau ayah awak hantar, baik along mintak abah je. Lagi best.
Auni: Along nak pergi naik ktm ke? Akak nak ikut jugak.
Aku: Suka hatilah. Tapi, ayah dah nak bawa, pergilah dengan ayah awak tu. Kita nak shopping2 dengan angah Hamidah. Bestnya!! (Menjeleskan lagi budak tu)
Auni: Ayah tak de. Ayah kena pergi JB. Ayah balik nanti bolehlah akak pergi.
Aku: Pergilah dengan ayah awak tu. Along tak nak ikut.

Suatu petang...

Ayah dorang: Along, esok nak ikut sekali? Wayang cerita 3.20. Kat Sunway. Tiket dah book.
Aku: Err,takpelah.
Alya: Along2x.. Angah nak ikut along tau.
Ayah dorang: Eh, awak tu yang patut ajak alonglah.
Alya: Hehehehe..
Aku: (Senyum2x)

Keesokannya...

Ibu dorang: Akak, nanti ayah dorang jemput pukul 2.
Ibu aku: Ok,pukul 2.

Sementara nak tunggu pukul 2...

Alya: Eeee, bila ayah ni nak sampai? Dah pukul 2 dah.
Aku: Yang awak ni tak sabar kenapa? Baru pukul 11. Ish...
Alya: Yelah, kita rasa macam pukul 2 dah. Hehehhe..
Auni: Awak ni, tengok jam pun tak tau.
Aku: Memanglah. Adik awak tu baru 5 tahun.
Auni: Akak, dah pandai dah tengok jam.
Aku: Yelah tu.

Bila aku tengah tolong ibu kat dapur...

Auni: Along..(Bisik2x)
Aku: Asal?
Auni: Akak nak mandilah.
Aku: Ibu, Auni nak mandi bu.
Ibu: Yang awak nak mandi awal sangat ni kenapa? Baru pukul 12. Makan pun belum lagi. Nak mandi dah.
Aku: Hhahahahha.. Padan muka! Kena marah dengan ibu Jat. Tadi, kutuk2 Alya.
Auni: (Buat muka sedih)
Aku: Ayah kan nak ambil pukul 2. Sabarlah sikit.
Auni: Kitorang tak yah tidur kan along?
Aku: Tak yah.
Alya: Awish tak ikut kan along?
Aku: Tak. Tapi, kalau awak nak bawak Awish bagus jugak. Rilex along kat rumah ni.
Alya: Awish budak kecik lagi. Mana boleh masuk. Nanti dia tak reti duduk diam.
Aku: Macam awak tu duduk diam kan?
Alya: Kita tak pe. Dah besar.

Memang budak-budak tak boleh nak sabar kan? Excited dorang macam nak menang satu juta. Pening dibuatnya nak melayan dorang kalau dah excited sangat, agaknya aku pun macam tu dulu. Hehehhe...

Okie, aku suruh dorang mandi2 dalam pukul 1.30. Lepas makan nasi, lepas tu minum susu baru boleh mandi pakai baju cantik. Dan, dorang punyalah tunggu dan tunggu dan tunggu pukul 3.15 baru ayah dorang sampai. Haih.. Kesian betol. Punyalah siap awal. Aku pun rasa sedih sebab wayang nak mula kot. Memanglah dorang kene kutuk-kutuk dengan kitorang sementara tunggu ayah dorang tu. Nasiblah si kecik Darwish dah tidur. Takleh cakap kuat2. Hahahha...

Petang tu ayah dorang datang nak ambil Darwish..

Ayah dorang: Alya tidur kak.
Ibu aku: Apelah awak ni? Tidur pulak. Bukan tengok wayang. Wayang yang tengok awak.
Aku: Hahahhaha.. Along dah agak dah. Mesti Alya tidur punya. (Memang time tidur dorang dari pukul 2 sampai pukul 5)

Esoknya, memang kene kutuk habislah dengan kakak dan abang rumah ni. Hahhaha.. Best oh lawan2 dengan budak kecik. Padahal dalam hati, aku ni belum lagi tunai janji nak bawa dorang. Dah janji nak bawa tengok princess tu, dah tu nak tengok cerita apa lagi ni?? Haih..

Promise? #1

Al-kisahnya bermula pada suatu hari yang aku dah tak ingat...

Ibu: Along nak bawa budak-budak pergi tengok wayang ke?
Aku: Hu? Mana ada. Tak cakap apa-apa pun.

Dan kemudian budak-budak datang rumah, ye lepas tu datang kat aku...

Auni: Along...
Aku: Apa?
Auni: Along nak pergi tengok wayang ke?
Aku: A'ah. Kenapa?
Auni: Along nak pergi tengok cerita apa?
Aku: Ermm, pisau cukur.
Auni: Akak nak ikut.
Aku: Budak-budak mana boleh tengok.
Auni: Bolehlah. Hari tu akak pergi tengok wayang dengan ayah dengan ibu boleh masuk.
Aku: Itu cerita lain.
Auni: Along, nantikan akak dah cuti sekolah, akak nak ikut along tau.

