Showing posts with label Exam. Show all posts
Showing posts with label Exam. Show all posts
24 October 2009

Konvokesyen # 2

24 0ktober 2009 menjadi hari bersejarah untuk aku dan juga semua kawan yang ambil Diploma Analisis Pelaburan. Usaha dan penat lelah selama 3 tahun akhirnya kami berjaya untuk tamatkan diploma. Alhamdulillah...

Mungkin lepas ini, kita jumpa lagi untuk konvo akan datang. InsyaAllah... Doakanlah ye. Walaupun atuk tua tak dapat datang, dan aku rasa sedih juga tapi nanti harap time degree dia boleh hadir. Huhuhu.. Saja buat2 sadis kat sini. Im okie.. Nanti bagi hadiah sekali dua ye. Nak besar2 punya. =)

Lepas ni, final. Ye,cepat je dah final. Dan aku akan mendiamkan diri lagi lepas ni. Sebelum ni pun banyak sangat assignment, test dan juga presentation yang bertimpa2. Dan sekarang ada DUA benda tak lepas lagi. Test FMI dan presentation BEL. Sesak nafas macam ni. Huh!

Kepada semua,good luck for your final! Aku minta maaf kepada semua. Dan doakan untuk final aku ni juga. Bye! Jumpa korang lepas 3 minggu ini. (^_^)
15 April 2009

FINALE

Pagi yang indah ini belum lagi nak membuatkan aku ada mood nak baca buku LAW. Haish.. Apa pasal entah. Tadi Hazirah dah belikan aku makanan kat dining. Bihun dengan nugget 2 ketul dengan sedikit sambal. Thanks kawanku. Hehehe.. Esok 17 April 2009 akan ada MALAM PRA GRADUAN di Hotel Equatorial Melaka,tapi hati aku tak ada pun untuk pergi. Memanglah ini event untuk aku,tapi bila fikir2 banyak lagi yang aku belum cover lagi untuk menempuh paper pada hari Isnin. Tapi..... Dalam masa yang sama aku dah bayar duit and dah ada baju pun untuk pergi. Erm,entahlah. Tanya hati kata jangan,tapi tanya diri kata mahu. Hahaha.. Gila sastera ayat beta. Sekali sekala ikut jejak A.Samad Said apa salahnya. Lalala... Semester akhir ini aku ada 3 paper je. Best kan? Best ke? Haish.. Yang di bawah ini adalah paper2 yang aku kena berperang nanti. Yeah!!!


20/4-LAW 374 ~membaca undang2 ye dan juga akta2 erm dan juga section2~
23/4-FIN 376 aka BONDCIT
05/5-FIN 377 aka PORT bukan buat port tapi PORTFOLIO ye


Dan kepada semua,aku doakan selamat berjaya untuk exam kali ni. Ayat2 aku pada hari ini sungguh skema adalah kerana aku hendak membaca buku undang2 ye. Tapi ini adalah aku,suka atau tidak aku kesah ke? Pergh,gila membangga diri. Oh,tidak2 aku kesah tapi aku tidak susahkan sesiapa kan? Macam nak gaduh je. Haish.. Sudah lah fiza,pergi baca buku tu.

Assalamualaikum semua manusia di muka bumi Allah ini.....