02 March 2009

~HUJAN~

Lokasi : Dalam bilik N145 (atas meja aku yang menghadap depan tingkap dan jalan dan juga boleh nampak Ledang Inn) Hahaha...

Waktu : Pagi.

Cuaca : Mestilah hujan kan? Hujan renyai2 je. Kalau tak,tajuk ni tak kan ada. Hehehe..

Mood : Penat sebab basuh baju dan merasakan membuat tindakan yang bijak sebab tak sidai kat bawah. Bagus2. (Tepuk2 bahu sendiri)


Hujan itu sungguh indah dan cantik bagi aku. Bila tengok hujan turun,aku bolah rasa tenang dan damai. (Hanya apabila hujan yang renyai2 je,yang lebat sangat tak lah). Semua perasaan akan datang dan mestilah lepas tu aku akan termenung memikirkan apa yang patut aku buat lepas tengok hujan. Hohoho.. Tiba2.... Aku rasa rindu. Huhuhu.. Rindu??? Hurm,apakah definisi rindu tu? Bagi aku, setiap manusia ini akan mempunyai pandangan yang berbeza untuk mentafsirkan rindu dan mungkin cara mereka meluahkan juga berbeza. Oleh sebab aku nak tau pandangan orang lain,jadi ini adalah beberapa pendapat yang aku dapat dengan meggunakan teknologi yang canggih sekarang. Apa lagi internet lah.


1) Rindu itu adalah kenangan yang tiba di pintu rasa, tapi tidak mampu dijemput masuk oleh tuan rumah . Mengapa? Kerana ia hanya bunyi yang tidak kelihatan dan sekadar sebuah 'jauh' yang jauh. Lantas apa natijahnya? Ia berakhir menjadi sebuah bahagia yang pedih. -Hasyuda Abadi, KEMSAS(Kelab Maya Sastera Sabah),20.1.2005-

2) Rindu adalah gema yang bisu di kalbu, dan hanya bisa dilunaskan dengan doa yang bersahutan yang dilaungkan ke langit tinggi. -Ony Latifah, KEMSAS(Kelab Maya Sastera Sabah),20.1.2005-

Tak kesah lah apa pun kan,tapi Allah sungguh hebat kerana meletakkan perasaan ini di antara perasaan2 yang lain dalam diri manusia.

Aku bukan apa,sebenarnya i miss my familia a lot. Aku rindu abah, ibu, angah, Hannan, and also my ke'ai brother, Hanif. Kadang2 bila tak tahan sangat, aku call lah ibu. Aku akan cakap 'Saje, tak ada ada pape pun, bu..' Hehe.. Bukannya aku tak nak cakap,'ibu rindulah' tapi dalam diri manusia ni kan ada satu perasaan yang dinamakan 'ego', so paham2 je lah ye. Erm.. Rasa tak sabar nak balik minggu ini. 'Tunggulah kedatangan along ye!".
Untuk kawan2 aku yang ku panggil piqa,ain, syazana, ohya, chan, mirae, aku rindu korang sangat2. Sorry sangat,aku terlalu busy dalam menyiapkan Viva dan juga subjek2 yang lain. Kita dah tak macam dulu, boleh borak2 lama2, ketawa2, buat 'projek' kita,hehehe.. (rahsia kita2 je). But, i promise after all of this i'll spend my time with you all. Yeah!! Can't wait for that.
Hurm, dalam hujan ada rindu.... Huhuhu..


4 comments:

maryame karpov said...

erm..dalam rindu..ada..cinta,opss!

hafizahabdulrahim said...

hahaha... cinta kucing adalah..

Anonymous said...

terasa rindu kat aku takde ke? hahahaha..

hafizahabdulrahim said...

eee... tolonglahnya..no such thing okie? hahahaha...

Post a Comment