28 September 2009

Konvokesyen # 1

Okay, hari ini time class pukul 8 tadi saya ada ditanya pasal dapat tak surat pasal konvo. And I simply just, 'dapat!'. But then my face changed after my friend told me that the letter is in yellow color. Okay,okay saya sudah silap tafsir. Then, I turn to be excited because that letter is about your turn and of course your turn to be at stage. Boleh bayangkan?


Anda memakai jubah, dengan topi yang saya pun tak pasti apa nama dia lagi, tapi saya panggil topi empat segi senget dan ada benang juntai macam rambut korang jatuh kena muka dan setiap graduan akan pakai senget bukan? Owh, belum habis lagi imaginasi kita. Okay sambung lagi.

Kemudian menaiki tangga dengan penuh sopan lagi ayu bagi perempuan manakala lelaki berjalan seperti seorang yang sangat macho kerana semua orang akan memerhatikan anda tak kiralah di dalam dewan ataupun yang di luar dewan yang lihat anda di skrin. Jadi hendaklah berjalan dengan elok bukan? Sangat tidak manis berjalan berterabur. (-_-'')


Dan kemudian melemparkan senyuman kepada semua orang mungkin akan kelihatan seperti senyum kambing ataupun kerana ini kali pertama naik pentas dengan memakai jubah ataupun senyum untuk melegakan hati yang 'cuak' dan juga melindungkan tangan yang sejuk. Eh, tapi kalau pemberi tu perempuan bolehlah nak salam. (T_T)


Dan kemudian sampai kepada kemuncak apabila anda sudah memegang sijil atau sewaktu dengannya dan mungkin akan diberi ucapan tahniah dan anda harus membalas dengan senyuman dan terima kasih. Haih! Sangat ironik kan?

Tapi belum tamat di situ kerana anda harus berlalu pergi dari pentas itu dan mengharapkan akan berjumpa lagi dan menanam azam untuk naik sekali lagi. Dan jangan lupa untuk menjaga perjalanan anda sekali lagi. Ingat, berjalan seperti peragawati. Okay! Sudah boleh tutup awan-awan atas kepala. Pecahkan cepat awan itu kerana penulis sekarang sangat teruja. Kalau ye pun tunggulah raptai baru boleh nak imaginasi lebih-lebih flow istiadat itu.


Okay, mungkin boleh rasa macam nak tampar je muka penulis sebab menulis macam poyo yang teramat. Tapi, percayalah tamparan tu tak akan memberi sebarang kesan kerana penulis tidak dapat menyembunyikan keterujaan beliau. Hahahha.. STOP! SUDAH HAFIZAH JANGAN MEREPEK BAGAI LAGI! Maafkan jika ada kata-kata yang boleh buat korang yang baca muntah satu baldi penuh.



0 comments:

Post a Comment