Blog kesayangan seperti dah berusang sebab pemiliknya sibuk sampai tiada masa nak sapu2, kasi sembur minyak wangi bagi harum, letak AJAX kasi berkilat. Heeee.. Metafora sekali sekala. Bagi pembaca2 semua tak rasa bosan bila membaca apabila pemilik blog yang dah bersawang ni merepek sekali sekala. Huh, okie mari kembali ke jalan yang benar. Mari3x...
Satu perasaan lega yang amat sangat kepada Tuhan kerana aku dah berjaya untuk mengaharungi paper part 4. Secara keseluruhan, setiap paper rasa seperti ada je yang aku buat salah dan silap. Patutnya tak boleh ada, tapi disebabkan kelalaian dan juga kapasiti otak ini yang mungkin tak dapat nak upload segala info dalam waktu yang amat singkat, mungkin aku patut tambah RAM supaya dia dapat simpan macam2 kan? Agak takut menanti kemunculan result nanti. Walauapapun, ini yang aku dah cuba usahakan, sekarang adalah masa untuk menunggu dan mengharap keajaiban akan berlaku. Macam2 benda negatif yang muncul di benak fkiran, kalau kene repeat tu... Haihh.. Aku perlu redha. Tapi, bersediakah aku??
Tak mengapalah, biarkan aku saja yang melayari kepayahan memikirkan semua ini. Okie, letak ke tepi pasal result atau paper yang dah lepas. Sebenarnya aku terkenangkan sesuatu, sesuatu yang aku rasa dah lama aku cuba nak lupakan, tapi tak boleh. Dia yang banyak mengubah aku. Banyak memberikan aku erti hidup. Banyak yang aku tau dari dia. Sedih apabila berjauhan, benci apabila aku dekat dengan dia. Banyak rahsia2 aku dia tahu. Hampir semua aku rasa. Aku dan dia seperti kopi dan gula. Saling melengkapi. Ye, betullah kata orang. Kita akan lebih menghargai sesuatu apabila kita tak memilikinya atau sesuatu itu dah hilang di depan mata. Kini aku tahu sesuatu. Dulu aku angkuh dan tak dapat terima kehadiran kau, tapi apabila kau tiada, baru aku tau apa ertinya kehilangan. Yang pasti aku rasa sakit di dada. Aku menahan segalanya kerana aku tak mampu nak luahkan. Orang lain tak mungkin mengerti.
Kadang2 apabila emosi melanda diri, aku memang tak betul. Heeee.. Sesungguhnya dia di sini bukanlah seseorang yang aku cuba lupakan, jangan kau buat andaian yang bukan2. Cinta yang dah lepas, biarkan ia lepas. Mungkin cinta itu bukan milik aku, cinta yang baru akan datang. Seperti lagu Alyah, "Tak Mungkin Kerna Sayang". Ada satu rangkap yang amat sesuai dijadikan contoh. "Yang patah tumbuh, yang hilang berganti". Kalau kau rasa tade kaitan, gelakkanlah. Aku tak kisah. (Beranilah kau gelakkan, nak kena belasah?)
Dia di sini adalah tempat aku belajar dulu masa diploma. Segamatlah. Ingat tak?? Tapelah, tak ingat. Ini semua sebab Mr. A baru balik rumah hari ini, meninggalkan Segamat juga seperti aku dulu. Aku cuba nak jatuh cinta kat tempat baru, dah cuba. Tapi, kata orang cinta itu tak boleh dipaksa2, betul bukan? Ada je benda yang akan mengingatkan aku pasal Segamat. (Cuba kau kira berapa kali Segamat di sini?) Aku ingat lagi. Masa final tengah stress kepala dah pusing2, rambut dah kusut masai, mesti akan ada antara kawan aku yang cakap, "Kalau kat Segamat dulu, bosan2 boleh pergi bilik orang jalan2, takpun strolling petang2 tengok gelagat orang."
Nak lagi? "Kalau kat Segamat kan, time exam best dapat study kat library ramai2 pastu makan kat benteng ibu sama2, gelak2." Ada lagi. "Kan best kalau kat Segamat, nanti kalau tak tau macam mana nak jawab, boleh je pergi bilik dia, tak payah nak call sampai habis kredit." =_=
Haa, dah kira ada berapa perkataan Segamat?? Aku tipu je kan, bila aku kata aku dah bole terima suasana kat sini. Mana boleh nak dibandingkan 3 tahun aku kat sana dengan baru setahun aku kat Shah Alam ni? Mestilah tak boleh. Segamat dah jadi part of my history. Sama ada kau suka ke tak, Segamat tetap kan ada dalam ingatan aku.
Sudah, jangan dikenangkan benda yang dah berlalu. Lagi setahun aku nak tamatkan degree. Hopefully, Allah akan permudahkan semua rancangan dan perjalanan aku. Aminnnnn.. Kau pun tolonglah doakan untuk kejayaan aku di dunia dan di akhirat ye? Siapa dapat kira perkataan Segamat sebanyak 10 kali, nanti aku belanja gula2 mentos. Okie, cukup sampai di sini. Aku nak beradu seperti puteri raja. Putera raja rasanya dah tidur kepenatan. Hahaha.. Kesian, sampai basah2 kena hujan. Buat aku risau satu hari. Tapi, semua dah selamat bukan? Marilah tidur.
SELAMAT MENGIRA BINTANG SEMUA!
8 comments:
rindu jugak~~!!!
ahah~
heeee... kan??? ingat adik je. ana, jom r dating! kita cari bf jom?? hehehe..
erk???
kamu kn sudah ade putera~~!!!
sy je la..
ahha
heee.. erk,saya carikan tuk kamulah..
haaaaaaaaa~~~~!!!!
bley2....
(^_^)
rindu.....
sume2 psl sgmt...!!!!!
btol la ckp adik...
sgmt da jd part of our life.....
heee.. betoll. banyak bnda yang kita buat, sbb tu rinduuu. =(
(*_^)
Post a Comment