Kemudian si bulat yang dengar dari tadi menyampuk,

Alya: Angah pun nak ikut.

Si bushuk mashin datang jugak,

Darwish: Awish2x.. Awish pon itot.
Aku: Okie, nanti along bawa tengok wayang. Cerita pisau cukur lah nak? Tapi, angah Hamidah dah tengok. Takkan dia nak tengok lagi.
Auni: Alah,takpelah. Along je lah bawa kitorang.
Aku: Mana boleh. Matilah along kena jaga dua-dua sekali.
Alya: Kitorang tak kesah.
Aku: Memanglah korang tak kesah. Haih... =_=''

Dan hari berganti hari...

Alya: Along, bila kita nak pergi tengok princess?
Auni: Ada ke princess awak ni. Pisau cukurlah. Kan along?
Aku: A'ah. Nantilah. Bila along free sikit.
Auni & Alya: Ok!

25th November...

Auni: Along semalam along keluar tu along tengok pisau cukur ke?
Aku: (Mesti ibu yang bagi tau ni. Nak cakap ke tak) Err, aah.
Auni: Along tengok dengan siapa?
Aku: Kawan along lah.
Alya: Kata nak bawa kitorang tengok pisau cukur?
Aku: Kita tengok cerita lainlah. Haa, nanti ada cerita princess and frog tu. Tapi, lambat lagilah. Bulan 12 nanti keluar. Okie?
Auni: Haa, nak2!! Nak tengok princess and frog tu long.
Alya: Angah pun nak tengok princess.
Aku: Okie, tunggu abang Hannan abes SPM dulu. Senang sikit nak keluar. Nanti ibu Jat(panggilan dorang kat ibu aku) sorang-sorang.

30th November...

Auni: Along... Along...
Aku: Ape kak?
Auni: Semalam along pergi tengok wayang ke?
Aku: (Mesti ibu kantoikan ni. Haih. Nak cakap benar ke tak) Errr... A'ah. Dengan abang Hannan.
Auni: Along tengok cerita apa?
Aku: Haa, cerita New Moon.
Auni: Pasal apa cerita tu long?
Aku: Pasal vampire.
Auni: Cerita hantu ke?
Aku: A'ah. Pontianak.
Auni: Tu cerita english ke long?
Aku: A'ah. Akak bukan paham pun.
Auni: Akak boleh bacalah.
Alya: Kenapa budak-budak takleh masuk?
Aku: Sebab umur tak cukup. So, korang tak leh la masuk. Understand?
Auni: Along kata nak bawa kitorang tengok wayang, tapi semalam pergi tengok tak ajak pun.
Aku: Korang kan takde. Lagipun, memang budak-budak takleh tengok. (Cari jawapan yang selamat Hafizah)

Haaa, nampak tak. Kalau korang cakap kat budak-budak terutamanya, dorang akan ingat sampai bila-bila. Serba salah dibuatnya aku ni. Takpe, sabar Hafizah. Nanti aku bawaklah korang tengok wayang. Dah aku janji, takkanlah aku tak nak buat. Cuma lambat dengan cepat je.
05 December 2009

~Have u ever really loved a woman~

To really love a woman
to understand her
you’ve got to know what deep inside
hear every thought see every dream
and give her wings when she wants to fly
and when you find yourself lying helpless in her arms
You know you really love a woman

When you love a woman
you tell her that she’s really woman
When you love a woman
you tell her that she’s the one
She needs somebody
to tell her that it’s gonna last forever
So tell me have you ever really
really, reallly
ever loved a woman?

To really love a woman
to let her hold you
till you know how she needs to be touched
you’ve gotta breath her
and really taste her
until you can feel her in your blood
when you can see your unborn children in her eyes
You know you really love a woman

When you love a woman
you tell her that she’s really woman
When you love a woman
you tell that she’s the one
She needs somebody
to tell her that you’ll always be together
so tell me have you’ve ever really,
really, really ever loved a woman?

You’ve got to give her some faith
hold her tight
a little tenderness
you’ve gotta treat her right
she will be there for you
taking good care of you
(you’ve really gotta love your woman) (yeah)
and when you find yourself lying helpless in her arms
you know you really love a woman

When you love a woman
you tell her that she’s really woman
When you love a woman
you tell her that she’s the one
She needs somebody
to tell her that it’s gonna last forever
So tell me have you ever, really
really, really, ever loved a woman?
Just tell me have you ever really,
really, really, ever loved a woman?
Just tell me have you ever really,
really, really, ever loved a woman?


-Brian Adams-