07 May 2009

Aku dan Segamat

Tanggal 6hb Mei 2009,pada waktu erm dah tak pasti,yang aku ingat pagi lah,aku telah meninggalkan tempat yang dulunya tak sabar aku nak tinggalkan tapi bila tiba masa untuk meninggalkannya hati ini berat pula. Mengapa dan kenapa? Haa.. Itu yang kita tak tahu.

Ingat lagi bila pertama kali aku menjejakkan kaki di situ. 2hb Julai 2006. Masih mentah dengan ilmu2 (jangan ingat aku ni ikan yang mentah), macam budak2 lagi time tu (macam sekarang tak je??), still free hair (mesti ada yang tak caya), masih lagi tiada plan tuk masa depan,time tu yang aku cuma tahu habiskan diploma je. Tapi,aku rasa bersyukur dan bertuah sangat sebab dapat masuk universiti. Salah satu impian yang aku pasang sejak sekolah lagi. Nak merasa hidup kat universiti,yang orang selalu kata 'Belajar sehingga menara gading'. Alhamdulillah,dengan result SPM yang tak seberapa.

Sekarang aku dah tinggalkan tempat itu,mungkin tak akan kembali or mungkin akan kembali. Tempat yang banyak menyimpan segala rahsia aku,tempat itu juga yang ada semua memori2 yang indah termasuk juga yang pahit dan tawar, tempat di mana aku belajar untuk berdikari dengan ketiadaan ibu atau abah di sisi untuk membuat keputusan untuk aku, tempat di mana aku belajar erti hidup, sedikit sebanyak mematangkan aku, tempat di mana aku belajar erti persahabatan, berkawan dan berlawan dengan perasaan, tempat di mana yang telah merubah aku untuk bertudung di situ, mungkin hidayahNya tiba di situ dan tempat itu juga telah membuatkan aku menjadi seperti sekarang,tidaklah sehebat mana pun, tapi aku sorang je yang tahu apa yang dah berubah pada diri dan juga cara pemikiran aku.

Sesungguhnya,terima kasih Ya Allah atas semua ini. Terima kasih di atas pengalaman hidup yang masih jauh ini,terima kasih kerana aku di tempatkan di Segamat. Sesungguhnya Allah akan memberikan apa yang hambaNya perlukan,bukan apa yang hambaNya inginkan.

P/S: Kepada 145 Society, kepada ex-bilik 127, kepada ex-bilik 119, kepada semua kawan2,tak lupa juga kepada wing aku mula2 masuk kolej Nilam; wing Cemerlang,kepada pensyarah2,kepada mak cik dan pak cik cleaner yang bekerja di situ(sangat berterima kasih pada mereka),kepada pekerja di benteng(tak kesah benteng mana,semua aku pergi makan),kepada Pak Cik dan Mak Cik UK(aku pernah kena tahan sekali dan juga kena suruh balik(bila buat Viva kat LT,blok U, dan juga tempat NR). Sesungguhnya kalian semua akan aku rindukan. IMY~~

12 comments:

IM GLOBAL MELAKA said...

waa...akak ni da grade la..tahniah..??
tp sape nak jg si die ni..??
xkan sy plak...??
die ni da la nakal..
merbahaya plak tu..

hafizahabdulrahim said...

hahahaha...
dah besar boleh jaga diri sendiri...
dion tgk kan je..
jadi spy kita...
hahahah..
boleh kan??
kan??

Anonymous said...

alah.. apa ni spy2..
tak aci r.. sibok je u nih..

hafizahabdulrahim said...

hahaha..
napa perlu takut nih??
lalala..

Anonymous said...

err... emm...
heheehee..
ni da nak kantoi ni (cakap dalam hati)

hafizahabdulrahim said...

hahaha..
tak payah nak wat lakonan kat sini..

IM GLOBAL MELAKA said...

hahaha...
jaga die..??boleh sje..
ape da hal jah..
tp die ni playboy sket(nada hasutan)..
hahaha

hafizahabdulrahim said...

hahaha..
napa playboy sket?
bukan bnykkkkkk ke??
huhuhu...

SyaZ^aNa said...

ex-wing cemerlang xde?? huu..

hafizahabdulrahim said...

adik dah edit k.. mungkin korang termasuk dalam kelompok kwn2.. huhuhu.. takpe,biar adik specifickan..

Anonymous said...

huwaa..
dtg la blk ke sgmat!

segamat : kembalilah nak..

hee~

hafizahabdulrahim said...

hahaha.. kite tatau lah.. mgkin susah sikit..

Post a Comment