Dah lama tak post kat blog ni. Mungkin sebab tak ada benda yang best nak tulis, lepas final exam aku sangat sedih. Tak tahulah salah kat mana, aku rasa macam,' What the hell aku belajar sem ni?'. Percaya atau tidak, bila aku stress last paper hari tu,pelbagai perkataan ppppffffftttt keluar. Haish...
Tadi masa tengok berita, ada berita pasal result UPSR meningkat. Terus aku fikir, macam mana result aku nanti. Serius tak tahu macam mana nak express kan feeling ini. Salah aku juga rasanya, tak sungguh-sungguh. Sekarang ni, kalau korang sebut je word "RESULT" aku akan rasa macam ini ='(
Mungkin aku perlu siapkan diri untuk hadapi sem depan. Bak kata ibu,'menangis air mata darah pun benda dah lepas. Dah buat yang terbaik,sekarang just tawakal je'. Ni sebab lepas paper last tu, time makan aku tak dapat tahan sebak sebab rasa macam loser sangat. Kenapa orang lain cakap paper ni senang padahal aku rasa sebaliknya??
Result lagi beberapa minggu je. Eventhough aku takut nak tahu,tapi mesti kena tahu juga kan? Kalau diizinkan Allah lagi setahun setengah je aku nak habiskan degree. Lepas tahu result, aku nak pergi bercuti. Mungkin akan dapat ketenangan nanti. Mungkinlah. Aku pun tak tahu.
Cuti sem ni tak ada apa plan pun. Kalau macam sem lepas, aku belajar driving. Cuti kali ni nak belajar apa pun tak tahu. Sebab memang dah niat nak relax je cuti ni. Environment yang baru kat sini, aku dah cuba get used to it.
P/S: It is my fault. Result? Don't ask.
2 comments:
adik....
dont worry psl result k....
insyallah sume ok....
huuuuuu~~~
huhuhu..
ana,adik tak tahulah nanti macam mana =(
Post a Comment