14 March 2009

~A Week That Makes Me Weak~

Hohoho.. Ada macam title dalam novel tak? He. =p Well, it’s true. Bukan true pasal title ni, tapi true that I feel so tense this week. So,apa kata kita recap apa yang aku dah lalui and buat sepanjang minggu ni.

8hb – Time ni ada kenduri. Anak mak tiri mak long yang kahwin. Haa,panjang kan nak describe. Buat kat dewan je. So, we all satu family just datang and makan saje. Oh, should I say yang semalam baru sampai kampung sebab dah lama tak jumpa opah. Rindu opah. Then,after that balik lah kami sekeluarga ke Shah Alam. Petang baru sampai rumah. Malam ibu beli makanan kat luar je. Huhuhu..(Sedih sebab tak dapat menikmati masakan ibu lagi).

9hb- Masanya untuk pulang ke Segar Amat. Hahaha.. Saja2 nak taip nama lama Segamat. Pulang bersama adikku yang sekarang ini masih lagi belajar di Tangkak (KMJ). Tiket pagi kot pukul 9.30. (Kelam kabut kemas barang). Sangat cepat masa berlalu untuk aku berada di rumah. Hanya breakfast kuih2 yang dibeli sebelum naik bus. Dah la hujan sepanjang jalan,jadi membuatkan aku rasa lapar sepanjang jalan. Kesian2x. Tapi, sangat bersyukur sebab bus tu masuk kat UiTM (sampai post guard je), so tak lah kena pergi bus stand then tunggu bus kuning lagi. Lecehkan?? And rasa bersyukur juga sebab time tu tak hujan. Berat kot beg yang di bawak.

10hb- Sangat suka hari Selasa sebab tak ada class pagi. (Bolehlah membasuh baju ke, meng ‘update’ blog ke, membuat kerja2, dan juga ‘melambat’ bangun*bahasa apakah ini? (P/S: tapi tak lah lambat mana pun). Anak dara mana boleh bangun lambat2x kan? Kan? Hish, tak manis nanti tak ada yang masuk meminang. (Ni pepatah ea,orang tua2 suka cakap so I just follow). Petang ada class tapi just attend it for attendance only. Rugi kot tak datang sebab kita datang then tengok kawan2 present, lepas tu boleh balik. Plus, class tu kat lab. Sambil2 tu boleh online. Suka2x.( Happy face). Petang tu cuaca yang tak berapa nak baik, pergi pasar ramai2. Malam ingat boleh buat kerja kat LT, tapi tiba2 Naim ada hal so just buat kerja kat bilik study kat kolej. Tapi,masalahnya data pula tak ada. Jadi,kena pergi library cari data kat datastream. (Sangat tak paham cara untuk guna). Jadi, pulang balik ke kolej sebab data tak memenuhi criteria yang diperlukan. Tidur pada pukul 2 lebih kot sebab buat chart untuk report technical. (Tak pe,berkorban for my last semester).

11hb- Ada class pada waktu pagi (LAW 374), sangat bersemangat untuk pergi kerana minggu lepas Puan tak ada. Tapi.. Rasa tense sebab petang En.Syam nak jumpa. Ingatkan nak tanya progress untuk report technical, tapi untuk wat evaluation untuk peers je. (Cuak sungguh). Mana tak nya,minggu ni report technical tak bergerak lagi. Kalau senang and mudah tak pe lah kan. Nak wat chart,then the hardest part is the interpretation. Kena refer buku FIN 334(TECHNICAL ANALYSIS) time part 5. Malam pulak buat multi-tasking. Besok ada presentation FIN 377 (PORTFOLIO). Madam nak report jugak. So,kena lah delegate tugas.

12hb- Class pada waktu pagi,ada presentation pula tu. But, Im not the presenter lah. Tapi,still risau jugak sebab tak semua my group yang ready and well prepared for this presentation. Dah tu,kena present dulu sebab kitorang first group. DAN.. Nak dijadikan cerita,Aiman pulak tak sampai2 lagi. Giler cuak. Dia NR, and plus pernah pulak datang awal. So, Junaidah present dulu her part, and thank God Aiman datang tepat pada masanya. Macam cerita Hindustan tu, yang hero akan datang selamatkan bila heroine dalam kesusahan. But,he is good. Dah la tak tengok slide macam mana, dia cakap je the point dengan eplaination lagi tu dalam keadaan yang tercungap2 sebab berlari datang ke class. I salute u lah AIMAN. Memang kelam kabut sikit hari ini sebab report TECNNICAL tak siap2. Memang tak tido sebab nak siapkan kerja. Huhuhu..

13hb- Rasa pening sebab tak cukup tidur tapi kena pergi juga class. Class pagi ni, class En. Syam. Boleh pulak nak datang lambat. Haram dapat masuk class nanti. Nasib class kat LT je, tak lah jauh sangat. Lepas tu class PORTFOLIO, tak macam kat class mata ni asyik terpejam je. Nasib duduk depan,duduk belakang tak tau lah gaya apa yang muncul. Lepas class aku outing. Kerja gila kan? Tapi inilah caranya nak lepaskan tension yang ada plus sebenarnya nak cari baju dinner,tapi tak ada yang berkenan. Dah satu Segamat berjalan dalam proses pencarian. Beli lah baju lain as a reward for me. Keluar dengan Shamin je, Hazirah tukang mengajak tak jadi keluar sebab dia nak tido. Lawak giler kuar ngan Shamin time hujan. I cant forget it. Dua2 penakut nak lintas jalan pulak tu. Nasib baik selamat lagi.

Malam tu memang penat, sebab balik je dari outing kena turun bawah sebab ada orang nak sembur asap nyamuk dari bilik ke bilik. Memang tido awal sebab tak larat dah. Pagi ini rasa badan macam nak demam. *Betul kata someone, ‘nanti demam baru tau’.* Tapi nasib baik demam tu tak kuat sangat. Kena lah lawan btol tak?

Sungguh panjang membebel dalam ini. Okielah, inilah sahaja cerita tuk kali ini. Jumpa lagi pada masa akan datang. Pada waktu yang tak tau lagi bila. Nak pergi study. I got test this coming Monday. Doakan ea. Assalamualaikum.. Bye!!

0 comments:

Post a Comment