11 November 2012

A Year to Fall in Love...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Salam cinta kepada semua! Gosh! Lamanya tak update blog. Kesian dia ditinggalkan. Hewhewhew.. Banyakkkkk cerita nak share tapi asyik delay nak menulis so dah expired. -.-  Tapi takpe, alang2 dah menaip hari ini, erm maybe ada something yang I boleh share to all of you *bajet pembaca beribu2 ke?* Eh takpe2, I nak simpan ni supaya adik2 dan bakal anak2 I baca nanti. Eh? Hahahhaha! *suka*

Story ni bukanlah hebat sangat tapi inilah kisah I as a student. *Boringggg. Cliche sangat pasal student ni* Choppp! Don't jump into conclusion lagi. Sabar boleh tak? Umum dah tahu I sambung Masters. Huhuhu.. Apa yang best or tak I belum reveal apa2 lagi kan? Macam unfair leave it blur about Masters especially Masters of Science in Business Management (Research) atau secara ringkasnya kami panggil MSc. 

Betul kata pepatah, "Tak kenal maka tak cinta". I took a year to fall in love with Research! A year tu dah kira 2 semester barulah nak paham dan suka apa I buat. Hahaha! Why a year? Tak membazir ke setahun you tu? Apa you buat 2 semester ni? Serius, I pon tade jawapan tu. Awal2 macam yakin research ni okie, tapi lama2 I blur and stuck here and there. Stuck kat methodology, theory, literature review and how I'm gonna arrange/organize it so that I can satisfied readers especially my supervisor, Prof Catherine. Phew! To anyone of you out there, had or have an experienced/s about research will be acknowledged/understand or sympathize with me. Kan korang kan? Sakit otak tak? Tak cukup tidur kan? Pening menghadap jurnal berpuluh2 muka surat kan? Bersabarlah ye. Seperti terdapat di dalam Al-Quran  Surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud, "Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau membebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami."

Jadi, walaupun perit, susah mana kita di uji, payah macam mana pun Allah tetap ada. Allah knows what's best for us. Betol tak? :')

I dah tahu ramai yang kata, 'susah weh buat research ni' atau ada yang kata, 'rasa nak give up buat research. Arghhh!'. Betol, memang susah. I takkan kata research je susah. Even you buat MBA sekalipun, taklah sesenang macam kat tadika. For me, to gain something, you need to face the difficulties then you can be rewarded. Nothing in this world, if you wanted it so bad, you can have it with a blink an eye. Serious you tipu kalau you boleh dapat sesuatu dengan petik jari. Advantage buat MBA tu, you dah tahu you boleh grad on time. Yeke? Yakin ke awak tu boleh grad on time? I ada je jumpa orang yang tak boleh grad since their supervisor tak lepaskan bila Viva (final presentation) and now they need to extend. Ada yang grad tapi pointer cukup2 paras hidung. So, where's the value of your certificate? Okie2, bukan nak menegakkan benang yang basah ke apa tapi masing2 punya pendapat sendiri. Terpulanglah. I dah cukup penat kejar pointer masa diploma dan degree. Cukup cukup sudah. Apa yang I cari sekarang ilmu yang mana I nak explore sendiri. Bukan lagi absorb/memorize macam nak giler/sumbat2 macam tauhu sumbat lepas final exam, muntah sehabis mungkin lepas tu you tak ingat apa you belajar. 

I experiencing new things that I can't say into words or buy it in the market. It’s invaluable. I become more systematic, analytic, someone who are scrutiny, and top of that, I love spending my time with something/someone that will boost my value. Bukan untuk dibanggakan, tapi cukuplah ia membantu diri ini belajar apa erti pembelajaran yang sebenar. Mengharapkan makin berisi makin tunduk seperti resam padi. InsyaAllah.. Kalau awak student 1st class, tunjukkan yang awak deserve to have that title. Tapi, tak bermakna second class upper/lower or  yang class2 lain tak boleh berjaya. Kalau kita berusaha, InsyaAllah, Allah akan memberikan ganjaran yang besar. Usaha dengan cara yang betullah, bukan dengan cara menipu ye adik2. ^^v

You can have what ever you wish for in your life. Seriously, apa you nak Allah tu akan bagi. Kekayaan, kebahagiaan, kereta 5 biji, rumah bertingkat2, isteri cantik/suami kacak, gaji 6 angka, boleh. Apa je yang taboleh? Betol tak? But, what's the purpose of having all of that? Apa niat sebenar you? Kalau you define kekayaan dengan duit berjuta2, rumah bertingkat2, kereta 5 biji, tetapi yakinlah satu benda yang kita semua hanya sementara di dunia ni. Kekayaan taboleh diukur melalui kebendaan, berapa mahal shades you pakai, beg you bawak, kasut you sarung, tapi kekayaan dari segi ilmu, ketakwaan, keimanan yang boleh you bawa sampai mati. Tak salah nak ubah cara kehidupan kita kepada lebih senang, tapi buatlah kerana redhaNya. Hidup diberkati dunia akhirat. InsyaAllah..

Okie, mudah-mudahan kita jumpa lagi di lain entri. Doakan I dapat grad dengan jayanya untuk MSc. Masih berfikir2 mampu ke nanti nak sambung to the next level? Hehehehe.. InsyaAllah, I'll have that answer one day. Doakan juga I boleh istiqomah menjadi muslimah yang sejati, anak yang solehah dan bakal isteri yang solehah. *Doa banyak2 kali pun takpe. Allah Maha Mendengar.* I jugak doakan kejayaan dunia akhirat kepada semua2 yang baca post ni. InsyaAllah, do the right things and do the things right. Lots of love. Salam satu Malaysia! 

0 comments:

Post a Comment